Perancangan ke USS ini utk kami sekeluarga sudah lama di impikan dan pada tarikh 04 June 2012 aku memilih bersama-sama dgn ahli keluarga kakak aku di Johor bahru membuat vacation yg singkat ini...Pada masa ini cuti sekolah penggal kedua jadi memang sudah berjanji dgn anak2 utk bawa diorang pergi ke Universal Studio..
- Gambar di atas adalah di luar pintu masuk USS..Kebiasaan pemandangan dari luar utk taman tema USS ini memang di sediakan Globe besar dan berkabus sama lah di mana-mana negara pun..Ini baru gimik saja sebab aku akan catatkan cara bagaimana utk sampai ke Universal Studio Singapore ..
- Korang kalau nak lebih senang utk mendapatkan Tiket masuk korang terus online jer di laman Resort World Sentosa..Korang pilih lah apa package atau attraction yg korang suka kerana booking cara online kita akan terus dpt tiket masuk yg mempunyai Bar Code..Korang terus print dan x payah ke kaunter di USS..Korang boleh terus beratur di Gate masuk hanya tunjukkan salinan tiket yg korang dah print..
- Kalau korang nak cepat main attraction yg disediakan kenalah byr Ekpress pass utk 50 SD seorang..Ader Berann..hahaha...Terlebih duit apa salah nya kan..Oleh kerana aku berlima aku telah membayar sebnyk 310 SD..Hanya tiket attraction saja yg aku pilih...
- Ada byk pilihan utk sampai ke USS ini tetapi aku lebih suka menaiki Kereta sendiri utk memasuki Singapore..Korang harus membeli Autopass terlebih dahulu untuk mendaftar kereta..bayaran sebnyk 10 SD di kenakan sebagai modal utk korang tetapi jgn ingat cukup..korang haruslah menambah credit terlebih dahaulu di Kiosk atau kedai 7 eleven pun ada top up....maklumlah di singapore ini dah terlebih maju semuanya Touch n go..parking kereta pun Touch n Go..
- Pastikan borang masuk ke singapore telah di isi sepenuh nya jikalau tiada korang boleh ambil di kaunter dan pegawai itu akan menunggu korang dgn penuh sabar..Malah kon di letakkan di belakang kereta korang supaya tiada kereta lain menunggu...Caya lahhh....
- Tidak lah susah memasuki Singapore dgn hanya mengggunakan GPS yg terkini..Type alamat dan ikut saja panduan gps tersebut...Masa utk sampai adalah lebih kurang sejam bergantung kpd keadaan traffic.
- Ini adalah dari dalam Taman tema yang di sediakan dan boleh di lihat dari laluan pejalan kaki..Cuaca pada masa ini amat lah panas..So korang jikalau x nak berpanas kena lah pergi waktu petang itupun kalau sempat main byk jenis attraction yg di sediakan..Dari gmbr di atas beberapa lokasi seperti Hollywood, New york dan Sci-Fi City korang jgn miss satu pun..kadang2 di luar bangunan di sediakan beberapa Badut atau Replika yg cantik utk tujuan bergmbr..
- Pertunjukkan Sesame Street pun ada dan berbagai pertunjukkan lagi..Dengan hanya mempunyai tiket korang boleh maen apa saja jenis attractions yg di sediakan cuma yg paling malas sekali adalah kita kena beratur panjang ...Sebab itu korang kalau x sayang duit bayar lah utk Ekpress Pass..hohoho..
- Jikalau boleh biarlah korang sampai seawal USS di buka iaitu pada jam 10pg kerana pelbagai game korang boleh maen sampai ke petang..Gate akan di tutup utk kemasukkan pelancong pada jam 07ptg...Sesiapa yg masih ada di dlm Tmn Tema mereka boleh keluar sehingga jam 10mlm..
- Banyak Game yg berakhir pada jam 07ptg..Jadi korang kena cepat bermain dari satu ke satu tpt dan di situ terdapat byk gerai menjual makanan dan minuman cuma korang kena lebih kan tukar duit Singapore Dollar ..Korang kalau nak berjimat bawa jer makanan dan minuman terlebih dahulu sebab Juru Tiket diorg x periksa bag..Itu yg buat aku gerammmm...hahahaa..
- Kita boleh membawa masuk beg pack atau trolli baby tetapi sesetengah game iya tidak bagi perlepasan membawa masuk walaupun hand bag kerana teramat merbahaya dan boleh kehilangan atau kerosakan seperti di Ancient Egypt atau Sky Cyclone..Locker berbyr di letak di luar..
- Byk tarikan yg menarik utk kita explore...Oleh kerana pada masa lawatan aku ini amat singkat iaitu bermula dari 0100ptg aku sekeluarga terlepas permainan seperti di Mummy adventure dan Water World..kesuntukan masa membuatkan aku mengeluh dan mungkin akan lakukan trip kedua satu hari nanti..
