Ahad, 15 Julai 2012

kisah Aku di Osaka Versi Kedua, Japan

                                                    





  • Gambar2 di atas ialah suasana kawasan membeli belah Sensekai pada waktu senja iaitu pada pukul 0630 petang..Suasana di sini memang lah meriah dan boleh di katakan hampir sama seperti di Dotonbori atau Nipponbashi...Iyanya terletak berhampiran Osaka Tower..
  • Di sini terdapat banyak restoren makanan laut dan restoren makanan populor orang jepun..Jikalau korang larat nak makan sila2 lah yer..hahaha..Kedai2 menjual pakaian bundle pun banyak terdapat di sini..
  • Tarikan populor di sini adalah menaiki menara Osaka dan kawasan membeli belah..Bagi sesiapa yang tinggal di Hotel Toyo atau Hotel Raizan di tempat aku tinggal memang lah teramat dekat dengan hanya berjalan kaki selama 15 minit sahaja..
  • Kepada yang membawa anak2 kecil sila abaikan laluan lorong yang kecil kerana terdapat banyak poster2 gambar Lucah yang menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ..Panggung Wayang Lucah banyak dan kepada yang bujang2 tu ehem-ehem...Suka hati korang lah..














  • Hari Terakhir lawatan aku di Osaka ini ialah berjalan2 di sekitar tempat aku tinggal pada waktu siang hari..Oleh kerana jarak yang tidak terlalu jauh aku dapatlah melawat beberapa kawasan yang boleh aku kategorikan 5 dalam 1..hehe..Lain saja maksud nya kan..
  • Kawasan membeli belah Sensekai beroperasi seawal pukul 0900 pagi dan aku melalui kawasan tersebut sebelum sampai ke Tennoji Zoo dan Tennoji park...Malangnya pada hari lawatan aku kemasukkan ke Zoo telah di tutup dan aku hamya dapat berjalan di dalam kawasan Tennoji park sahaja..
  • Sempat juga aku pergi ke kawasan pasar pagi Tennoji iaitu ada beberapa lorong deretan kedai di tepi jalan iaitu di Pekan Tennoji..Di situ terdapat banyak jualan beraneka jenis sayuran, buah-buahan dan juga narangan masakan..Perhatikan di dalam gambar makcik2 sedang membeli sesuatu..
  • Di pasar ini juga terdapat  pelbagai barangan cenderahati dan perhiasan dan pokok2 hiasan..Ini merupakan Pasar Pagi tepi Jalan..Korang nak makan ada juga Restoren Mc'Donalds yang berhampiran di sini..











  • Setelah puas bersiar2 di kawasan Pekan Tennoji, aku kembali semula ke kawasan Shinsekai untuk menaiki Menara Osaka yang mempunyai ketinggian sejauh 103 meter..Tinggi lah juga...hehe..Bayaran  masuk yang di kenakan adalah sebanyak 600 yen seorang dewasa..menara Osaka ini di kenali juga sebagai Tsutenkaku  Tower oleh orang jepun..
  • Di atas menara ada 5 blok bangunan yang boleh kita lawati termasuk satu blok untuk restoren dan blok barangan cenderahati...Dari atas korang boleh melihat dengan teropong jauh yang di sedaikan di pelbagai sudut untuk orang ramai melihat pemandangan bandar Osaka dari atas menara..
  • Cuba pergi melawat dari jam 0530 petang sehingga 0830 malam kerana kita boleh melihat dua suasana yang berbeaza dan menikmati keindahan malam dari situ..Waktu operasi Menara Osaka ini bermula dari pukul 0900 pagi dan di tutup pada pukul 0830 malam..
  • Kepada yang terlupa bawa kamera jangan lah risau kerana di atas sana ada juga jurukamera yang ambil gambar korang..Bayaran sebanyak 500 yen untuk sekeping gambar..hehe..Rugi x bawa kamera wooo...Handphone pun jadi lah yer..
  • Turun sahaja dari menara korang boleh singgah sebentar di mana2 kedai membeli belah yang terdapat banyak di situ..Jalan yang penuh bewarna warni ini amat menarik tak kira siang atau malam..Aku membeli baju bertulis Naniwa Osaka sebagai kenangan..Di bawah ini alamat Osaka Tower ini...
  • Tsutenkaku Tower Access


    Address: 1-18-6 Ebisu-higashi, Naniwa-ku, Osaka-shi
    Access: 3 min walk from Ebisucho Station (Subway Sakaisuji Line)

    9am - 8:30pm, 7 days a week
    Admission: 600 yen





  • Hari terakhir berada di Osaka yang amat aku tidak suka sama sekali maklumlah aku sudah berjaya menempuh beberapa hari pergi ke pelbagai tempat menarik dengan senang sekali..Kata orang malu bertanya sesat jalan..Kepuasan sepanjang berada di sini memang aku tidak boleh lupakan dan berkemungkinan aku akan ke tempat lain pula di Negara Matahari terbit ini..
  • Perjalanan menaiki keretapi menuju ke Kansai Airport dari Stesen Keretapi Shin-Imamiya secara terus menerus  dengan bayaran sebanyak 1030 yen..Hotel Toyo dalam kenangan dan terbaik bagi diri ku..Hotel bajet rendah dan dekat dengan segala kemudahan..Bubye Osaka Bubye Ohshin...



                                                              
                           

1 ulasan:

  1. Attention! By reading this book you can avoid to be defrauded. Autobiographic tale of my twenty years in the Korean unifying movement of the self-styled reverend Sun Myung Moon, the Unification Church, very active in Japan, in United States and in Europe. A recognition in the language denoted of plagiarism and self plagiarism, that characterize the interpersonal transaction in the mystical micro-cults. Strategies “no profit” to recycle a remarkable huge amount of money, deriving by philanthropic fundraising, in normal activities “full profit”. The secrets of the fundraising and sales “door to door”. Entirely transposed by my time in the more articulate, picturesque mystical enterprise of the history: the Moon’s sect or... the cleverest fraud of the history! http://www.amazon.it/Little-God-Syndrome-happily-Frontiers-ebook/dp/B00WH6DQOW/ref=sr_1_2?s=digital-text&ie=UTF8&qid=1432290180&sr=1-2&keywords=ulisse+di+bartolomei

    BalasPadam