Isnin, 23 Julai 2012

Kisah Silam di Bali edisi Pertama...









  • Bila sebut nama Bali sahaja semua orang akan terfikir keunikan kepulauan tersebut..Aku sekeluarga iaitu berlima bersama2 menunaikan hajat yang sudah sekian lama aku janjikan..Sebelum pergi lagi kami merancang sama seperti pelancong lain dan kali ini juga kami pergi tanpa menggunakan Travel Agensi kerana sememangnya aku tidak suka..Jikalau boleh cari sendiri tanpa menggunakan modal yang banyak..
  • Percutian kami ke kepulauan Bali ini telah di rancang pada bulan Dec 2011..Tiket penerbangan kami tempah dari bulan Mac lagi..Biar awal asalkan bayaran tambang pergi dan balik serendah RM 100 pergi dan balik...Memang sekali jer merasa tambang sebegitu murah dan selepas itu tiada lagi..hehe..cukup lah yer dah merasa..
  • Kami sekeluarga sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar Bali ( Ngurah Rai ) pada pukul 1000 malam..Dengan tiada sesiapa yang kami kenali aku hanya menyapa seorang pengusaha van penumpang seperti yang aku dapat info dari blog orang lain..Jarak penginapan yang kami tempah hanya lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki kenderaan..
  • Dengan bayaran sebanyak 60000 Rupiah kami di hantar terus ke Hotel penginapan kami iaitu di GrandMas Hotel di jalan Camplung Tanduk Seminyak..Sebenarnya pada tarikh kami menginap Hotel ini tidak siap sepenuhnya..Hanya bilik Standard yang di sediakan dan tiada jenis yang lain..Arghhh tiada jug kettle, wifi, cafe dan kolam renang tetapi ada beberapa restoren berhampiran yang memasak makanan halal..
  • Oleh kerana kami sekeluarga tersangat lapar dan dahaga aku membeli makanan untuk di Tapau pada malam pertama kami menginap dan suasana di Seminyak tidak lah sesibuk di Kuta..Ada banyak Hotel, Restoren dan nightlife di sini agak hambar sikit..180000 Rupiah terbang tetapi berbaloi juga makanan goreng yang aku pesan semuanya sedap2 belaka..
  • Di Jalan Camplung ini terdapat juga banyak mesin ATM, kedai2 pakaian, Spa, Restoren Nasi Padang dan berbagai jenis perniagaan yang di usahakan oleh kebanyakkan orang asing..Aku sekeluarga sudah letih dan kami menempah Avanza untuk hari berikutnya sebagai kenderaan kami sekeluarga untuk pergi di pelbagai tempat tarikan di sekitar Bali berserta dengan pemandu sekali..Bayaran Upah dan sewa hanya 400000 Rupiah satu hari bermula dari pukul 0800 pagi sehingga 0700 malam..Memang berbaloi..                                                                                           
                                       


  • Lawatan pertama kami ialah di sebuah Balairong seni yang menempatkan para penari kebudayaan Bali  berserta dengan pertunjukkan Barongan yang mempunyai persamaan dengan yang ada di Negara kita iaitu kebanyakkannya di Pontian atau Batu Pahat, Johor..
  • Pelakon2 tersebut akan memakai Kostum yang berbagai2 dan juga Kostum Dewa Monyet..Mereka mengisahkan lakonan dan tarian mereka mengikut kepercayaan orang Hindu Bali..Sekali pandang amat seram juga apabila kami melihat pergerakan mereka semua sampai ada pelakon yang di tikam atau ada yang tidak sedarkan diri..Jika korang menetap di Kuta ada sebuah pertunjukkan kebudayaan magik yang terletak di Kartika Plasa, Kuta..Bayaran yang di kenakan adalah sebanyak 100000 Rupiah untuk seorang Dewasa..                                                                                 





  • Lawatan kedua kami adalah di sebuah Candi antara yang populor kepada pelancong di seluruh dunia..Ukiran candi tersebut amat mengkagumkan kepada kami semua yang melihat.Bukan setakat ini sahaja malah banyak lagi Pura2 atau candi yang di bina..Kata orang pengukir kayu atau batu batan yang paling mahir adalah berasal dari daerah Bali..
  • Ramai yang tertarik dengan ukiran hasil tangan yang menakjubkan yang sudah sebegitu lama di bina dan masih kekal hingga sekarang ini..Sebelum korang masuk ke lapangan Pura ini korang di mestikan memakai kain biru untuk perempuan dewasa dan kain batik belang kepada lelaki..Semuanya di sediakan dan bayaran adalah seikhlas hati korang selepas memulangkan semula kain2 tersebut di sebuah peti tabungan duit..
  • Jikalau korang larat untuk meninjau semua Pura2 di Bali ini aku nasihatkan ambil lebih masa menginap di sini dan kepada aku sekeluarga hanya beberapa tempat Pura sahaja yang kami lawati kerana sememangnya cukup lah sekadar ingin tahu keunikan ukiran orang2 Hindu Bali ini..




