Khamis, 7 Mac 2013

Kisah Aku di Hat Yai & Songkhla, Thailand..


                                             Percutian musim Cuti Sekolah pada Penggal Pertama persekolahan 2011 iaitu dari 13 Mac sehingga 16 Mac, aku membawa keluargaku bercuti ke Hat Yai dan Songkhla..Aku memandu kereta untuk sampai ke Bukit Kayu Hitam dan sebelum itu kami sempat singgah di Selinsing, Perak untuk majlis perkahwinan sepupu isteriku disitu..Perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke Selinsing iaitu pukul 12:30 tengah hari..Setelah berhenti rehat dan menjamu hidangan majlis perkahwinan tersebut lebih kurang pukul 02:00 petang kami bertolak menuju ke Imigresen Pos di Bukit Kayu Hitam..Aku meletakkan keretaku di pakir berhampiran dengan bayaran 10 myr sahaja..Kami menyewa kereta untuk membawa kami ke Hat Yai dengan bayaran 500 bath..Urusan penyewaan kereta sapu amat mudah didapati disitu, korang perlu meletakkan kenderaan di pakir bersebelahan dengan medan selera dan perhentian teksi iaitu tidak jauh dari Imigresen pos malaysia..Setakat berjalan sejauh 100 meter sahaja..
                                           Banyak kenderaan bernombor pendaftaran malaysia keluar masuk sempadan..Aku tidak berani umtuk membawa masuk kenderaan kerana memikirkan keselamatan kami sekeluarga..haha..Jikalau nak masuk pun harus bawa Gps dan peta sekali..Apa yang aku tahu urusan Insuran atau Permit masuk kenderaan boleh didapati di pekan Changlun atau ditempat seperti Travel Agensi berhampiran sempadan dengan bayaran serendah 60 myr sahaja..Jangan terlupa membawa sekali salinan geran kereta atau yang asli sekali memudahkan urusan permit..Bagus juga dapat ronda guna kenderaan sendiri nih..Boleh pergi lagi jauh tempat lawatan sampai ke Krabi atau Phuket..
               

                                              Pemandangan Bandar Hat Yai daripada bilik penginapan yang kami sewa di Hotel Sakura yang boleh dikatakan juga antara hotel yang tertinggi disitu..Sewa bilik Deluxe serendah harga 80 myr semalam..Kira okay lah untuk kami sekeluarga..


                                              Ahaha..Apa lah korang nih Baby Gajah pun takut..Sebelum sampai di Pasar Terapung Klonghae ini terdapat sebuah jambatan yang korang akan jumpa pelbagai persembahan dan beraneka jualan..Beli jangan x beli..


                                              Meninjau-ninjau seketika pada malam hari di Sungai Klonghae iaitu lebih menarik dipanggil dengan nama Pasar Terapung yang memang menjadi tarikan pengunjung di Hat Yai..Kami menaiki Tut-Tuk yang disewa pergi dan balik dengan bayaran sebanyak 300 Bath sahaja..Makanan disini murah antara 20-40 Bath sahaja..Larat x larat jelahkan dengan jenis makanan yang dijual..Di kawasan ini juga banyak gerai2 yang menjual barangan pakaian dan bermacam2 lagi barangan Made in Thailand..ahaa..tau xpa..Pasar Terapung ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu bermula dari jam 04:00 petang sehingga 12:00 malam..


                                               Ini dia tempat lawatan kedua kami pada 14 Mac ialah  di Ice Dome, Hat Yai..Bayaran masuk untuk dewasa ialah 300 bath dan kanak2 200 bath dari umur 4 tahun sehingga 12 tahun..Suhu disini antara 15 darjah Celcius..Jaket disediakan dan korang boleh menyewa sarung tangan dan kasut dengan bayaran 100 bath sahaja..hehe..yang menariknya kami x bersedia lebih awal dengan memakai pakaian yang sepatutnya berserta kasut sekali..Amekkauuu...



                                             Tengok tuh cerianya diorang termasuk aku sekali tetapi kesejukkan yang amat sangat tanpa seluar panjang dan kasut ingatkan x lah sejuk..haha..macam x biasa pulak yer masuk sama jer dengan di i-city, Shah Alam..Pada masa ini kami tidak tahu pun kewujudan Ice Dome nih..hahaha..


                                               Kesian diorang x dapat berlama didalam sebab sejuk yang melampau..Terketar2 bibir dan tangan diorang..Naya2..kehkeh..


                                      Antara rekaan2 yang terdapat didalam Ice Dome, Hat Yai..


                                              Ini adalah tempat bersantai sebaik sahaja kami keluar dari Ice dome dan terdapat banyak bunga2 Tulip yang dijual segar lagi..Wajah2 pucat dan lesu serta macam2 lagi..haha..




                             Jenis Tuk-Tuk yang kami naiki..Kira macam angkutan umum di Jakarta..


                                            Gembira bergambar di hadapan Tugu Kepala Naga di Tasik Songkhla yang berada di kawasan Songkhla Municipal Song Thale Park..Yelah dia seorang jer ada..hehe..Untuk sampai ke Songhkla kami menyewa kereta sapu ( Honda City ) pergi dan balik dengan bayaran 1000 bath sahaja cukup lah dapat melawat lebih 5 tempat menarik disitu..




                                            Pemandangan yang menarik dari atas Bukit Tang Kuan di Songkhla ini..Dari jauh sebelum sampai ke daerah ini korang boleh dapat melihat bukit tertinggi ini..Ada sebuah Rumah Api lama dan terdapat laluan ke Gua yang ditutup dan Kuil Buddha..Panas tapi amat mengesankan kami..


                                             Teropong jauh juga disediakan disetiap penjuru tanpa dikenakan bayaran..menarik bebb dah macam dari atas Gunung Mat Chincang pulak..



                                             Laluan Lift yang menghala ke atas Bukit Tang Kuan, Songkhla..Lebih kurang 150 meter jauhnya..Siap ada pemandu dan berhawa dingin tuh..


                                             Pintu masuk Lift Station di Bukit Tang kuan..Bayaran masuk dikenakan sebanyak 30 bath sahaja..ahaa..Naik jangan x naik..

                                             



                                              Patung Kucing dengan Tikus gergasi pun ada..Nak berteduh dari panas konon..huhu..Kawasan tepi pantai yang cetek dan ombak yang bergulung perghh nak mandi pun seksa bebb!!..


                                             cehh!! Patung Mermaid di Pantai Samila nih besar gilerr bebb..Jikalau jalan ditepi pantai tengah2 malam disapa pulak tuh..Menyeronokkan..hehe..


                                            Tulisan diatas tuh entah apa pulak maksudnya aku pun x tahu..haha..Sampai disini sahaja Kisah lawatan singkat aku di selatan Thailand ini..Banyak lagi tempat2 lawatan yang menarik di Songkhla seperti Akuarium, Muzium Kebangsaan, Taman Air Burung Thale Noi dan juga Zoo..Kami terkilan kerana tidak dapat masuk ke Songkhla Akuarium kerana ditutup operasi pada hari tersebut..Keadaannya hampir sama seperti di Akuaria KLCC..Perjalanan pulang ke Hat Yai mengambil masa hampir sejam dan melalui kawasan Perikanan dan Jambatan tercantik disitu yang menghubungkan Hat Yai dengan Songkhla..Lawatan kami yang selebihnya tertumpu hanya disekitar bandar Hat Yai sahaja dengan membeli belah di Bazar2 yang berdekatan dengan Hotel penginapan kami..Restoren makanan Halal bagi orang Muslim memang terdapat banyak disini..Tanya sahaja pemandu Tuk-Tuk, diorang akan paham dan membawa korang ke tempat tujuan..Selera makanan macam biasa jer ala2 Tom Yam berserta sajian makanan laut..
                                           Hat Yai dimalam hari hidup dengan suasana yang penuh dengan hiburan dan sebagainya..ehem2 untuk kaum adam tuh berhati2 lah..ahaha..Niat tuh penting setakat Jenjalan apalah sangat kan..Jangan menyimpang yer..Hohoho..Pengangkutan umum disini hanya Tuk-Tuk sahaja lah yang laku buat kami..hehe..Cukuplah sekadar dapat melawat Bandar2 yang terdapat di Selatan Thailand nih..Bawalah keluarga datang bersama2 ke tempat ini nescaya memuaskan hati..Berakhirlah Kisah Aku di Hat Yai dan Songkhla...Sawadeekapp..Sekian..


                                                             

20 ulasan:

  1. thanks for info

    BalasPadam
  2. best juga jalan ceritanya....
    gambar-gambar pun agak menarik perhatian

    BalasPadam
  3. klu nak g hat yai naik kretapi, ade pape nasihat dri saudara? sye cadang nak bawak famly tp naik kretapi j. sye dri johor. naik kretapi dri kl sentral

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini merupakan satu idea yang baik..Saudara mengambil banyak masa dan perjalanan menaiki Train memang amat mengujakan dari menaiki Bas. Nak mencuba pelbagai alternatif kira oke lah tuu.. Saya pun suka cara mcm ini.. Dari KL Sentral naik Train yg ada katil sekali..

      Padam
  4. Saya dah pergi ke Krabi. Naik train sampai hadnyai. Seronok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah pasti menyeronokkan..Terima Kasih Saudara,,

      Padam
    2. disana cakap en. azmi cakap english, melayu atau siam?

      Padam
  5. Saya nak Tanya. Ada tak disediakan car rental dari boarder tu & kita pakai service tu terus means macam kenderaan utama kita lah sepanjang kat sana. Ade apa2 info x? Sebab saya plan nak pergi dengan beberapa keluarga hujung tahun ni. So mungkin perlukan van atau kenderaan yg lebih besar. Yang boleh sewa sepanjang kat sana. Saya pernah pergi sana tahun lepas, tapi tak perasan pulak kawasan yang ada buat car rental service tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada van penumpang untuk seramai 12 orang di sediakan untuk di sewa siap dengan pemandunya sekali. Awak boleh dapatkan di Pintu masuk sempadan selepas Pos imigresen thailand. Pada masa itu saya nampak banyak kenderaan penumpang yang menunggu pelancong. Bayaran sehari di kenakan sebanyak 2000 bath tetapi boleh minta kurang lagi. Di Pos Bukit Kayu Hitam pun awak boleh tanya di Perhentian teksi dan Pakir kenderaan.

      Padam
  6. Thanks for sharing bro,sgt informative♥

    BalasPadam
  7. Thanks bro..i kat sini skrg..byk dpt info

    BalasPadam
  8. 100bath bersamaan brapa yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. 100 bath hampir dengan 10 inggit duit kite.

      Padam
  9. Lepas raya ni nak pergi Hatyai naik keretapi. Info di blog nibanyak membantu. TQ.

    BalasPadam
  10. Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    Contact. No. Telefon Siam +66620530675
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan +++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai Traditional Massage InsyaAllah...

    BalasPadam
  11. Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    Contact. No. Telefon Siam +66620530675
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan +++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai Traditional Massage InsyaAllah...

    BalasPadam