Percutian sempena meraikan Hari Raya 2013 di Johor Bahru ini aku sekeluarga membuat keputusan untuk pergi ke Legoland buat kali kedua iaitu pada hari Isnin, 12 August yang lalu. Kami memang dah merancang awal2 lagi oleh kerana lawatan yang pertama dahulu tidak memberi kepuasan kepada kami kerana kesuntukkan masa dan terlalu ramai orang pada masa itu. Dah lah panas tengik rasa badan nih. Permintaan anak2 aku pada kali ini untuk melepaskan geram katanya. elehhh. Kemudahan jalan raya menghubungkan jalan raya utama ke Nusajaya amat lah mudah sekali. Korang check in jer mana2 Hotel di sekitar Jb pastu cari arah ke Nusajaya sama ada melalui jalan bandar ke arah Danga Bay ataupun dari lebuh raya pasir gudang mengikuti susur keluar jalan skudai dan terus menuju via Bukit Indah. Jikalau dari jalan Larkin arah selatan terus sahaja dah boleh jumpa arah ke Nusajaya nih. Ta k payah kot aku nak citer lebih. Buek malu jer kalo salah. hahaha.
Hampir setahun tak pergi sampai sahaja di Pintu Gerbang Legoland nih tersergam Hotel Legoland yang di jangka siap tak lama lagi. Taman Tema Air pun hampir sama siap jangkanya dalam bulan Oktober 2013 nih. Perghh bertambah populor aar tempat nih tak payah nak cari Hotel yang jauh2. Rege sendiri ingat aar agak2 baerapa yerk.
Citer pasal Harga Tiket masuk Legoland untuk dewasa dan kanak2 nih korang boleh dapatkan di www.legoland.com.my. Berbagai pilihan tiket dan promosi di sediakan pada tarikh yang korang nak datang melawat ke tempat ini. Aku cuma ambil one day pass tiket jerr dan seperti biasa untuk ibu bapa rakyat tempatan harus tunjukkan Mycard jikalau mahu diskaun 20%. Kira oke larr seperti yang aku pamirkan gambar di bawah ini. Kira punya kira tak payah booking 7 hari in advanced. Lebih kurang sama jerk malah lebih 8 inggit untuk kanak2 dan 2 inggit untuk dewasa.
Pada kali ini aku ambil sebelah kanan dahulu iaitu selepas pintu utama Legoland kerana nak rebutkan permainan anak2 aku dahulu yang dahulunya banyak terlepas kerana beratur panjang. Cuaca jangan di persoalkan yer. Hujan bermasalah dan Panas pun bermasalah. Pakai short jer pun xpa kalau nak bawa pakaian spare bawa lah sekali. Pasti badan melekit dan berpeluh. Bagi aku yang tak selalu bermain nipun basah jugak. ehehe.
Nasib baik pergi masa bukan hari minggu atau cuti sekolah. Budak2 memang suka ingin mencuba bawa kereta menyerupai lego nih. Aku pulak bosan jer tunggu lama2. Seronok gak lah melihat telatah budak2 nih. Jalan salah belakang kira janji dapat main dan push hati.
Boating School nama pun sekolah jangan kata budak2 tapi orang dewasa pun boleh mencuba bawa boat nih. Lebih baik ibubapa atau orang dewasa meneman kan budak2 bawah umur nih. Jaket keselamatan disediakan namun tiada satu pun yang di gunakan oleh pelawat. Kedalaman air setinggi paras pinggang jerk. Tetapi kalau jatuh kan panjang citer.
Awas!! Kereta api Lego sedang melintas di mana2. Aku pernah naik kereta api ini pada tahun lepas tapi kerana nak beratur pun satu hal panjang apabila dah naik ommmakkkaii sekejap jer dah sampai balik. Bosan bebb. Demi anak2 layan jelah. hoho.
Ini dia station Kereta api Legoland Ekpress yang masing2 tak sabar nak naik sampai beratur panjang keluar bangunan. Sabar jelah kan. Di depan station nih ada pancuran air kalau nak cuci muka tuh sila2 lah. haha.
Yang ini untuk kali kedua lawatan aku iainya tak berfungsi entah apa nak jadi lah. Buat cantik2 hanya untuk bergambar jer. Tutup lah pulak.
Melihat keluarga atau kumpulan orang bermain pancut2 air nih besh gak. Nama pun Rescue Academy siap ada bunyi seakan kebakaran lagi tuh. Permainan ini menggunakan lebih tenaga kerana kedua2 belah tangan digunakan untuk membawa kereta bomba lego sampai ke tempat kebakaran dan padamkan guna pili bomba yang disediakan. Penat tapi menghiburkan penonton juga.
Ini pula permainan yang bagi aku naik darah. Dah lah lama anak2 aku beratur tiba2 jer petugas berkata ianya rosak dan akan dibaiki lagi sejam. Hampa ar diorang semua. Aikkk baru jer beroperasi dah rosak. cehh tara guna betul. Bukan aku aar tapi kesian kan budak2 tuh jer.
Permainan ini kira besh juga lah kerana kita gunak laser pistol untuk tembak orang jahat. Pada masa ini beratur cepat dapat giliran kerana pelawat tidak lah ramai.
Permainan Beetle Bounce nih nampak mudah dan selamat tetapi kepada yang ada anak2 yang kecil dan ketinggian di bawah paras 90 cm yang di benarkan jangan lah cuba2 nak lepaskan gak. Dah ada kemalangan pasal game ini.
Singgah makan di Jungle Cafe yang menyediakan menu makanan yang nampak sedap dan simple. Beli tiket masuk legoland dan akan dapt sekali voucher makanan bernilai 10 inggit. Korang cuba lihat menu dalam gambar nih. Set menu bernilai 22 inggit tuh. Kira2 bayar tunai lagi 12 inggit lah yer. Kepada yang dah ada voucher tuh tak kan biar jer. hehe. Kentang goreng boleh tahan besar dan segalanya besar. Puas hatikk.
Ini satu lagi permainan di Dino Island. Besh dan adventure kalau beranikan diri lah. Punya lah bersemangat nak suruh anak2 aku bermain menaiki boat seperti gambar di bawah nih tiba2 jer rosak lagi. Amboi Legoland Malaysia nih asik rosak jer. haha. Hampa lagi kitaorang. Nak main kena pakai baju hujan kalau tak basah aar korang. Jangan takut tempat pengeringan ada disediakan bayar jelah 5 inggit.
Ini kira penghujung arah utara dari pintu masuk utama. Dah puas berjalan korang akan jumpa tempat nih. Banyak kemudahan di sediakan di sini termasuk Surau dan tempat penjagaan baby. Replika2 berbentuk haiwan dengan rekaan Lego yang berwarna warni tuh yang pelancong suka. Bermacam2 jenis taman permainan di sediakan di Legoland nih.
Jikalau dah masuk ke Legoland jangan lupa singgah untuk menyaksikan tayangan 4D nih. Jalan panas2 pastu masuk ke tempat nih. sejuk jer nanti siap ada salji turun tauu. hahaha. Kitaorang lihat Spellbreaker pada masa ini. Tayangan 4D nih tak lah lama tapi setiap 45 minit akan ada tayangan semula. Tengok tuh aku di bawah gambar nih ceria jer kan. haha.
Tempat riadah kanak2 siap ada Kereta Api lagi mengelilingi tempat ini. Jangan khuatir tempat ini ada bumbung penahan hujan dan panas. Game ini di panggil Duplo ekpress.
Kids Power Tower ini memerlukan kekuatan tangan untuk membawa kita naik ke atas. Lotih aku tengok diorang menarik cable yang di sediakan. Tinggi tuh kalau nak turun lepaskan jer. haha.
Observation Tower dah macam Menara Taming Sari di bandar Melaka lah pulak. Naik lah yer jangan tak naik. Pemandangan dari atas kira oke jelah. Nak kata cantik sangat pun tak juga. ehehe.
Beberapa jenis permainan untuk mendapatkan hadiah anak patung nih ada di sediakan . Kitaorang tak layan benda2 macam nih. haha.
Permainan yang memeningkan kepala tapi enjoy. haha. Aku cakap jer tapi tak main pun muales. Biar budak2 tuh yang main. Diorang yang main aku pulak yang pening kepala.
Satu lagi permainan untuk kanak2 sahaja. Permainan Kuda bergerak dan ada kesan bunyi Kuda berdengus lagi. Shiookk aar jadi budak kan kan.
Tak dapat duduk di kerusi Raja dan Permaisuri yang original dapat duduk yang tiruan pun jadi lah yer. Ini pun satu tarikan jurugambar di sini. Ceria dan bergaya.
Bergambar di depan pintu masuk The Dragon. Permainan RollerCoaster yang Terbaik di sini. Ada Beran cuba lah yer. Seronok tau dah sampai tak nak main game nih. rugi jer.
Jikalau nak naik RollerCoaster nih korang tidak boleh bawa hand bag ataupun apa jenis barang di tangan ataupun yang di sangkutkan di bahu. Nak jimat bagi kepada kawan yang tak nak main tapi kalau dah tak ada kawan tuh korang sewa lah locker seperti di atas. Sejam 4 inggit manakala 3 jam 10 inggit. Untuk seharian pula 20 inggit.. Cara2 penggunaan senang jer korang perlu ikut setiap arahan yang di berikan.Kepada yang pernah pergi ke USS tuh senang jelah kan. hampir sama jer.
Nak menjamu selera sebelah The Dragon nih menu makanan hampir sama seperti yang terdapat di Jungle Cafe yang kitaorang singgah untuk makanan tengah hari kami. Tunjukkan Voucher 10 inggit bayar tunai selebihnya. Di bawah pula RollerCoaster the dragon yang aku maksudkan. Banyak gak pusingan dragon nih. Jerit sepuasnya itu yang besh tuh.
RollerCoaster seperti di atas pula ialah seperti yang terdapat di permainan Dragon Apprentice. Tak lah tinggi tapi puas hati lah jugak. Kecut perut gak kan.
Replika berbagai jenis bangunan dan apa sahaja yang tempat2 menarik di dunia ada di bina di kawasan ini. Jikalau nak lagi cantik pemandangannya korang kena balik lewat iaitu sebelum matahari terbenam kerana lampu2 led di setiap binaan Lego punya lah cantik. Aku tak dapat tunjukkan di blog ini tapi korang kena percaya cakap aku. haha.
Aku masuk ke dalam Mindstorms Academy ini hanyalah untuk berehat di tempat sejuk dan mengecas bateri hand phone aku yang dah abis. Tulah tak nak bawa Power Bank. Bukan kitaorang jer yang melepak malah ramai gak yang sama buat macam aku siap boleh tidur lagi. hehe.
Ini pula menjadi kesukaan kanak2 bermain air pancut. Saja jer kan membasahkan diri. Sekejap pancut sekejap tidak tuh yang diorang suka sangat leka bermain air.
Aquazone Wave Racers. Acara untuk membasahkan diri. Jangan kata terlepas dari basah kadang ada juga yang basah lencun sebab dari luar ada beberapa button yang boleh di tekan seakan bom air. haha. Ssyiookk basah pun xpa.
Project X ini pun terbaikk gak. Jangan lepaskan peluang.
Jalan keluar menuju ke lapangan meletakkan kenderaan di Zone 2. Pada masa ini aku tak tahu pulak nak kena standby Touch n Go. Bila sampai nak ambil resit aku punya lah tunggu lama tapi palang terbuka gak. Dah beberapa minit palang terbuka aku pun cau lah letakkan kereta. Dalam hati apa ke jadah pulak nih tiada resit langsung camner nak keluar nanti. Dalam pada itu aku pun punya lah susah hati dan pergi tanya hal tersebut. Ini solution nya. haha. Aku perlu ke mesin tiket seperti di bawah ini dan hanya perlu tekan butang start dan masuk kan duit sebanyak 7 inggit. Selepas itu resit pun keluar. Aduhai punya lah gabrah bebb. Ingat nak langgar jer dalam hati nih. Tempat ambil resit pula sebelah kiri pemandu. emmm lagi lah aku x paham. Ingat ini euro ke. huhu.
Sudah melepasi palang keluar dan ini korang akan jumpa. Ikut jer arah yang di berikan seperti di papan tanda tersebut dan korang tak akan sesat. Nak balik ikut arah lebuh raya Plus pun boleh. Kisah tiket parking masihbelum selesai lagi. Untuk zone 3 bayar boleh ikut jam. Sejam percuma mana kala 2 jam bayar 2 inggit. Zone 3 terdapat di bahagian hadapan lagi dan turun ke bawah. Sesuai untuk pelawat yang tidak masuk ke dalam Leoland dan hanya bersiar2 di luar sahaja. Bayaran sehari hanya 7 inggit sahaja di kenakan. Lebih kurang pukul 6 petang aku meninggalkan tempat ini dan berkemungkinan membuat lawatan semula kila Taman Tema air siap kelak. Tak tahu lah bila yer. Ini pun kira sangap gak. Orang lain Beraya ke rumah sanak saudara, aku pulak sambil melencong. Ini lah serba sedikit ulasan mengenai Kisah Aku di legoland, Nusajaya, Johor.
Datang singgah sini. Survey dulu keadaan kat Legoland ni. Sedang menabung untuk ke sana..hehe.. request anak-anak.. Tak tahu la berbaloi tak untuk anak-anak kecik yang berumur 3, 5 dan 6 tahun ni.
BalasPadamnice photo...
BalasPadamjom ikuti pengalaman saya ke legoland di http://ibuveronza.blogspot.com/
pakej pelancongan dan transport bandung murah giler
BalasPadampakarholiday tours and travel
2nd floor
Jalan Terusan Jakarta no 378 kav 49
Kota Bandung
Tlp +6288218357412 , Mobile +6281224413595
WhatsApp : +6287821738686
Email : infopakarholiday@gmail.com
Website : www.pakarholiday.com
tak menarik laaa. sgt mmbosankan
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamJOM BERKUNJUNG KE SABAH
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD
PAKEJ 3HARI 2MALAM
01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*
02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*
03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*
Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com
Assalamualaikum..
BalasPadamJOM BERKUNJUNG KE SABAH
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD
PAKEJ 3HARI 2MALAM
01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*
02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*
03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*
Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com