Ahad, 15 Julai 2012

Kisah Aku Di Kyoto, Japan...























  • Kyoto sebuah lagi bandar yang di penuhi kisah Kuno dan aku tiadak mensia2kan peluang untuk menjejakkan kaki ke daerah itu menggunakan perkhidmatan keretapi dari tempat tinggal aku iaitu di Hotel Toyo..Perancangan ke kyoto memang sudah dari awal lagi yang cuma tinggal hanyalah bagaimana untuk sampai..
  • Dari Hotel Toyo aku memilih Subway yang berdekatan iaitu stesen subway Dobutsuen-me untuk ke perhentian keretapi bawah tanah di Tenjinbashisuji dengan bayaran tiket sebanyak 200 yen..Selepas itu aku harus ambil lagi satu keretapi subway menuju ke Umeda dengan bayaran tiket sebanyak 230 yen..Pada kali ini amat sukar kerana stesen Subway terlalu padat dan jikalau tidak arah tujuan memang cari nahas..
  • Dari Perhentian subway Umeda aku terus keluar mencari Stesen keretapi terbesar di Kyoto menggunakan JR-Line dengan bayaran sebanyak 500 yen sehala..perghh terkejar2 di buatnya untuk sampai ke kyoto walaupaun jarak lebih kurang 45 minit untuk sampai..Ramai orang dari Osaka menuju ke kyoto pada masa itu..Susah untuk mendapatkan tempat duduk dan terpaksalah aku berdiri..
  • Stesen keretapi terbesar akan di sediakan pusat membeli belah sekali..Itu yang menarik perhatian aku..Nak cari makan memang x susah..Cuaca di Kyoto pada masa itu adalah lebuh sejuk berbanding dengan Osaka...Di sini walaupun tempat bersejarah agak banyak untuk di lawati ..kebanyakkan Kuil binaan jepun Kuno...Di sisi kota pula ada pelbagai bangunan lama dan baru..Di sini pun boleh di katakan tempat terbaik untuk korang menginap..
  • Aku mengambil peluang berjalan2 di Temple yang berdekatan..Agak besar Temple di raja nih..Dari bangunan stesen keretapi korang boleh terus menuju ke tempat tarikan yang berada di kedudukan atas tanah apabila korang berjalan ke atas jalan raya..nak pusing di situ punyalah jauh tapi memang aku suka pun berjalan2..
  • Setelah puas di sekitar Kyoto Tower aku menaiki bas tambang menuju ke Kawamarachi-Shido...Dengan menaiki bas bernombor 17 atau 205 dari terminal bas yang berdekatan iaitu di platform A2..Bayaran untuk sampai ialah sebanyak 220 yen..Sediakan duit yang cukup sebab korang harus memasuki duit shiling itu ke dalam tabung  tiket..Tiada tiket di keluarkan kerana jumlah bayaran itu adalah yang tempat paling terakhir bas berpusing balik..
  • Di daerah Kawamarachi ini korang pasti leka dengan keindahan sungai dan bangunan2 yang terdapat di situ..Banyak temple2 di raja yang korang boleh lawati tapi aku cuma satu sahaja..malas lah nak bergambar..Laluan di seberang sungai iaitu di laluan rumah kedai tradisional orang jepun amat banyak sekali..
  • Lebih kurang 6 jam aku abadikan diri di bandar Kyoto...Untuk pilihan selepas ini jikalau aku pergi semula aku akan menginap satu malam di bandar ini dan dari stesen keretapi Kyoto korang boleh juga ambil keretapi menuju TokyoHokkaido dan banyak lagi..Nak meninjau Nightlife di sini macam mana..hehe..









  • Puas sudah berjalan2 di Kota Kyoto ini dan kenangan yang tidak boleh di lupakan sama sekali sampai bila2 pun..Dari Osaka berjalan ke tempat ini walaupun penat tetapi amatla berbaloi dan yang penting rancangan awal sudah terlaksana cuma yang tinggal hanya Kobe sahaja..
  • Aku kembali semula ke Osaka sebelum senja dan rugi juga tidak dapat menikmati suasana malam di Kyoto..Itulah yang di katakan sebelum pergi kita harus mengetahui keadaan tempat dan apa yang harus kita lakukan dengan sebaiknya..
  • Nasihat aku ialah jikalau korang ingin ke Osaka jangan lupa untuk menetap di Kyoto walaupun cuma 2 hari kerana banyak lagi tempat2 yang boleh kita lawati dan yang paling penting menikmati suasana malam di situ..argghhhh..Apa nak di kato..hahaha...
  • Perjalanan pulang ke Osaka Station di Umeda Station sama sahaja jarak masa cuma di dalam keretapi kita boleh jadi bersesak dengan warga Jepun dan tidak dapat tempat duduk..Harga tambang sama sahaja seperti yang aku bayar semasa pergi dan kalau boleh korang ikut arah dan perhentian keretapi yang sama..Jangan lupa catit dan bawa maps laluan keretapi..
  • Sekian sahaja Catatan Kisah Aku di Kyoto, Japan....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan