Khamis, 12 September 2013

Kisah Aku Di Tsim Sha Tsui, Hong Kong.


                                                  Destinasi keluar Negara kali ketiga bagi tahun 2013 ini aku memilih Hong Kong dan Macau untuk pengembaraan solo. Seperti kebanyakkan tempat aku pergi segala info main tangkap muat jer dan adalah beberapa perkara penting yang harus di ikuti dan di patuhi sebagai panduan perjalanan. Musim panas lagi jadi pilihan aku kali ini. Haaaha. Sepatutnya aku harus rancang pergi antara bulan November hingga February. Baru larr tak panas.Tulah main bedal jer beli tiket asal dapat murah. Untuk trip pada kali ini nak cari guest house pun aku melewatkan masa entah lah apa nak jadi macam tak nak pergi jer. Begitulah pada permulaan cerita bukan tak yakin tapi ada hal mustahak yang perlu di siapkan dan di segerakan pada tarikh pemergian aku ke tempat ini iaitu dari 25 August sehingga 30 August 2013. Menyambut hari lahir pun di Hong Kong. huhu.
                                                                             
                                                     Tanggal 25 August 2013 bersamaan hari Ahad iaitu pengalaman sebelum aku boarding iaitu di suruh buka kasut oleh pegawai polis kerana diorang mendakwa aku memakai safety shoes yang ada besi padahal aku dah bagi tahu kasut aku tuh bukan jenis safety shoes tapi diorang tak percaya juga. Aku tak pernah pulak selama dah berpuluh2 kali menaiki kapal terbang di suruh tanggal kasut. Kelakar2..Sudah lah jadual penerbangan di tunda lebih sejam. emmm waktu untuk sampai tuh yang aku senak sebab dalam program mesti sampai guest house di Hong Kong sebelum pulul 11 malam. Bad Day kiranya spoil mood aku aar nih. 

                                                  Penerbangan mengambil masa sehingga 3 jam dan 45 minit untuk sampai ke Hong Kong international airport. Aku sampai pada pukul 0925 malam dan dalam keadaan yang tenang aku mengikuti papan arah keluar ke beberapa lokasi penting. Selepas di periksa oleh Pegawai Imigresen pada kali ini sama juga kes aku di Osaka diorang betul2 periksa berulang2 kali sehingga lebih 15 minit aku tunggu. . entahlah apa yang tak kena dengan passport antarabangsa aku pun tak tahu. Aku pergi mencari kaunter taxi yang terletak tak jauh dari arah keluar. Bila aku beritahu mahu ke Tsim Sha Tsui petugas mengatakan harga terlalu mahal mencecah 250 hkd dan aku tanya lagi tiada yang lebih murah . Petugas itu menjawab jikalau naik Mtr iaitu keretapi bawah tanah aku harus tukar dua station untuk sampai dan harga mencecah 150 hkd jadi dia pun mengarahkan aku keluar mencari platform bas seperti gambar di atas nih dengan membayar hanya 33 hkd. Wah kira selamat aar duit hkd aku lagi beratus2. hehe. Baik juga petugas nih. Wa caya lu bebb.

                                                   Di sini aku memberi panduan juga bahawa bas Double Decker ini tiada penukaran duit besar ke kecil jadi korang harus sediakan duit kecil yang boleh korang tukar di mana2 kedai di ruang bangunan airport ini. Kepada aku lebih senang tukar duit di kedai 7 eleven dengan membeli air botol minuman dan sebungkus twisties. Aku terpaksa patah balik dari platform bas hanya kerana mahu menukar duit kecil tak kira lah seberapa banyak note ataupun syiling Hong Kong. Gileer penat kan dah lah jauh ke bawah berjalan kaki. emmm nasib baik aku terjumpa satu awek dari indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah di sana dan dia lah yang memberitahu aku hal ini. Korang perlu cari platform No A-21 dan sediakan 33 hkd untuk sampai ke Middle Road ataupun kawasan yang dekat dengan Chungking Mansions ataupun Maridor Mansions. Segala butiran tambang ada di papan kenyataan tersebut.

                                                   Kerana kelewatan menukar duit kecil aku menaiki bas double decker ini pada pukul 1045 malam jikalau korang terlepas bas jangan bimbang bas beroperasi 24 jam dari airport nih. Suasana di dalam bas ada ruang meletakkan bagasi dan ada Lcd panel untuk korang pastikan perhentian korang yang ke berapa dan apa nama tempat perhentian korang. Aku pula si apek pemandu bas nih beritahu aku harus berhenti di perhentian no 13 iaitu Cameron Road. Sebenarnya Chungking Mansions yang aku cari di perhentian no 14 iaitu middle road. Senang jer kan siap ada pemandu arah berkomputer dan suara yang jelas sekali. Perjalanan bas ini mengambil masa hampir 50 minit untuk sampai, itu waktu malam jikalau siang lebih lama kot.


                                                       Rancangan aku untuk sampai ke City Guest Hotel di tingkat 10, block D- Chungking Mansions nih pada pukul 11 malam agak kelewatan lebih sedikit. Dari kaki lima jalan menuju ke tempat ini sehinggalah di hadapan pintu utama Chungking Mansions nih korang boleh jumpa begitu ramai orang asing terutamanya orang Africa dan Pakistan. Mereka ada menawarkan bilik untuk di sewa dengan harga yang lebih kurang sama dengan korang jumpa di Agoda.com ataupun Booking.com  Diorang nih bekerja di situ dan ada juga membuka perniagaan kecil-kecilan dan juga meniaga makanan Halal. Tenpat nih kiranya Hotel bajet larr kepada yang tak sesuai tuh jangan pergi lepak kat hotel di sini. Korang nampak tak pintu kedua2 Lift deperti gambar di bawah. Kecil dan padat tak sesuai untuk lebih 8 orang dewasa. Perghh ini lah yang aku cari dan ini lah yang aku rasakan. Orrraaiiiiit apa tuh kan namanya jenjalan raban tak kisah tempat tinggal. Bilik aku yang aku sewa di City Guest Hotel di tingkat 10 ini kecil jer dan korang boleh lihat di gambaran yang aku paparkan seperti di atas. Cukup larr bebb asal dapat tidur untuk merehatkan diri. Aku bayar 340 myr untuk selama 3 malam di sini. Berbaloi juga lah kerana dekat dengan tempat lawatan populor dengan hanya berjalan kaki sejauh 10 minit untuk ke beberapa tempat menarik seperti Arena of Star, Peninsular Harbour Viewing Deck, Harbour city Mall, Star Ferry terminal untuk ke Central Hong Kong dan juga beberapa lokasi yang lain.

                                                     Di aras bawah pintu masuk Lift ada di sediakan Lcd panel untuk orang yang sedang menunggu melihat orang yang ada di dalam lift. Korang boleh perhatikan telatah orang di dalam dan segalanya banyak cctv di seluruh Hk ini. Canggih.


                                                 Hari kedua iaitu bersamaan hari isnin tanggal 26 August 2013 aku keluar awal pagi mengikuti kata hati ini. Mana mahu pergi. hahaha. Aku buat research dulu sebelum ke tempat ini dulu. Jadi mungkin dengan panduan yang ada serba sedikit aku gunakan keseorangan di sini. huhu. Sarapan dulu di Ground level. Korang tak perlu risau Masjid yang besar tersergam indah di sebelah kanan pintu masuk Chungking Mansions ini. Makanan halal ala Indian dan Pakistan senang2 jer korang boleh bedal. Jangan banyak tanya sebab ada tanda halal di situ. hehe. Sepinggan nasi beriyani berlauk ayam atau daging mencecah 40-- 60 hkd. Air minuman lain kira lebih kurang 8 hkd jer.

                                                  Mengikut pandu arah dari peta yang di berikan oleh petugas guest house aku memilih arah kiri pintu utama Chungking Mansions sebaik sahaja keluar dan mengikuti hampir 3 block bangunan yang besar untuk sampai ke tempat seperti gambar di atas iaitu Museum of art dan Space Museum. Cuaca pada ketika ini seawal pukul 9 pagi pun dah terasa bahang. Seperti biasa orang chinese suka lakukan aktiviti sehat beriadah bersama2 dengan pemandangan indah. 


                                                  Suasana pagi hari isnin menggamit kenangan terindah di sini. Jenjalan keseorangan tidak menjadi masalah bagi aku kerana banyak kali lakukan perkara yang sama sebelum ini. Nak cari di mana terletak Arena of Star seperti gambar di atas ini korang berjalan arah kiri. Datang lah pada waktu matahari terbenam hingga ke malam hari pasti korang suka kerana di tempat inilah ramai Photographer yang cari makan dengan menjual gambar kenangan waktu malam di Hong Kong city ini. Harga untuk sekeping 4R di kenakan bayaran sebanyak 40 hkd jikalu nak besar lagi mahal lah. Ramai orang Hong Kong lepak di sini kerana pemandangan pada waktu malam di seberang sana tuh memang benar2 cantik dengan lampu2 bangunan yang berwarna warni.


                                                   Ada berbagai pilihan Ferry yang boleh korang naiki untuk tour peninsular ataupun ke destinasi lain di kepulauan Hong Kong ini. Aku sebenarnya masih blur2 lagi setelah menghabiskan sejam masa aku di Viewing Deck ini, aku terpandang Star Terry terminal untuk ke seberang sana. Tak tahu kita bertanya betul tak. Aku relax jap minum air botol selepas itu mencari kaunter pelancongan yang berada di laluan ke bangunan Star Ferry ini. Lega larr sebab segalanya di permudahkan dan aku dapat tahu ada satu lagi lokasi paling popilor di Hong Kong iaitu The Peak I Love You. hahaha. 


                                                    Nak beli token untuk naik ferry ke Central, Hong Kong pun satu hal. Terlupa pulak nak tukar coin sebanyak 2 hkd sehala, aku berpatah balik cari kedai 7 eleven dan tukar duit syiling banyak2. Nak murah naik lah pengangkutan awam dan itulah yang aku lakukan sepanjang hari isnin ini. Jikalau di Jepun aku sediakan coins banyak2 sama juga lah di Hong Kong ini. Kad juga boleh di gunakan tetapi aku pilih jalan mudah.

                                                   Ada petugas di laluan masuk ke ferry dan ada dua jenis warna mesin tiket di mana pengguna kad top up ataupun token. Tak akan salah sebab ada petunjuk di situ. Waktu menunggu perlepasan ferry tidak lah terlalu lama kerana banyak ferry keluar masuk iaitu selang 30 minit. Naik ferry besar nih jaket keselamatan ada di bahagian tempat duduk dan siap ada Boya lagi. Nasib lah kalau karam. hehe. Perjalanan ferry mengambil masa kurang 30 minit untuk sampai ke Central dari terminal Tsim Sha Tsui. Korang boleh menikmati pengalaman menaiki ferry ini hanya untuk penumpang sahaja. Kenderaan aku tak nampak pun di dalam ferry ini. Di Hong Kong satu Motorsikal pun aku tak jumpa mungkin pemerintah diorang tidak membenarkan dan hanya untuk kereta dan kenderaan lain sahaja yang di benarkan. Bagus juga kan. Nak ke sesuatu tempat tak payah susah2 kerana banyak jenis pengangkutan awam boleh di dapati di kota ini. 


                                                  Pemandangan di atas ialah lokasi perhentian ferry di Terminal Central iaitu bersebelahan dengan Hong Kong Maritime Museum


                                                   Pemandangan di seberang sana seperti gambaran di atas ialah Terminal Star Ferry di Tsim Sha Tsui dan Bangunan Harbour city iaitu komplek membeli belah antara yang terbaru dan terbesar di wilayah ini.

                                                  Untuk menaiki Big Bus Tour ini korang boleh dapatkan tiket pembayaran di Tourism centre di bangunan Star Ferry Terminal Tsim Sha Tsui ataupun dengan berjumpa petugas di tempat ini. Oleh kerana aku tiada masa untuk tour menaiki bas aku pun menunggu bas khas yang membawa pelancong ke The Peak seperti yang aku terangkan di atas tadi. Korang harus sediakan coin sebanyak 4 hkd dan 20 cent sehala sebagai tambang bas yang bernombor 15-C seperti gambaran di bawah ini. Aku masukkan coin 5 hkd pastu hangus.hahaha. Tempat perhentian korang ikut arah papan tanda ke platform bas sebaik keluar dari terminal ferry. Bas ini akan membawa korang direct tanpa henti ke The Peak Tram. Senang jer kerja pemandu bas ini kan. hoho.