- Yg paling menarik adalah Transformer Ride..Walaupun beratur panjang tapi tahap kepuasan maksimum dapat di rasakan bayang lah kita akan menaiki kenderaan seolah-olah diselamatkan oleh Optimus Prime..perghh memang terbaek lah..Macam nak masuk byk kali jer...
- Untuk Rapid Adventure pula juga teramat menarik perhatian..Di sekeliling ada The Lost World Jurassic park..Korang boleh menaiki Boya besar seakan Boat menyusuri alor sungai yg deras.Jgn lupa bawa baju hujan sekali kerana korang boleh lencun..
- Ada satu tarikan seperti Treasure Hunter yang amat membosankan..Jikalau x masuk pun x begitu menyesal kerana kita hanya melalui kereta di landasan selepas itu kita akan dpt melihat patung ular,lipan seperti cerita mummy..Jikalau lebih baik pergi tanpa baby...kesian baby tuu..
- Utk permainan kanak2 memang byk pilihan tetapi kena ada sekali penjaga diorang seperti The Canopy Flyers dan Dino Soarin..ketinggian kanak2 juga di ambil kira..
- The Revenge of the Mummy Ride pun bagus..Korang akan menaiki kenderaan di landasan yang amat gelap dan selepas merasai pegalaman berjumpa dgn Mummy2 di situ..hahaaha..Salah satu Ride terbaik di Universal Studio..
- Di dlm kawasan Far Far away terdapat tarikan seperti Shrek 4D Adventure dan Donkey live..Pertunjukan Donkey boleh di kirakan mcm trick lah..Donkey boleh berckp dgn penonton dan suara serta lakonan Donkey itu yg menarik perhatian..hehe
- Untuk Shrek 4D Adventure yg ini memang boleh di katakan terbaik juga..Kita akan duduk di kerusi yg di reka khas boleh bergoyang dan ada air semburan sekali serta kaki kita akan merasa ada labah2 kecil hinggap..hahaha..Kalau kanak2 boleh menangis dan ada yg menanggalkan cermin mata 3D..
- Untuk Madagascar pula ada tarikan seperti A Crate Adventure..Di situ kita akan gunakan Boat Ride dan berada seolah2 kita menyusuri sungai bersama 4 heroes Madagascar..
- Kesemua permainan ini aku dapat merasa walaupun panggilan terakhir..hehe..
- Suasana senja ke malam..Kebanyakkan permainan telah pun di tutup kepada pelancong..Korang boleh berhenti berehat sambil makan di restoren pilihan korang di dlm Taman tema ini...Mcm aku hanya melihat keindahan cahaya lampu bangunan sahaja...poket dah Koyak..hehehe..
- Meriah di mlm hari dan kedai2 cenderahati akan di tutup sebelum pukul 10 mlm..korang masih ada byk masa untuk lepak2 sakan di situ tetapi kepada yg menaiki bas ke johor Bahru jgn lupa utk korang..melainkan korang tinggal satu mlm di kwsan yg berhampiran...
- Di kawasan luar Taman Tema sungguh meriah dgn pancutan air berwarna warni..Di sekeliling masih byk kedai2 di buka dan utk berehat satu sudut tempat duduk juga di sediakan..Utk pergi ke Hard Rock Cafe singapore korang boleh nampak dari jauh tulisan HRC tersebut .
- Ada beberapa bangunan perniagaan di situ dan utk mengambil Bas dan turun ke tempat pakir kereta korang harus menuruni eskelator dan di situ korang akan jumpa kaunter untuk top- up auto pass dan kaunter tiket bas..
- Kebiasaannya pulang semula ke Tambak johor akan terlalu sesak..Jikalau boleh ambil bas secepat yg mungkin untuk sampai ke Johor Bahru..Hari2 tambak Johor mengalami kesesakan...Aku yg menaiki kereta ini pun sangkut ...hehehe..
- Kesemua di atas adalah berdasarkan pengalaman aku di Universal studio dan mungkin pendapat atau catatan orang lain berbeza dari yang aku tulis..Ini adalah dari diary aku saja..Terkurang harap maaf lah yer..Sekian..
steady!
BalasPadamtq for info.. sangat banyak tips.. excited nak pergi hujugn taon ni.. :)
BalasPadamSaya pun nak pergi lagi kerana memang menarik di situ..Terima kasih dengan komen saudara..
BalasPadamHi ADMIN & Semua! :) Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/SINGAPORE ZOO/GARDEN BY THE BAY/SEA AQUARIUM dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
BalasPadam.
Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
JESSICA, LOVE TRAVEL (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