Ahad, 15 Julai 2012

Kisah Aku di Osaka Versi Pertama, Japan

             Bila sebut sahaja nak melencong ke Jepun...Perghh kepada yang tidak kisah sangat lebih baik korang ambil kisah...Aku tidak merancang seawalnya kerana memang aku tahu persediaan tambang kapalterbang mesti akan jauh lebih mahal dari apa yang di sangkakan..Maklumlah aku ni pengembara yang tidak suka ikut Travel Agensi..Bajet lah katakan so pada satu hari aku buka email dan terbaca Promosi tambang murah..Korang mesti dah tahukan..hehe..Apalagi tanpa membuang masa aku terus menempah tiket pergi dan balik dari Osaka..Main Barai jerrr...
            Selama hampir 2 bulan aku hanya mendiamkan diri dari mengambil peduli sedangkan masa untuk pergi sudah hampir tiba...Aku bernasib baik telah di beritahu oleh Isteriku bahawa persediaan untuk memasuki Negara Jepun amat rumit setelah dia membaca blog orang lain..Hohoho..Aku jadi bodoh sekejap kerana syarat2 yang perlu di penuhi oleh kedutaan jepun....Risau bebb sebab ingatkan tidak payah tunjukkan segala benda....Perghhh memang rumit...Disini aku tuliskan sedikit sebanyak dokumen yang  telah aku sediakan ..

1) Gambar terbaru bersaiz Passport ( 4.5 x 4.5 cm ) yang berlatar belakang kan berwarna putih..Korang pergi ke kedai gambar diorang akan tahu...sediakan sebanyak 4 keping...Pastikan Passport korang valid lebih dari 6 bulan..
2) Itinery perjalanan ke jepun iaitu tempat korang pergi mestilah di tuliskan di dalam borang yang boleh di dapati di dalam website ataupun  di travel agensi..Tulislah seberapa ringkas tujuan selama beberapa hari di sana..
3) Pengesahan kerja dari majikan di perlukan untuk menguatkan lagi sokongan dokumen perjalanan..
4) Sediakan salinan penyata akaun simpanan korang di mana2 Bank atau korang boleh meminta penyata Asb...Korang mesti ada Cop yang asli dari pihak Bank dan bukan print dari online banking..Itu apa yang aku di beritahu ..Jumlah keseluruhan adalah tidak kurang dari RM 10,000.00...Kedutaan Jepun hanya inginkan satu figure sahaja dan mereka tidak akan periksa di bank korang...Cara amat mudah..Korang boleh sher atau pinjam sekejap dari sesiapa selepas itu korang pulangkan balik..
5) Sertakan sekali alamat Hotel mana korang menetap sebab di form imigresen jepun tu ada di sebutkan ruang Hotel atau kediaman korang di jepun..Voucher Hotel sertakan sekali sebagai sokongan dokumen..
6) Pergi lah awal ke kedutaan jepun atau korang boleh suruh agen yang buat..bayar jelah berapa banyak..Tempoh siap Visa ke jepun dalam anggaran 5 hari waktu bekerja..Orang lain kata satu hari boleh siap yelah tuu...
7) Salinan Sijil Kahwin ( yang pergi bersama suami isteri ), Sijil kelahiran anak jika korang membawa anak bersama..Orang yang pergi secara solo tidak ada syarat2 membawa sijil kelahiran..
8) Salinan Tempahan Tiket Kapalterbang pergi dan balik ..
9) Borang kemasukan ke negara jepun..Semua ini korang boleh download di website...

              Okay lah penceritaan kisah aku di jepun bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai atau lebih dikenali sebagai KIX-Osaka seperti yang tertulis di Tiket itinery...Waktu penerbangan kapalterbang aku ialah pada pukul 0230 petang dan ini pun menjadi satu masalah sebab jarak penerbangan sejauh hampir 7 jam itu membuatkan kebosanan melampau dan terkejar2 transport untuk sampai ke bilik penginapan..Oleh kerana Hotel Toyo yang aku pilih terletak di daerah Shin-Osaka iaitu 45 minit menaiki train JR line..Semua ini aku survey di blog traveller dan di google maps..Train terakhir dari airport adalah pada pukul 11 malam waktu tempatan dan bayangkan lah masa sampai aku terus terkejar2 ke kaunter imigresen..
                Aku sampai di Kansai Airport pada pukul 0900 malam..Turun sahaja dari kapalterbang penumpang di ambil oleh Shuttle Bas dan di hantar ke Monorail untuk di bawa ke tempat pemeriksaan Imigresen..Fullamak kali ini aku sudah terkena, memang tidak aku jangka yang wajah aku di passport dengan wajah aku di Visa amat ketara berlainan..Apalagi pegawai imigresen mengarahkan aku ke pejabat yang berdekatan dan di situ aku mengatakan bahawa Passport itu adalah milik aku sepenuhnya..Berlaku sedikit salah paham di situ, aku memohon jasa baik Pegawai untuk melepaskan aku..Dah lah semasa isi borang imigresen aku terlupa nak tulis alamat hotel setelah di periksa oleh salah seorang pegawai imegresen..kena beratur semula dan menambahkan lagi masa...Adooyaiii..Bengang!!!..Imigresen jepun meminta aku meletakkan kedua2 ibu jari aku untuk memastikan keselamatan berikutnya....geram- geram...Kena  Scan macam orang bersalah..hehe

  • Selesai sudah melalui pemeriksaan Kastam aku terus sahaja bergegas untuk mencari stesen keretapi Kansai Airport..Pastikan destinasi korang nak tuju sebab dari awal kita ambil data di internet lagi memudahkan kita..Laluan ke stesen keretapi ada tertulis di signboard jadi aku terus tanya pegawai yang bertugas berapa kah yang harus aku kena bayar di mesin menebus tiket seperti yang aku lampirkan di atas..
  • Mesin menebus tiket itu ada tertulis nama tempat yang korang nak tuju siap dengan tanda harga sekali..Untuk perjalanan aku pula ialah ke stesen keretapi Shin-imamiya jadi aku perlu mengambil keretapi jenis JR-Ekpress line..Banyak lane keretapi jikalau dari kansai terus menuju Osaka biasanya JR Line jadi keutamaan..bayaran sebanyak 1030 Yen sehala dan korang tidak perlu risau mesin itu boleh tukar duit korang seberapa banyak baki yang tinggal..Masa bertolak aku ialah pada pukul 1100 malam..
  • Seperti biasa kepada yang sudah tahu tidak lah menjadi masalah dengan tiket bersaiz kecil itu masukkan ke dalam laluan yang bertanda Hijau dan selepas itu simpan tiket itu dengan sebaik nya..Jikalu tidak kena denda lagi naya kita..
  • Oleh kerana perhentian keretapi Kansai Airport ini adalah yang terakhir jadi ramai juga orang pada masa itu..Korang nak tanya pun tidak sempat kerana orang2 jepun semuanya macam kelam kabut jer nak cepat sampai ke destinasi masing2..Pernah aku tanya pramugari yang aku kenal semasa di kapalterbang untuk tujuan bayaran tiket tetapi malang nya dia kata Maaf dia tidak dapat membantu..Perghhh....Sabar jelah..
                                                                       



  • Perjalanan keretapi laju yang mengambil masa 45 minit akhirnya aku sampai di stesen Shin-Imamiya pada pukul 1145 malam...Jarak Hotel Toyo yang aku tempah  adalah lebih kurang 100 meter berjalan kaki..Cuaca malam itu sangat sejuk dan nak berjalan kaki pun menggigil di buatnya..Peta panduan ke hotel dari stesen keretapi aku ambil dari blog orang lain..Jadi aku tidak hadapi masalah untuk sampai..
  • Aku menempah Hotel Toyo dari laman web Agoda.com..Ini memang betol2 punya bajet backpacker hotel ..Amat sesuai kepada mereka yang boleh berkongsi bilik mandi dan berkongsi Air panas di luar..Jikalau nak minum air ada di sediakan ruang makan dan mesin segera..Aku membawa  Maggi cup juga sebagai  bekalan  untuk menahan perut yang laparrrr..hehe..
  • Satu hari aku menginap di hotel ini di kenakan bayaran sebanyak RM 50 sahaja..Ok lah tu kan...Pelayan dan receptionist semuanya baik2 dan amat ramah..Di situ juga ada di sediakan maps atau brocher tempat2 tarikan pelancong..Wifi percuma di sediakan dan korang boleh ambil password wifi di kaunter pertanyaan..Waktu operasi dari pukul 0730 pagi hingga 0100 pagi..Jangan lupa simpan password kunci pintu utama yang di berikan kerana selepas pukul 0100 pagi tiada orang di kaunter..terpaksalah korang tunggu di luar sampai ada orang lain yang membuka nya...parahhhh....
  • Ramai pelancong dari Eropah dan Amerika menginap di sini..Jikalau korang perhatikan di atas itu ialah suasana dari dalam bilik aku..Sangat kecil dan tidur hanya beralaskan Tilam dan sebiji bantal ( Style Tantami )..Di bahagian pintu masuk ada Almari yang memuatkan tempat baju,beg dan Tv aquarium kecil..Siaran jepun aku hentam saja..Tidak payah buka AirCond pun dah sejuk melampau..Pada masa itu suhu sekitar 7 darjah celcius..
  • Malam pertama aku hanya basuh muka dan gosok gigi sahaja..Di sini ramai juga pelancong perempuan yang menginap dan jikalau perempuan nak mandi dia haruslah pamirkan tanda Women Only di pintu masuk bilik mandi..Masalah air panas ada tapi tidak seperti yang biasa korang jumpa..Sekali tekan tombol air panas akan keluar..Tension2...hahaha..
  • Di Luar hotel terdapat banyak mesin segera dan kedai Family Mart iaitu seperti kedai 7-eleven kita..Kalau nak mamam Shushi emmm memang banyak pun..Harga boleh tahan tetapi yang suka Shushi adoiiyaii bahagia lah korang..hahaha

  • Malam pertama yang indah..hehe..Pengalaman sampai dengan tanpa pemandu pelancong boleh di kirakan berbaloi juga..Puas sudah menjejakkan kaki di negara Matahari terbit ini..Peluang untuk menghirup udara malam di kawasan Hotel Toyo tidak aku lepaskan walaupun terpaksa meredah suhu malam yang dingin...
  • Aku berjalan mengikut laluan pejalan kaki dan juga laluan berbasikal..Agak jauh juga aku berjalan dan pada masa itu banyak basikal di letakkan di bahu jalan iaitu di pakir khas..Aku tidak menjangka yang basikal itu ada yang di sewakan..Sekali sewa untuk di bawa kemana2 selama 12 jam bayaran di kenakan sebanyak 500 yen...Ohmakkkaiii mahal nya...hehe..x jadi aku..
  • Persekitaran tempat tinggal aku ini ada beberapa tarikan pelancong seperti Osaka Tower, Tennoji park dan Zoo, Pasar Siang Tennoji dan Kawasan perniagaan Shinketsu..Aku meronda2 tanpa rasa penat sebab ashik dengan keindahan malam di situ..Tiada banyak kenderaan pada waktu malam dan hanya persekitaran yang bersih..
  • Ada banyak tempat lagi yang korang boleh pilih termasuk menginap Namba Osaka atau di Dohtonbori..Nasib baik aku buat survey dahulu sebelum pergi dan menempah Hotel Toyo ini..Besh lah kerana dekat dengan stesen keretapi dan kawasan tarikan yang lain..Aku memang cadangkan tempat ini adalah terbaik juga..                                                                                                                                   



  • Perancangan tempat tujuan seterusnya adalah ke Universal Studio Osaka...Seawal pukul 0800 pagi aku sudah keluar dari hotel untuk ke stesen keretapi Shin-imamiya..Pada kali ini baharu lah aku dapat melihat sebenar2nya kesibukan orang jepun ..Walaupun diorang sibuk tetapi trend pakaian diorang aduhai memang merata dunia dah tahu..Yang menaiki basikal pun trendy apatah lagi yang menaiki Keretapi..
  • Destinasi ke USO jadi aku telah telah ambil 2 tiket menaiki keretapi iaitu kena membayar tiket sebanyak 160 yen di perhentian Shin-imamiya dan selepas itu membayar lagi satu tiket sebanyak 170 yen di perhentian Nishikujo untuk sampai di perhentian Universal City....Hotel Toyo---Shin-imamiya----Nishikujo Interchange---Universal City..
  • Ada banyak laluan keretapi dan korang harus memilih dengan bertanya atau membaca di signboard yang tertera seperti gambar di atas..Aku pun Blurrr jadi beberapa kali turun naik keretapi kerana mengikut arah yang salah..hehe..Selagi korang tidak keluar melalui pintu tiket korang boleh mencuba walau pun terpaksa habiskan masa di dalam keretapi..Tidak ramai orang jepun yang paham english jikalau tunjukkan tiket diaorang akan beritahu..Ada yang lari bila aku bertanya..Nasib2..




  • Universal city walk memang terkenal dengan tarikan pelancong dari tempatan atau juga dari luar negara..Tidak sah jikalau dah sampai tak pergi..Rugi Woooo..Keluar sahaja dari keretapi korang boleh boleh terus berjalan di mall iaitu melalui City Walk..Banyak kedai membeli belah di situ dan restoren makanan segera..Tanda Halal memang tiada tetapi apakan daya perut dah kebulur aku sempat makan di Mc Donald's..hehe...Untuk secawan kopi panas beserta dengan Fries dan burger ikan aku di kenakan bayaran sebanyak 400 yen...perghhh.
  • Di sekitar kawasan ini korang boleh berjalan2 di luar pintu masuk Universal Studio iaitu Taman yang cantik dan luas..Kepada yang berminat umtuk pergi membeli belah di kedai Hard Rock Cafe juga ada berhadapan dengan mercu tanda USO..Ambil lah banyak masa di kawasan ini tetapi aku hanya menetapkan selama 3 jam sahaja di sini kerana banyak lagi tempat yang perlu di teroka..hahaaha..



  • Aku setakat berjalan2 di luar Universal Studio dan Universal City sahaja..Untuk bayaran masuk ke USO iaitu Studio one day Pass ialah sebanyak 6200 yen untuk seorang dewasa.. Oleh kerana aku memikirkan lebih banyak lagi tempat yang harus di tuju hingga ke malam aku hanya membeli baju HRC Osaka sahaja..Jikalau korang memang tujuan nak ke USO pastikan korang sediakan duit lebih..Ini baru satu tempat tujuan belum lagi tempat tarikan yang lain..Koyak2..HoHo..
  • Semua Universal studio hampir sama permainan yang di sediakan..Untuk semua golongan umur memang menghiburkan tetapi hanya masa sahaja yang harus korang plan secukupnya..Aku tidak berminat untuk menghabiskan masa di sini..Cukup lah sekadar ingin tahu dan ambil gambar..Ini pun kira sudah melekakan aku..
  • Pohon2 yang kering tanpa daun itu ialah Pohon Bunga Sakura..Jikalau aku pergi lambat sikit aku sudah pasti dapat jumpa musim bunga yang amat cantik iaitu di panggil blossom Day..di mana2 pun akan bewarna warni...Rugi lah x boleh jumpa..HuHu..




  • Dari Universal City aku membayar tiket sebanyak 160 yen untuk sampai ke perhentian keretapi Bentencho..Ikut arah Sakarujima dah boleh sampai ke hentian Bentencho..Tujuan selepas ini adalah berjalan2 di sekitar kawasan Tempozan..Area ini memang terkenal dengan Giant Ferris Wheel, Aquarium terbesar dan Pasar tertutup Tempozan..Bisnes park sini ada menjual berbagai2 barangan cenderahati serta pakaian berjenama jepun serta restoren2..
  • Aku bernasib baik kerana ada pertunjukkan permainan fireball yang korang dapat lihat seperti gambar di atas..Memang menarik sekali dan agak lama untuk kita saksikan..Kawasan tersebut betul2  di antara Aquarium dengan Pasar tempozan..Aku lepak sekejap menghilang letih tetapi di sini aku jarang merasa letih mungkin atas faktor cuaca..
  • Di dalam Pasar Tempozan pula ada pertunjukkan tarian Asia Tengah oleh Penari2 jepun yang comel2..hehe..Terpesona di buatnya dengan lenggokan tubuh diorang...hahaaha..dah Gatal dah..
  • Aku mencuba memakan makanan goreng populor jepun iaitu Satono Hanayaki..Jikalau korang nak tahu bahan2 nya adalah dari beras pulut dan berinti Kacang..Sedap tuu rasanya...Cuba lah yer..Harga setiap satu adalah 120 yen..
  • Untuk menaiki Ferris Wheel di kenakan tiket masuk sebanyak 2600 yen seorang dewasa..Teramat besar Roda ini sehinggakan satu pusingan terasa aduhai lambat sangat nak habis..Hahaha ader berann...Aku turun sahaja dari perhentian keretapi Bentencho sudah nampak Ferris Wheel..


  • Destinasi seterusnya adalah Osaka Castle atau lebih di kenali oleh orang jepun Osakako..Perjalanan dari Tempozan menaiki keretapi di perhentian Bentencho ke perhentian Osakako dengan bayaran tiket sebanyak 190 yen..Di kawasan Istana yang besar ini jikalau korang memakai kasut tipis atau selipar mahu kematu tumit kaki nanti..
  • Keluasan yang besar termasuk kawasan beriadah dan tumpuan pelancong..Seperti maps yang aku serta kan di atas kawasan ini ada berbagai Zone laluan..Korang kena ingat laluan untuk menaiki keretapi yang paling hampir jikalau tidak korang akan berpusing ikut arah yang jauh..
  • Di taman istana ini juga ada sebuah bangunan yang di bina agak lama dan sekali pandang memang binaan yang cantik..Iya nya berdekatan dengan Castle..Oleh kerana aku sampai lambat iaitu hampir pukul 0400 petang, ia di tutup kepada semua pengunjung..Hanya yang di dalam sahaja di benarkan untuk keluar hingga pukul 0500 petang..
  • Jikalau di perhatikan monumen Maharaja tersebut wajahnya amat menggerunkan..Peluang untuk bergambar memang tidak di sia2 kan..Di situ juga ada deretan gerai makanan dan minuman serta bangunan kedai cenderahati...Aku x beli pun sebab x tahu apa yang nak di beli..hahaha..Kesemuanya lain macam jer..Jangan lupa bekalan botol minuman bila sampai ke tempat ini..
  • Ada sebuah Taman Botanikal iaitu keseluruhan taman itu mempunyai Pohon bunga Sakura yang bewarna warni..Untung juga aku ke tempat ini dapat melihat bunga Sakura dari dekat..Jikalau korang nak beli untuk di bawa balik ada juga di jual pohon bunga sakura yang di Tot kan dengan harga 2000 yen satu pasu yang kecil...


  • Nama pun suke jenjalan aku teruskan pengembaraan ke Daerah Namba Osaka...Daripada perhentian  Osakako aku meneruskan ke JR-Namba melalui penukaran keretapi di stesen keretapi Tennoji dengan bayaran tiket sebanyak 270 yen..Bermakna aku harus berpatah balik melewati Stesen keretapi Shin-Imamiya iaitu tempat tinggal aku di Hotel Toyo..
  • Memang selamber gilerr jalan sana sini untuk sampai ke Stesen JR-Namba aku harus ambil lain keretapi dan di kenakan bayaran tiket sebanyak 170 yen..Kopak2..Untuk makluman korang persediaan duit Tiket keretapi memang lah banyak oleh itu aku nasihatkan korang membeli 3 atau 7 hari  Pass  hanya untuk JR Line sahaja..Lagi murah dan dapat berjimat..Korang boleh membeli tiket di Kansai Airport atau mana2 kaunter JR Line..
  • Di terowong keretapi bawah tanah JR-Namba ini perghh terperanjat aku di situ ada pusat membeli belah bawah tanah..Jikalau korang ada lebih masa elok lah window shopping di sini..Banyak barangan boleh korang jumpa..Untuk naik ke atas jalan raya sila ikut panduan yang di berikan di signboard yang korang boleh paham..Dasyat sungguh kemajuan diorang nih..Aku sahaja beberapa kali tersesat dan waktu aku sampai pun hari sudah gelap..
  • Korang cari arah Namba Walk dan seterusnya berjalan kaki ke kawasan Nipponbashi iaitu kawasan perniagaan yang terkenal dan mewah2 juga lah..Umat manusia di situ punya lah ramai macam ulat..Di situ populor dengan berbagai jualan termasuk yang paling orang jepun suka iaitu melepak di restoren makanan laut..Nak cuba ke x nak..Hahaha paham2 jelah kalau perut sudah lapar hanya makanan laut jer yang selera aku tengok..
  • Seterusnya aku ke arah kawasan Dohtonbori iya nya hanya sebelah menyebelah sahaja dan korang boleh berpusing2 mengikuti laluan atau lorong perniagaan yang sangat meriah di waktu malam..Terpesona aku melihat gelagat orang jepun..Sungguh menarik pengalaman aku sepanjang berada di sini..Korang sedia lah bawa duit lebih2 yer..Jikalau nak mencari barangan bundle pun banyak di sini x kiralah Guitar bundle pun ada termasuk helmet motor sekali..
  • Penginapan hotel di daerah Namba agak mahal juga dan bagi aku tinggal jauh2 pun okay asalkan aku boleh sampai dan dapat lepak lama2 melihat suasana kehangatan malam The heart of Namba..Kemudahan pengangkutan yang terbaik membuatkan kita jauh tertinggal dari orang jepun dan bayangkan lah keretapi di laluan bandar bergerak silih berganti setiap 15 minit..Aku kembali semula ke stesen keretapi Shin-Imamiya melalui JR-Namba dengan bayaran tiket sebanyak 230 yen.
  • Terlampau banyak gambar dan catatan di Osaka ini dan kita berjumpa lagi di Catatan Osaka Versi kedua aku yerr...Sekian 





104 ulasan:

  1. bro...pegi sorang ke ? nak tny osaka ni selamat tak kalau pegi berdua (perempuan)

    BalasPadam
  2. Yupz..Osaka memang besh giler..Semasa saya pergi pun ada beberapa backpacker perempuan serammai 4 orang..Selamat juga kalau awak G sorang2..Kalau boleh tinggal lebih dari 6 hari lagi bagus..Selepas ini Second trip saya ke Tokyo pula..

    BalasPadam
  3. Bro.... area jual brg keta kat mana???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perghh kat sna byk di area Namba, Osaka + Shinimamiya..Jikalau nak barang motor pun banyak..Dari Kansai Airport ambil Train ke Shin-imamiya slps tuh lepak kat Tennoji area pun dah kira cukup..Namba tu besar..

      Padam
  4. bro..maap nak tanya..bajet agknya berapa yaa??bro ke sana...bro ckp nihon-go ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya keluarkan bajet hanya serendah 1500 ringgit sahaja..Semuanya sudah termasuk tiket kapalterbang dan penginapan..Iya cukup membawa saya ke pelbagai tpt dari sekitar Osaka hingga ke Kyoto... Cakap Nihon...ahaha..x larr..kemungkinan pada oktober 2013 akn dtg saya akn ke Litar Motegi via Tokyo..

      Padam
    2. ha bro,,, rm1500 skali flight??? gile... aku nak ittenary hg dn segala cost kat sne boleh x??? please2,,, aku nak pegi sane musim bunga ni tapi tokyo

      Padam
    3. tolong email kat sini boleh? meyour_turtlebay@yahoo.com

      Padam
    4. Mcm mna nk share ittenary sbb jadual perjalanan sy n tpt pemergian sy x ada dlm plan. tergerak nk pergi sy pergi hingga ke larut mlm. So awk boleh plan dlu dr pkl brp awk nk berjln n tpt yg awk nk pergi dr bilik penginapan.

      Padam
  5. Kalau guna pass jr line murah n economic ke? Sy akan travel dgn family next week. Tgh survey transport yg murah utk bergerak ke sana sini. Travel cuma utk 5 hari termasuk hari perjalanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pass JR Line ini memang teramat bagus dan sesuai untuk perjalanan Saudara..Saudara tidak perlu lagi ke Mesin Tiket dan menyimpan banyak duit syiling yen..

      Padam
  6. dari osaka ke tokyo jauh tak bro

    BalasPadam
  7. Lebih kurang 3 jam melalui JR line ( Tokaido Shinkansen ) dengan bayaran sebanyak 13000 yen..Ini train laju jikalau nak naik Local Train yang lain lebih kurang 8 jam dan 4 kali transit..

    BalasPadam
  8. salm..sya akn ke universti nagoya pd 27hb ni n akn sampai ke kansai dulu..flight smpai pukul 10.25..agaknya bole x tdo di airport or booking htel sebelum esoknya ke ngoya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Last Train pukul 12:00 malam dari Kansai Airport..Untuk ke Universiti Nagoya awak akn mengambil masa selama lebih kurang 30 minit dari Nagoya Train Station dan Kos dlm harga 250 yen..Jika awak x nak membazir kos penginapan boleh sahaja tidur di tempat rehat di Kansai Airport..

      Padam
  9. salam....bahaya tak pi osaka sekarang nie?bukan ape, takot radiasi nuklear yg meletuop pada tahun 2011

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada masalah dengan Radiasi Bro..Osaka dan bandar2 besar yang lain di Jepun memang uptodate dgn perlindungan Radiasi ini..Bebas Radiasi..

      Padam
  10. salam..sy nk g jepun bulan depan..cmne tranportation kt osaka?? ade one day passes kn..ce cite sket..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jikalau saudara plan ke osaka selama lebih dari 4 hari memang sesuai untuk pas seminggu..Pengangkutan disana adalah lebih sesuai hanya menggunakan Train sahaja..Temapat tujuan dekat dengan Train Station..Pengangkutan Bas pun bagus..Up to date dan jangan risau mslah terlepas bas atau keretapi..Saudara boleh terus membeli Train Pass tersebut iaitu JR Lines sebaik sahaja saudara sampai di Kansai International Airport..

      Padam
  11. salam tuan,

    saya akan ke kansai osaka hujung bulan ni. ape tempat menarik ada kat sana ? pastu waktu tu musin ape yer.. ? bape suhu paling rendah..? nak standby pakaian yg sesuai.

    tq
    din

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat2 menarik di Osaka memang byk dan ada seperti yg saya pamirkan didalam Blog saya ini..Jikalau saudara setakat berada di Osaka sahaja adalah lebih baik saudara bertumpu di bahagian Namba, Shinsaibashi, Shensekai, Tempozan, Universal City Osaka, Umeda Sky Building, Osaka Bay Area, Dontobori, Osaka Akihibara, Amerikamura, Osaka Castle dan Tennoji. Kesemua kawasan ini saudara boleh lawati dalam masa 3 hari. Musim yg saudara berkunjung diantara Spring ke Summer. Suhu 15 celcius..

      Padam
  12. Train Pass ni bleh gune utk JR line je ke atau bleh gune utk subway gk?

    BalasPadam
  13. Slm. Mmg nk pergi jepun kena sediakan 9 perkara wajib tu ke? Mcm mana kalau kita dlm acc bank xd duit byk? Ktorg student lg. Mana nak cari duit byk2. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajib sediakan semuanya jk saudara mahu urusan Visa dipermudahkan. Bkn saya suke2 tulis tp itu Semua syarat yg dikenakan oleh kedutaan Jepun. Jikalau saudara tidak cukup duit saudara boleh ikut tips yg saya berikan ini. Mereka bkn betul2 periksa akaun bank saudara. Apa yg perlu saudara buat cuba pinjam atau pindahkan sejumlah duit kpd akaun bank atau Asb sementara sahaja iaitu utk Salinan penyata terkini setelah itu saudara oleh memulangkan Semua duit tersebut.

      Padam
    2. bukan ke ke jepon dah perlukan visa..perlu ke sediakan lagi pekara 9 ats tu?

      Padam
    3. Utk Passport terbaru skrg memang x payah sbb dh ada lambang/logo sekali untuk Visa.

      Padam
  14. salam..nak tanya..saya akan ke osaka pada 7-14 oct 2013..boleh bagi info sikit pasal bawak masuk makanan dari malaysia..agak2 lepas tak?rice cooker rasanye boleh bawak tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saja jk nk bawa. Kpd sy disitu mknan tidak menjd mslh bsr buat sy kerana pilihan mknan steamboat ato shushi serta seafood memang byk didapati. Saudara boleh membawa bekalan mknan seperti nasi impit,maggi cup,serunding daging ato apa saja lah. Jgn khuatir. Selamat Bercuti.

      Padam
  15. Salam.. sy nak tanya.. sy akan ke osaka pd hujung bulan ogos.. blh sy tau x waktu tu musim apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jikalau x silap saya Musim tersebut adalah penghujung Musim Summer. Lebih elok lg saudara pergi pd bln september kerana Musim Autumn lebih menarik dan berwarna warni dedaun nya..

      Padam
  16. as salam Encik Azmi..

    nak tanya..saya berminat gile nak g osaka ..tapi next year la..insyaallah bulan 1
    rasa-rasanya harga dan segala tiket yang encik azmi bgtau tu..naik mendadak ke atau tidak ya??
    dari pemerhatian encik azmi mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga Tiket lebih kurang jer itu pun sy ambil syarikat tambang murah semasa ada promosi. Jikalau dah plan tuh lebih elok tempah seawal yg mungkin. Lagi satu sy ada terbaca berita yg mengatakan Rakyat Malaysia tidak perlukan lg visa melawat seperti yg sy lakukan sebelum ini..

      Padam
  17. Salam,.. nak bertanya ttg JR pass utk 7 hari,.. adakah pass ini boleh digunakan "unlimited" atau ada had,.. dan adakah pass ini boleh digunakan keseluruh jepun,.. cth dari osaka ke tokyo,.. sy akan ke osaka awal september,..

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila Saudara sampai di Osaka International Airport cuba cari platform untuk Train JR Line..Di kaunter ada terjual Pass Bulanan atau Mingguan. Pass tersebut hanya valid seminggu dari tarikh pembelian saudara. Jikalau rancang nak pergi melawat lebih dari seminggu bolehlah beli Pass bulanan kerana lebih murah. Seperti biasa harus Top-up dimana exit JR Line. Boleh digunakan sampai ke Tokyo atau mana2 destinasi yang mempunyai kemudahan JR Line.

      Padam
    2. Maaf bertanya lagi,.. adakah Pass mingguan ini seperti kad Touch&Go di malaysia,. dan boleh digunakan di kesemua rangkaian train di osaka.terima kasih

      Padam
    3. Setahu saya selain dari kegunaan Japan Rail Pass ini ianya juga boleh digunakan untuk tambang Bas dan Ferry. Setakat saudara berjalan hanya ke Kyoto, osaka, kobe, Nara dan Himeji, saya berpendapat lebih mudah gunakan pass ini kerana saudara tidak perlu berkejar2 masa dan short of cash. Saya bg contoh daily pas berharga 2000 yen, 2 hari berharga 4000 yen. 3 hari 5000 yen dan untuk Kansai wide area pass untuk 4 hari berharga 7000 yen seorang dewasa. Iya boleh digunakan untuk bas Rapid dan train yg lain.

      Padam
    4. terima kasih, di atas jawapan tuan,.. insyaalah,.. moga dgn ada nye panduan ini,.. dpt membantu sy semasa di osaka nanti,.. terima kasih sekali lagi,.. selamat hari raya maaf zahir & Batin...

      Padam
    5. Selamat Jalan semoga saudara puas hati dan plan betul2 perjalanan saudara sepanjang masa di sana nanti.

      Padam
  18. salam,

    InsyaAllah sy n suami akan ke osaka pertengahan bulan Jan nanti. mcm mana dgn cuaca di sana? sy nk sediakan kelengkapan yg sepatutya... TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk cuaca pada bln Jan setiap tahun suhu untuk malam hari mencecah 1 darjah Celcius dan pada siangnya sekitar 10 darjah Celcius. Memang Sejuk pada ketika itu. Jikalau menaiki Train dibawah tempat duduk tersiap sedia Heater sekali.

      Padam
    2. masa ni dah bersalji ke belum?

      Padam
    3. Nak Tanya segala yang listed perlu prepare tu nak tunjuk masa bila?

      Padam
  19. Salam,SUAMI SY TANYE,KAT MANE ADE JUAL BRG SPAre part kereta kt sane?half cut?bole cari kt mane ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf Puan. Saya memang tidak tahu di mana boleh dapatkan lokasi spare part kereta seperti yang suami puan maksudkan di Osaka kerana saya hanya jenjalan sahaja.

      Padam
  20. assalamualaikum.. Nk tanya...Kalau nk tgk bunga sakura bila masa yg sesuai eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara penghujung bulan Mac dan awal bulan April tiap2 tahun itu pun bergantung kepada keadaan berkemungkinan pertengahan bulan Mac. Cuba ke Kyoto kerana di sana lebih cantik pemandangan pohon2 sakura yang bermacam warna.

      Padam
  21. Salam .. Sedara tau tk dimana jual helmet arai @ shoei ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nampak banyak terdapat di kawasan Dotonbori iaitu di Namba Osaka dan Tennoji iaitu berhampiran hotel penginapan saya.

      Padam
  22. Ouh , kalau tk keberatan . Boleh tk bg Nama hotel awk , saye Akan kesana tanpa tourist guide . Dan tempat2 yg menarik harus dilawati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jikalau awak baca kisah saya seperti di aras awak akan nampak tertera tulisan Hotel Toyo tuh. Dekat dgn perhentian keretapi shin-imamiya dan kawasan perniagaan Tennoji. Dari sini awak juga boleh berjalan kaki ke Osaka Tower yang hanya 5 minit dari Hotel ini. Untuk ke Namba awak harus tukar 2 kali Train untuk sampai ke sana dan juga ke Universal studio Osaka serta OsakaKo. Carian Hotel Toyo ini awak boleh dapatkan di Agoda.com..

      Padam
  23. Salam,

    Plan gi Osaka pada awal November nie selama 5 hari ...agak2 berapa yen diperlukan utk transport, hotel, makan & souvenirs? Time musim apa & agak2 suhu berapa? ada ujan ke tak? tq ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. November jika x silap masih autumn season lagi, suhu average lebih kurang 15 celcius. Kadang2 hujan juga. Untuk bajet tuh yang boleh saya bagi nasihat ialah 60000 yen .Jika awak boleh cari penginapan lebih murah lagi bagus. Enjoy ur trip..

      Padam
  24. Assalamualaikum.. seronok saya baca trip osaka ni...
    Saya nak tanya... saya pun suka jenjalan.. tp selalunya custom made ngan travel agency... tapi kali ni first time jaan sendiri.. InshaaAllah, bulan 12 ni nak g osaka tapi duk hotel kat universal port..

    Nak tanya..since naik cab frm airport kensai tu mahal giler.. so kena amik train.. macamana dengan baggage? Ok ke bawak beg besar turun naik train tu? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yag bawa baggage besar2 masuk ke dalam Train. Tidak menjadi masalah turun naik Train.

      Padam
  25. Salam Azmi,

    Seronok baca trip saudara Azmi. Saya ke Osaka November nanti. Jadi ke gi Motegi tu? Minat Motogp ya? Saya memang teringin tengok Motogp kat luar selain Sepang ni. Kalau jadi pergi jangan lupa kongsikan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trip saya untuk ke Motegi terpaksa saya batalkan kerana urusan kerja. InshaAllah di lain tahun saya akan dapat pergi dan kongsikan pengalaman.

      Padam
  26. Aslmkm.. Saya nak tanya. Saya merancang ke Osaka 14hb Jan 2014 ni untuk 5 hari. Saya try search agoda n baca2 skit kat internet. Kalo hotel area Shinshaibashi/Namba ok kan?Tapi cm mahal skit. Boleh recommend x hotel yg dkt subway n x mahal sgt.Saya g berdua tanpa travel agent n suami. Kalo kos untuk 5 hari tak termasuk hotel n tiket flight agak2 brapa RM cukup?
    Untuk makanan, boleh x bawa periuk nasi? Saya cdg bawa canned foods Adabi, Maggie Cup. Ada snow x masa tu?Saya ada baca blog org kata Osaka susah jumpa snow. Kalo tmpat yg blh main ski blh recommend x?Untuk weekly pass JR pass tu boleh x naik tren dari Kansai ke Osaka, pusing2 Osaka,tiket masuk tmpat2 pelancongan sperti Castle?Agak2 brapa kos JR pass ni untuk 5 hari tu ye? Maaf.. byk pulak saya bertanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang benar Osaka susah nak jumpa Snow . Saya nasihatkan Puan pergi ke arah Kyoto dari station kereta api JR Umeda dan cari pakej ke arah tenpat permainan salji seperti yg terdapat di Biwako Valley dan Hachi Kogen. Bajet selama 5 hari di sana cukuplah Puan bawa 2000 myr. Jikalau lebih lagi bagus. Untuk kemudahan Hotel bajet di subway memang mahal terutama di Namba osaka jika nak murah Puan harus cari berdekatan dengan Osaka Tower. Dekat dengan Station kerta api dan subway. Kos Train JR utk 4 hari berharga 6000 yen seorang dan puan boleh ke Kyoto. Kobe, Nara dan Himeji jk puan ada masa utk melawat. Ini sahaja info yg dpt saya berikan. Have a nice trip.

      Padam
  27. insyaAllah kami akan ke osaka bulan Jan nanti n memang plan nk main ski+snow. ada cadangan x resort ski yg menarik n hotel yg berdekatan. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy dgr di mount rokko, area kobe ada resort ski, betul ke?

      Padam
    2. Saudara boleh menaiki train untuk ke Hakusan Ichirino Onsen di wilayah Ishikawa selama 2.5 jam. Selepas itu menaiki bas lebih kurang sejam untuk sampai. Di sini agak luas juga kawasan ski tersebut dan setinggi 1050 meter. Bayaran masuk 4000 yen dewasa.

      Padam
    3. jauhnya... nampaknya sy kena bersiap sedia fizikal n mental nih.huhu. mcm mana dgn visa? dlm iklan AA cakap x payah visa, tapi bila sya tanya travel agent,diorang cakap kena buat visa sbb sangat susah nak masuk jepun... konfius

      Padam
    4. Jika awak nak kepastian sila membuat pertanyaan di Jabatan Imigresen Malaysia atau kedutaan Jepun..Jk x silap saya pd Oktober lepas dh boleh buat tanpa visa..cuba awak sahkan yer.

      Padam
    5. ye betul bro. sy dah cek dgn kedutaan jepun, klu pasport ada lambang/logo (circle&square) kat bawah tulisan passprt tu, xpyh buat visa... Alhamdulillah..senang la skit

      Padam
  28. Asslam...in shaa Allah hjung bln 3 ni 1 family akn ke osaka...nak tnye hotel bajet tu bole ke 1blik share 6org skali gus atau die dh bg limit bpe org je bole masuk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hotel bajet di Osaka kecil2 belaka. Jk muat pun hanya 2 org saja berhantung kpd Hotel bajet yg bgmn awak tempah. Di osaka ada yang gunakan bilik mandi dan bilik air campur. Jk awak nak kepastian cuba awak lihat gambar yang terdapat di carian Agoda.com..Disitu awak boleh bayangkan bgmn kecil atau besar size bilik tersebut.

      Padam
  29. salam bro. sy bercadang nk ke osaka jan nanti n plan utamanya nk beli helmet.. boleh ke, xde masalah ke dgn kastam / imigresen nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jk awk ambil penerbangan Air Asia peluang utk tidak di periksa 90% sbb di Lcct tuh sepanjang sy gunakan laluan imigresen x pula di periksa. hihi. Boleh cuba yer.

      Padam
    2. sy pegi n balik dgn MAS... harap2 lepas la. sy akan ke sana next week. doakan kami selamat pg n balik. tq

      Padam
    3. sy dah selamat balik dari Osaka. sy kena tahan masa kt KLIA sb bwk helmet Arai. mcm2 pegawai tu tya n bgtau prosedur utk bwa masuk helmet bla bla.. nasib baik ada seorang pegawai kanan betulkan keadaan. sbnarnya xde pape pon. tp at last kami kena denda jgk RM100. nasib baik kami beli helmet 1 je. kami bercadang nk beli lebih sb ada kawan kirim.. kepada sapa2 yg bercadang nk bli helmet, jgn risau. xde apa sebenarnya...

      Padam
    4. sy pon nak beli helmet arai/shoei...nk pergi osaka, tp osaka ada jual ker..? kat area mana yer saudara boleh bagitau tak

      Padam
  30. Assalam bro..boleh tak nak dapat kan detail itinirary u ke osaka ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Segala details sy coretkn dlm note yang ringkas saja. Tiada plan secukupnya atau itininary kerana tergerak sy nk ke tpt tuh sy pergi sehingga larut mlm. Maaf yer bila sampai Kansai Airport sy hanya bergegas mencari bilik penginapan dan selebihnya sy berjalan tak tentu masa dan tiada itininary atau plan asal. Buat2 hati kering macam dah biasa. hihi

      Padam
  31. Salam sy baru blk dr trip ke melb...trip bajet..
    terbaca u punya blog pulak...nice info dan sgt membantu...rasanya nk kumpul duit ke osaka pulak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat tuh kerana urusan ke Japan teramat mudah sekarang nih.

      Padam
  32. Sy kecur liur baca seronoknya berjalan2 ke osaka....cuma sy keliru, memandangkan tak perlu lg visa sekarang, perlu ke sedia semua brg2 lain mcm awak tulis iaitu penyata bank, gmbr 4 kpg? Itineary?...terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada logo kat bawah tulisan passport, xperlu visa. n benda2 lain pon xperlu. just prepare utk jwb soalan2 polis je. dari mana? stay kat mana? bpa hri? nk g jln2 area mana? last skali dia nk tgk pasport. done!

      Padam
  33. salam nak tya sket...apa beza antara pass tren yang ada...cth..jr line..nankai..icoca..unlimited pass..dah nak muntah tgok pass yang ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beza Pass hanya untuk laluan terpilih antara bandar2 besar di Japan. Ada beberapa kategori laluan Train nih jadi saya nasihatkan saudara gunakan Pass untuk JR Line kerana lebih mudah berhubung antara Station ke station yang lain. Pilih harga pass mengikut kehendak perjalanan saudara.

      Padam
  34. As-Salam En Azmi,

    memang best sangat jalan2 Negara org and kami plan maybe this March nk g sana.. but still in planning. Tapi boleh saya tahu sepanjang perjalanan kita ke tempat2 menarik, senang x nk singgah2 ke mana2 masjid utk kita solat. mohon share ye.. Thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir kesemua tempat lawatan saya tidak jumpa Masjid ataupun bilik sembahyang. Emm memang sukar kerana jika ada pun jauh dari tempat2 menarik tersebut.

      Padam
  35. Alhamdulillah saya baru balik dari Osaka 2 hari lepas dan percutian kami kali ni memang best. Saya memang mengikuti blog ni sepenuhnya. Memang x rugi sapa2 yg pg Osaka. Byk tmpat menarik dan paling utama orang jepun memang baik2. Jgn risau kalau nak bertanya apa2 sb mereka very helpful even makcik2 pon. Perjalanan kami kesana sini mengggunakan train sepenuhnya dan mendapat pertolongan sepenuhnya dri mereka. Yela malu bertanya sesat jalan kan?hehe. Cuma satu je, kami xsempat pg semua tpt yg kami rancang even 4 hari kat sana. Mgkin sb cuaca yg sgt sejuk kot.. n utk makluman semua, tempozan ferris wheel ditutup dari 8 jan hingga 22 April. So sapa2 yg bercadang nk naik ferris wheel, bleh pg ke satu lg lokasi iaitu dkt umeda sky building. Sy dipahamkan kat situ ada wheel tapi kami xsempat pg memandangkan kekangan masa… apa2 pun, trip ke Osaka memang best! Tq Azmi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh yeke xpa nanti second trip ke osaka boleh singgah lagi. Terima Kasih juga.

      Padam
  36. Wah tak sabar rasanya nak pergi ke osaka..insyaallah 12hb mei nanti kami bertujub akan berangkat ke osaka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow bagus tuh. Have a nice journey as well.

      Padam
  37. Salam En.Azmi,boleh tau cara nk bukin Hotel Toyo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. U search di google dan pilih Agoda.com selepas itu U pilih Osaka dan nama hotel Toyo ini. Di situ U akan dapat segala info jika U berminat terus sahaja menempah kerana kadang2 ada diskaun yang disediakan.

      Padam
  38. Salam en azmi. nak tanya pasal budget en azmi ke sana overall dalam brp eh? 1500 tu cover utk flight dan penginapan shj?

    BalasPadam
  39. Salam, syukur jumpa blog ni..Sy nak tanya , sy akan ke tokyo & osaka hujung bulan march smpi awal bulan april..perlu ke bawa baju sejuk..bagaimana cuaca pada masa tu..Tima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam puan rozana... bila perginnya tu. saya pun akan ke sana pada 19 Mac hingga 26 mac

      Padam
  40. salam encik azmi , nak tanya kedai yg jual helmet motor dekat area mana ? if bawak balik malaysia kena cukai tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tolong jawabkannye azmi..sb sy baru balik dr osaka n tujuan utama memang beli keperluan bikers. nnti aniez amik train sampai stesen Suminoekoen, jalan dlm 5 minit akn jumpa kedai motor namanya Driver Stand (tulisan hijau. putih n merah). org jepon pangil kedai tu Nirinkan. nnt tya2 la ye org kt sana, takot nnt sesat rugi masa plak sb kat dalam kedai tu byk sgt brg2 bikers. kat area ni pon memang ramai bikers yg lalu-lalang. memang best sb motor agak pelik2.hehe. kat kedai ni complete brg2 bikers from top to toe. jgn lupa minta diskaun ye. masa balik sy xkena cukai, just denda rm100. depend pada kta punya budi bicara kot.. pape pon slamat melancong n slamat shoping. anda xkan menyesal ke osaka ;-)

      Padam
  41. salam en Azmi.. saya akan ke osaka pada pertengahan mac ni. hajatnya nak berjalan2 .. ada x kedai hafcut atau eksesori kereta kat sana.

    BalasPadam
  42. salam en azmi... saya bercadang hendak pergi sana... tapi ingin mencari aksesori kereta mira dan daihatu.. dimana boleh dapat brg2 mcm tu ye.. n barang2 halcut... boleh tak kita cerita melalui email..ni email saya.. el_mie19@yahoo.com... byk yg saya ingin bertanyakan.. jika sudi..

    BalasPadam
  43. Salam, saya dh booking hotel toyo, Osaka. Tp I'm travelling with another one friends. I book Japanese style single for air conditioning. If I want to share this rooms with my friends, is it possible? Is the room can fit 2 people and the hotel mgt allowed it ?

    BalasPadam
  44. salam bro..kalau mcm kita nk cari helmet arai dkt sana di kawasan mna bro..

    BalasPadam
  45. Salam Azmi,

    Bagaimana nak ke Hachi Kogen daripada Osaka? Is it difficult?

    BalasPadam


  46. Found your blog. It is full of really good information. Thank you for sharing. If you ever need service on rheemteamcomfort.com. We would love it if you would have a look at some of our blogs and let us know your thoughts.

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com


    Wassalam

    BalasPadam
  48. Salam En,

    Perlu visa ka untuk ke Jepun?

    BalasPadam
  49. Sudah tidak di perlukan lagi.

    BalasPadam
  50. assalam en azmi.. sy n family akan fly ke osaka awal tahun depan..just nk minta pandangan en azmi..klu family trip, sesuai ke guna public transport or lg sesuai sewa kereta semasa di sana..sbb kwn sy sarankan kmi utk sewa kereta utk memudahkan pgerakan..mohon pandangan dan tips dari en azmi yer..tq..

    BalasPadam