                                                  Ada kisah lucu tapi bengan buat aku sebab aku telah membeli lebih dari satu tiket untuk menaiki Sky Tram seperti gambar di atas ini. Bayangkan aku tersalah tafsir sepatutnya untuk seorang sampai ke The Peak hanya perlu membayar 75 hkd sahaja tetapi bila aku bagi  150 hkd petugas amoi tuh bagi 2 tiket dan aku ingatlah yang itu untuk return Peak train sky pass sekali. Hancur...Bangang pun ada. hahaaha. Terkena aku nak jual balik dengan harga murah tak dapek lah nak memujuk pelancong yang lain beli. Huhu. Rugi lah aku 75 hkd untuk hari kedua di Hong Kong ini. Rupa-rupanya aku terlepas pandang harga return tiket tuh. Jikalau korang mahu naik train sehala pun boleh kerana di atas The Peak tuh ada Big Bus Tour ataupun teksi yang sedia menanti di atas sana.

                                                  Sudah macam naik bukit bendera lah pulak tapi kapasiti penumpang untuk sehala perjalanan memang ramai boleh muat . Aku jer tak bernasib baik kena berdiri sampai atas kerana masin2 berebut untuk duduk. emmm sekali lagi mood bengang dan terpaksa pegang rail kuat2 . hoho. Dalam Sky train nih open air jer kalau sapa2 cepat berpeluh emmm rasakan lah. Moral of the story baik pergi pada musim dingin. 


                                                    Ini pun dia gambaran sebenar di atas tempat yang di panggil The Peak I love You. haha. Sebaik sampai korang akan jumpa kedai cenderahati dahulu dan selepas itu baharu lah korang akan naik eskelator untuk sampai ke bahagian atas The Peak ini. Memang cantik pemandangan bawah seluruh bandar di Kowloon ataupun di Cental Hong Kong ini. Jangan lepaskan peluang yer ke tempat ini. Kedai Hard Rock pun terdapat di sini dan bermacam2 kedai lagi . Jangan lupa simpan tiket baik2 kerana untuk ke bahagian atas The Peak korang harus menujukkan tiket untuk melepasi palang masuk yang di jaga oleh petugas bangunan The Peak ini.




                                                 Di bahagian atas ini juga ada beberapa poster gambaran keadaan Hong Kong masa lalu serta nama2 tempat yang populor di sini. Bangku untuk merehatka diri di sediakan. Lain kali aku singgah aku akan  pergi pada pukul 6 petang sehingga 8 malam untuk menikmati pemandangan di waktu malam pula di atas ini. Lihat pada gambar yang di pamerkan pada waktu malam memang cantik bebb.



                                                  Ini dia bangunan The Peak rupanya. Nampak macam besar dan tinggi dari bawah tetapi setelah berada di tanah emmm tak lah tinggi sangat hanya kerana tempay ini berada di kawasan tanah tinggi jadi sesuai sangat lah di jadikan pelancongan yang menari seperti ini. Ok gak kan tak payah buat Menara tinggi2. hehe.

                                                    


                                                  The Peak Galleria berada di tingkat bawah bangunan The Peak ini ada terdapat komplek membeli belah. Macam2 jenis pakaian berjenama di jual di komplek ini. emmm sedia jelah duit banyak2 yer. Dari apa yang aku bezakan harga memang mahal. Nama free duty tapi itulah hakikatnya. 



                                                 Selepas santai di The Peak Galleria aku pun berjalan2 di sudut pemandangan seperti gambaran di atas. Nak beli lukisan tangan asli korang boleh membeli di laluan berbukit ini tak jauh dari The Peak. Aku menghabiskan masa selama 3 jam di sini untuk bersiar2 dan melihat apa yang patut. Rancangan perjalanan hari isnin ini hanyalah teroka di tempat2 yang berhampiran sahaja. Sudah hampir 6 jam berlalu kira berbaloi lah dengan apa yang aku kecapi pengalaman di sini. 


                                                    Harbour City Mall memang teramat besar dengan menggabungkan Terminal ferry untuk ke Macau dan juga Bangunan membeli belah yang lain. Punya lah besar dan banyak pakaian berjenama di jual di sini. Harga nak cari yang durian runtuh memang tiada walaupun ada diskaun. hahaha. Ingat nak sambar gak sehelai seluar jeans Evisu original dari Jepun. hahaha. Al kisahnya pusing punya pusing aku tersasar jauh dan kaki pun dah letih nak berjalan mencari kedai tuh. Cehhh alasan. Bangunan Harbour City ini juga ada beberapa Club Vip untuk orang2 kaya HK. Nampak tak tuh ada sebuah Cruise besar dan mewah. Nak di jadikan cerita ada lah pulak nyonya2 di situ menjual tiket cruise berserta dengan pakej sekali. Aku tertarik gak tapi tiada masa mencukupi untuk nikmati pelayaran mewah ini. emmm lain kali jelah kalau berkesempatan dan ada rezeki.



                                                    Satu2 nya The Clock Tower lama yang terdapat di Tsim Sha Tsui ini. menarik gak binaannya. Terletak di antara Star Ferry terminal dengan harbour peninsular viewing deck. Kepada yang ingin menguji kecekapan bermain kamera DSLR boleh lah mencuba yer. Pada kali ini aku tak bawa sekali kerana ingin santai mengunakan camera phone.





                                                  Pabila kaki dah penat berjalan aku hanya lepaking di viewing deck ini sehingga waktu senja kerana memang ramai orang sudah menunggu pada ketika ini untuk melihat pemandangan seberang sana pada waktu malam. Gambaran di atas dan di bawah ini merakamkan segala kenangan di sini. Korang boleh lihat itu dari gambar cuba lah pergi yer. hehe. Di bawah ini adalah dari aras dua viewing deck yang di bina khas memanjang untuk memudahkan pengunjung berehat sambil menenangkan fikiran di sini. Aku tak terlepas duduk di sini sehingga malam tiba sebelum kembali semula ke bilik penginapan.



                                                     Hari Selasa bersamaan tanggal 27 August 2013 adalah hari Lahir aku . huhu Memang dah dalam plan untuk jenjalan ke sini. Pengembaraan kali ini aku memilih untuk ke Lantau Island iaitu tempat di mana ada Disneyland dan Cable Car ( Ngong Ping 360 ) terpanjang di situ. Untuk sampai aku memilih menggunakan pengangkutan kereta api bawah tanah yang di panggil Mtr mengikuti pintu masuk di Tsim Sha Tsui mtr station yang tidak jauh dari bangunan  Chungking Mansions dan berhadapan dengan Masjid iaitu arah kanan sebaik keluar dari pintu utama.

                                                     Terpinga2 gak aku nak cari punca arah untuk membeli tiket mtr seperti gambar di atas. Korang boleh pilih beberapa jenis pakej pas yang korang suka ataupun lebih menjimatkan. Aku hanya memilih Tourist Day Pass dengan membayar sebanyak 55 hkd dan melayakkan aku menggunakan perkhidmatan mtr ini seberapa banyak yang boleh selama 24 jam dari masa bermulanya aku guna pakai kad ini. Puas bebb gunakan Day Pass ini sehinggakan aku keluar masuk seluruh Hong Kong tanpa ragu2 sesat ataupun takut kehabisan kredit. Sesuai kepada orang macam aku nih. hehe. 

                                                   Daripada Station mtr Tsim Sha Tsui aku akan menukar laluan sehingga ke sebuah interchange station yang di panggil Lai King seperti gambaran route mtr di atas ini. Ambil mtr ke arah Tung Chung iaitu perhentian terakhir mtr di sini untuk ke Ngong Ping 360 ikut sahaja arah papan tanda seperti yang di arahkan. Tujuan ke Disneyland pula korang harus berhenti di station mtr Sunny Bay dan menukar satu lagi train yang akan menjemput korang terus menerus ke Disneyland Hong Kong. Tak perlu risau teramat mudah route ini. Suka hati korang nak pergi yang mana dulu tetapi jikalau aku lah memang harus pergi Ngong Ping 360 dulu kerana terlalu ramai orang masa waktu puncak untuk menaiki Cable Car ke Ngong Ping 360. 






                                                  Perhentian terakhir mtr di Tung Chung terdapat sebuah Mega Mall yang di panggil Citygate Outlets. Banyak outlets pakaian berjenama di jual di sini dan yang menariknya harga boleh tahan lah dan tak semahal mana pun. 

                                                    Eskelator menuju ke Station Cable Car di Tung Chung ini. Ramai orang bebb aku terpaksa menunggu giliran sampai untuk membeli tiket selama sejam dengan membayar sebanyak 135 hkd seorang dua hala. Ada dua kategori cable car korang boleh pilih. Kepada yang tak gayat ataupun suka melihat pemandangan bawah korang boleh memilih Kristal Cabin. Aku hanya menaiki Standard Cabin  sahaja kerana tak mahu membazir. Sama jer asalkan boleh sampai. Kelebihan kristal cable car ini korang boleh melihat pemandangan bawah dari cermin tebal di kaki korang. emmm byk tuh lebih nak bayar iaitu 170 hkd



                                                  Ini dia dua kategori Cable Car yang aku maksudkan tadi. Iainya akan berselang seli iaitu kepada pemegang tiket Standard Cabin dengan Kristal Cabin akan di asingkan barisan sebelum Cable Car sampai. Memang banyak Cable Car di sepanjang laluan ini.



                                                  Perjalanan Cable Car yang mengancam jiwa nih terasa lah lama dan panjang pulak tuh untuk sampai ke Ngong Ping 360. Besh bebb lebih besh dari yang di Langkawi ataupun di Sentosa. Keadaan cukup aman jer masa tuh. Aku punya lah seronok dan pura2 buat style macam Mr Bean. hahaha. Dari aras ke tempat yang tinggi ia akan melalui celah valley yang tinggi dan ke aras bawah semula untuk sampai. Rugi bebb kalau tak ke sini. Jommm..



                                                    Station Cable Car di  Ngong Ping 360 seperti gambar di atas ini. Sebenarnya dari awal lagi petugas tiket akan berikan beberapa senarai pakej lawatan semasa di Ngong Ping 360 ini . Bas Pelancong siap di sediakan. Harga aku tak berapa ingat tapi seperti dalam gambar di bawah ini korang pasti teruja kan nak buat post macam aku. hahaha. Perhatikan betul2 di bawah tuh ada sebuah gambar dan Patung tuhan seakan Big Buddha di Ngong Ping Village. Pelancong asing datang melawat ke sini dan menaiki tangga yang agak tinggi seakan sama di Batu Caves untuk sampai ke atas dan memohon hajat. Aku tak kuasa aar nak tengok. Main kat bawah jer.



                                                   Arah menuju ke Patung Buddha ini ada banyak outlets pakaian dan cenderahati korang boleh pilih. Nak cari macam2 barangan cenderahati terdapat di sini. Aku asik keluar masuk kedai jer sebab cuaca boleh tahan panas masa tuh. Bukan nak beli pun. Nak beraksi bagai2 pun boleh. Gambar2 solo ini semua aku suruh orang lain ambilkan. Buat senyum dan ramah sikit dah dapat gambar. haha. 



                                                   Jauh juga aku berjalan kaki ke Pintu gerbang seperti di bawah ini. Berpeluh2 den.emmmm apa nak buat dah datang kayuh kemana saja nak melihat apa tarikan yang ada di Ngong Ping Village ini. Diorang kan terkenal dengan sei bina patung jadi di sepanjang jalan ini ada banyak patung2 orang zaman dahulu. Di penghujungnya ada tempat sembahyang dan taman reakrasi kepada yang mahu berkhemah. Ada sebuah air terjun yang cantik di sini malangnya aku hanya boleh lihat dari jauh jelah. 



                                                  Di Ngong Ping 360 ini ada lah pulak sebuah restaurant  bernama Ebeneezer's iaitu restaurant masakan ala2 middle-eastern dan indian cuisine..emmm memang aku nanti2 kan peluang nak makan beriyani kambing dan Gyros kebab. Semua sekali termasuk air minuman aku kena bayar 145 hkd. Wahh boleh tahan muntah kedarah dya nih maklumlah jenjalan di tempat ini pun sudah ambil masa yang lama. 


                                                  Waktu nak balik senang jer beratur tak payah tunggu lama2. Perjalanan balik aku bersama pelancong dari israel. Member siap bagi salam kat aku. Dah perasan dah mamat nih pakai kopiah kecik kat atas kepala tuh. Kami berkenalan dan bertukar pendapat. Anak dara dia kata besh tak Pulau Langkawi sebab ada kawan dia dari sepanyol dah pergi. Aku cakap memang lah besh. Promo lar negara sendiri. hehe. Gambar di bawah ini pula sewaktu aku nak turun semula dan harga sekeping nih aku kena bayar 50 hkd. Jadi lah kan di buat kenangan.


                                                    Ini ialah perhentian kereta api Sunny Bay yang datang dari arah Tung Chung. Dari sini pertukaran kereta api harus korang buat hanya pergi ke laluan sebelah saja. Kemudian kereta api dari Dysneyland akan datang menjemput korang dalam masa yang tak terlalu lama perlu menunggu.

                                                   Suasana di dalam kereta api Dysneyland yang ada pelbagai corak dan hiasan2 yang menarik. Pada masa aku naik kereta api ke Universal studio di Osaka pun tak macam ini. Cantik lah ..



                                                    Sudah pun sampai di Dysneyland Resort, Hong Kong tapi malangnya aku harus tunaikan janji kepada anak2 aku yang aku hanya di luar sahaja dan selepas ini aku akan bawa diorang masuk sekali. Cukup lah kan sebab tempat macam ini bawa kanak2 lah yang paling seronok tapi kita juga masih boleh. Dari luar nampak sangat bagus. Semuanya indah dan yang tak indahnya bikin aku geramm tak masuk. hahaaha.


                                                     Ini pula harga tiket nak masuk dysneyland resort . Harga Tiket masuk seorang dari umur 12--64 tahun berharga 450 Hkd manakala Kanak2 pula dari 3--11 tahun sebanyak 320 Hkd.. Nak pergi ke sini jikalau jumlah 5 orang sekeluarga macam aku nih setelah di campurkan dengan perbelanjaan ke tempat menarik yang lain agak2 berapa korang ingat. huhu. Dah janji dengan diorang mesti kena tepati betul tak.




                                                  Menara Jam lama yang sempoi bersebelahan Harbour viewing deck dan Star ferry terminal nih. Tak silap waktu aku sedang ambil gambar menunjukkan pukul 0925 malam. Keadaan masih riuh lagi iainya tak lah berkecamuk dengan bunyi bising pelbagai kenderaan dan hanya bunyi ferry ataupun kapal2 yang nak berlabuh. Ini lah malam terakhir aku berada di wilayah Tsim Sha Tsui ini sehingga pukul 0100 pagi aku baru gerak semula ke bilik penginapan di City guest House, Chungking Mansions tuh.



                                                 Keindahan malam di Arena of  Star, Hong Kong seperti gambar di atas dan di bawah ini pasti memeriahkan suasana sesiapa sahaja yang berada di kawasan ini. Di lantai Arena of Star ini korang boleh nampak kesan tapak tangan Celibrity terkenal Hong kong sepanjang laluan di sini. Boleh lar di ambil gambar kenangan tapi aku singgah di waktu malam dengan pencahayaan camera yang tak baik aku lupakan jelah. Datang sini sorang jadi apalah yang boleh aku lakukan selain daripada berehat sebentar dan berkenalan dengan beberapa orang tempatan dan pelancong2 asing. Semuanya boleh jadi kawan termasuk gambar yang di bawah sekali tuh. haha. 



                                                  Perancangan esok pagi iaitu pada tanggal 28 August 2013 bersamaan hari Rabu aku akan bertolak ke Macau dengan menaiki Cruise melalui Hong Kong Cina Ferry Terminal pada pukul 11 pagi. Untuk pengalaman selama 3 hari di Kota Hong Kong ini ada banyak lagi tempat2 yang aku tak sempat singgah. Cukup lah nie dah dapat pergi ke 3 tempat yang paling populor di lawati. Nak lawat semua tempat kena tinggal lebih lama di sini pastu semakin koyak rabak poket seluar. haha. Ini lah serba sedikit panduan dan kisah perjalanan aku di Hong Kong ini iaitu kebanyakkannya di Tsim Sha Tsui dan di Central. Unyuk trip kali kedua nanti aku sekeluarga akan rancang pergi pada musim dingin seperti apa yang di katakan oleh penduduk di situ. Aku ni kan cepat berpeluh haaa elok lah tuuu. hwahwa. Selepas ini jumpa lagi di kisah aku seterusnya iaitu pengembaraan di Macau City pula.

























                                                                            

7 ulasan:

  1. Balasan
    1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
      beri 4 angka [9116] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI SUBALA JATI,,di no (((085-342-064-735)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 670 JUTA , wassalam.

      Padam
  2. bestkan pegi hong kong..rasa nek pegi lagi tahun ni huhu

    BalasPadam
  3. Kami berempat ke HK pertengahan januari 2014.. dah tak sabar nk ke sana bila tgk blog awak

    BalasPadam
  4. Ada tips tk mcm mne nk tahu laluan2 mggunakn bus.mtr. nk ke dsneyland or ocean park? Nk search ktne ea? Bcos ni 1st tyme nk jdi begpacker...

    BalasPadam
  5. In Shaa Allah bulan okt 2016 nanti nak p sana secara solo, serba sedikit blog awak membantu dlm perjalanan saya di sana nanti...

    BalasPadam