Kisah ini merujuk kepada perancangan bercuti bersama2 ahli keluarga kawan sekerjaku..Pemergian kami dirancang pada cuti sekolah hujung tahun 2010..Kami mengikuti sahaja apa rancangan mereka dan aku telah membayar pakej sekeluarga dengan bayaran sebanyak 1600 Myr selama 2 malam 3 hari..Pada hari yang ditetapkan kami pun bertolak bersama2 melalui lebuhraya utara selatan bermula dari RnR Seremban pada pukul 09:00 malam..Tujuan kami seterusnya adalah ingin berhenti di perhentian rehat Tapah untuk bertemu dengan ahli keluarga kawanku disitu kerana mereka pun akan mengikuti kami bercuti..Pakej pelancongan ini diuruskan oleh mereka ..
Kami bertolak dengan 3 kenderaan berasingan menuju ke Kuala Perlis dan perjalanan kami untuk sampai mengambil masa selama 5 jam dari hentian Tapah..Aku dipahamkan kami akan singgah dahulu di sebuah taman perumahan yang tidak jauh dari Pekan Kuala perlis untuk meletakkan kenderaan kami dan disertai pula oleh seorang kawan sebagai pemandu pelancong berserta Van penumpang berkapasiti 12 penumpang..Agak cantik hiasan dalaman van tersebut..
Oleh kerana pemandu tersebut tiba agak lewat seperti yang dijanjikan iaitu pada pukul 08:00 pagi, kami semua mengambil sarapan pagi disebuah warung di taman perumahan tersebut..Makanan dan minuman tidak termasuk didalam pakej tersebut..Keluarga mereka menetapkan 3 period makan secara bergilir dan setiap period akan dibayar oleh salah seorang dari ketua keluarga yang berjumlah 4 keluarga kesemuanya..Ini namanya Pakej Harmoni..Hehe.
Lebih kurang pukul 10:30 pagi van yang dijanjikan pun tiba dan kami semuanya bertolak dari Kuala perlis ke Pos imigresen Wang Kelian..Perjalanan selama hampir 40 minit untuk kami sampai disitu dan bermula lah lawatan 3 hari kami ke Krabi dan Phuket..
Mengambil peluang bergambar didalam kawasan sempadan Thailand/Malaysia iaitu di Wang Kelian..Maklumlah pertama kali join memasuki Thailand mengikuti jalan darat..Letih tetapi bersemangat untuk meneruskan perjalanan..
Petunjuk ke arah nama2 Kolam air hangat yang terdapat di Krabi Hot Spring..
Kami berhenti singgah di Emerad Pool ( Sra Morakot ) sebelum sampai ke pekan krabi iaitu didalam jarak 23 kms sahaja..Sra itu bermaksud kolam dan ditempat ini populor dipanggil dengan nama Hot Spring Krabi..Kawasan ini sungguh menarik dengan banyak mata air disetiap kawasan laluan track pejalan kaki yang disediakan..Untuk sampai ke Emerald pool antara kolam2 yang terbesar disitu kami terpaksa berjalan kaki selama 15 minit untuk sampai..Jikalau korang nak pergi jangan lupa bawa sekali pakaian mandi dan tuala sekali..Shampoo dan makanan dilarang membawa masuk oleh petugas kawasan..Rugi pulak kalau rasanya x mandi dah lah berpeluh ketiak tuh...ahaha..Kolam semulajadi itu tidaklah dalam sangat dan airnya beras suam dan hangat gitu..hehe..
Ini dia Kolam air hangat Emerald yang besar dan agak dalm juga..Jikalau berhajat nak mandi sediakan sekali pakaian mandi dengan pelampung yer..Bayaran sekali masuk sahaja di pintu masuk air hangat ini..
Cehh!! apa kena Lu Bro..Inilah pintu masuk Sra..Kenderaan seperti ini boleh disewa tetapi aku hanya melaram jer..hehe..x tahu berapa harga kena sewa..
Tu dia Bro encem dah diapit oleh Gadis2 kebudayaan Thailand di tepi pantai Krabi..Kami singgah makan tengah hari disini sebelum daftar masuk Krabi Hotel..
Hotel Krabi yang kami sewa bilik semalam dengan harga 120 myr..
Pada sebelah malam acara kami ialah ke Pasar Malam di beberapa buah lokasi terdekat dengan Hotel kami..Hari pertama di Krabi kami cuma singgah di Hot Spring dan River Marina sahaja..Kira memadai lah dengan Tour yang singkat ini..
Di Krabi Coastal Fisheries Research centre..Disini banyak terdapat ikan2 Akuarium yang diternak dan boleh juga dibeli..
Membeli belah di Pekan Krabi..aha..Topi dengan selipar jerr..
Pulau Batu Kapur seakan2 terapung sebegini memang terdapat banyak di perairan krabi..Masa ini aku tersalah ambil posisi gambar yang menarik dan sepatutnya tangan aku sedang menadah Pulau Batu kapur itu..ishh!! Lambat lah nak tangkap..Ini ialah dikawasan yang dinamakan Ao Phra Nang..Oleh kerana masa dah suntuk, kami semua x dapat pergi ke Phi Phi Island iaitu tempat lawatan yang paling populor di Krabi..Rugi2..
Perjalanan ke Batur kapur kecil yang terapung tuh mengambil masa juga kerana kami terpaksa meredah trail yang sukar dan menuruni bukit berbatu..
Bot Pancung berbumbung seperti gambar diatas khas kepada group pelancong dari Resort2 tepi pantai yang lain..Tempat ini ada Gua mini yang mempunyai tempat sembahyang buddha dan gerai2 menjual makanan dan minuman serta barangan cenderahati banyak dijual..
kawasan pantai di Ao Phra Nang ini..Memang terbaik dengan pasir putih yang halus..Ramai pelancong eropah disini dengan pakaian yang menjolok mata..hwahwa..Pernah sekali tuh kami tersenyum saja apabila seorang perempuan dewasa berjalan tanpa memakai coli..hehe..Dasatt2..Nasihat aku kalau korang ke tempat ini anak2 kecil x payah lah korang bawa..Khas untuk orang dewasa bebb..
Perkampungan Nelayan yang banyak didrikan kelong2 untuk menternak Udang dan Ikan..Panorama yang menarik terdapat disini..Singgah jangan x singgah yer..
Perkampungan Nelayan yang kami singgah untuk makan tengah hari setelah 2 jam mengambil masa di Ao Phra Nang..Disini kami makan di Seafood Restaurant yang banyak berhampiran sebelah menyebelah..Hasil Laut yang segar termasuk Lobster yang besar..Hehe..Memang kegemaran aku jikalau diberi peluang makan Lobster..Harga seekor perghh boleh tahann..Korang akan dibawa oleh Tekong Bot untuk singgah makan disitu..
Di Jetty Bot Pancung yang kami naiki dan perjalanan seterusnya adalah ke Phuket..Masih banyak tempat lawatan menarik di krabi yang kami terlepas iaitu seperti Khao Phanom Bencha National Park, Tup Island, Catfish Farm, Nosey Paker Elephant Camp, Floating Muslim Village dan beberapa kepulauan lain..
Kami sampai Di Phuket pada pukul 08:30 malam iaitu mengambil masa perjalanan selama 3 jam dari Krabi untuk hari kedua lawatan kami ini..Terkejar2 masa dibuatnya..Pengalaman macam ini hanya sekali jer dan selepas ini tidak akan buat lagi..Naya2..aha..Hotel The Bliss seperti gambar diatas adalah penginapan semalam sahaja yang terletak berhampiran Pantai Patong yang pernah dilanda Tsunami suatu ketika dulu..Banyak tempat sudah dimajukan semula dan masih aktif dengan kegiatan pelancongan dan sebagainya..
Bergambar di Papan Tanda amaran Tsunami iaitu tempat orang ramai diarahkan berkumpul untuk menyelamatkan diri..Petunjuk ke arah bukit yang berhampiran..
Tak dapat pergi setakat bergambar di Poster Phuket Carnival jadilah..Kira kami tersalah pilih hari lawatan..keh keh..Waktu malam di hari kedua kami menghabiskan masa meronda2 di Jalan Banglha iaitu sebuah jalan yang kiri dan kanannya yang cukup meriah dengan Disco, Pub, Bar, kedai2 cenderamata dan sebagainya..Di Thailand keadaan sebegini hampir menyerupai Pattaya dan Khaorsan Road di Bangkok..Memang beshh x boleh nak cerita lebih..hehe..
Street Dancer yang memakai pakaian tradisi Thailand..Lenggok jangan x lenggok..Dah tengok apalagi campak lah duit tuh..hehe..
Ini adalah aksi pertunjukkan kecekapan menangkap pesalah jenayah yang dibuat oleh Pegawai Polis disitu..Ramai tuh yang beratur untuk dibuat gambar kenangan seolah2 kita di tangkap..haha..
Di Kolam renang yang terdapat di The Bliss Hotel..Pagi hari ketiga lawatan kami dan Aku x lepaskan peluang untuk berenang dahulu sebelum kembali semula ke sempadan di Wang kelian pada sebelah petang..
Hari ketiga lawatan kami yang membosankan dan banyak kawasan menarik di Phuket yang kami tidak dapat lawati kerana tersalah penganjuran..Sepatutnya kami harus menginap semalam lagi tetapi ada masalah yang timbul kepada salah seorang dari peserta..Dengan itu Phuket akan Aku lawati lagi sekali untuk dimasa akan datang..Kenangan di Phuket tidaklah begitu banyak dan hanya meredah perjalanan menaiki Van penumpang selama 6 jam untuk sampai ke sempadan adalah satu pengalaman yang sungguh meletihkan kami semua..Nasib baik bukan aku yang jadi pemandu..Kah Kah..Cukuplah seprti orang kata asalkan sampai sudah..Kira Okay aar tuh..
ulasan yg menarik... thanks!!
BalasPadamkeep sharing and posting...
sila layari blog saya untuk info kesihatan
www.vitamin4kesihatan.com
Thanks juga..
Padambest yer..... g ngan faizul smua ker! terbaikkkkk
BalasPadamShort trip jer Nor. Terkejar2 masa..Kira puas juga lah..
PadamSalam Tuan,
BalasPadamLain kali buat group 5 kereta ikut kami ke Wang Klian Satun Pak bara Hat Yai Bkt Kayu Hitam
3h2m . Kita main water rafting di manang atau ikut kami di http://satunsiam.blogspot.com/
Wah!! Bagus tuh. Cantik juga idea awk. Saya akn roger at anytime k. Will see.
PadamBila lg nak wat group gi thailan
Padamthanks for sharing all info...mcm x sabar nk g ni... Tp kalau drive sdri ok x g sna? Mksud sy mcm kt spore kna ati2 every road ada tmbak laju tu...actually, brpe jam total smpi ke sna?
BalasPadamSy x nampak pun speed trap sepanjang jln menuju ke tpt ini. Dr Wang Kalian U ambil msa selama 6 jam utk sampai ke Phuket. Drive sendiri lg bagus jikalau boleh berkonvoi. Take ur time n drive safely.
PadamBulan september ,kami konvoi 30 kereta dari KL....lebih kurang 120 org.Kalau tuan berminat,sila buat tempahan
PadamSaya tidak dapat join trip nih Kharlisa. Terima Kasih kerana jemput saya.
PadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Wassalam