Selasa, 25 Jun 2013

Kisah Aku di Universal Studio Singapore ( Trip Kedua )



                                                        Kisah ini merupakan Kisah terbaru aku melencong kembali ke Universal Studio Singapore buat kedua kalinya. Pergi membawa keluargaku di Musim Cuti Sekolah pertengahan tahun iaitu pada 29 May 2013 sehingga 31 May 2013. Anak2 aku sebenarnya tidak puas2 bermain permainan yang disediakan sewaktu trip pertama dahulu oleh sebab kelewatan sampai dan terlalu ramai orang serta tersilap permainan yang membosankan sehingga menunggu masa terlalu lama. Kami tidak tinggal bermalam di Singapore dan kami hanya menyewa bilik 2 malam di M-Suite Hotel, Johor Bahru. Seperti biasa melalui carian Agoda.com Aku menempah Bilik jenis Studio dengan harga 180 Myr untuk sehari. Banyak kemudahan yang disediakan dalam bilik yang bersaiz besar itu dah macam menyewa satu bilik apartment pulak. Kiranya aku rekmen M-Suite Hotel nih untuk destinasi Hotel pilihan korang di johor Bahru. Emmm!! kepada pengurusan M-Suite bagilah aku diskaun yang banyak yer. Hahaha..Senang nak cari makan dan berdepan dengan Selat Johor yang cantik. hwahwahwa..
                                                                           

                                                  Pagi Khamis, 30 May 2013 iaitu sebelum pukul 08:00 pagi kami sudah bergerak menuju ke Tambak Johor dengan memandu kereta sendiri masuk ke singapore. Segala persediaan seperti bekalan makanan dan minuman dengan tukaran duit ke Sing Dollar aku sudah bereskan sejak dari semalam lagi. Ini semua kerana ambil iktibar dari pengalaman yang lepas. Kad Touch n Go pun aku sudah Top Up dari awal lg untuk memudahkan urusan sewaktu masuk semula ke Johor Bahru via Imigresen Tambak Johor. Setakat kad Touch n Go korang x yah lah top up banyak sangat cukuplah sekadar 10 myr dan untuk tukaran matawang suka hati korang sebab rambang mata kang nanti. Tukar jer banyak mana pun pasti kontang kat sana. Hahaha. Seperti sudah dijangkakan Tambak Johor memang penuh sesak dengan kenderaan masuk ke singapore manakala ke arah Johor Bahru lengang jer..Sabar dah tahap raban dah nih. Jikalau korang naik Bas atau Teksi pun sama camtu gak..Nasib baik pandu kereta Automatik kalau x Asam kaki nih.
                                                  Hampir sejam gak kami terkandas di Tambak Johor perlahan2 memandu melepasi Imigresen Singapore. Menjadi tertib pegawai Imigresen mereka memeriksa setiap penumpang dan segala ruang penyimpanan kenderaan yang masuk ke negara mereka. Tahap disiplin mereka kira aku tabik aar. Betul2 periksa tuh kalau kat tempat kita paham2 sudah bukan nak mengata tapi selalu sangat nampak. Bonet belakang kereta diorang buka tapi kita yang kena tutup. Huhu.. Kepada yang belum punyai kad Autopass korang jangan panik diorang akan suruh berhenti di bahagian Autopass dan beberapa petugas sedia menanti korang serta juga petak pakir sekali. Mereka akan mencatat RoadTax kereta korang ke dalam borang selepas itu korang diminta masuk untuk menyerahkan borang tersebut dan bayar jer sebanyak 10 sgd. Nak Top Up kad Autopass ini boleh dilakukan di Kedai 7-eleven. Harus top up lebih kurang 30 sgd kerana cas meletak kenderaan di Uss lebih kurang 2 sgd sejam. Ada sebuah kedai 7-eleven di luar kawasan Uss. Tidak menjadi masalah kan dan x payah korang cari di merata tempat.


                                                      Lebih kurang pukul 09:45 pagi kami sampai di Resort World Sentosa, Singapore. Suasana pagi dah penuh dengan umat. Perghh!! nasib baik aku menempah Tiket masuk dari website dan membuat salinan tiket tersebut dar awal2 lagi. Aku dapat harga diskaun untuk pemegang Master Kad sahaja dengan tempoh yang diberikan oleh pihak Resort World sebanyak 264 sgd untuk lima orang. Kira murah gak lah dari harga asal mencecah lebih 300 sgd pada trip pertama aku pada tahun lepas. Korang x perlu ke kaunter untuk dapatkan tiket asal dan apa korang perlu buat tunjukkan salinan tiket kepada petugas tiket di pintu masuk utama. Mudah jer kan. Tengok tuh sampai2 dah bergambar dengan pelbagai jenis topi yang disediakan percumakhas untuk seisi bergambar saja. Didalam Uss nih selain dari makanan dan minuman atau pun gambar kenangan segalanya percuma. X payah nak pakai Gelang tangan pun. Jikalau korang nak keluar dan masuk semula pun boleh dengan syarat ada Cop di tangan korang. Gate dibuka pada pukul 10:00 pagi dan berakhir pukul 10:00 malam akan tetapi segala pertunjukkan atau permainan tamat pada pukul 07:00 petang. Jikalau nak main selepas itu jangan harap lah.. hehe. Kebanyakkan mereka duduk makan malam dan santai sahaja sehingga pukul 09:00 malam. Suasana waktu malam diluar atau pun didalam kawasan Uss memang meriah serta lampu2 yang berwarna warni.

                                              Ceh!! Comel Dya.. Anak sapa lah ni yerk. Haha..



                                                 Tujuan kami datang semula ke Uss nih ialah cuma nak merasa beberapa permainan yang kami terlepas pada lawatan pertama kami ke sini. Kami rancang beberapa pertunjukkan yang kami harus masuk dahulu dan menolak kemasukkan ke tempat2 yang membosankan dah lah beratur lama menunggu tiba2 permainan tersebut x sampai 15 minit dah abis..hahaha..Treasure Hunters yang aku maksudkan akan tetapi Revenge of the Mummy memang terbaik. Suka sangat bagai nak tercabut pinggang kitaorang. Nak masuk Revenge of the Mummy segala barang termasuk kamera DSLR dan beg tangan yang besar tidak dibenarkan dibawa masuk sama sekali. Korang perlu menyewa tempat penyimpanan barang yang disediakan ditepi bangunan dengan percuma selama sejam. Nasib baik kami sempat..ahaha..Untuk permainan Canopy Flyers kanak2 sesuai lah dan Jurassic Park Rapid Adventure memang besh gilerr. Kalau boleh korang sediakan Rain Coat sekali sebab akan basah punyer..lencun tuuu..




                                                  Pertunjukkan Sesame Street sememangnya menarik perhatian kanak2 malah orang dewasa sekali pun x melepaskan peluang menyaksikan pertunjukkan ini. Kalau boleh jangan terlalu lama berada disini cuba korang ke tempat lain pula kerana ada sebanyak 5 bahagian permainan yang disediakan oleh pihak Uss ini iaitu Science Fiction City, Ancient Egypt, Lost Worl, Far Far Away dan Madagascar yang setiap satu bahagian mempunyai beberapa lagi jenis permainan yang boleh korang main. Jikalau ambil one day pass rasanya macam x sempat tetapi korang boleh rancang betul2 ramai yang dah buat. .




                                                  Battlestar Galactica iaitu permainan Human vs Cyclon memang terbaikk Broo. Rugi kalau x main game nih bagai nak tercabut nyawa kita. Syiookkk kepada yang xda berann jangan naik boleh pengsan dibuatnya. Di bahagian Science fiction nih semua game x membosankan malah nak mencuba lagi ada lah. Haha. Permainan Transformer the ride dalam 3D version sungguh terbaikk. Korang kena main game nih walau beratur lama dan panjang dah lah tuh kena beratur berbelit2 baru sampai ke kenderaan yang konon2nya diselamatkan oleh Autobot..

                                                 Nak bergambar dengan Warriors ini percuma jer x payah risau diorang x cederakan korang. Hehe. Nak jadi Warriors ini kena lah pergi work out body tuh dulu barulah ngancem..Nampak ketang tubuh badan. Berapa lah mamat2 dibayar senang jer kerja diorang.

                                                 Tengok tuh si Debab nih berangan nak jadi The Warrior. Perut tuh jaga sikit Bro. Nampak x ngam lah. Haha..Nak dijadikan cerita sii mamat2 nih ikut apa yang aku suruh..Kalau nak tahu dulu2 perut aku  macam mamat2 nih gak..



                                                   Pertunjukkan air The lost world oleh pelakon2 lagak ngeri semuanya di lakon kan oleh Mamat2 salleh dan seorang Minah Salleh. Puas hati gak lah sebab orang berpusu2 ke tempat ini nak melihat aksi2 mengerikan dari mereka semua. Ada lah diorang buat kelakar sikit2 sampaikan penonton dibaris bawah di hadapan sekali terkena air yang sengaja di halakan kepada mereka. Juahkan dari duduk baris bawah. haha.


                                                      Nak menyaksikan pertunjukkan Shrek 4D Adventure di dalam bangunan diatas ini.Memang tersergam indah dan cantik dah macam istana pulak kan. Ini juga pertunjukkan yang populor di Uss ini. Jikalau nak disamakan iyanya hampir sama dengan pertunjukkan 3D di Legoland, Johor Bahru.






                                                      Ini yang Wa x tahan nak bergambar sanggup tunggu lama tuh hanya nak berposing dengan Marilyn Monroe jadian. Serupa tapi x sama bebb. Jadilah kan asal warna kulit serupa. Malu2 pulak dia nih eeee Geram nya..hahaha..




                                                  Ini lagi seorang siap senggol aku tuh. Nanti ko yer siap aku kerjakan kat belakang. Hahaha..Perut tuuu kempiskan sikit Broo..

                                          



                                                     





                                                    Masih banyak tempat lawatan menarik di Resort World Sentosa ini yang belum kami masuk seperti Marine Life park, S.E.A Aquarium, Adventure Cove Waterpark dan Maritime Experiential Museum. Mungkin dilain masa Aku akan merancang tinggal di Resort World Sentosa dalam 2 malam pun cukup. Puas sudah untuk trip kali kedua ini yang penting anak2 aku gembira dan x tahu apa nak komen. Aku mengambil short cut sahaja untuk catatan Kisah di Universal Studio Singapore pada kali ini dan bebrapa tips terbaru juga aku sudah catatkan semoga jadi sedikit panduan kepada korang yang belum pernah pe tempat ini. Ada beberapa hotel di Johor Bahru menyediakan pakej ke Uss menaiki Bas Ekpress yang disediakan. Apa yang aku tahu ailah seperti Hotel yang berikut iaitu M-Suite hotel, Tune Hotel dan The Zone Hotel. Korang boleh menempah sebulan sebelum tarikh korang datang ke Johor Bahru untuk memudahkan segala urusan mereka. Amacam kalau korang tinggal di JB hanya untuk ke Uss kira ok sebab hari ketiga korang boleh ke LegoLand pulak..Habiskan duit tuh jangan sayang2. Hahaha. Sekian coretan Kisah Aku pada kali ini. berjumpa lagi dilain Kisah pulak yer.






4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. hi
    nak tanya parking kt uss tu sehari bape rm ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. HI!
      Tak silap saya sehari parking kereta dalam S$ 28 - 28 dollar.

      jika berminat nak beli ticket uss, saya jual SGD 65 (Adult).
      kamu akan juga diberi:
      >FREE 1 day parking coupon at carpark USS
      >FREE SGD5 meal voucher
      >FREE SGD 5 shopping voucher!

      Call me: Jessica at 017-7055381 & jessica.travel8686@gmail.com
      Visit my website: Love Travel
      at https://www.facebook.com/lovetravel86

      Padam
  3. Salam semua :) jika berminat bole Dapatkan "SG City Tour 1-Day Package" from JB serendah RM99 dengan sis (terbaru!) / beli any Tiket Masuk Singapore (USS dll) All at %Discount Price! bole hubungi saya WHATSSAPP +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    BalasPadam