- Suasana pagi di pantai Seminyak lebih kurang pukul 9 dan aku bersama keluarga mengambil angin pagi di sini yang mulai panas..Ramai juga pemancing yang memancing ikan di persisiran pantai seminyak ini..Perhatikan ombak yang bergulung2 dan amat merbahaya kepada orang yang tidak pandai berenang..Kami tidak bermain air sekalipun kerana masa untuk beredar keluar dari Hotel amat terhad..
- Hari keempat iaitu hari terakhir kami di Bali ini dan kami membuat perancangan seterusnya untuk ke tempat tarikan pelancong yang belum kami singgah lagi..Jadual daftar keluar kami percepatkan untuk kami sampai pada masa yang ditetapkan oleh pemandu kami..
- Lebih kurang sejam kami bersiar2 ditepian pantai pada waktu pagi yang mulai panas terik kami sempat juga memesan makanan untuk sarapan pagi dan juga bersiar2 mengelilingi kawasan yang dipenuhi oleh pusat spa dan penginapan bertaraf 5 bintang..
- Ramai juga pelancong yang menyewa Motorsikal di sini dan jikalau tidak silap harga sewa sebuah Motorsikal lebih kurang 150000 rupiah sehari bergantung kepada jenis Motor yang disediakan..Lain kali jikalau aku pergi sendirian memang lah teringin nak sewa Motorsikal nih..
- Bangku2 tempat duduk yang berpayung juga banyak disewakan di tepian pantai ini..Harga sewaan setiap bangku lebih kurang 30000 rupiah..Best juga lah dapat bersantai sekejap menghadap laut dan melihat orang ramai mandi manda dan bersukaria di situ..
- Kami meninggalkan Hotel penginapan kami di Grandmas, Seminyak bersama pemandu baru kami..Pada kali ini pemandu ini tersangat ramah dan baik hati sampai anak2 aku dilayan seperti anak sendiri..Banyak info kami dapat daripada dia dan kami bernasib baik diberi perancangan teliti iaitu kemanakah arah tujuan selepas ini sebelum keberangkatan pulang ke Tanah Air pada pukul 9:30 malam dari Ngurah Rai airport..
- Tempat tujuan kami yang pertama adalah menuju ke kawasan pelancongan Nusa Dua yang dimana tempat ini agak sunyi dari kesesakan orang ramai atau pun kenderaan..Jika korang mahukan suasana yang aman dan tidak sibuk pergilah ke tempat ini iaitu salah satu kawasan yang dekat dengan bandar tapi tidak ramai pengunjung..
- Pantainya yang cantik dan pasir keemasan yang halus perghh orang Bule iaitu bahasa indonesia kepada orang Putih terlalu ramai di sini..Terdapat banyak permainan sukan air di sini dan tentulah kepada yang menginap tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba bermain banana boat atau Jetski atau pergi menyelam di dasar laut melihat ikan karang yang cantik.
- Perjalanan dari Kuta iaitu lebih kurang 40km jauhnya untuk sampai..Iya merupakan Tanjong yang lebih dikenali sebagai Tanjung Benoa..Apa yang menarik di sini adalah pasir keemasan yang boleh kita lihat sepanjang pantai ini..Nama pantai ini adalah Geger..Kehangatan air di sini amat ketara kerana cuaca yang amat panas di waktu tengahari..
- Banyak Resort yang tersedia dan juga tukang massage kaki atau seluruh tubuh..Tidak hairan lah ramai artis2 yang suka lepak di sini termasuk lah gossip hangat yang diperkatakan di akhbar populor tanah air..Bangku tempat rehat yang beratapkan daun nipah ala Bali banyak disediakan sepanjang pantai ini..Penjual ais krim bergerak pun ramai..
- Kami menghabiskan masa untuk bersiar2 sepanjang pantai ini dan hanya merakamkan gambar untuk dibuat kenangan..Kepada sesiapa yang ingin mandi sebuah bilik berserta locker khas untuk di sewakan..Di sini pakaian mandi adalah bebas dan jangan lah terperanjat jika orang Bule tanpa pakaian..hoho..
- Jika korang ada banyak masa jangan lupa untuk singgah di Turtle Island..Di sana korang boleh melihat kehidupan laut dengan berjalan menyusuri tempat khas yang di sediakan menggunakan Glass beroksigen..Memang indah melihat suasana tersebut..Tempahan ke pulau penyu tersebut boleh didapati di Nusa Dua atau pun Tanjung Benoa..Bayaran dikenakan lebih kurang 300000 rupiah termasuk upah Boat..
- Tarikan seterusnya yang kami lawati selepas Nusa Dua adalah Garuda Wisnu Kencana..Bayaran yang dikenakan untuk masuk adalah 50000 untuk seorang dewasa..Panorama di dalam adalah seperti Blok Batu yang di pecahkan dan di ukir menjadi batuan empat segi dan mempunyai ketinggian 50 meter..
- Banyak persembahan budaya orang hindu Bali di sini..Monumen patung Garuda beserta patung dewa juga di ukir sebesar2nya..Tempat ini merupakan salah satu tarikan populor pelancong dari dalam dan luar negara..Ramai diantara mereka adalah murid sekolah..
- Jikalau korang berkesempatan pergilah melihat pertunjukkan budaya dan tarian orang bali yang memakai topeng yang amat mengerikan di salah sebuah panggung khas di situ..Pertunjukkan adalah percuma kepada semua dan diakhir persembahan rakam lah gambar korang dengan penari atau maskot topeng seram itu..
- Didalam kawasan ini ada banyak gerai2 makanan dan minuman serta gerai cenderahati..Di sini amat panas dan jika boleh bawalah payung atau topi dan juga botol minuman..Biasalah yer kalau dah berjalan kaki mestilah haus dan yang tidak tahan sekali bersesak dengan murid yang membuat lawatan sekolah..
- Jauh tempat ini adalah 15 minit dari Airport dan 30 minit dari kawasan pelancongan populor Bali seperti di Kuta..Rencana lah perjalanan korang kerana dalam satu hari mungkin tiga hingga lima tempat tarikan sahaja yang boleh kita singgah bergantung kepada lama lawatan korang..Ini merupakan tempat lawatan kedua kami untuk hari keempat ini..Banyak pakej perjalanan sehari yang ditawarkan oleh agensi pelancongan di Bali..Nasihat aku ialah korang kena sewa Van penumpang sebesar Avanza dan hanya membayar lebih kurang 400000 rupiah sahaja termasuk pemandunya sekali..Jika kongsi ramai2 tidaklah terasa mahal bukan begitu..
- Ini merupakan lawatan terakhir kami sepanjang berada di Bali..Kawasan tarikan populor ini dipanggil Uluwatu..Di sini terdapat Pura yang terletak di atas tanjung iaitu tebing tinggi menghadap lautan Hindi yang luas..Untuk memasuki kawasan keramat ini para pelancong diharuskan memakai lilitan kain bewarna Kuning atau Biru sebagai menghormati tempat tersebut dan menghindarkan dari serangan monyet yang banyak berkeliaran di situ..Bayaran masuk dikenakan sebanyak 5000 rupiah seorang dewasa..
- Banyak Monyet2 yang berkeliaran dan iya juga suka menyerang orang yang lalu di situ untuk mendapatkan makanan..Pelancong di nasihatkan memakai kasut dan menyimpan barangan kemas termasuklah rantai,gelang ataupun jam tangan kerana monyet2 di sini amat pandai menyerang dan merampas selipar yang dipakai oleh pengunjung..
- Satu daripada pengalaman yang tidak boleh dilupakan sama sekali apabila beberapa ekor monyet menyerang isteri dan anak aku..Carilah tongkat atau pun ranting kayu sebelum masuk supaya dapat menakutkan monyet2 tersebut..Perghh rancangan ke tempat ini sebenarnya adalah untuk melihat keindahan tebing tinggi dan menantikan Matahari Terbenam yang cantik..
- Semakin senja semakin ramai pelancong ke tempat ini..Mereka semua menantikan saat indah dan juga menyaksikan pertunjukkan Tarian Kecak di situ..Untuk sampai ke tebing tinjau kami harus menempuhi Monyet2 dalam jarak 150 meter..Pengalaman kami menyaksikan beberapa pelancong dari korea yang hilang gelang tangan mereka..Ramai juga yang memberikan makanan tetapi selepas itu Monyet2 tersebut menjadi lebih ganas..
- Sebelum balik ke airport aku dapat juga merakamkan gambar matahari terbenam walaupun tidak secantik yang aku pikirkan kerana faktor awan yang tebal...Kami sekeluarga kembali meneruskan perjalanan ke lapangan terbang pada pukul 0700 petang..Menurut pemandu kami masa tersebut agak singkat kerana kami mungkin menempuh kesesakan lalu linta yang sibuk ke arah bandar..
- Inilah sahaja catatan lawatan singkat kami ke Bali..Cukuplah merasai pengalaman yang amat berharga bersama2 keluargaku..Ada umur panjang dan rezeki memang kami ingin pergi semula...Catatan dan harga yang tersebut kesemua di atas adalah dari pngalaman kami sekeluarga dan mungkin ada perubahan yang baharu di masa ini...Sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan