Isnin, 24 Jun 2013

Kisah Aku di Ho Chi Minh, Vietnam



                                                          Ini merupakan kisah terahkir pengalaman menarik aku untuk trip jelajah negara Cambodia merentasi ke sempadan Vietnam dan singgah di bandar Ho Chi Minh dengan menaiki Bas Ekpress dari terminal bas Mekong Travel Limousine pada hari Khamis, 28 March 2013. Yang bagusnya Syarikat perkhidmatan bas ekpress ala2 VIP di Cambodia ini mereka akan menjemput korang di depan Hotel atau Guest House yang korang nginap tanpa ragu2 tertinggal asalkan korang betul2 beritahu mereka dimana tempat korang tinggal dan pukul berapa korang harus sedia menunggu mereka. Jalan yang terbaik ialah korang harus meninggalkan pesanan kepada penyambut tetamu di lobi hotel. Mereka akan mengambil korang menggunakan pengangkutan Mini Van bersaiz 12 tempat duduk dan mereka akan menjemput penumpang2 lain yang telah menempah tiket bas tersebut. Waktu yang paling sesuai untuk ke Ho Chi Minh dari Phnom Penh ialah pada pukul 08:00 pagi kerana perjalanan amat jauh dan sukar juga apabila sampai di sempadan kedua2 negara.
                                                                       

                                                   Resit pembelian tiket bas seperti diatas mestilah ditunjukkan kepada kerani di Stesen Bas untuk tujuan semakkan dan insuran perjalanan. Jangan khuatir dengan agency perlancongan di Siem Reap / Phnom penh kerana mereka lakukan dengan cara yang betul. Tiada cas tambahan dikenakan. Pada masa ini no kerusi dibagi pada masa itu juga. Elakkan menaiki secara keseorangan atau ganjil kerana korang akan duduk dengan pemumpang lain. Jikalau awek Cun dipersilakan. hahaha. 




                                                   Suasana didalam Bas Ekpress yang aku naiki. Agak menarik juga kerana Bas ini menyediakan Wifi sekali dan juga satu set makanan dalam kotak iaitu merupakan dua keping kuih kacang sederhana besar dan sekeping roti danish. Botol minuman juga diberikan dan yang paling menarik diorang sediakan tayangan video dengan cerita terkini. Hahaha x lah macam perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Penh. AirCond punyalah sejuk. Jurubahasa disediakan didalam bas ini juga. Mamat Cambodia nie fasih berbahasa english. Dia juga yang akan pungut passport korang untuk tujuan imigrasi.


                                                   Bas Ekpress yang aku naiki berhenti untuk singgah makan tengahari di tepi jalan utama sebelum sampai ke sempadan Cambodia / Vietnam. Flowery Restaurant nama diberi. Aku dan keluargaku tidak menjamah menu makanan yang disediakan cuma kami hanya membeli buah nenas / mangga potong sahaja dengan harga 2 usd. Kira puas memakannya teramatlah banyak..


                                                   Bangunan Imigresen Chou Duc, Vietnam. Agak rumit juga untuk melepasi pemeriksaan Imigresen disini kerana kita harus declare semua barang yang dibawa sama ada secara Troly atau pun Backpack. Satu bagasi pun tidak dibenarkan tinggal di ruang penyimpanan barang dibawah bas. Kaunter Pengesahan Passport pula tidak banyak. Boleh bayangkan jika ada ratusan orang didalam bangunan tersebut. Lama tuhh.. 

                                               Duduk lama didalam bas dan bermacam2 cara diorang nih menghilangkan rasa bosan sambil bermain Psp dan membaca komik.

                                                Teksi Bermeter jenis Mini Mpv Toyota ini selalu korang akan jumpa. Pemandu2 x ramai yang fasih berbahasa english dan korang perlu bawa sekali maps untuk lebih senang mereka pandu arah. Jalan dekat2 pun  x kan tahan teksi bebb. hehe..Gambar ini aku rakam semasa kami baru sampai di bandar Ho chi Minh dari Phnom Penh. Bas Ekpress kami berhenti di tepi jalan sebelum mereka menuju ke pusat perhentian bas yang terletak jauh dari sini. Jangan Risau teksi2 sedia menunggu untuk membawa korang ke destinasi berikutnya. 


                                                 Pemandangan dari atas bilik penginapan aku di Tulips Saigon yang sibuk dengan penunggang2 motorsikal.Teksi Bermeter amat mudah didapati disini cuma korang perlu sediakan duit dong lebih sikit kerana jika kita bagi mereka duit dollar amatlah rugi.Pemandu Teksi kira cincai jer.

                                                  Dari Tulips Saigon nih nak berjalan kaki ke Ben Thanh Night Market x lah jauh sangat pun. Keluar dari lobi Hotel ambil ke kekiri jalan dan jumpa 2 lampu isyarat selepas itu ambil kekanan jalan dan kekiri jalan semula dan terus sahaja sudah boleh nampak Pasar Malam Ben Thanh. Meriah sungguh. Pada masa ini aku tukaran duit Usd kepada Dong adalah sebanyak 400000 Dong untuk tukaran 20 Usd.

                                                Hotel Tulips Saigon tempat aku menginap dan iainya terletak di pusat bandar  Iaitu di 260 Ly Tu Trong Street, Distric 1. Aku menempah penginapan selama 2 malam ini di carian Agoda.com dengan sewaan sebanyak 220 Myr. Mudah sahaja dan kebanyakkan Hotel2 disini tidak lah besar mana pun dan bertingkat setinggi aras 7 sahaja.


                                                  Pemandangan dari dalam Restoren The Daun nih yang memanjang ke belakang dan simple saja dekorasinya. Kira okay lar buat aku sekeluarga kerana ianya terletak betul2 dihadapan Hotel Tulips Saigon yang kami diami. Perghh cari dalam google maps x jumpa pulak tuh. Rupanya Restoren ini baru saja beroperasi dan masih bau kedai kata orang. ahaha. Pemiliknya jikalau x silap aku ialah berasal dari Singapura. Orang Melayu Singapura kottt. Sempat juga aku berkenalan dengan dia akan tetapi pada masa tersebut dia bergegas ke airport untuk kembali ke Singapura katanya. Waktu operasi perniagaan dari pukul 09:00 pagi sehingga pukul 09:00 malam kerana waktu waktu siang dan malam adalah begitu cepat disini. 


                                                 Antara menu simple juadah yang kami rasai di The Daun Restoran ini. Emm!! enak dimakan kira2 berbaloi lah kalau korang menjenguk ke Restoran ini. Harga purata sepinggan menu makanan ialah 85000 Dong sehingga 120000 Dong sahaja. Pelbagai menu disediakan dan jika korang pergi secara berkumpulan yang ramai di tingkat 2 bangunan ada juga tersedia ruang makan untuk semua pengunjung.Harga tertakluk pada masa aku pergi sahaja dan segala perubahan harga nasib aaarrrr..hehe..


                                               Sampai sahaja di Bandar Ho Chi Minh nih x sah kalau x jenjalan membeli belah di Ben Thanh Market kerana disitulah pusat jualan murah yang terkenal di bandar ini dan ramai pengunjung dari negara kita disitu. Dah x hairan dah mna2 jln jer boleh terserempak orang Malaysia sampai jurujual pun pandai cakap Melayu. Hehe. Jarak antara Ben Thanh Market dari Tulips Hotel tempat aku menginap ialah hanya 400 meter melalui 2 persimpangan lampu isyarat.


                                                  Menu sarapan pagi kami di Lobi Hotel Tulips Saigon ini. Kami hanya meminta menu ini sahaja dan bukan menu yang lain. Mereka membuat tempahan sarapan awal2 lagi iaitu sebelum tengah malam. Kira bajet hotelkan camni lah gayanya. Hehe. Jadilah asal dapat menahan lapar. Mahu pergi ke The Daun Restaurant masih belum dibuka lagi. Ini adalah hari kedua kami di Hcmc iaitu pada hari Jumaat, 29 Mac 2013. Rancangan selepas sarapan adalah berjalan kaki ke destinasi kami yang berikutnya iaitu mencari bangunan yang dipanggil Independence Palace iaitu di Nam Khoi Nghia Street. Perjalanan berjalan kaki tidak lah begitu jauh pun cuma masalah kesesakan jalan raya yang dipenuhi Motorsikal dan kenderaan lain saja. Kami suke2 berjalan dan mengambil masa 20 minit untuk sampai.


                                                  Bergambar di salah sebuah Kereta Kebal yang pernah digunakan pada era perang Vietnam pada suatu ketika dahulu. Terletak di dalam kawasan bangunan Independence Palace iainya merupakan salah satu daya tarikan disini. Kereta Kebal style lama nak jumpa pergi lah ke tempat ini siap boleh bergaya sakan lagi kan..haha. 


                                                  Bangunan Indepencence Palace ini adalah merupakan tempat perjumpaan Ketua2 Negara Asing dan Raja2 yang datang kesini. Bayaran masuk dikenakan sebanyak 30000 Dong seorang dewasa. Ianya seeprti satu pameran bilik persidangan dan tempat beradu kepada ketua2 Negara. Susun atur meja yang antik dan dekorasi yang mahal termasuk segala ukiran bahan binaan disini. Itu semua adalah daya tarikan bangunan ini. Pelancong akan mengunjungi tempat ini seawal pagi lagi sebelum ke destinasi yang lain.Jadual lawatan kami pada masa ini adalah sehingga pukul 11:00 pagi sahaja selepas itu semua pengunjung diarahkan keluar.



                                                 Kapal Terbang Tentera Udara Amerika yang pernah digunakan semasa perang Vietnam iaitu di kawasan bangunan War Museum. Bayaran masuk dikenakan sebanyak 2 usd seorang. Pada kali ini mereka meminta matawang usd sebagai jualan tiket kerana memang ramai pelancong Amerika dan seluruh dunia ke tempat ini. Pergi jangan x pergi jikalau boleh pukul 09:00 pagi sudah sampai kerana diorang akan tutup pada pukul 11:00 pagi untuk makan tengah hari. Penggera akan dibunyikan disetiap tingkat bangunan dan pintu masuk pameran ditutup oleh pegawai petugas disitu. Rugi marr banyak sejarah yang boleh dibaca disitu. Apa yang kita baca disini x sama dengan gambaran sebenar yang ditunjukkan ditempat ini. Kisah menyedihkan pun ada ditunjukkan. Shukur negara kita x berlaku macam diorang semua.



                                                 Yang ini memang aku sudah terkena dan tidak aku jangkakan sama sekali helah Tukang kasut ini. Pada mulanya dia hanya ingin menggilapkan kasut dengan percuma tetapi setelah itu siap tambah gam kasut dan jumlah dikenakan sebanyak 10 usd. Apalagi aku pun naik darah lah. Nasib baik tempat ini adalah kawasan taman yang ada anggota polis berkawal. Aku pun cakap dengan mereka yang aku kena tipu dan selepas itu Mamat nih pun minta bayaran alakadar jerk sebanyak 20000 Dong..Bengang Wa melayan Mamat nih..Satu pengajaran disini adalah apabila korang berjalan di Taman berhampiran bangunan Independence Palace cuba jikalau boleh tidak menghiraukan Tukang Kasut seperti diatas. Naya dibuatnya nanti. Serammm Bebb mana xnya Kengkawan Mamat nih dah standby keliling taman..Berhati-hati lah yer..


                                                   Aku ingat bangunan apa lah yang warna oren nih dan cantik binaannya. Rupa-rupanya gereja, ommaakkoooii. saja jer kan nak menambahkan koleksi gambar yang ada. Hehe..Yang dibawah pula adalah gedung membeli belah dipanggil dengan nama Diomand Mall. memang banyak barangan berjenama ada dijual disini.. Layan jangan x layan..hehe.. 



                                                     Bangunan Pejabat Pos ini pun dijadikan tempat lawatan menarik di Ho Chi Minh. Rekaan dan binaan di zaman pemerintahan Perancis terselah gaya seperti disana gak. Dari tempat ini dah dekat dengan Botanical Garden. Ada kesempatan baik korang jalan terus sahaja. hehe..Dalam satu hari banyak tempat korang boleh singgah kalau x penat larr..


                                                     Kedai Hard Rock terletak di bangunan Anz iaitu dilaluan Le duan Street. Disini harga everage untuk sehelai baju ialah sebanyak 650000 Dong. Kiranya lebih kurang harga standard seluruh kedai Hard Rock dimana2 sahaja setelah ditukar matawang. Apalagi Wa sambar dua helai bebb..


                                                   Berdiri dihadapan bangunan HCMC yang direka pada zaman pemerintahan Perancis suatu masa dahulu. Bangunan disini cantik2 rekaan binaannya walaupun hanya beberapa buah yang besar. Cari Dong Khoi Street dan korang akan jumpa tempat ini. Tidak lah susah sangat nak cari..Nak jimat tambang teksi cuba kuatkan kaki2 korang tuh..Jangan dimanjakan selalu..Hehe..



                                                     Pemandangan Kawasan elit iaitu kawasan bangunan perniagaan dan bangunan2 kerajaan yang cantik diwaktu senja hari kedua lawatan kami di ho Chi Minh ini. Ianya terletak berhampiran dengan Dong Khoi street. Merupakan kawasan lawatan populor juga disini. Ukiran patung dan bunga2an yang dihias cantik menambahkan lagi mood kami. Dari tempat x jauh dengan Ben Thanh Night market dan kami hanya berjalan kaki sahaja.


                                                   Mini Train yang membawa pelancong mengelilingi kawasan Zoo Botanical Garden. Ini adalah destinasi terakhir aku di bandar Ho Chi Minh dengan membawa keluarga bersiar2 untuk menghabiskan masa sebelum ke airport. Jadual penerbangan balik kami adalah pada pukul 06:00 petang waktu Ho Chi Minh oleh itu menambah masa nginap di Hotel Tulips kepada empat jam lagi dengan cas dikenakan sebanyak 12 Usd. Teksi bermeter dipanggil untuk membawa kami ke Botanical Garden  dengan cas 2 usd. Agak besar juga kawasan Zoo dan Botanical Garden ini sehinggakan hampir dua jam kami bersiar2 didalam sambil melihat pertunjukkan yang disediakan. Bayaran masuk kawsan ini adalah sebanyak 30000 Dong untuk seorang dewasa. Perghh!! berpeluh2 kami anak beranak berjalan2 dan memastikan tiada yang terlepas.hehe. Kedai2 makanan dan minuman terdapat didalam Taman ini dan harganya tidak lah mahal. Diluar pagar pula terdapat banyak teksi bermeter yang sedia membawa pelancong ke destinasi lain.



                                                     Letih woooo sampai berhenti rehat beberapa kali. Baju yang dipakai dah lencun basah. Nasib baik kami pulang ke hotel semula jikalau tidak nak balik camni..hwahwahwa..

                                                     Pertunjukkan seperti ini memang acara wajib yang disediakan. Pelbagai  pertunjukkan tetapi yang ini adalah lain daripada yang lain.Lagak ngeri menggantung pasu bunga yang besar ke dada perlaku ini. Sungguh kuat mamat nih kan..haha..Macam kena tipu pun ada.. 

                                                Ini adalah pemandangan pokok2 yang digubah menjadi seperti replika binatang2 di Botanical Garden nih. Ianya terletak sebelum jalan menuju keluar kawasan ini.

                                                  Hari Sabtu iaitu pada tarikh 30 Mac 2013 merupakan haru terakhir lawatan kami disini. Perancangan yang teratur sejak mula kami sampai di Siem Reap sehinggalah ke destinasi terakhir kami iaitu di bandar Ho Chi Minh ini memanglah berbaloi sekali terutamanya dengan membawa keluarga pergi bersama merentasi sempadan kedua2 buah negara. Puas sudah dan ada lagi perancangan seumpama ini dilain2 masa. Masih banyak tempat lawatan yang kami belum singgah lagi dan berkemungkinan Aku akan datang dan explore lebih banyak tempat. Moga aku dapat kembali lagi dan ke destinasi berikutnya iaitu ke Danang pula dan menakluki puncak Gunung Fansipan. Mudah-mudahan.









19 ulasan:

  1. bagus2 5 star story

    BalasPadam
  2. Nak tye la,bilik yg abang tido di hotel tulips tu ade mslh ke?coz saye tempah 1 bilik utk 2 org tp utk menginap 3org...ade kne ape2 ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Tulips Saigon Hotel tuh okay. Tiada masalah untuk saya sekeluarga. Kena cas tambahan jika awak lebih masa untuk daftar keluar sahaja. Untuk 3 orang boleh sangat tuh yang lain2 setahu saya diorang ramah dan sebelum kami naik untuk tidur d malam hari mereka meminta menu sarapan pagi yang kita inginkan. Have a nice journey.

      Padam
    3. Terima kasih ye......

      Padam
  3. Dorg pham ke ape kita ckp..cm mana nak beli brg..petukaran duit nak wat dkat mana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertukaran duit tiada masalah di sini dan ramai yang boleh paham apa yang kita mahu. Pasar Malam di Ben Thanh peniaga di situ terima duit ringgit kerana mereka di kunjungi ramai warga Malaysia.

      Padam
  4. Actually saya nk pergi pa bulan 4 next year dan dikehendaki membayar RM400-00 utk travel, hotel dan makan selama 3H 2 Mlm. RM400-00 tidak termasuk flight tiket. Cuba nk tanya mahal x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay sangat tuh. Boleh ambil pakej ini.

      Padam
  5. terima kasih atas info saudara. saya akan gunakan info tersebut bila saya akan pergi vietnam tahun depan nanti. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanpa nama: boleh beritahu agency perlancungan mana yang encik guna. terima kasih

      Padam
    2. Saya tidak menggunakan sebarang agency di sana. Semuanya ikut gerak hati saya dan bertanya kepada orang2 di situ dan membaca broucher yang di sediakan.

      Padam
  6. bagaimana ya cara dari siem reap ke phnom penh ? sebab saya dh beli flight dari siem reap, cuma belum beli flight lg untuk balik. Cadangnya nk balik ikut phnom penh.

    BalasPadam
  7. berapa jam naik bas dari Siem Reap ke Ho Chi Minh. Agaknya berbaloi ke jika saya dari siem reap ke Ho Chi Minh kmdn patah balik semula ke Siem Reap...sbb dah beli tiket pergi balik ke Siem Reap. Ambik pakej Flight + Hotel d Siem Reap ( RM435 - 5 HARI 4 MLM ) bln jun nanti. Harap ada balasan atau cadangan yg lebih berbaloi ...Terima kasih

    BalasPadam
  8. best best wooo . seronok hcm ni. tmpt yg ptot pergi. dye boleh terima RM. yg pling penting orang vietnam cantik2. boleh cuci mata

    BalasPadam
  9. Hi. Banyak info berguna untuk buat planning trip ke sana ni. Tq so much. Sudi singgah blog saya Kenapa Perlu Penapis Air?

    BalasPadam
  10. Terima Kasih blog ini sangat membantu saya, cuma nak tanye perkhidmatan bas sampai pukul berapa di sana ?

    BalasPadam
  11. Bas gerak petang or malam ada tak dari pp ke hcm...
    hotel kat pp sng tak cr...bila smpi sebb tak boking pun

    BalasPadam