Rabu, 25 Julai 2012

Kisah Silam di Bali edisi Kedua..

                                                                     







  • Ini adalah lawatan hari kedua kami sepanjang di Bali dan kesempatan melawat Taman Ayun Temple iaitu Pura di Raja yang dimana ia dikelilingi oleh tasik2 dan parit2 kecil sebagai pemisah kepada tanah besar di situ..Keindahan landscape Taman Ayun ini memang terselah dan kita boleh bersiar2 mengelilingi taman tersebut tanpa memasuki kawasan di Raja..Taman Ayun ini terletak di perkampungan Mengwi dan 18 km jauhnya dari Denpasar..
  • Kemasukan ke Taman Istana ini adalah sebanyak 10000 rupiah kepada semua pelancong dan kami hanya membayar duit pakir yang dikenakan sebanyak 5000 rupiah sahaja..Peringatan kepada perempuan yang datang Haid ianya dilarang masuk atas sebab2 kepercayaan Kuno mereka..Jadinya sesiapa yang percaya itu semua lebih beringat yer..hahaha..
  • Setiap Pura yang kami lawati rekaan dan ukiran agak berlainan mengikut tema kepercayaan di situ..Ramai orang hindu Bali menghadiri upacara keagamaan pada ketika lawatan kami..Mereka berdoa cara mereka dan jarang sekali kita lihat upacara itu di negara kita..Pengalaman yang seram juga..hehe..
  • Pastikan korang membawa botol minuman dan payung bila berada di dalam taman istana ini kerana jarak perjalanan mengelilingi tasik yang agak meletihkan juga..Kami sekeluarga hanya berjalan sampai di hujung Pura sahaja...Diluar pintu masuk ada ramai penjual air minuman dan makanan ringan..












  • Selesai sudah lawatan ke Taman Ayun kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke tempat yang paling digemari oleh semua pelancong ke Bali iaitu kawasa tarikan Bedugul..Disini ada sebuah Pura dinamakan Ulun Danu yang dikelilingi oleh Tasik yang di panggil Beratan..Memang indah kawasan tasik ini kerana kita harus menempuh perjalanan menaiki tanah tinggi dan menuruni semula sebelum sampai ke lembah Bedugul..
  • Udara disini sejuk berangin dan kelihatan kabus di permukaan tasik..Amat indah suasana disini dan bergantung dengan keadaan cuaca sekeliling lembah..Disini sahaja kami mengambil masa lama untuk bersiar2 walaupun masa yang ditetapkan oleh pemandu kami sebanyak 2 jam sahaja..
  • Dimasa perjalanan ke Lembah Bedugul kami singgah kedai makan yang terletak ditepi jalan menuju ke destinasi kami..Amatlah bertuah kerana kami dapat singgah dan memakan Bakso di kedai makan orang islam yang berasal dari Jawa Tengah..Seorang 2 mangkuk Bakso dihabiskan..hahaha..Memang sedang lapar masa itu maklumlah sememangnya sudah tengahari..Warung Muslim namanya..
  • Diluar kawasan Ulun Danu Beratan ini ada sebuah Kuil Buddha yang terasing dari pintu masuk utama..Kawasan taman yang di kelilingi pokok bunga yang bewarna warni dan bagus untuk pelancong bersantai bagi menikmati keindahan kawasan tersebut..
  • Bayaran masuk dikenakan kepada pelancong luar adalah sebanyak 30000 rupiah seorang dewasa..Jikalau boleh korang suruh pemandu untuk membeli tiket masuk kerana rupa wajah kita yang berketurunan melayu hampir sama sahaja dan harga warga tempatan dikenakan...hehe..nak untung jer..
  • Korang boleh bermain kenu atau bermain boat mengelilingi tasik tersebut itupun jika tidak letih lah..Besar tasik ini seluas lebih kurang 3.8km dan kedalaman sejauh 22 meter..Untuk yang kaki pancing pun boleh memancing di kawasan khas yang tersedia..Agak2 lah sebab perjalanan balik ke Kuta memang jauh..








  • Dalam sehari kami dapat melawat 3 tempat lawatan yang paling menarik untuk hari ketiga sepanjang kami berada di bali..Pada kali ini kami singgah di Tanah Lot dari perhentian sebelum itu di Bedugul..Jarak perjalanan kami ke tempat ini memakan masa sebanyak 40 minit dan kami sampai pada pada pukul 3 petang..Cuaca pada hari itu amat panas dan kami sampai terlalu awal seperti yang kami jangkakan..
  • Seeloknya kami harus pergi pada waktu senja dan air surut tetapi malangnya waktu kami sampai air mulai pasang dan kami tidak dapat menaiki laluan batu sejauh 50 meter dari tepian pantai untuk sampai ke Tanah Lot Temple..keadaan di sini pada masa itu begitu sesak dengan kehadiran pelancong luar dan dalam negara..
  • Banyak payung untuk disewa pengunjung dengan bayaran sewa 5000 rupiah sebanyak mana masa yang kita gunakan..Permainan Layang2 juga dijual dan sememangnya keadaan angin yang kencang di tepian pantai..Bayaran masuk ke Tanah Lot ini dikenakan sebanyak  20000 rupiah seorang dewasa dan sekali lagi aku menyuruh pemandu untuk membeli kesemua tiket kami..hehe
  • Kepada yang suka melihat keindahan matahari terbenam di sini amatlah berbaloi kerana pemandangan yang sungguh cantik dan dapat mengambil gambar untuk dibuat kenangan..Malang bagi kami sekeluarga kerana tidak dapat bertahan lama untuk menunggu masa tersebut dan kami hanya sempat berehat dengan meminum air kelapa yang dijual dengan harga 20000 rupiah sebiji..emmm mahal gak tuh..
  • Di persisriran pantai Tanah Lot ini juga ramai orang bermain papan luncur dan keadaan ombak yang begitu besar sememangnya sesuai untuk sukan tersebut..Batu karang di sini juga cantik2 kepada penggemar snorkling..
  • Keluar sahaja dari persisiran pantai kami keluar ke pakir melalui banyak gerai makanan dan minuman berserta kedai2 menjual pelbagai barangan cenderahati ..Sediakan jer duit lebih untuk membeli belah di sini..haha..
  • Perjalanan balik kami menuju ke Kuta agak jauh juga dan keindahan kawasan kampung menjadikan kami merasa segar dan kami juga melalui lot banglo orang asing yang mereka beli dari orang Bali dengan harga yang lumayan..Melalui jalan yang di kelilingi kampung dan kawasan tanaman padi yang luas dan cantik..








  • Perjalanan balik ke Kuta melalui laluan kampung pertanian dan kawasan penduduk yang sungguh meletihkan akibat kesesakan jalanraya pada waktu petang dimana penduduk mulai pulang ke rumah masing2 setelah habis waktu bekerja..Kami menghabiskan masa sejam lebih untuk sampai ke hotel penginapan kami di Grandmas Seminyak..
  • Aku bersama anak lelaki aku mengambil kesempatan kembali semula ke jalan Kuta yang sibuk untuk menikmati keindahan waktu senja suasana disitu..Pokok2 yang di hiasi dengan lampu2 dan keindahan matahari terbenam dan juga orang ramai masih bersantai di persisiran pantai..
  • Di hadapan pantai kuta ini banyak Hotel2 dan pusat pernigaan sepanjang jalan dan kemudahan tersebut memang di rasai pelancong yang gemar dengan suasana nightlife berserta restoren makanan yang sedia ada..
  • Oleh kerana kami keletihan dan ingin makan malam di restoren berhampiran hotel kami mengambil keputusan untuk kembali ke seminyak yang jaraknya tidak jauh juga..Seeloknya menaiki teksi kerana letih berjalan kaki di jalan yang sesak itu..Dah letih sampai tertidur di dalam teksi..Begitulah seronoknya kami sekeluarga hari ketiga lawatan kami ini..Penceritaan akan di teruskan ke edisi ke 3..Jumpa lagi..

                                                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan