Khamis, 26 Disember 2013

Kisah Aku di Gunung Kinabalu, Sabah



                                                    Kisah ini sudah lama berlalu iaitu kisah pendakian aku bersama rakan2 kerja pada tahun 2010 yang lalu namun ingatan dan kenangan silam di atas puncak Gunung Kinabalu sukar untuk aku padamkan dan iainya begitu bermakna bagi diriku yang sememangnya suka sangat dengan aktiviti2 seperti ini sejak zaman sekolah lagi. Banyak juga Puncak2 Gunung di serata Malaysia ini yang aku telah tawan seperti Gunung Pulai, Gunung Panti, Gunung Lambak, Gunung Jerai, Gunung Tahan, Gunung Belumut, Gunung Mat Chinchang dan banyak lagi cukuplah hanya Gunung Kinabalu jer yang aku kisahkan dalam blog aku ini oleh kerana kekurangan gambar yang menarik .Nak di jadikan kisah aku tersalah menempah pesawat ke kota kinabalu kerana aku tidak periksa event apakah yang akan berlansung pada tarikh pendakian aku itu rupa2nya ada event climbathon pada 23 -- 24 Oktober 2010. Perghh pada mulanya aku nak teruskan saja dengan memasuki pertandingan tersebut akan tetapi kekurangan persediaan dan faktor stamina dan pengalaman aku batalkan niat dan menukar tarikh penerbangan kepada tarikh yang lain. Emmm apalagi harga tiket pun sudah berubah jadi hampir sekali ganda. Naya jer Bebb. Aku yang cadang tuh terpaksa berpakat dengan rakan2 yang lain akan kesilapan yang telah aku lakukan. Nasib2. Aku memilih tarikh 30 Oktober 2010 sebagai hari pendakian kami ke puncak Gunung Kinabalu.
                                                     Aku mengambil pakej 2 malam 3 hari untuk seisi pendakian ini dan menempah di Mount Kinabalu Climb Booking dan submitkan permohonan ke info@mountkinabalu.com dengan membayar 4 pax sebanyak 600 myr seorang. Urusan pembayaran haruslah di buat terlebih dahulu melalui akaun yang di berikan.Jangan risau mereka semua professional tiada kebimbangan akan di tipu kerana nasib kita baik tempat tinggal untuk bermalam masih ada kerana mereka akan memeriksa terlebih dahulu jumlah pendaki yang di benarkan mendaki ke puncak. Seharusnya kita dapat tempat untuk berehat secukupnya di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Gunung seawal jam 2 pagi kelak.
                                                                     
                                                Sampai saja di Airport Kota Kinabalu aku menghubungi kenalan aku untuk bertanya akan hal kereta sewa ataupun Teksi untuk ke Kinabalu Park. Tambang sehala di kenakan sebanyak 300 myr oleh Pak Cik Teksi di airport tetapi aku dan rakan yang lain mengambil keputusan untuk menyewa kereta dan memandu sendiri ke sana. Sewa Kereta Kancil jer. haha. Dah mcm Tin Sardin kereta tuh di buatnya. Nak murahkan amekkau.
                                              Perjalanan ke Kinabalu Park mengambil masa selama dua jam untuk sampai melalui jalan yang berbukit di beberapa kawasan tanah tinggi ke arah Ranau melewati pekan Tuaran dan Tamparuli dari Kota Kinabalu. Kawan yang pandu macam dah biasa jer gunakan jalan di Kota Kinabalu. Beberapa kali sesat dan pusing balik. hahaha.Nak naik bas boleh tapi harus sampai airport awal pagi lerr. Sewa kereta kira dah okay sebab boleh ronda2 di kebanyakkan kawasan dan senang nak kembali semula ke Kota Kinabalu.Pada masa aku sampai di Kinabalu Park ini cuaca sejuk ooo siap berkabus lagi. Entrance Tiket nak masuk ke kawasan ini harus bayar 3 myr seoarang dewasa.

                                             Process untuk mengambil kunci Hostel yang kami tempah agak lama juga dan segala urusan telah di uruskan oleh agensi yang kami ambil. Oleh kerana aku berempat kesemuanya jadi senang lah nak uruskan penginapan kami yang cuma agak jauh sedikit dari kaunter penyambut tetamu di Sutera Sanctuary lodge. Sampai pun sudah pukul 4 petang ada saja barang yang kami terlupa nak bawa atau beli iaitu seperti baju hujan, sarung tangan, makanan2 ringan seperti chocolate bar dan sebagainya. Nak beli di atas mahal sangat sanpai milo suam pun cecah 8 myr secawan. Segala jenis minuman atau makanan di atas nanti memang mahal. Yelah pun nak bayar upah orang dusun yang memikul barangan keperluan setiap hari.
                                             Ini dia penginapan kami di Kinabalu Park namanya adalah Rock Hostel. Nak menuju ke Hostel nih pun dah kena pusing ke arah lain kira2 300 meter. Banyak lagi jenis penginapan yang di sediakan seperti Dorm atau pun jenis chalet. Di Rock Hostel ini hanya aku berempat saja yang tinggal pada hari pertama di sini. Suasana agak redup dan suram juga. Kalau berdua nih kira seram gak lah.hehe. Ada 2 tingkat, di sebelah bawah ada juga bilik penginapan dan living roon sekali berserta dengan pantry.
                                              Kemudahan di dalam bilik Rock Hostel nih hanya ada kipas sebuah dengan katil berkembar atas bawah dan beberapa buah plug. Untuk mandi kita kena kongsi di bahagian lain. Kalau nak mandi jangan bimbang kerana pemanas air di sediakan sekali jika tidak memang tak mandi kerana sejuk gilerr air kat situ. Cucuh2 mata jelah. Nak mandi pula kena lah berteman kalau tak berkemungkinan terdengar suara2 lain. ecehhhh. Bangku untuk bersantai di sediakan juga. Hujan renyai2 pun tiba kitaorang hanya lepak di dalam bilik dan buat tahi mata sekejap. hihi.

                                               Suasana pada pukul 6 petang dari bangunan Rock Hostel yang aku menginap. Sudah puas merehatkan diri tiba lah masa untuk makan malam yang di sediakan seperti dalam pakej kami. Nak ke Balsam Cafe kena berjalan kaki jauh gak jadi kitaorang bawa kereta sekali ke sana.

 


                                             Menu ala buffet di sediakan sehingga pukul 10 malam di Balsam Cafe ini. Antaranya banyak gak menu2 yang okay dan menyelerakan. Puashatikk kerana suasana di Balsam Cafe ini dah macam di Europe pulak. Nak makan ambil jer selain daripada itu ada juga menu ala carte tetapi tak termasuk dalam pakej yer. Tenang jer tempat ini. Pendaki pada masa ini tak lah ramai sangat mungkin kitaorang sampai terlalu awal sangat. Di bawah photo frame ini pula aku saja snap sebab suke dengan ayat tuh. Sesuai untuk para pendaki. hihi. Malam pertama yang dingin sempat gak kami meronda ke kawasan luar dengan menaiki kereta tapi cuaca pulak hujan. emmm tak dapat lah nak survey lama2 hanya dapat beli sarung tangan dan baju hujan yang harga 5 myr untuk pakai buang.

                                                                             
                                              Seperti yang di nanti2 kan masa untuk pergi mendaftar di Sutera Sanctuary lodges reception dan sebelum itu kitaorang menikmati sarapan pagi di Balsam Cafe dahulu. Nak ke Balsam Cafe pun harus turun berjalan ke bawah bukit. Sarapan pagi tak ingat dunia. haha. alamat semput dan mengah lah jawabnya. Tak agak2 makan tuh lupa yang nak mendaki nih. hoho.Bekalan makanan yang di bungkus akan di beri terus kepada semua Pendaki di Balsam cafe ini. Diorang tahu berapa bungkusan yang harus diorang sediakan untuk hari tersebut. Menu simple seperti french toaste, jagung rebus, kacang merah dan sebiji pisang di sediakan dalam setiap bungkisan tersebut. Kira okay lar tak tahu lah selepas ini mungkin lebih baik kot.


  
                                                 Selepas selesai sarapan pagi kitaorang pergi mendaftar pula di pejabat urusan di Sutera Sanctuary lodge. Bayaran upah untuk shelpa atau lebih di kenali sebagai malim gunung adalah sebanyak 115 myr pada masa tersebut oleh kerana aku berempat dan harga upah berbeza2 mengikut berapa ramai jumlah yang pendaki mendaki bersama. Setiap kumpulan ada malim gunungnya sendiri. Jika mendaki berseorangan pun harus ambil malim gunung jangan nak pandai2 daki seorang yer. Mampus nanti. hihi. Bayaran permit mendaki hanya 30 myr seorang tetapi jika kita orang Malaysia.

                                               Setiap pendaki di wajibkan memakai Pas yang bertulis nama dan nombor permit sekali sepanjang pendaki mendaki ke puncak gunung. Ini kerana mudah untuk mereka tracking mangsa jika ada hal yang tak di ingini berlaku. Tengok tuh Pemandangan Puncak Gunung Kinabalu dari Sutera Sanctuary Lodge ini. Nampak macam dekat dan mudah jer kan. Emmm aku dah rasa dah pengalaman mendaki ke puncaj nih. Perghhh harus ada latihan dan betul2 fit dan sehat. Berat badan turun hampir 4 kilo tuh. Terkezut den.
                                               Untuk ke Pos Pendakian di Pondok Timpohon nih para pendaki harus membayar juga sewa pengangkutan ke tempat ini. Jaraknya agak jauh juga melalui jalan berliku2. Masa mula pendakian adalah dari jam 8 pagi sehingga 10 pagi. itu syarat2 yang di kenakan kerana malim gunung akan jadi marah. hahaha. Ada 2 pos pendakian yang boleh pendaki pilih untuk ke Laban Rata dan seterusnya ke Puncak Gnung iaitu mengikuti arah Timpohon ataupun Mesilau. Tak kira bagaimanapun cara pun semua pendaki harus sampai ke Laban Rata sebelum pukul 5 petang. Laban Rata adalah pusat persinggahan sementara di atas gunung lebih kurang sama gak dengan base camp.
                                                Di Pondok Timpohon ini juga kita harus check in dahulu kepada petugas dan di berikan penjelasan lanjut mengenai larangan2 yang harus semua pendaki patuhi termasuk jangan membuang sampah sembarangan di laluan pendakian. Di bawah ini ada di tunjukkan senarai nama peserta yang memenangi Gunung Kinabalu Climbathon. Ini yang tuliskan kisah mula2 di atas, nasib baik tak pergi pada hari diorang berclimbathon nih. Kalau nak tahu semuat peserta di wajibkan sampai di pos pengesahan peserta mengikut masa2 yang di berikan jikalau tak dapat maka dengan itu peserta tersebut di arahkan turun semula. kah kah kah . Semua Hadiah lumayan gitu.

                                                Dalam sibuk riang ria nak mendaki gunung terlupa pulak nak sediakan tongkat sakti dari awal. hahaha. Apa lagi kena lah beli dengan harga 3 myr setiap satu tongkat kayu tuh. Pendaki2 mat salleh kebanyakannya membawa sekali tongkat khas masing2. diorang boleh larr kan sebab mungkin dah biasa mendaki gunung2 yang bersalji ataupun berbatu. Sebelum in aku pernah gak mendaki di beberapa buah gunung di semenanjung tapi tak lah pulak teringat tongkat sakti nih. Main bedal jerr.

                                              Kau nih mad jangan lah suke2 sangat baru jer nih 0.5 km. Ada sebuah anak air terjun di bawah laluan pendakian ini. Ingat nak terjun mandi tapi apa kata si malim gunung cepat bah nanti kelewatan kamu sampai ke base camp. Jangan di lawan nanti malim gunung lipat baru tahu. hahaha

                                               Haaaa...Kan wa dah cakap mula2 suke pastu tanggal sana tanggal sini kepanasan  dan keletihan. Baru tak sampai satu kilometer pendakian terasa seksa zahir dan batin ooooo. Sabar jelah kan yang nak ikut sangat apahal. hihi. Itupun dia kegunaan sii Tongkat sakti nih sebagai alat penahan tubuh dari terjatuh. Lutut bagai nak tercabut manakala nafas turun naik cepat. ishhh33x. Ini semua pengalaman hebat yang aku dapat sepanjang mendaki ke puncak Gunung kinabalu. Jangan nak eksen2 ehhh belum cuba belum tahu..

                                              Pondok2 untuk berehat di sediakan akan tetapi malim gunung hanya bagi masa sekejap jer untuk menghilang letih. Masa hanya 15 minit jer pastu dia dah suruh daki semula. Nak tidur di dalam hutan kah katanya. hihi mana kami mahu. Ada  5 kilometer lagi untuk kitaorang sampai ke Laban Rata ( Base Camp ). Sabar jelah yang menhirankan aku sudah ramai yang di belakang potong laluan kitaorang. Perghhh cepatnya diorang nih. hihi. Sii malim gunung sempat bergurau katanya suruh kitaorang daki dahulu dalam setengah jam baru dia ikut. cehhhh berlagak jer dengar bunyinya kan. Memang tak hairan pun kerana malim gunung nih seminggu hampir 3 atau 4 kali mendaki turun naik. Nak tahu rahsia diorang emmm selalu makan padi huma ( Bukit ) cara mentah2 dan di jadikan bekalan ke puncak padi huma tersebut. Nampak jer saiz tubuh diorang kecik2 tapi kuat oooo..
 


                                              Kena potong laluan dengan Mak Cik nih selamber jer dia. Buek malu jer kan. Dah bertegur sapa emmm posing lah sekali dengan dia. Orang Finland katanya. Mak Cik nih walaupun perlahan mendaki tapi dia steady dan tak selalu berhenti berehat katanya. Kitorang dah berkali2 dah. hahaha.

                                              Singgah berehat di Pondok KM 2.0 ini aku ternampak banyak tupai2 yang jinak di sini. Memang kata si malim gunung yang tupai ini tak takut dengan manusia sebab dah banyak kali pendaki2 beri tupai2 nih makan. Apa saja yang ada tupai2 nih bedal.

                                              Sepi dan suram jer pendakian kitaorang, masing2 dah tak sabar nak sampai ke base camp. Dari berbagai laluan pendakian hingga ke base camp suasana amat berbeza dengan keadaan tumbuh2hannya juga. Memang besh pemandangan walaupun masih di dalam hutan lagi. Gambar di bawah ini adalah porter yang di upah untuk mengambil atau membawa turun barangan keperluan di base camp. Upah sekali trip pada masa itu ialah sebanyak 80 myr. Perghh yang tak larat tuh siap dukung Tong gas. Sian2 gak tapi yang kitaorang tabik spring kat porter nih diorang berjalan teramat laju bagai dah hafal setiap batuan ataupun tanah yang diorang pijak. Tidak kira perempuan ataupun lelaki kesemuanya sama jer. Orang Dusun ehhhh termasuk lah sii malim gunung yang guide aku nih. hihi.Setakat mengorak langkah tuh selamber jer pantas dan tak letih pun aku tengok dari riak muka dia. Dasatttt                                                                        
                                                                             

                                              Ini yang aku malas nih kena naik anak tangga jauh gak tuh ke atas. Laluan ke atas memang curam jika tiada anak2 tangga nih nampak gaya naik guna tali lerr.
                                              Dah sampai pun di Km 4.0. Pendakian mengambil masa sudah 3 jam lamanya. Masa yang agak lama juga tuh kerana rata2 masa yang di perlukan untuk sampai ke base camp ialah 5 jam iaitu sebelum pukul 2 petang kerana ada lagi urusan harus di buat di base camp tersebut. Aku dengan rakan2 yang lain dah mengeluh panjang nih. ahahaa ada yang siap berlari pun ada dan berlawan siapa yang sampai dahulu. Macam tak sabar jer kan. Kalau nak mudah mendaki jangan bawa peralatan pakaian atau keperluan yang lain banyak2. Tinggalkan jer di store penyimpanan sutera sanctuary lodge tuh. Tak kena bayar pun di jamin selamat.
                                              Ini adalah papan tanda penunujuk arah yang datang dari arah Mesilau Gate. Jangan tersalah baca sudah alamatnya ke bawah semula lerr. hihi.

                                              Dalam pada itu nak juga tunggu giliran untuk mendaki kerana ada gak jalan pendakian yang sempit. Jangan pula cuba2 nak potong barisan nanti terjatuh pulak orang lai naya jer. Pada masa ini juga kegunaan tongkat sakti tuh. Lain kali aku xnak bawa banyak pakaian ke atas base camp cukuplah baju tebal n jacket n seluar tebal untuk mendaki termasuk seluar pendek. Bawa bagpack kecik pun dah okay bukannya nak shopping pun. hihi. Nak bawa pun apa salah nya bayar jer upah dengan porter.



                                                                               

                                             Di KM 4.5 nih dah mula berkabus laluan pendakian mana taknya terletak lebih 2745 meter dari aras laut.Tumbuh2han cantik2 jer dan pelbagai jenis pokok hutan yang aku tak pernah jumpa. Cuaca sudah berubah dan bertambah sejuk. Peluh tak sempat nak keluar dan besh nyer mendaki.

                                                Ini satu lagi laluan curam yang harus di tempuhi oleh semua pendaki sebelum sampai ke base camp di Laban Rata. Tongkat Sakti amat bermakna ketika ini. Harus di bawa sehingga ke bilik penginapan untuk di simpan kerana akan di gunakan semula sewaktu mendaki ke puncak atau menuruni gunung.

                                                                                
                                            Lebih kurang pukul 1 petang kitaorang baru sampai di Pos ini masih tak jauh lagi nak sampai tetapi dalam kepala nih walau 1 Km lagi terasa jauh macam 10 Km. hihi. Semakin lama semakin berkabus dan akhirnya kitaorang nampak papan tanda menunjukkan kawasan Laban Rata. Terasa lega yang teramat sangat. Sebelum sampai ramai juga pendaki yang kitaorang jumpa menuruni semula ke Kinabalu Park. Kali ini laluan berbatu sahaja sehingga ke base camp.

                                             Laluan berbatu ini memang merbahaya kalau tersilap langkah kaki boleh bengkak dan patah. Berapa ramai pendaki dah cedera di laluan ini . Upah untuk Porter mengangkat pendaki turun ialah 1000 myr menurut kata si malim gunung kitorang. Puas sudah sehingga takat ini aku dah berjaya mendaki sehingga ke aras 3000 meter kurang 1000 meter lebih sahaja dari jumlah keseluruhan 4095 meter tingginya gunung kinabalu ini.

.



                                              Gambar di atas ialah papan penunjuk arah ke senua tempat yang mahu di tuju di sekitar base camp . Summit Trail adalah laluan utama semua pendaki ke puncak. Berbagai jenis tempat penginapan seperti Gunting Lagadan, Panar Laban dan Waras Hut di sediakan untuk memuatkan kesemua pendaki. Jika nak pilih yang berhampiran Restaurant pilihlah di Laban Rata Rest House kerana di situlah tempat perjumpaan kesemua pendaki termasuk porter dan malim gunung mereka sendiri.




                                                                              
                                              Waktu yang di tunggu2 sudah tiba kerana dalam kepala cuma satu jer nak tidur sementara menunggu makan malam yang di sediakan dalam pakej tersebut. Dah lar tempat penginapan kitorang jauh dari Restaurant Laban Rata emmm layan jelah. Panar Laban Hut itulah nama tempat penginapan aku. Sedang2 elok jerr keadaannya. Memuatkan 2 katil double decker bersaiz bujang. Tiada kipas tapi sejuk yak amat. Bilik air kena kongsi di luar. Bilik mandi di dalam bangunan Laban Rata di bawah. Ini kes naya sebab air paip di bilik air kat luar tuh teramar sejuk ooo. Nak basuh pun takut2. Agak2 kalau nak mendaki lagi harus bawa wet tissue. hihi. Segala urusan mengenai kunci dan pakej lain harus berjumpa dahulu person in charge di penyambut tetamu Laban Rata Rest House. Ini tempat banyak havoc woooo penuh dengan pendaki luar negara.

                                             Ini gambar di ambil setelah bangun dari tidur di bilik kitorang di Panar Laban 1. Kat atas nih kalo kena kepit memang terbaikk. Cuma satu jer boleh ke tak boleh. hahaha..Tengok tuh Bangunan Laban Rata rest house sayup mata memandang. Nak turun pergi makan emmm cam nak bercinta di buatnya. Apa nak di kata perut di atas nih lapar jer memanjang. Nyesal tak bawa sekali chocolate bar atau candy atau sebagainya untuk mengalas perut.       

                                               Nampak tak permukaan gunung yang tinggi betul2 di atas bilik penginapan kitorang. Dah tak sabar nak naik lagi. Sambil tuh sempat gak berposing dan menikmati keindahan alam dan menyaksikan panaroma yang menarik ciptaan Allah. Awan kimulus entah apa erkk namanya berada macam di hujung jari kaki jer. Memang besh dan tak rugi penat lelah pun untuk sampai ke Laban Rata ini sekurang2nya sampai gak. Ramai yang tidak meneruskan pendakian ke puncak gunung kerana masalah kesihatan atau cedera. Kalau nak tahu yang tewas dari segi mental pun ada.


                                                                             

                                               Hajat di hati nak pergi mandi  tetapi hahahaha salin baju sudah. Bukannya tukar pun malah pakai baju setebalnya bagi mengelakkan kesejukkan melampau. Ini kira oke lerr nanti bila dah masuk waktu malam emmm bertambah2 sejuk sehingga paras di bawah 10 darjah celcius.

                                              Di sini waktu berniaga ada di sebutkan seperti di atas ini. Mula2 aku tak paham kenapa tutup pada pukul 7:30 malam tapi setelah aku amati baru aku sedar chef2 dan crew2 restaurant nak break sekejap sebelum nak buka lagi restaurant pada pukul 2 pagi. Nak datang awal boleh tapi lepak dan santai jelah. Buffet suffer belum boleh di jamah lagi. Ini adalah kerana waktu puncak ini adalah untuk semua pendaki yang ingin meneruskan pendakian ke puncak gunung kinabalu pada awal pagi. Nak mendaki makan jangan banyak sangat nanti cepat letih dan muntah hijau keluar oooo. Sediakan chocolate bar atau apa saja jenis kekacang bersalut chocolate untuk di bawa sebagai bekalan ke atas nanti. Ada kawan tuh makan tak ingat dunia hentam selagi boleh hentam dah daki tak lama senak perut semua ada.


                                             Beberapa gambar kenangan di ruang santai di luar reastaurant laban rata. Di sini jikalau nak ambil gamabr yang lebih menarik datang lah pada waktu senja tp jangan pukul 7 malam sudah kerana di sana waktu malam lebih cepat dari semenanjung. Besh bebb lepak di platform yang di sediakan ini tapi yang tak tahan tuh padat dengan umat. Bila pandang ke sisi arah gunung memang gelap gulita tapi bila hadap ke hadapan perghhh cantik tuh panaroma. Jangan terlepas untuk saksikan keindahan alam ciptaan Allah ini. Bershukur sangat dapat menyaksikan walau sekali seumur hidup.




                                                                               
                                              Sempat gak layan mamat dari germany nih. Tengok tuh dia pulak lebih2 kalau gugirl tak apa juga. hihi. Di sini pendaki2 dari luar negara korang buat macam dah lama kenal jer. Dapat tambahkan kenalan betul tak. Dya nih memang berjalan pantas seawal pukul 4:30 pagi dah sampai puncak katanya.
                                             Jangkasuhu yang di pamirkan di hadapan pintu masuk restaurant laban rata nih. Bacaan menunujukkan sekitar 6 darjah celcius. Ini di bawah lagi jika kita teruskan pendakian berapa darjah turun agaknya kan. Menggigil bebb aku pada masa ini rasa macam nak peluk jer minah2 salleh tuh. haha. Penutup kepala kena ada kalau tak telinga korang sakit ooo sejuk mencucuk2 ke dalam urat. Prepare apa yang patut sebelum ambil keputusan nak mendaki gunung kinabalu ini.
                                                 Ini adalah gambaran di mana kesemua pendaki harus mengikuti malim gunung masing2 dan mendaki secara berkumpulan dan bergerak bersama2. Kitorang mula mendaki pada pukul 2 pagi dan itu waktu yang maksimum jika kita lebih dari itu alamatnya tak dapat lihat lah matahari naik dari ufuk timur. hehe. Sii malim gunung kitorang kalau boleh nak bergerak awal lagi kerana dya tahu yang kitorang nih lemau. haha.


                                             Dah lah kedinginan dalam cuaca di malam hari harus pula mendaki ke puncak gunung untuk menyaksikan matahari terbit seperti yang di katakan oleh semua pendaki pada ketika itu panaroma sungguh indah. Ini adalah kali kedua aku dapat melihat matahari terbit dari puncak gunung iaitu kali pertama di Gunung Bromo, indonesia. Keadaan muka bumi tidaklah sama tetapi sanggup keluar awal pagi untuk tujuan tersebut.Bermula dengan track yang sempit dan berbatu. Adakalanya harus memanjat anak tangga dan memegang tali yang sedia terpasang di lereng gunung. Pada ketika ini masing2 antara takut dan letih kerana kita semua harus menunggu giliran mendaki perlahan2 sehingga ke sayat2 check point . Mendaki lah dengan sopan santun jangan pula nak berlumba yer kesian kawan yang kena tinggal jauh ke belakang tuh. hihi. Head Lamp harus punyai kuasa suluh yang kuat kerana pemandangan ke bawah yang gelap gulita tetapi bila mendongak ke atas perghhh sungguh cantik bintang2 di langit.                                                                                 

                                              Setelah hampir 400 meter mendaki ke atas semua pendaki akan mendaftar diri dahulu di Sayat2 check point ini untuk memastikan bahawa nama korang di ambil untuk di buat sijil penghargaan berjaya sampai ke puncak gunung kinabalu. Kalau setakat korang sampai di Laban Rata sahaja memang tiada sijil di berikan oleh mereka. Pada ketika ini macam dah tak sabar untuk meneruskan pendakian. Jikalau korang nak terkencing tabur jer di mana2 sebab nak cari tandas mana lah ada.

                                              Jeng Jeng Jeng itu dia Km 8.0 sudah sampai menandakan lagi 166 meter lagi untuk sampai ke puncak yang populor sekali iaitu Lows Peak. Rasanya peluh macam dah tak nak keluar lagi dah kerana semakin hampir semakin dingin cuaca pagi sepanjang pendakian kitorang. Apa yang bermain di kepala aku ialah cepat lah sampai. Ada sesetengah pendaki langsung tak ikut penanda tali yang di sediakan, mereka punya lah laju macam jalan biasa jer. Cabaran harus di tempuhi kiranya berpantang ajal sebelum mati lah. Teruskan niat untuk sampai ke puncak walaupun kaki dah asam dah. haha. Selalu aku berkata dalam hati tak jauh lagi tuh epet mesti boleh punyer. Kata2 semangat untuk diri sendiri jangan mengalah kata orang.

                                                Nah itu dia hasilnya berkat semangat juang yang tinggi akhirnya aku dan kawan2 yang lain sampai juga di Puncak Tertinggi di Asia Tenggara. Pada ketika ini aku melebihi masa sampai 30 minit lebih awal dari kawan2 yang lain sebab aku tinggalkan diorang . hahaha. sampai hati tuh. Aku sampai pada pukul 05:15 pagi dan dalam setengah jam lagi akan terbit lah matahari di ufuk timur itu.




                                             Dalam pada menunggu matahari terbit sempat gak berposing dengan pendaki2 yang lain bebb. Kabus dari mulut nih asyik keluar jer. Jari - jemari pun dah kebas manakala pipi macam dah kecut. Semuanya ada, si malim gunung kitorang arahkan kitorang jangan melebihi sejam di atas kerana di khuatiri sendi2 jammed katanya lebih kurang reput frost lah nih. Macam tak caya jer kan, salah satu faktor ialah mengelakkan terkena hujan dan laluan pendakian akan lebih merbahaya sewaktu turun semula ke laban rata.


                                                                             
                                                                               

                                              Ini snapshot guna digital camera saja bukan Dslr dapat  setting dan zooming lebih cantik . Cukuplah sekadar merakam gambar kenangan. Di atas puncak ini ada lebih kurang 50 pendaki yang dah sampai manakala yang lain masih di bawah lagi. Penat dan tak larat kaki melangkah pun ada.

                                               Di atas puncak ini hanya batuan besar2 saja yang ada. Itu lah sebab Gunung Kinabalu di namakan Gunung berbatu antara yang tertinggi di dunia. Gambar di bawah ini menunjukkan cahaya pagi sudah mulai terang dan pada masa ini bertahan dahulu untuk melihat panorama yang cukup indah yang hanya dapat di Puncak Gunung Kinabalu sahaja.

                                                Gunting Bin Lagadan merupakan pendaki pertama yang sampai ke puncak Lows peak gunung kinabalu ini. Dia adalah porter ataupun juga shelpa kepada seorang british yang ingin menakluk puncak gunung kinabalu. Terror mamat nih pada zaman dahulu mana ada sangat peralata yang lengkap. Posing jangan tak posing bebb. Ini lah kali pertama dan tak tahu bila lagi boleh sampai ke puncak ini. Ada gak angan2 nak pergi mendaki lagi entah bila lah agaknya.

                                               Bergambar bersama Malim Gunung kitorang. Nama dia aku pun dah lupa main sebut2 abang saja. kecik tapi berjiwa beso. haha. Dia naik ke puncak pakai selipar Croc jer tuh. alahai kitorang siap beli kasut mendaki lagi.

                                              Korang bayangkan dengan kecuraman pendakian ke atas puncak lows peak ini agak2 korang tengok pun dah letih kan. ahaha masa ini lah masa yang paling menyiksakan batin nih sebab lagi sikit jer nak sampai tuh tapi cabaran mendaki pada tahap gaban lah juga. Harus berhati2 pada tahap ini, kalau silap nyawa boleh melayang atau cedera parah.
                                              Bergambar kenangan di hadapan batuan berupa seekor Beruang sedang senyum. Kepercayaan masyarakat dusun di sini jika wajah batu beruang tersebut seakan sedang marah baik jangan daki lah pasti ada alamat yang tak baik. itu menurut kata malim gunung kitorang lah yer. Tak nak percaya sudah. Kitorang layan jelah tapi memang nampak wajah batu beruang itu sedang senyum pagi2.
                                              Sewaktu aku turun semula ke bawah masih ada lagi pendaki yang masih belum sampai ke puncak mungkin diorang tidur dulu kot di celah2 batu. hahaha.
                                                                              

                                              Nah tu dya punya lah curam dan tinggi. Azab bebb nak lepas pada tahap ini. Kalau tak larat kaki jangan lah paksa berapa ramai yang tewas di sini. Yang jatuh bergolek ke bawah pun ada. Ada gak memorial batuan yang kecil2 di susun cantik di lalaun pendaki. Ada kes kematian tuh. Baru jer gunung kinabalu kan belum lagi Gunung2 yang tertinggi di tempat lain.
                                              Perjalanan menuruni semula laluan bertali yang sedia ada. Ikut laluan bertali ini kalau tidak si malim gunung akan tegur kita. dah tanggungjawab dia untuk menjaga keselamatan kita betul tak. Tak sangka pulak pemandangan di waktu pagi punyalah terkezut aku. Naik ke atas pada waktu malam tak nampak sangat curam nih bila perjalanan balik semula fuyoo macam ini ka. hoho.


                                              Pokok2 gunung yang korang tak akan jumpa di mana2 gunung di malaysia nih. Hidup subur berwarna warni di celah2 batu. Ada air mata air sekali tuh. Memang shahdu dan cantik macam nak lepak lebih lama jer. Pakej kitorang setakat ini sahaja dan harus sampai ke laban rata lebih kurang pukul 9 pagi manakala sarapan di sediakan juga.
                                               Talian telefon yang tak berfungsi langsung hanya gimik jer .saja jer tuh bagi dekor jer berhampiran Sayat2 check point. Cepat gak kitorang turun semula dalam pada itu masa turun macam lama jer nampak senang tapi susah gak. Pada ketika ini barulah kitorang nampak sekelling apa yang terdapat di laluan pendakian pada awal pagi tadi.

                                            
                                              Macam besh jer kan dapat buat penginapan di atas gunung nih. Waktu malam tak pula nampak tandas bila dah pagi baru jer nampak. hehe. Air gunung nih punya lah sejuk bebb.

                                               Ini adalah gambaran keadaan laluan para pendaki sama ada naik atau pun turun terpaksa ikut laluan yang sukar dan bertali. Jaga2 dengan permukaan  batu yang berair dan licin. Jika korang lihat gambar bawah ini pula ialah permulaan pendakian dari Laban Rata menuju puncak. Di sini sahaja kitorang mengambil masa yang agak lama untuk melepasi pendaki2 wanita atau orang2 yang lebih dewasa. hihi. Camner nak potong barisan cuba citer sikit mahu tertonggeng ke bawah nnati. hahaha.

                                             Kitorang ingat naik naik susah tetapi masa nak turun juga susah ooo rasanya macam lagi lambat masa di ambil pun ada.Tengah malam mana lah nampak sangat jalan bila dah siang perghhh gerun juga bebb.Yang besh kali ini adalah kitorang boleh nampak pemandangan bawah gunung yang kebiruan dan berkabus itu sahaja. Banyak kali berhenti tuh sehinggakan malim gunung kitorang pun malas nak layan. hehe.

                                               Lebih kurang pukul 8:30 pagi kitorang sampai di Panar Laban Hut iaitu tempat kitorang lepak. Masa hanya tinggal hampir 3 jam lebih sahaja untuk daftar keluar dan serahkan kunci bilik. Kitorang sempat tidur untuk hilangkan keletihan yang melampau sampai terlupa sarapan pagi yang telah tersedia. Perjalanan turun ke Laban rata cuaca redup dan berangin. Lain kali aku nak ambil pakej 2 malam di Laban Rata, satu malam untuk enjoy lepak2 manakala satu malam lagi tuh untuk naik ke puncak gunung.

                                                         Wajah ceria dan agak kurus sedikit berbanding hari2 sebelumnya. Memang ringan jer badan aku pada masa ini. Selesai habis bersarapan kitorang pun bergerak keluar untuk seisi turun semula ke sutera sanctuary lodge di mana menu makan tengahari di sediakan juga oleh pihak resort. Pada ketika ini aku tak dapat ambil gambar masa turun ke bawah oleh kerana terlupa nak bawa battery spare. Cuaca hujan dan kitorang basah lencun ooo. Lagi satu kisah di mana kaki aku dah mula melangkah macam ketam. haha. sakit bebb mula2 turun okay jer . Nak tahu kenapa lutut aku dah terlebih bergesel jadi nak mengorak langkah pun jadi perlahan. Kali ini dua orang kawan aku pula yang meninggalkan aku jauh ke belakang. Haha padan dengan muka nih. Sakit sendi semua ada. Ini dia penangan nak mendaki dalam hati nih kalau sampai ke Bandar Kota Kinabalu memang aku terkam Spa Urut lah apa lagi. hihi. Ambil yang 3 jam punya. Di belai2 manja gitu.
                                                          Sampai di Sutera Sanctuary lodge lebih kurang pukul 2 petang, pada masa ini restaurant balsam penuh dengan pendaki yang kelaparan nasib baik menu masih banyak lagi. taram dulu baru boleh tinggalkan Kaki gunung kinabalu park nih. Walaupun keletihan aku masih lagi teringat2 sampai sekarang betapa beshnya pengalaman pertama mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu. Tercapai hajat aku dan pulang membawa sehelai Sijil Penghargaan. Caya lah. Kepada korang yang berminat ingin mendaki ke Gunung Kinabalu aku nasihatkan korang agar buat latihan secukupnya. Kita datang dari jauh bukan dekat matlamat kita adalah untuk menawan puncak seperti orang2 lain.
                                                          Untik keperluan pendakian korang jangan lupa bawa lampu suluh lombong agak besar pun tak apa, penutup muka separuh penuh mcm mat binaan pakai tuh, glove tebal, jaket, chocolate atau candy bar atau sebagainya, wet tissue kepada yang tak boleh basuh dengan air gunung, kasut yang sesuai jangan pulak selipar croc macam malim gunung kitorang pakai tuh, beberapa helau t-shirt, seluar dalam pakai buang, stokin tebal dan beberapa item yang korang rasa nak bawa boleh bawa. Camera yang fully cas jangan lupa nanti rugi pula tak dapat bergambar atau ambil video. Bawa duit secukupnya nanti di bandar kota kinabalu nak makan seafood lah nak shoping lah nak berpsa lah dan berbagai lagi sambil nak melencong ke tempat peranginan yang lain pun ada.
                                                           Sekian sahaja coretan Kisah Aku di Gunung Kinabalu dengan harapan dapat memberi sedikit info berguna kepada semua pembaca blog aku ini. Jika ada peluang kedua aku akan datang lagi dan mendaki semula. Sebenarnya cukup2 sudah ada yang taubat tak nak naik lagi pun ada. Selepas ini aku akan sambung lagi dengan coretan Kisah Aku di Abu Dhabi pula. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa korang membaca kisah2 aku di blog ini.