Kisah ini adalah di masa percutian menyambut Har Raya 2013 di Johor Bahru. Kononnya balik ke kampung halaman di Jb hanya untuk menziarah ahli keluarga dan sanak saudara tetapi dah meleret sampai melencong ke tempat ini. 2 hari sebelumnya aku melencong ke Legoland dan pada kali ini pula iaitu pada hari Rabu bersamaan 14 August 2013 aku sekeluarga berada di sini buat kali pertama. Aku menginap di Silka Hotel, Johor Bahru iaitu berdekatan dengan lebuhraya Pasir Gudang dari susur keluar ke Plentong. Dari sini aku singgah sarapan dahulu di Asma Rojak, Kampung Melayu Majidee. Dah lama tak bersarapan di sini. Oleh kerana waktu pun sudah pukul 11 pagi aku tak dapat lah rasa makanan pagi yang lain. Kiranya tapau makan untuk tengah hari sekali. Hihi. Lebih kurang pukul 12 tengah hari aku bertolak dari sini menuju ke Puteri Harbour menggunakan lingkaran tengah jalan tebrau menuju ke arah teluk Danga dan seterusnya menuju ke arah Nusajaya. Jarak masa yang agak singkat aku pandu dan sampai di Hello Kitty Town nih. 30 minit jer.
Dari arah ke nusajaya korang akan nampak papantanda dari jauh dan iainya sebelum sampai ke Legoland dan membelok ke kiri lebuhraya. Petunjuk ke Puteri Harbour seterusnya ikut sahaja arah yang di berikan sehingga korang jumpa Papan tanda seperti di atas mengalukan kedatangan korang dari jarak 1 km.
Aku berhenti meletakkan kerata di hadapan Traders Hotel yang baru siap di bina dan iainya bersebelahan dengan bangunan yang menempatkan Hello Kitty Town. Pada ketika aku sampai di sini hujan lebat baru berhenti dan keliru dengan pakir kenderaan awam yang lain aku mengikut sahaja cara mereka yang meletak kan kenderaan masing di sini. Kira selamat tapi risiko yang lain tanggung sendiri. hihi. Sebenarnya ada banyak lagi tempat meletak kan kenderaan di bawah dan di kiri bangunan. Nak cepat apa2 pun boleh. Korang boleh periksa penginapan di hotel ini di website yer. Tempat ini kalau malam masih sunyi lagi. Nak berhibur kena keluar ke tempat lain tapi nak relax dan sambil melawat kawasan sekitar oka juga. Kawasan penerokaan baru memang camtu tak lama lagi tak tahu pulak apa jadi. haha.
Nampak dari bangunan Traders Hotel ada sebuah kedai The Cube di bawah pastu ikut jer sebelah kanan dan jumpa air pancut nih. Dah jumpa bangunan yang di panggil Hello kitty Town. emmm Town aar sangat. hihi.
Tengok tuh banner tertulis Selamat Hari Raya masih terpampang di kaca bangunan Hello kitty nih. Mood Raya masih ada lagi maarrr tak boleh kata tidak. Anak gadis aku yang minta ke sini. Layan jelah.
Ada beberapa buah kedai seperti di bawah ini. Banyak lagi Lot2 kosong yang belum terisi dengan pelbagai jenis perniaagaan. Aku dapat tahu dari Abang kepada Pelawak populor iaitu Sii Angah Raja Lawak akan membuka satu perniaagaan di sini. Tak di sebutkan pulak apa benda tapi kalau benar tak lama lagi ada lah tuh.
Untuk sampai di pintu utama Helo Kitty Town nih korang akan jumpa kedai serbaneka berupa pelbagai jenis barangan Hello kity, Bob the Builders dan Thomas & Freinds serta yang lain2 juga.
Aku ada sedikit tips ak berikan. Tiket untuk masuk ke Hello Kitty Town nih ada 2 jenis pilihan pakej. Harga 2 pakej kira berbaloi kepada yang suka explore semua sekali termasuk ke tingkat 3 bangunan dan ada bermacam2 jenis permainan di atas tuh. Ada 3 jenis perkara yang korang boleh dapatkan sehingga 15 % diskaun tiket iaitu 1) Pastikan tiket asli kemasukkan ke Legoland korang bawa sekali iaitu dalam 10% diskaun. 2) Tiket untuk Kidszania layak juga untuk terima diskaun 10% nih. 3) Jikalau korang ada kad kredit RHB Bank lagi bagus nanti korang dapat 15% diskaun. Ini semua petugas kaunter tiket yang beritahu. Nasib bail tiket legoland dan Mykard ada dapatlah murah dari harga sepatutnya. Harga untuk kanak2 dan dewasa sama jerr. Amboi tak kan sama. Kanak2 yang main bukan ibu bapa. hehe. Kalau ada pun tak banyak yang orang dewasa boleh main. huhu. Dah tolak 10% diskaun dapat lah harga 75 inggit seorang.
Selepas tunjukkan tiket masuk korang harus menaiki eskalator menuju ke pusat hello Kitty Town. Suasana yang berwarna warni perghhh menjadi kegilaan penggemar warna pink nih. Rimas aku tauu. hehe. Kaum Hawa baik dari yang kecil sampai ke tua semuanya terpesona di sini. Kaum Adam emmm tumpang2 jelah keseronokan diorang. Dah lama anak2 aku mengajak ke Hello Kitty nih tapi ada jer alasan aku.hahaha cara nak mengelak.
Masuk2 saja dah jumpa permainan Tea Cub Ride seperti di bawah ini arah kira pintu utama. Nak keluar pun ikut pintu ini juga. Aku hanya ambil gambar dan melayan kerenah diorang jerr. Satu jenis permainan pun aku tak sudi. Yang besh nya di sini sejuk tak payah mengeluh kata panas. Bayangkan kalau musim cuti sekolah pada hari minggu tempat ini jadi macam tin sardin penuh dengan umat. nak berposing pun kena tunggu turn.
Di sini korang boleh bersama dengan anak2 masuk dan di sediakan peralatan membuat cookies sendiri. Home made cooking apabila dah siap boleh lah makan sekali. hihi. Untuk bahagian membuat barangan perhiasan pun ada tapi olok2 lah yer. Waktu puncak nak beratur punya lah lama nasib baik tempat tak lah panas.
Mehh masuk Kitty House nih yang berwarna warni dan mengujakan kepada semua orang kerana hiasan dan binaan menyerupai permainan Hello kitty di buat dengan cantik. Aku percaya Rumah Kitty nih yang paling terbaikk untuk korang lawati dan ada satu lagi yang besh nanti lepas ini aku citer.
Segala bentuk hiasan dan barangan di Kitty House ini pasti membuatkan kaum hawa terpesona dan cemburu untuk meniru gaya seperti apa yang terdapat di dalam rumah ini. Nama pun rumahkan dari ruang makan sampai ke ruang2 yang lain ada jer yang menarik perhatian. Rugi tak masuk ke Kitty House ini. Dah bayar mahal2 jangan sombong ehhh tak kira ramai orang di dalam kena masuk gak.
Sebaik sahaja keluar dari Kitty House jikalau korang bernasib baik ada sebuah pertunjukkan penari2 Hello Kitty dengan costum yang pelbagai jenis di Purrfect Stage nih. Waktu pertunjukkan akan di sebutkan oleh petugas Hello Kitty Town. Jangan lepaskan peluang. Memang bagus sekali. Di lantai 1 dan 2 ada 2 jenis pertunjukkan pastikan korang jangan terlepas masa yer.
Beberapa contoh gambar persembahan mereka yang menarik perhatian penonoton tak kira kanak2 ataupun orang dewasa. Aku pun asikk melihat dan kalau boleh ambil lah gambar cara live via recording dalam hand phone korang. Aku tak dapat lah nak pamirkan di sini yer. Kitaorang dapat saksikan persembahan bernama Hello Kitty's Journey. Masa persembahan adalah dari pukul 12:30 tengah hari dan pukul 3 petang. Ini adalah untuk weekday schedule. Terbahagi kepada 3 persembahan yang lain iaitu Happy Carnival Parade dan Sanrio Chracters Meet & Greet.
Segala macam permainan dalam Taman untuk kanak2. Letak diorang di sini pasti korang boleh jenjalan ke tempat lain. Macam tuh pulak. emmm.
Kalau lapar cuba singgah membeli makanan dan minuman di sini. Aku tak lah lapar sebab dah pekena makanan tengah hari sebelum sampai di sini. Sejuk dan tak pulak rasa dahaga. hehe. Yelah tuh.
Ini yang aku kata satu jenis Rumah Kitty yang terbaikk. Kesian tengok kitty2 nih ada yang kena penjara dan jadi banduan serta di dera. hahaha. Nama pun jadi Hello kitty yang jahat. Korang akan di beri satu salinan kertas untuk stamping di mana2 sahaja termasuk yang ini. Nasihat aku baik korang ambil game sekali dan diorang akan bagi korang satu benda seakan Magic Lamp. Besh tauu cuba yer. Tempat di Hello Kitty Black Wonder nih besar juga dan gelap sikit. Jangan takut tak ada apa2 terjadi.
Yang ini cuba korang masukkan tangan dan meraba apa yang ada. Korang akan tahu rahsia sebenar yang terdapat dalam Tong2 ini. Aku muales nak beritahu nanti bocor pulak dan tak ada besh apabila korang dah tahu.Kalau boleh raba aar sebanyak Tong yang boleh. Tak ramai yang berani raba. elehhh tuh pun nak takut.
Yang paling besh nyer tampat nih di bahagian diniding ada sajer gambar2 yang menarik untuk di photokan buat kenangan. Tengok tuh suka hati korang lah yer. Posing jangan tak posing.
Aras tiga bangunan Hello kitty Town nih merupakan tempat permainan seisi keluarga. Berbagai jenis permainan di sediakan terpulang lah korang nak main banyak kali sampai puas. Nak komen sikit boleh. Kat dalam nih ada lebih kurang macam permainan di Fun fair jer. Huhu. Tambah lagi satu pakej korang leh singgah main di tempat ini. Ingat kan apa larr yang besh nyer. Budak2 suka lah kan.
Untuk gurls dari aras 1 hingga 2 citer Hello kitty memanjang manakala aras 3 pulak untuk Boys. Memang dah kena lah tuh al kisah budak2 semuanya. Yelah kan kita dulu pun dah melalui zaman budak2. Kira layan gak lah tempat ni. hehe.
Jikalau lapar dan dahaga jangan bimbang di aras 2 dan 3 ada Cafe. Harga kira berpatutan tapi tak lah semahal seperti di legoland dan Voucher makanan tiada yer. Jangan harap.
Di bahagian luar di sediakan banyak kerusi dan meja untuk ber istirehat sambil menjamu selera. Nak masuk beg di periksa mana tahu ada pulak bawa makanan berat. Jikalau masa korang pergi nanti tapi tak kena periksa kira bagus lah.
Naik Heli ke macam nuh. Hahaha asalkan korang puas hati sudah.
Ini pun dia berbagai jenis permainan yang terdapat di aras 3 nih. Kira boleh tahan lah itu yang aku cakap dah macam di Fun fair sikit2. Tempat tak luas sangat tapi kira susunan permainan tuh kira bagus lah. Bumper Car pun ada tapi gbr aku tak sempat nak shoot..
Sempat gak Jantan nih berposing. ecehhh..
Nak keluar korang akan ikut balik eskalator seperti dari aras satu dan korang akan jumpa kedai cenderahati seperti ini. Harga punya cun melecun tapi kalau dah minat tuh sediakan duit lebih banyak untuk shopping di kedai nih terutama yang membawa anak2 sekali tuh. Paling tidak pun satu barang musti sentapp. hihi.
Selepas keluar ke arah kanan dari bangunan Hello kitty Town nih korang boleh jumpa Lat's Place iaitu menempatkan Cafe sekali. Lat's nih merupakan kisah lukisan bergambar yang populor di Malaysia. Tak sangka ada cafe lagi. Bagus2.
Di bahagian bawah korang akan menuruni eskalator ke tempat kapal2 mewah nih berlabuh. Dah macam di Langkawi pulak diorang bina tempat cam nih. Nak santai korang leh santai ada bangku panjang di sediakan.
Kisah Aku di Hello kitty Town nih sudah sampai ke penghujung cerita. Untuk lawatan aku di tempat ini selama hampir 4 jam sudah memadai dan puas hati terutama kepada anak2 aku. Diorang gembira lah dapat beraya sambil melencong kedua2 tempat pelancongan populor di Johor Bahru ini. Berkemungkinan ini lah pertama kali sahaja kitaorang jenjalan masuk ke Hello Kitty Town nih. Tak tahu lagi apa yang menarik dan oleh kerana iainya boleh di katakan 30 minit perjalanan dari pusat bandar Jb aku pergi jenjalan cari makan . Harap serba sedikit coretan ini dapat lah korang jadikan panduan kepada yang berminat. Jika ada yang tersilap tuh abaikan lah yer. hehe.
tgh google2 cari info pasal Hello Kitty Town..terus jumpa blog awak..good info & explanation..really help me.
BalasPadamsy pun br nak blajar blogging..jemput singgah nnt ye diffanasir.blogspot.com
TQ :)
Sangat details & membantu. Tq
BalasPadamAnak2 memang seronok betul g Hello Kitty Town ni. Especially anak perempuan kitorang.
BalasPadamtapi si abang sangat enjoy Little Big Club tu. :)
Tq...mmg best
BalasPadamGood info..thanks dear
BalasPadamthanks broo..good info...cuti sek ni nak bwk anak2 gi sana kot...atleast tau sikit2 dah...
BalasPadamla.. kawan kita rupanya.. saya baru nak pergi ahad ni.. #seremban#
BalasPadamla.. kawan kita rupanya.. saya baru nak pergi ahad ni.. #seremban#
BalasPadamHahaha mmg betul peminat hello kitty wajib pergi ni. X sbr nak msk esok.
BalasPadamHahaha mmg betul peminat hello kitty wajib pergi ni. X sbr nak msk esok.
BalasPadambestnya... teringin nak pegi.
BalasPadamjom blogwalking ke blog sy.. mummynabeela.blogspot.com