 



  • Seterusnya perjalanan kami ke sebuah daerah pergunungan yang di panggil Kintamani Highland..Iainya adalah tempat tanah tinggi yang hampir sama dengan di Cameron Highland..Tarikan di sini adalah melihat kawasan lembah pergunungan Batur yang menghijau dan terdapat sebuah Tasik Volcano di situ..Lawatan kami di lengkapi dengan suasana berkabus dan pemandangan amatlah terjejas sedikit..Restoren Makanan ala Bali memang terdapat banyak di laluan pergunungan tersebut dan terpulang lah kepada korang untuk memilih restoren yang ada..
  • Cuba lah pergi melawat pada waktu pagi kerana perjalanan yang jauh juga dari Seminyak iaitu tempat hotel penginapan kami..Cari lah kenderaan sewa yang murah dan kepada kami sekeluarga rancangan ke tempat ini di rencanakan oleh pemandu van yang kami sewa..Pemandu2 Van sewa di Bali ini sememangnya ramah dan boleh berbahasa english dengan baik malah maps pun di sediakan juga..




  • Ini adalah kawasan Padi Terrace yang terletak di Besakih..Suasana kehijauan teres padi yang tersusun dari bawah sampai lah ke atas merupakan tarikan utama semua pelancong ke sini..Ia juga terdapat beberapa galeri menjual hasil lukisan yang menakjubkan kepada peminat2 lukisan dengan harga yang berpatutan..
  • Penjual pakaian dan barangan cenderahati juga ramai di situ yang cuma tempat pakir hanya terhad kepada beberapa kenderaan..Keadaan seperti masih banyak lagi di merata daerah Bali..Udara segar di sini bagi yang suka bersantai..






  • Ini adalah di kawasan Perniagaan Ubud..Laluan semula ke Kuta dan kami singgah sebentar di sini untuk berjalan2 meninjau keadaan sekeliling kawasan perniagaan di sini..Terdapat banyak kedai2 di tepi jalan dan kebanyakkan nya bertema dari jenama luar negara..
  • Kawasan ini juga di panggil Pekan Moden kerana barangan yang di jual adalah barangan2 populor dunia seperti yang terdapat di Kompleks membeli belah..Harga barangan tersebut perghh semuanya boleh tahan mahal..Untuk kami sekeluarga cukup lah hanya dengan mengetahui latar belakang tempat ini..hehe..
  • Korang boleh berjalan2 keliling pekan Ubud ini dan kepada yang larat lah yer..Di Pasar Ubud pula terdapat barangan cenderahati Bali..Banyak juga pilihan tetapi semuanya di tolak tepi..hahaha..Pelancong akan berhenti di sini kerana ia juga adalah laluan utama kenderaan pergi dan balik ke Kuta atau Denpasar..









  • Hari pertama lawatan kami di beberapa kawasan tarikan pelancong yang amat berbaloi..Masa perjalanan kami menaiki van selama hampir 10 jam dan aku menyuruh pemandu van supaya memberhentikan kami dari jarak 1 km dari hotel penginapan untuk berjalan kaki bersiar2 melihat kesibukan kawasan perniagaan Kuta yang kebanyakkannya di milik oleh orang asing..
  • Di kiri kanan kedai pelbagai barangan di jual dan juga terdapat banyak kedai2 pakaian, Spa, Restoren makanan laut dan barat serta juga kelab2 malam..Dari waktu senja hingga ke malam tempat ini memang meriah bagi golongan yang ingin berhibur sakan..
  • Bayangkanlah kesibukan jalan di sini dan terdapat juga teksi bermeter dan Ojek iaitu kemudahan pengangkutan bermotor yang populor di merata indonesia..Ada 2 jalan yang penuh dengan pelbagai perniagaan iaitu di hadapan kuta beach atau pun di jalan campluk seminyak..
  • Korang boleh lepak dan bersiar di sini selama mungkin kerana kawasan Kuta, Legian dan Seminyak..Carilah penginapan di ketiga2 tempat tersebut kerana night life yang hidup dan juga senang untuk kita membeli belah atau mencari agensi pelancongan serta restoren makanan yang halal juga terdapat banyak di situ..Di jln campluk sahaja ada sebuah restoren Nasi Padang yang di usahakan oleh mereka yang merantau ke bali..
  • Kepada yang berminat untuk bersiar2 di pantai amatlah menarik terutama di waktu pagi dan senja..di sini juga terdapat banyak anjing peliharaan dan juga anjing liar..aahahaha kepada yang takut amjing tuu emm korang paham2 jelah..Jikalau nak berjalan di tepian pantai Kuta sampai ke tepian pantai Seminyak pun boleh..
  • Ombak terlalu besar dan bagi aku lah memang tidak pernah mandi laut sepanjang lawatan ke Bali..Kepada yang suka bermain papan luncur khidmat sewa papan luncur berserta sekali jurulatih di sediakan..Banyak tempat menarik di Bali ini cuma masa yang terhad bagi pelancong jangka pendek..
  • Kita berjumpa lagi seterusnya di edisi Kedua sebab terlalu panjang dan aku pun pening nak scroll ke bawah..hehe


                                                                             

                                                                 

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    BalasPadam