Bersambung dari Kisah Pertama Aku di Kota Guangzhou ini oleh kerana terlalu banyak gambar atau kenangan yang muanise untuk tatapan aku sendiri.hehe. Kebanyakkan penceritaan aku ialah melalui gambar yang aku pamerkan di ruangan ini sebagai satu Kisah Hidup ku juga dan pengalaman berada disini walaupun tidak begitu lama.
Mencari Tukaran mata wang pun susah di sini sebab Money Changer kebanyakkan ada di Bank2 yang di iktiraf sahaja. Diorang suka dengan Dollar jadi korang standby lah duit Dollar banyak2 yer sebab duit Malaysia tidak di terima. Perghh bengang betul aku sebab dah lah kena kirim dengan kawan duit pulak tak cukup. Apa lagi suruh diorang buat Money order di Western Union. Nasihat aku nak kirim wang ke tempat ini melalui Western union korang tulis nama penuh sekali jikalau boleh dengan Bin kerana hilang Bin pun diorang reject permohonan korang. Sedih bebb dah lah aku penat berjalan sana sini cari Bank yang ada Western Union pastu tersalah pulak. Ayomaaaa..
Ini adalah kisah aku di mana aku tersalah perhentian bas. Amboi berdiri di tepi jalan tak tahu punca nak pergi mana dan naik bas apa. ahaha. Padan muka aku. Cakap balik arah Pearl River baru lah diorang tunjukkan bas apa. cehh. Nasib baik ada yang paham cakap aku tuh.
Sempat lah singgah kedai Dobi berhampiran tempat menginap aku. Bayar ikut berat timbangan. Sekilo dalam harga 15 yuan jer. Nasib baik aku ada standby beg plastik sebab kedai Dobi nih tiada beg plastik di sediakan. Hampeh Betol.
Banyak Statue yang di bina pelbagai gaya di sini kesemuanya kisah hidup masyarakat setempat di situ. Taman bunga yang besar dan nyaman kalau pergi bukan musim panas lah. Aku berpeluh2 berjalan di sini. Pasangan bercinta elok lah singgah ke tempat ini. Menarik bebb.
Pengawal Keselamatan sentiasa membuat rondaan di Shamian Island. Waktu melawat sehingga pukul 0500 petang dan bermula dari pukul 0800 pagi.
Bermacam2 jenis kedai termasuk Hotel, Restaurant, Bank dan Pejabat Pos turut ada di kawasan Shamian Island ini. Pulau buatan untuk warga asing yang dibina dengan cantik dan sehingga sekarang ini sebagai tempat tumpuan pelancong seluruh dunia. Dah datang Guangzhou singgah lah ke tempat ini yer. Pasti menggamit kenangan.
Shamian Island ini di pisahkan dengan tanah besar hanya dengan sungai2 di sekelilingnya. Kawasan ini besar dan Kesemua senibina bangunanan adalah ala2 european country.
Aku memesan mee cantonise dari Restauran Haja ini. Mereka buat segera siap uli depan aku lagi. Fresh bebb. Terpesona lihat cara diorang menghasilkan mee nih.
Mengambil angin petang di Dataran Shang Xia Jiu. Tempat ini jika nak bersantai sambil membeli belah pun ok. Banyak patung2 yang di bina cantik2 lagi. Sesuai lah kepada yang kaki gambar. Suasana pada waktu malam memang meriah di sini.
Air Dakasi yang populor di negara Taiwan dan juga populor di dataran ini. Aku nie giler minum Teh Ais berjelly Dakasi nih. Boleh kata banyak kali juga aku melamtak air nih. Emmm sedar2 macam2 ramuan rupanya ada. Sedap bebb. Tempat kita pun dah tiru macam air Dakasi ini. Cepat jer tersebar dan berbagai2 jenama kedai keluar.
Sebelum pergi ke Station Kereta api Guangzhou aku singgah dulu mencari ipad 1 dan iphone ciptaan China. hehe. Rege murah bebb dalam 1000 yuan jer tapi nasihat aku jangan beli lah nanti korang memang tak berpuas hati. Barang2 macam ini pun kat tempat kita berlambak2. Bangunan pusat perniagaan di panggil Elektonik City berhampiran dengan hotel tempat aku tinggal memang populor dah macam Low Yatt di Kuala Lumpur. Bahagian bawah hingga ke level 6 bangunan segala apa barang elektronik pun ada. Ini kira shurga peniaga borong larr. Sebut jer tempahan berapa banyak pun boleh diorang akan hantar.
Menunuggu masa giliran untuk membeli tiket. Korang perlu tunjukkan passport sebagai bukti dan pembayaran secara tunai tiada kredit kad tau. Bersesak2 itu perkara biasa di sini. Dah beli pergilah cari platform sebab tulisan berbahasa mandarin tuh yang aku tak paham. Dah tanya orang pun tapi masih tak paham lagi.hahaha.
Gambar di atas adalah gambaran dari dalam kereta api yang hanya berhenti di perhentian besar sahaja. Ssshiook naik kereta api ini kerana ada pelayan penumpang ala2 paramugari sekali. Pemeriksa tiket pun dah macam pilot kapalterbang. Bahasa untuk pemberitahuan tempat persinggahan dalam dwi bahasa berserta dengan media elektonik di setiap koc kereta api.
Minuman air botol di sediakan dan tiket dari Guangzhou ke Shenzhen berharga 100 yuan. Masa perjalanan adalah selama hampir 2 jam lamanya menaiki kereta api ini. Kira besh aar tak rasa goyang jiwa pun kerana ashik dengan melihat suasana perkampungan sepanjang perjalanan itu. Laluan jejambat sungai banyak tetapi masuk terowong sekali pun tiada. haha. Tak macam laluan Jakarta ke Bandung lalu terowong jauh pulak tuh.
Sampai sahaja di Shenzhen Railway Station aku terus berjalan untuk mencari hotel2 yang terdekat dan sementara letih berjalan ternampak pulak Restaurant Chinese Muslim nih. Apalagi singgah lah memenuhkan perut yang dah kebulur. Nak tuliskan nama Restaurant pun aku paham tulisan yang ada di restaurant ini. Nampak ada gambar Masjid dan tulisan halal aku pun bedal lah. Memang sedap bebb sesekali pekena masakan chines asli. Ada berbagai set menu jangan harap ada teh ais ke teh tarik ke. Korang boleh nampak aku beli air botol jer. Nak sudu langsung tidak disediakan emmm terpaksa gunakan chopstick.
Ini dia kedainya. Kalau orang cina malaysia sudah pasti paham. hehe. Korang jalan arah sebelah kanan pintu keluar Shenzhen Railway Station. Pastu akan nampak deretan kedai serbaneka. Selepas makan masa untuk cari Hotel pulak. Gambar kat bawah ini masa cuba mencari Hotel Bajet tapi kaki dah lenguh emm Gasak jelah Hotel Mahal2. hehe.
Pengalaman terkejar2 teksi untuk sampai ke airport masa tuh perghh jauh gak tempat tinggal aku sehingga ambil masa sejam lebih dalam teksi. Kalau berhajat nak menginap jauh2 dari airport korang kena plan awal lah yer keluar hotel. Duit tol diorang minta dari penumpang. Teksi pakai yang bermeter di Shenzhen susah nak jumpa teksi haram nih.
Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen pada pukul 1100 pagi di hari yang indah sebelum sampai ke LCCT pada pukul 0300 petang. Tidak banyak pengalaman yang dapat aku tuliskan di Shenzen kerana aku singgah hanya satu malam sahaja tetapi pengalaman malam pertama berjalan2 di sekitar Hotel Huzhange iaitu tempat aku menginap dengan harga 280 yuan.
Sampai di sini sahaja Kisah-Kisah pengalaman aku di Guangzhou dan Shenzhen. Jikalau ada rezeki dan masa aku akan singgah ke tempat ini lagi kerana banyak tempat menarik yang aku belum jejak terutamanya di Shenzhen. Kisah perjalanan seterusnya akan aku update dari semasa ke semasa. Inilah kisah perjalanan secara Backpacker aku dan banyak lagi akan menyusul selepas ini. Mudahan di makbul kan. Nak ke tempat ini jikalau tak mahu susah2 berjalan sana sini elok lah gunakan agensi pelancongan. Masalah bahasa dan makanan halal saja yang kita pikirkan. Jumpa lagi di Kisah seterusnya.
Tempahan Tiket Penerbangan Murah ke Guangzhou bagi Tahun 2016 kini dibuka.
BalasPadamKeistimewaan Tiket Ini:-
Harga RM650, lebih rendah berbanding harga Tiket Biasa.
Harga Tiket (Pergi & Balik) Termasuk Airport Tax + Baggage 20kg (Pergi & Balik)
Sesuai bagi Mereka yang ingin membeli barangan harga murah di China.
Untuk Keterangan lanjut Sila Sms/Whatsapp Mohammad :0177120867
ada ambik trip 3d2n x?
Padamkami dah beli tiket sndiri
11-14 mac 2016
Salam..sesiapa yg inginkn khidmat pelajar malaysia utk jadi tour guide semasa di Guangzhou sila emailkn ke jjay937@yahoo.com..dgn harga yg berpatutan dijamin anda akan brpuas hati..
BalasPadamBoleh bgi no whatsapp
Padam