Kisah ini bersambung dari kisah perjalanan aku dari kepulauan Hong Kong selama 3 hari selama berada di sana. Perjalanan menaiki Cruise penumpang berkuasa tinggi ini aku menaiki dari terminal ferry china - Hong kong yang menyediakan berbagai jenis cruise untuk kemudahan pelancong yang masuk kedua2 wilayah china ini. Pada hari Khamis bersamaan 28 August 2013, aku daftar keluar awal dari bilik penginapan dari City Guest house di Chungking Mansions berjalan kaki sejauh 500 meter sahaja untuk sampai ke Terminal Ferry tersebut. Petunjuk arah yang mudah di ikuti dan memasuki bangunan besar yang menghubungkan pusat membeli belah dengan terminal ferry. Kalau nak di samakan lebih kurang macam bangunan free duty zone di Stulang Laut, Johor Bahru.
Sebelum memulakan perjalanan ke Hong Kong - China Ferry Terminal aku sempat menukar matawang dari usd ke pacata sebanyak 50 usd. Memang aku sediakan matawang usd dari awal lagi kerana khuatir jadi seperti di Ghuang Zhou mereka tidak terima matawang Ringgit. Baki duit hkd masih banyak lagi jadi tidak menjadi masalah bagi aku untuk 3 hari lagi di Macau.Al kisah sebenarnya tidak payah tukar duit Pacata pun tak menjadi masalah asalkan korang ada duit hkd mereka terima juga sebagai pembayaran di mana2 sahaja di seluruh Macau. emmm.
Dari Chungking Mansions aku mengambil arah kanan dan terus berjalan kaki sehingga nampak Masjid terbesar yang terdapat di wilayah Tsim Sha Tsui ini dan berjalan di lorong yang terdapat di sebelah kiri lalu terus sahaja ke Ferry Terminal. Masa berjalan kaki lebih kurang 10 minit sahaja sampai ke sana.
Mengikut petunjuk arah yang di berikan korang tak akan sesat yang satu jer aku tersasar sedikit kerana arahan selanjutnya ialah masuk ke dalam bangunan selepas itu menuruni lift ke aras 2 ke bawah dan selanjutnya sudah sampai. emm mula2 gabrah juga ialah kan aku nih seorang jer tanpa teman untuk berbincang. Jangan panik dah pun jumpa kaunter tiket ferry yang di panggil Cotai Water Jet dengan membayar kepada lelaki yang tercegat di atas ini sebanyak 160 hkd sehala. perghh ramai betul umat nak pergi berjudi dari Hong Kong nih..No kerusi tertera seperti dalam tiket korang. Di kaunter Taipa ini juga aku terus masuk ke bahagian imigresen untuk pengesahan passport dan seterusnya ke bahagian perlepasan di balai menunggu seperti gambar di bawah ini.
Pastikan masa berlepas dengan nama ferry korang hafal betul2 kerana setiap kali akan tertulis di papan elektronik jikalau korang paham bahasa kantonis kira okay aarr..ahaha.. Laluan penumpang untuk jetty khas penumpang di panggil Berth siap nombor sekali, pastikan korang jangan salah lorong pulak.
Sudah masuk lagi satu masalah timbul iaitu aku tercari2 mana lah no kerusi yang bertulis 26L tuh. Tanya petugas hampas lain yang di tanya lain yang di tunjuk. Parah gak masa nih tetapi rupanya kerusi aku di bahagian depan sekali iaitu Single sitter..Selesa gak bebb layan diri sorang2 dalam Ferry ini sehingga 1 jam 15 minit baru sampai di Taipa Macau Ferry Terminal.
Sebaik sahaja sampai di Taipa ( Macau ) Ferry Terminal harus berjalan kaki ke pos pemeriksaan imigresen sejauh hampir 500 meter juga lah dengan banyak kali membelok. Terasa macam di Lcct pulak nak kena berjalan begitu jauh untuk sampai. Apabila sampai azab nak menunggu dengan beratur panjang seperti gambar di bawah ini. Hampir sejam gak aku nak melepasi pos imigresen ini. Diorang tak guna Cop tapi hanya guna resit lawatan sahaja. Korang pastikan jangan hilang sudah resit itu sama gak kalau kita dari semenanjung mahu ke Sabah atau Sarawak resit kena simpan.
Sudah keluar dari pos imigresen ada lagi pengalaman muanise. Terpinga2 sekejap kepala otak aku nih sebab dah tak tahu punca nak ke Hotel penginapan yang aku tempah di carian agoda.com. Tunjuk dan tanya kepada orang yang lalu lalng di balas balik dengan bahasa kantonis. emmm payah bebb camnih. Apa yang aku lihat banyak bas2 persiaran mengambil berbagai2 penumpang dan ada pula tempat menunggu di hadapan pintu keluar ini. Nasib baik ada sorang yang paham cakap aku dan dia suruh aku naik Bas Lisboa apalagi aku pun hentam naik bas tuh..hahaha..Apa dah jadi sebaik sahaja naik bas aku di turunkan betul2 di pintu masuk bawah tanah tempat perjudian Casino The Lisboa..perghhh terperanjat bebb. Kedatangan tetamu di alu2kan dengan di berikan sekali chip judi berharga 25 pacata. hahaha. Ambil jelah di buat kenangan..
Kali pertama kan sampai macam ini lah rasanya pengalaman sorang2 jenjalan di Macau. Korang pastikan Hotel yang korang tempah berhampiran dengan Casino2 di seluruh Macau kerana senang percuma sahaja shuttle korang tak payah nak panggil teksi ataupun menunggu bas tambang dari Terminal Ferry ini. Nama2 besar Casino seperti Venetian Macau.City of Dreams, The Lisboa, Galaxy dan beberapa lagi nama gah pusat perjudian nih.
Ini dia Hotel penginapan termurah yang aku dapat dalam carian Agoda.com. Terletak berhampiran kawasan lawatan populor iaitu di Mount Fortress, Ruins of st. Paul's, Macau Museum dan Senado Square. Hanya 5 minit berjalan kaki ke tempat tersebut dan juga berhampiran dengan Mc Cafe. Di sini Restoren makanan halal aku tak dapat nak bagi info kerana jauh sangat nak cari. Pekena seafood jelah dari hari pertama sampai di sini.
Pintu masuk ke kawasan binaan Kubu lama iaitu Mount Fortress. Banyak meriam lama di pelbagai sudut menghadap bangunan2 di sekelilingnya. Ketinggian bukit ini hampir sama dengan ketinggian bukit A-Famosa jer. Kawasan lapang di atas luas juga dan di bina muzium sekali untuk lawatan. Tiada tiket di kenakan di sini. Nak cerita pasal sejarah silam Macau korang bacalah di wikipedia yer. Waktu malam juga korang boleh lepak di sini tetapi muzium di tutup sehingga jam 6 petang sahaja.
Museu De Macau agak besar juga menuruni aras bawah tanah. eskalator di sediakan juga di Muzium ini. Selepas itu korang akan menuruni anak tangga ke taman2 yang menghubungi bangunan lama Ruins of St. Paul's dan seterusnya berjalan menuruni anak tangga ke Senado Square melalui bangunan2 perniagaan pelbagai jenama. Di Senado Square inilah syurga membeli belah bagi kebanyakkan pelancong di Macau ini. Wifi percuma di sediakan dan korang boleh berinternet selama 40 minit selepas itu korang kena sign up balik ke laman yang di sediakan.
Senado Square
Gambaran waktu senja dan malam hari di Senado Square ini aku memang tertarik window shopping jer. Banyak kedai pakaian berjenama yang tak okay cuma harga jer. Orang kata murah. Tak lah murah sangat.
Ruins of St. Paul's
Dalam kaca ini emas belaka patung Naga ini di Casino Lisboa
Hari pertama lawatan aku habiskan waktu malam dengan berjalan di tempat2 perjudian dengan memerhatikan sekali hiasan emas asli di setiap pintu masuk dalam bangunan casino di sini. Keseluruhannya mereka macam berlawan2 mempamirkan kekayaan masing2. Perghh di Macau ini seperti apa yang aku dengar zero index jenayah. yeke..Berjalan waktu malam sorang2 pun tak takut kerana di sini aman diorang kata. Gilerr aar tempat perjudian ini. 24 jam bebb tanpa henti diorang silih ganti mencuba nasib.
Di hadapan Casino MgM Grand ini ada pancuran air berirama yang berwarna warni. Memang cantik sangat. Masa pertunjukkan lebih kurang 15 minit. Singgah lah ke tempat ini kalau korang berada di Macau. Binaan patung singa emas perghh memang terbaik menunjukkan kekayaan peniaga2 casino di macau ini. Ada juga akuarium besar memanjang ke atas di bina untuk menarik perhatian pengunjung ke tempat ini. Niat masuk bukan nak berjudi tapi cuma melihat keindahan saja sambil merakam gambar kenangan. korang boleh jumpa bermacam2 hiasan di setiap bangunan Casino.
MgM Grand Casino dan hotel
Antara aksi2 aku bergambar kenangan di sini. Jikalau nak pergi ke setiap Casino pada waktu malam memang tak cukup masa kerana ada banyak lagi casino di Taipa iaitu sebelah Macau City ini. Di sana lagi hebat menurut diorang. Aku pergi ke Taipa hanya untuk ke Hard Rock shop dan Airport sahaja. Tak cukup masa bebb.
Pada Tarikh 29 August 2013 bersamaan hari Jumaat aku plan pergi ke Macau Tower dari Hotel penginapan dengan menaiki teksi bermeter. Di Macau ,Teksi bermeter amat mudah di dapati dan korang tak perlu risau matawang HKD boleh di gunakan membayar tambang. Untuk sampai ke sini kepada yang menginap di Hotel Casino yang besar2 tuh tak payah lah susah2 nak bayar tambang kerana Free Shuttle bas di sediakan. Aku membeli tiket masuk ke Menara Macau ini dengan harga sebanyak 135 pacata. Boleh tahan gak lah harga tuh.
Dari aras 61 ini juga ada paparan gambar menara2 tertinggi di dunia masa kini. Macau Tower yang setinggi 338 meter lebih tinggi sedikit dari Tokyo Tower. sebelum itu aku uga pernah naik ke Canton Tower di Guang Zhou yang mana lebih menarik lagi. Pemandangan dari atas pada waktu siang di macau Tower ini untuk melihat hampir keseluruhan wilayah Macau yang berhubung dengan Zhuhai. Apa yang au dapat tahu Hotel2 di Zhuhai adalah lebih murah berbanding di macau ini. Masalahnya cuma perlu buat Visa.
Ada berani cuba macam diorang nih haa peralatan keselamatan siap sedia dengan baju oren percuma tapi dah termasuk dalam harga sekali tuh..Sky walk nih hanya pusing keliling di luar bangunan dari ketinggian 233 meter Macau Tower ini di aras 61. Instructor yang berpengalaman akan membawa korang beraksi di tempat ini dan jangan terperanjat bila di suruh meniru aksi dia mengangkat kaki selepas berlari seperti melayang ke udara tanpa berpijak. haaha rasakan. Dslr siap di sediakan untuk merakam gambar korang. Pakej seorang adalah 688 pacata..amacam kalau pergi nanti cuba ehh..Tak lama hanya setengah jam jer..
Dah puas di aras 61 aku turun semula ke aras 58 Macau tower ini untuk melihat apa yang menarik. Kebanyakkan pelancong menghabiskan masa di sini sekejap sahaja. Ialah mana lah tahu kot2 ada gegaran..sabo jelah..ehehe..Korang boleh buat pilihan yang mana dahulu nak singgah.
Ehhh serupa tapi tak sama lah Pelakon Lelaki nih.. Korang agak2 siapa dia..aha..Ternyata dia lebih encem larr dari aku tapi sebenarnya warna kulit dia dah berubah seperti itu semasa dia sibuk dalam scene cerita drama polis..
Ada banyak bahagian kaca yang tebal korang boleh pijak dan nampak terus ke bawah. Teringat pula aku macam movie2 yang berkaitan kaca pecah dan orang terjatuh..emmm. Macam dekat jer kan bila di lihat terus seperti dalam gambar.
Galeri Penyanyi Terkenal Hong Kong iaitu Anita Mui berada di aras 58 Macau Tower ini dan terdapat beberapa helai pakaian asal yang di pakai oleh penyanyi tersebut di konsert pada tahun 1990--2002 telah di pamirkan juga sekali.
Korang pasti kenal dengan Patung2 sebelah aku nih. Yang sebelah patung tuh tak kenal pun takpa lah..hehe.Saja jer suruh orang lain ambil gambar jangan tidak kata orang nanti menyesal. ecehh..Ni ha muka tak malu asik suruh orang lain tangkap gambar.
Dari aras 58 ini juga ada beberapa petunjuk screen yang memaparkan imej bangunan di hadapan dan nama bangunan itu sekali. Aku tak tanya pulak berapa coin nak di masukkan.
Hanya sekeping gambar 5R kenangan di Macau Tower ini aku bayar sebanyak 50 pacata. Sebenarnya 3 dalam 1 pakej iaitu key chain, Fridge Magnet dengan Gambar 5R berjumlah 125 pacata. Pilih satu cukup lah yer.
Ini kira kes dah lapar sangat iaitu sebaik sahaja turun ke aras bawah Macau Tower aku lepak jap di Restaurant dan tanpa ragu2 lagi bedal jelah..Set ini pun berharga 60 pacata.
Ada berani cubalah. Pakej harga nampak tuh dah save 699 pacata pun masih banyak lagi..haha banyak perkara lain lagi nak di gunakan.
Selepas melawat Macau Tower aku mengambil Teksi ke Hard Rock Hotel yang di mana di dalam Hotel ini terdapat juga Casino yang di panggil Hard Rock Casino selain daripada Cafe dan juga Hard Rock shop. Kepada yang gila nak berjudi tuh di depan Hard Rock Hotel ini terdapat Casino The Venetian dan City of Dreams. Dari Macau Tower cas teksi ke Hotel ini sebanyak 40 pacata menggunakan meter. Jikalau korang yang tinggal di Hotel berkasino perkhidmatan lawatan percuma termasuk ke lapangan terbang juga. Kepada aku nih emmm bayar jelah bil teksi..
Agenda malam terakhir lawatan aku di Macau City ini aku habiskan masa shopping dan kembali semula ke tempat di mana pancuran air berirama di MgM tuh. Bersiar2 di tepian sungai dengan melihat keindahan lampu2 yang berkelipan sana sini.
Sudah masuk hari ketiga lawatan baru aku perasan beca ini. Tak pula aku nampak pada siang hari . Kalau tahu boleh gak lah bersiar2 naik beca nih. haha..
Pada hari sabtu iaitu bertarikh 30 August 2013 aku daftar keluar Hotel dan memanggil teksi bermeter untuk ke Macau Airport. Pada mulanya aku ingin naik bas tambang sahaja tetapi khuatir terlambat sampai aku tak meneruskan niat itu. Nak pergi sekali lagi harus tunggu cuaca sejuk untuk trip kedua nanti. Nak meninjau semua Casino harus banyakkan masa menetap di sini. Nak cari Restoren makanan halal harus menginap di hotel berhampiran dengannya. Nak murah tambang naik lah bas ataupun casino shuttle bas. Nak shopping pakaian kira boleh aar cari di senado Square. Terbaikk..Banyak juga tempat lawatan yang aku tak sempat nak pergi. Main pusat bandar jer pun dah cukup. Ini sahaja info yang aku dapat kongsikan sepanjang masa aku di sini. Sekian kisah Aku di Macau..