Ini adalah kesinambungan dari kisah aku di Siem Reap pada catatan aku sebelum ini iaitu pada hari Selasa ( 26 March 2013 ). Kami sampai di Kota Phnom Penh pada lewat petang dan kami dengan keadaan yang letih bercampur lapar merehatkan diri dahulu mendaftar masuk ke bilik penginapan kami iaitu di Mittapheap Hotel. kadar sewa bilik untuk 2 malam hanya sekadar 50 usd sahaja dan dihantar oleh pemandu Tuk2 dari perhentian bas ekpress. Seperti biasa harga Tuk2 di Kota Phnom penh ini berubah2 mengikut kesukaan pemandu Tuk2 tersebut. Sebagai panduan kadar sewa adalah serendah 2 usd untuk sehala tempat tujuan. Jika mereka meminta setinggi 5 usd jangan terima dengan alasan mahu mencari Tuk2 yang lain.
Lepakking sekejap untuk membersihkan diri dan melelapkan mata seketika sebelum kami keluar mencari makanan disebuah Restoran Halal seperti dibawah ini. Tuan punya Restoran adalah pemilik yang sama terdapat di Siem reap. Ianya terletak betul2 dibelakang Hotel Mitthapheap ini.
Sii harits nie memesan air Soda Gembira seperti yang terdapat di Indonesia. Jikalau ditempat kita sodanya berwarna putih tetapi disini berwarna hijau. Hahaha x kisah lah asalkan dapat minum. Siap memesan bebereapa gelas lagi. Destinasi seterusnya kami singgah berjalan di Sorya Mall yang berdekatan dengan Wau Restoran ini. Nak berjalan kaki pun boleh. keluar dari restoren ambil sebelah kanan dan membelok ke kiri apabila sampai di penghujung simpang ambil ke kanan lagi korang boleh nampak Sorya Mall yang besar itu dari jauh.
Selepas jamuan makan malam hari pertama di Phnom penh ini kami meneruskan lawatan menaiki Tuk2 ke kawasan berdekatan sehingga ke Passac River. Aku menempah pemandu Tuk2 yang sama seperti kisah aku di Phnom Penh yang lalu. Brother nie pada mulanya terperanjat sebab tiba2 sahaja aku muncul di Wau Restoran. Dia terus sahaja menyapa dan sememangnya aku mahu mencari dia dari awal rancangan aku ke sini. Hehe shukur kerana dia ( Mat Ly )masih okay.
Kami hanya sempat singgah dan bersantai seketika di Koh Pich City hall ini dan mengambil kesempatan bergambar dan melihat suasana malam di Bandar Phnom Penh ini. Diorang nih memang terkenal dengan hasil ukiran yang unik. Bersebelahan dengan City Hall ini ada sebuah mini zoo yang menempatkan haiwan2 Eksotik seperti ular dan Iguana berserta Arnab sekali.Hati2 jangan terperanjat dengan Tikus2 yang berkeliaran disitu. Hahaha.Jikalau nak singgah di FunFair pun ada x jauh dari situ.
Hari kedua lawatan kami di Phnom Penh ( 27 March 2013 ) setelah selesai jamuan sarapan pagi di Wau Restoran kami dijemput oleh Mat Ly untuk bersiar2 di bandar Phnom Penh dari waktu yang ditetapkan iaitu 2 peringkat kerana faktor cuaca yang panas dan tempat lawatan yang hanya berdekatan sahaja. Pada kali ini aku tidak membawa mereka ke Penjara seksaan Tuol Sleng dan The Killing Fields dengan alasan tempat itu tidak sesuai untuk mereka.
Demontrasi jalanan untuk membebaskan seorang aktivis yang dipenjarakan kerana meriuhkan suasana di Phnom Penh dan dianggap merbahaya oleh kerajaan mereka.Sempoi jer kan.
Kami singgah di Royal Palace yang amat luas untuk kami berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dinasihatkan sediakan payung dan juga air minuman apabila korang ke tempat ini. Bayaran masuk adalah sebanyak 6.5 usd seorang tanpa had umur ditetapkan yang cuma jarak masa lawatan pelancong2 ke sini adalah sangat terhad iaitu berakhir masa lawatan hanya sehingga pukul 11:30 tengah hari sahaja. Pintu utama telah pun ditutup untuk pelancong2 memasuki kawasan ini dan selebihnya adalah ke kawasan x jauh dari sini iaitu National Muzium.
Tidak semua bangunan di Royal Palace ini boleh dimasuki dan ada diantaranya kita harus membuka kasut atau selipar barulah kita dibenarkan masuk ke bangunan yang ditetapkan. Kepada kami banyak bahan2 sejarah yang dipamirkan disini dan x perlulah kami singgah lagi di National Muzium. Kamera kecil banyak terdapat disudut2 bangunan yang memerhatikan gerak geri kita. Paham2 lah yer..
Silver Pagoda yang ada dikawasan Royal palace ini.
Pintu keluar dari kawasan Royal Palace ini terdapat gerai jualan cenderamata dan juga bilik air. Ruangan tayangan video kisah sejarah Cambodia pun ada dibalai khas tetamu. Sebaik sahaja korang keluar perghh ramai betul mamat Tuk2 sedia menanti diluar.
Ini dia Air Tebu perasa asli limau yang terdapat di Phnom Penh. Cuba rasa sendiri perghh memang terbaik. Baka tebu nie memang tiada terdapat di tempat kita. Harga satu bungkusan plastik adalah sebanyak 1000 Reil sahaja. Kami membeli banyak tuh siap dibawa ke bilik penginapan lagi. Pada mulanya aku ingat diorang letak perasa akan tetapi bila diperhatikan tiada pulak apa2 tambahan perasa mamat tuh letakkan ke dalam plastik ataupun magkuk tadahan air tebu tuh..emmm. Jikalau di Psar Thmei harganya menjadi 2000 Reil sebungkus. Kira okay aar kan.
Ini lah Psar Thmei yang kami singgah untuk membeli kain sutera dan barangan yang lain. Terletak berdekatan dengan Sorya Mall hanya perlu jalan kaki sahaja. Aku dapat menawar harga kain ela sutera sepanjang 4 meter dengan harga 10 usd sahaja. Memang amat murah jika dibandingkan dengan ditempat kita manakala tenunan sutera tersebut adalah yang berkualiti tinggi. Apalagi isteri aku terus membeli sebanyak 5 pasang. Hahaha belanja untuk baju Hari Raya katanya. Yelah tuh.
Setelah lama berjalan pusing keliling bangunan Psar Thmei ini kami kembali semula ke bilik penginapan kami di Hotel Mittapheap dengan dijemput oleh pamandu Tuk2 kami yang sedia menunggu sejak satu jam lamanya. Cuaca ketika ini amatlah panas sama juga dengan cuaca di Siem Reap pada lawatan kami yang lalu.
Pada sebelah petangnya lebih kurang pukul 04:00 patang kami dijemput sekali lagi oleh Mat Ly dan dibawa bersiar2 ke kawasa sekitar di bandar Phnom Penh ini. Sekali lagi kami singgah di Koh Pich City Mall. Aha dah tiada tempat lain lagi pemandu aku nih nak bawa kitaorang jenjalan. Aku pula kata x mengapalah sebab kami hanya ingin menghabiskan masa pada hari kedua lawatan kami di Phnom Penh ini sebelum meneruskan perjalanan menaiki bas ekpress ke Ho Chi Minh keesokkan harinya.
Tengok tuh telatah diorang x habis2 nak bergambar. Mereka ceria aku pun tumpang gembira gak. Opss ada pula terselit gambar unsencored. hehe..saja2 jer kan..
Apalah Mamat nih tiada gaya langsung. Hahaha.
Ini pula Nagaworld Hotel dan didalamnya terdapat banyak sangat hiburan termasuk lah tempat Kasino yang berbagai2 permainan. Boleh dikatakan 10 dalam 1 banyak perkara yang terdapat disini. Aha agak2 lah yer sediakan duit yang mencukupi. Aku bukan nak mengapi2 tetapi korang pergilah sendiri. Kira tahap 5 bintang lah hotel nih. Jikalau nak murah2 nginap aar jauh sikit sebab pengangkutan x menjadi masalah disini.
Kami menhabiskan masa bersiar2 sehingga malam dan sebelum kembali ke Hotel penginapan, kami sempat juga mencari kedai Roti Halal yang bernama Sayon Bakery untuk membeli beberapa jenis roti sebagai bekalan kami menaiki bas ekpress ke Ho Chi Minh esok yang dijadualkan sampai dalam masa 6 jam lamanya.
Hanya 2 malam kami peruntukkan masa untuk menginap disini dan ianya menjadi satu pengalaman berguna buat kami sekeluarga sepanjang berada di bandar Phnom Penh dan juga bandar Siem Reap. Perancangan masa menetap yang tidak lama dan inilah cabaran kami sama juga seperti pelancong2 yang lain. Yang penting sekali adalah keluargaku dapat juga merasa keadaan disini dan melihat kehidupan masyarakat Cambodia dari dekat.
Cabaran kami untuk hari berikutnya adalah jelajah ke Ho Chi Minh dengan menaiki Bas Ekpress ala2 VIP lah katakan..hehe..Tempahan tiket bas sudah pun dibuat awal sejak dari Siem Reap lagi. Kami tidak mahu tertinggal bas kerana perancangan masa menetap di Ho Chi Minh ialah sehingga 30 March 2013. Baiklah setakat ini sahaja yang aku boleh kongsikan bersama2 korang yang sudi membaca Kisah aku ini. Seterusnya kisah Aku di Ho Chi Minh akan aku catatkan tidak lama lagi. Tungguuu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan