- Super GT-Japan yang berlangsung di Litar Sepang pada 10th June 2012 ..perghhhh!!!! memang aku tidak lepaskan peluang setiap tahun untuk menyaksikannya...Kepada sesiapa yang suka bermain Playstation dan minat akan sukan permotoran ini elok sangat lah pergi dan melihat sendiri bagaimana pelumba2 kereta berkuasa tinggi ini mempamerkan ketangkasan mereka berlumba..
- Hampir setiap tahun iaitu bermula dari 2002 lagi aku sudah menyaksikkan perlumbaan gemilang ini..Kata orang perlumbaan F1 adalah yang lebih menarik tetapi GT-Japan merupakan salah satu daripada perlumbaan bertaraf dunia dan juga kereta2 yang digunakan semuanya berkuasa tinggi ..
- Tiket masuk untuk menyaksikan perlumbaan ini adalah sebanyak RM 100.00 selama dua hari yang bertempat di tempat duduk utama Litar..Kebiasaannya pada hari Sabtu pusingan ujian masa setiap kereta akan berlangsung..Tidak ramai orang pada hari tersebut dan pada hari Ahad iaitu hari sebenar perlumbaan diadakan..Aku memilih untuk pergi menyaksikan perlumbaan pada hari Ahad sahaja bersama anak lelaki aku yang sememangnya peminat kereta lumba..Suke sangat dia...Hahaha...
- Di lapangan sebelum pintu masuk utama ada sebuah Galeri yang besar memuatkan berbagai2 jenis kenderaan termasuk lah Motorsikal berkuasa tinggi yang turut dipamerkan kepada orang ramai yang lalu disitu..Mereka semua boleh mendapatkan majalah atau cenderahati yang disediakan oleh pihak penganjur..Berbagai2 jenis Sticker ataupun Kipas tangan dari setiap jenama akan diberikan percuma kepada mereka..Ambil jangan tak ambil sampai penuh kedua2 belah tangan...hehehe..
- Kepada jurugambar amatur ataupun professional masa ini adalah masa yang tidak dilepaskan peluang untuk mengambil gambar Model2 kereta yang Cun dan Seksi..Ahaa..Gatalnyerrr....Korang tidak payah suruh diorang posing malah diorang dah tau apa nak buat..Bayangkan lah begitu ramai jurugambar yang beratur nak shoot manakala yang tidak berapa kisah snap jer asal dapat gambar model tersebut..Rugi marrr kenalah bergambar dengan Gadis2 Cun barulah nampak berani dan Macho.
- Diatas adalah gambar2 yang aku ambil sebelum perlumbaan dimulakan..Suasana gamat di tempat duduk utama yang dipenuhi oleh ribuan penonton yang telah datang sejak dari awal lagi..Tempat duduk adalah bebas iaitu kepada sesiapa yang suka duduk dihadapan petak perlumbaan adalah menguntungkan kerana korang boleh melihat dari jarak dekat semua kereta2 lumba yang mengambil bahagian dan yang paling beshh melihat gadis2 kereta...Fuyooo...Dasar-Dasar...
- Cuaca pada ketika ini amat lah panas tetapi itu semua tidak menjadi masalah kepada peminat2 kereta lumba yang ramai sekali hadir bersama rakan2 ataupun keluarga masing2..Nasib baik ada kipas tangan percuma, dapatlah aku menyejukkan tubuh dan wajah..hahaha..Tak ada makna pun kalau dah panas paham2 jelah yer..Litar lah katakan bukan panggung wayang..hoho..
- Makanan dan minuman boleh didapati di gerai2 yang tersedia ada..Pelbagai menu terpulang pada kehendak masing2 bagi memilih menu yang ada..Korang wajip menggunakan kad Touch n Go yang boleh didapati juga di tempat2 khas..Mendaftarlah dan harus ingat yang korang perlu tambah nilai prabayar kepada berapa banyak yang korang suka..Hehe..Satu tin Minuman bergas sudah berharga RM 5.00 dan makanan berbungkus berharga RM 10.00 setiap satu...OoooMakkkaaaiii patut2 harga tuu dengan citarasa yang tidak seberapa sedap..lain kali bawa bekal sendiri kalau nak sedap ehhh..
- Perlumbaan telah pun bermula dari tempat duduk dihadapan petak perlumbaan kami beralih ke tempat dibahagian belakang pula..Ada beberapa tempat yang korang boleh pergi untuk melihat dari dalam Grandstand utama ini..View yang paling bagus adalah di Menara Payung yang kita boleh lihat dari jauh..Korang harus memakai Plug Telinga jikalau korang tidak mahu telinga berdesing atau cepat pekak..Haha..Sudah sekian lama aku tidak pernah memakainya sekalipun sebab mendengar deruman ekzos kereta lumba memang mengasyikkan sama sekali..Iya ke? hahaha....
- Perhatikan dari gambar diatas sampai anak aku menutup kedua2 telinganya dengan jari sebab dia tidak jaga Plug Telinga yang aku berikan dan terjatuh entah kemana..Emmm...
- Perlumbaan Super GT ini berlangsung agak lama dan disertai oleh dua pemandu bagi setiap kereta..Dari permulaan aku boleh tahu kereta mana yang mendahului perlumbaan tetapi bila sudah banyak pusingan aku pun sudah Blurr..Biasalah tuu terlampau asyik pandang kereta lain..Beginilah keadaan di setiap litar kerana kita bukan duduk depan TV atau Screen besar...
- Perlumbaan tamat sudah dan pada ketika ini kami pergi semula ke hadapan petak perlumbaan yang berhampiran dengan Podium pemenang..Suasana agak meriah dengan sorakan dan tepukan penonton di tempat duduk utama..Kereta pelumba yang memenangi dari tempat pertama hingga ketiga di susun berhampiran podium sama juga seperti siri perlumbaan yang lain..
- Kebetulan ada sebuah kereta yang diselubungi asap hitam dan Krew2 penyelamat termasuklah pemandu kereta tersebut sedaya upaya memadamkan kebakaran yang berpunca dari bahagian engin..Tidak tahu apa puncanya yang pasti tindakan pantas mereka diberi pujian penonton walaupun suasana dramatik sedikit..
- Apabila pemenang sudah diumumkan kami melangkah untuk pulang ke rumah tetapi dengan kesesakan jalan raya berserta orang ramai kami menunggu masa lebih lama bagi memastikan keadaan jalan raya kembali tenang..Kami melangkah Longlai dengan perut yang lapar dan dahaga..Hehe..Sempat beli air sahaja..
- Inilah sahaja catatan kenangan di Litar Sepang bagi menyaksikan perlumbaan berprestis Super GT-Japan ini..Dimasa2 hadapan akan kami saksikan semula..Kalau sudah Hobi memang tidak kemana..Selepas ini topik terbaru akan aku catatkan pada perlumbaan MotoGp yang akan berlansung di tempat yang sama pada bilan Oktober 2012...Sekian...