Khamis, 26 Julai 2012

Berbuka Puasa di Regency Tanjung Tuan, Port Dickson..







  • Berbuka Puasa di Hotel atau di Restoren yang mengadakan Promosi Buffet Ramadhan..Emmm!!! memang sangat2 diidamkan oleh semua orang apatah lagi ada Penaja yang Ikhlas Hati untuk menaja kita semua..Hehe..Program berbuka Puasa di Luar Rumah adalah datang dari Idea aku sendiri bermula dari tahun 2009 lagi..Mungkin tidak seperti orang lain yang selalu pergi majlis berbuka puasa bersama2 sahabat atau keluarga sendiri di mana2 sahaja..
  • Pada tahun ini iaitu bertarikh 25 Julai 2012 kami sekeluarga memilih Hotel Regency, Tanjung Tuan di Port Dickson sebagai destinasi pertama kami untuk menikmati juadah yang setaraf dengan nya..hehe..Idea hari kelima berbuka di luar adalah menunaikan hajat hati aku sendiri..Kata orang mensyukuri Rezeki yang ada dan berbahagi untuk orang2 yang tersayang..Itu pun bergantung kepada Bajet dan Masa yang ada kerana Aku tidak selalu dapat bersama keluargaku berbuka bersama2 mereka di rumah sendiri..
  • Setiap tahun Bajet untuk berbuka puasa di luar memang semestinya aku sediakan sejak dari awal ataupun bermula enam bulan lebih awal..Majikan sendiri pun ada menaja majlis berbuka puasa bersama keluarga masing2 tetapi tidaklah banyak kali..Cukuplah itupun sudah kira bagus kan..haaha..







  • Tanjung Tuan Beach Resort ini telah dikenali kini sebagai The Regency Tanjung Tuan..Aku dapat info mengenai Buffet Berbuka puasa yang disediakan dari Teman sekerjaku..Jarak Resort ini dari Rumah kami adalah lebih kurang 40km tetapi itu tidak menjadi masalah buat kami sekeluarga sememangnya itu adalah jalan yang selalunya kami lalui..
  • Bayaran yang dikenakan untuk seorang dewasa adalah sebanyak RM 40.00 dan bagi kanak2 berusia 6 tahun ke atas dikenakan RM 22.00 seorang..Promosi dibeberapa buah Hotel yang berdekatan pun hampir sama juga..Bagi mereka yang selalu mencari peluang berbuka puasa di kebanyakkan Hotel harga tersebut tidak lah mahal berbanding satu sama lain..Sebenarnya Promosi harga bergantung kepada jumlah banyak Menu yang disediakan oleh pihak pengurusan bagi tujuan Buffet berbuka puasa ini..Oleh kerana nak merasa hidangan yang disediakan koyak lah saku aku pada kali pertama ini sebanyak RM 146.00..Boleh tahan juga untuk kami berlima...Bayar jangan tak Bayar..hahaha..
  • Untuk pergi ke Regency ini tidak lah susah sangat jikalau korang dari Utara atau Selatan arah Plus Toll korang haruslah memasuki susur keluar Port Dickson dan selepas itu ambil Lebuhraya Sbn-Pd dengan bayaran Toll sebanyak RM 3.20..Ikut sahaja laluan lebuhraya sehingga sampai ke Lampu Isyarat pertama dan membelok kanan sehingga berjumpa satu lagi lampu Isyarat kedua dan membelok ke kiri..Dari jarak 0.5km korang boleh nampak tanda nama Regency Tanjung Tuan ini..
  • Kami sekeluarga sampai awal bagi tujuan santai dan berjalan2 di sekitar Resort ini..Banyak kemudahan yang disediakan dan kepada mereka yang suka melihat suasana Matahari Terbenam yang amat cantik apalagi silalah datang kesini..Hoho..Dah macam apa lah aku nih, dah jauh dari topik..
  • Restoren tempat kami menjamu hidangan berbuka puasa di resort ini adalah dinamakan Coconut Grove..Kedudukan restoren ini terletak di hadapan pantai dan sudah pasti Panorama Senja yang cantik dan kedamaian disini memanglah mengasyikkan semua yang merasainya..Ada sebuah lagi restoren yang dinamakan Api-Api Dining Terrace yang menghadap kolam renang di situ..
  • Menu makanan yang boleh tahan lah bagi kami sekeluarga dan berbaloi untuk menikmati hampir setiap menu makanan dan minuman yang disediakan sejak dari awal waktu berbuka sampailah pukul 09:30 malam..Ada beberapa gerai yang memasak makanan panas seperti gerai Grill Seafood, gerai Murtabak dengan Roti John, gerai Mee Hoon goreng dan juga gerai kebab..Menu2 masakan yang lain disediakan sebanyak lebih kurang 100 hidangan kesemuanya..Rambang mata tetapi macam biasa ikut cara buffet mana boleh makan sekaligus..huhuhu..Rugi maarr..Relax dan ambil sedikit demi sedikit  bagi tujuan rasa cukuplah..
  • Makan-makan juga tapi Sembahyang Maghrib kena tunaikan..Tidak jauh dari Restoren ada disediakan tempat sembahyang jadi soalnya tepuk dada tanya selera..Hoho..Gambar2 segala menu masakan aku tidak snap lupa lah pulak kerana asyik dengan segala juadah..Masa2 semacam itu nak jadi jurugambar emmm memanglah tidak sesuai sangat tetapi bila dah nak upload gambar2 ke dalam Blog ini terasa kehilangan sesuatu...Saja jer kan..Sekian lah coretan terbaru dari kami sekeluarga...


                                                                                                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan