Kisah aku di
Guangzhou ini agak lama juga aku peramkan sebab masa tuh aku tidak pandai main blog2 nih. Jadi ada beberapa maklumat yang aku tertinggal ataupun terlupa sama sekali. Journal yang aku catatkan entah hilang kemana2 aku pun tidak tahu. Secara logiknya aku cuma mengingati apa yang aku pikir iainya betul. Aku pergi melencong ke tempat ini atas saranan kawan baik aku yang meminta aku belikan dia ipad china serta iphone sekali. Ada ke patut nak beli barang tiruan. Pasni aku akan ceritakan kisah selanjutnya. Aha. Aku menempah flight Air Asia juga sebabnya masa tuh ada zero promosi kan apalagi rembat larr. Untuk sampai ke tempat ini aku main terjah jer tanpa ambil info dari mana2 website pun kiranya main bedal jerk. Perjalanan aku bermula dari hari rabu bertarikh
6 July 2011 sehingga
12 July 2011 yang berakhir di
Kota Shenzhen, China. lagi sikit jer dah nak sampai ke Pulau
Hong Kong tapi niat tuh dibatalkan atas alasan tidak cukup masa.
Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhao pada pukul 0930 pagi rabu 6 july 2011, aku mengambil kereta sewa tanpa bertanya lebih lanjut kerana orang2 disitu tidak boleh berbahasa english. Apabila bayar sebanyak 100 rmb iaitu lebih kurang 50 ringgit malaysia di kaunter teksi ,aku diarahkan mengikut pemandu yang sedia ada dan amatlah terperanjat bila melihat kereta limousine ala mewah tuh. Huhu alamak den tersalah sewa aar nie. ketawa dalam hati jelah. Sebenarnya perkhidmatan bas dengan kereta api bawah tanah disediakan di airport terus menuju ke bandar Guangzhao. Pada masa tuh aku ingat nak sampai cepat sikit rupanya amekkkau lebih duit poket kena keluar.
Perjalanan ke pusat bandar Guangzhao melalui jalan lebuhraya menuju ke Hotel Lido, penginapan yang aku tanya di kaunter teksi iaitu di kawasan berhampiran Sungai Pearl yang amat populor kepada tarikan pelancong terutama di waktu malam. Jarak dari lapangan terbang baiyun mengambil masa selama sejam untuk sampai ke Hotel Lido nih. Jalan raya yang hairannya tiada satu pun motorsikal ala2 mat rempit sepeti di malaysia dan yang aku nampak hanyalah motorsikal polis sahaja. Rupanya motorsikal awam tidak boleh dijual atau dipakai di bandar ini. baguslah tu kan tiada lah banyak asap motor.
Pukul 1100 pagi aku sampai di Hotel Lido dan membayar 350 rmb untuk satu malam penginapan disitu dan ada lagi hal yang timbul petugas hotel mahu aku letak sebanyak rmb 700 rmb sebagai deposit. perghh terkejut aku kalau minta 500 rmb kira ok gak. Nasib baik dah plan bawa duit lebih. Korang lebih baik booking di agoda.com larr kalau x nak kena deposit mahal macam aku nih.mampuih. Kata jer dekat dengan Sungai Pearl rupanya harus berjalan kaki kearah selatan hotel dalam jarak 700 meter lagi. Amboi berpeluh ketiak aku berjalan kaki. Sebelum tuh aku lepak tidur dulu dalam 2 jam kerana keletihan menunggu kapalterbang berlepas pada pukul 0600 pagi dari lcct.
Pada sebelah petang hari pertama lawatan aku disini, aku mengambil peluang untuk berjalan kaki melihat suasana petang dihari berkerja orang2 Cina di bandar ini. Walaupun penat berjalan dari satu lorong ke satu lorong sebelum sampai di Sungai pearl, aku gembira jer sebab segalanya macam teratur tanpa sesat pun. Mulut kena ramah bebb. Pesanan aku kalau jalan disini pastikan korang membawa Maps sekali sebagai pandu arah. Nama Hotel yang tulisan berbahasa english pemandu teksi x paham dan yang diorang paham jika korang tunjukkan kad hotel yang berbahasa cina sekali. Contoh jika korang tahan teksi dan sebut Hotel Lido sampai esok pagi pun x dapat2 teksi lagi. hahaha. Jangan salah paham yang itu pengalaman aku disini mungkin cara dah berubah kot sekarang.
Dah penat berjalan pekena pulak air Teh berjelly di kedai tepi jalan menuju ke sungai pearl. Aku taram jelah sebab dah haus bayar jer 2 rmb dapat hilangkan dahaga. Jikalau di tempat kita baru tumbuh kedai air blog kan tapi masa aku pergi nih bermacam2 kedai ada jual air sebegini dan banyak perisa. Paling populor adalah dari Taiwan, Jepun dan korea. Slurp slurp emmm sedappp..
Ini pun dia yang aku cari dah jumpa. Memang betul lah diorang kata tempat ini cantik dan dipenuhi bangunan2 dan kedai serbaneka serta night life yang teristimewa. hihi naik gelak kan cakap macam nie. Cuaca masa aku sampai di Guangzhao adalah panas sederhana tapi kira panas gak kan orang kata jalan 100 meter dah berpeluh. Berbagai pilihan Cruise korang boleh naik yang cuma apa kehendak korang jikalau nak naik cruise sepanjang sungai pun ok dan cruise makan tengah hari dan makan malam. Ongkosnya Pak mahu lebih.
Ini yang aku x paham. Semua basikal yang ditahan kena angkut naik lori oleh penguasa oleh kerana penunggang basikal tersebut tidak ikut jalan yang betul ataupun x bayar lesen basikal. Fuyoh motorsikal tiada tetapi kerajaan ambil cukai lesen basikal rupanya. Bagus2. hahaha.
Kata orang dah sampai x kan tengok jerr. Apalagi aku pun merasalah pengalaman naik cruise yang bersaiz sederhana untuk ke station seberang sungai. Disini banyak station cruise bagaikan water taxi pulak. Korang bayar di mesin tiket sebanyak 2 rmb jer untuk 2 hala. Safety tiada langsung sebab diorang tidak bagi jaket keselamatan. Kiranya mati lemas tiada insuran lar nie..Jangan bimbang cruise tersebut steady ahaha.
Ke seberang sungai melalui station cruise yang lain apabila patah balik lain station pulak aku singgah. Mungkin sudah macam itu route cruise tuh. Jikalau korang pergi ke bandar Melaka lebih kurang sama lah yang cuma sungai pearl ini teramat panjang dan luas. Jalan2 lupa pulak hari dah mulai senja. Perut belum lagi diisi dengan makanan. Korang nak tahu aku jalan2 sambil perhatikan mana lah restaurant makanan halal orang cina disini tetapi hampas. Nasib baik dibilik hotel aku sudah pekena maggi kari 2 bungkus. Lapar sesangat lah tuh.
Jalan punya jalan dalam pukul 0700 petang aku pun jumpa satu banner yang bertulis makanan halal ditingkat satu bangunan. Puas sudah aku mencari akhirnya dapat juga merasa makanan halal orang muslim disini. Nama reataurant tersebut ialah Casablanca dan terletak berhampiran dengan Hotel Haifan di Yanjiangxi Road. Guangzhao. Korang cari jalan ini atau nama hotel haifan dan iainya akan membawa korang ke Restaurant Casablanca. Menu makanan parsi banyak dijual disini. Waktu operasi dari 0800 pagi sehingga 1000 malam. Harga serendah 30 rmb untuk satu set hidangan. Bila dah jumpa apalagi makan tengah hari sampai ke malam restaurant inilah aku bedal selama 2 hari sebelum aku terjumpa restaurant makanan halal yang lain iaitu jauh gak berjalan kaki dari sungai pearl.
Lepak di Restaurant Casablanca selama satu setengah jam aku pun berlalu pergi untuk kembali semula ke hotel penginapan aku di Lido Hotel iaitu harus naik teksi untuk lebih mudah dan cepat sampai. Kebanyakkan jalanraya disini adalah sehala sahaja oleh itu teksi bermeter memang lebih menguntungkan syarikat teksi kerana nak sampai ke destinasi sejauh 500 meter pun kena buat pusingan sejauh 1 km. hahaha. gerek aartu macam tak biasa pulak. Memang pesat membangun lah bandar ini . Terkezut aku dibuatnya. Oleh kerana masa masih banyak lagi aku pun berjalan perlahan2 mengikuti laluan pejalan kaki yang disediakan di tepi sungai dan kena berhati2 kerana penunggang basikal dan juga pembawa anjing2 comel yang berantai banyak terdapat dikawasan ini. Tempat beriadah lah katakan. Anjing2 bodoh dan liar memang tak jumpa seekor pun disini. Ada seorang penyanyi jalanan yang membawa sekali speaker bersama dia perghh punya lah besh. Aku tumpang dengar jelah. habis jer menyanyikan beberapa buah lagu sii dia pun minta wang ikhsan dari kitaorang. Peminta sedekah dan penjual barangan cenderahati tak pulak aku nampak. Mungkin kawasan ini terjaga dan harus punyai kedai untuk berniaga. Pegawai polis ramai disana sini. Korang tak perlu bimbang.
Contoh2 cruise malam yang berlampu warna warni menerangi sungai pearl. Romantik kan dan kepada pasangan2 cubalah naik cruise ini. Aku gigit jari jelah. Hwahwa. Maaf aku terlupa nak tanya berapa harga untuk menaiki cruise sebegini. Cuaca malam berangin sejuk gak masa nih. Rugi tiada pasangan. huhu. Jangan kan cruise berwarna warni sedangkan jambatan pun dihiasi dengan lampu sebegitu rupa. Indah menggamit perasaan gitu. Waktu malam disini bila berjalan sedar tak sedar dah jauh rupanya menggorak langkah. Terpesona melihat keindahan malam dan gelagat orang tempatan.
Hari kedua iaitu hari khamis, 7 July 2011, aku daftar keluar Hotel Lido untuk mendaftar masuk pula ke Hotel Haifan supaya lebih senang untuk aku mencari makanan halal jika sudah lapar. Sarapan pagi aku bedal magi kari jerr. hihi. Untuk meneroka bandar guangzhao ini amatlah susah kalau bertanya seperti aku katakan sebelum ini mereka kurang paham bahasa english. Aku pun mengambil seorang pemandu pelancong yang sebenarnya pekerja sosial. Tiada cara lain hanya cara sebegini yang aku pikir. Tulah siapa suruh pergi redah jer. Dia ini pun bukan tahu berbahasa english akan tetapi sikap dia yang bersungguh2 menarik hati aku untuk menbayar khidmat dia selama baki lagi 3 hari di bandar Guangzhao. Dia meminjam Tab yang ada dwi bahasa dan kami berdua hanya berkomunikasi melalui gerak tangan dan melalui apa yang ada dalam terjemahan tab tersebut. puas lah aku asik nak menulis jer. Kalau nak tahu amoi yang pegang payung seperti gambar diatas. Tak lah cun pun buat apa janji hati mahu bersih. hoho. Selepas daftar masuk Hotel Haifan dia membawa aku berjalan untuk menahan bas yang akan membawa kami ke subway menuju ke Guangdong Folk Arts Museum. Korang tengok papan tanda tulisan cina tuh manalah aku paham. nasib baik dia ada. Tambang bas ialah 3 rmb untuk semua destinasi sepanjang route bas tersebut. Satu lagi pesanan sediakan tab dwi bahasa english ke mandarin untuk memudahkan korang berjalan ke destinasi pilihan korang sepanjang masa disini.
Naik subway train disini boleh gilerr aku dibuatnya maklumlah bawa jer maps tapi masalah nak tanya satu hal sebab ada yang tak sporting langsung. Orang2 disini dah macam di jepun dah asik nak cepat jer berjalan. Muka pun jadi selekeh sebab cuaca memang panas dapt lah rasa sejuk di subway itupun dibawah belum lagi naik ke atas. haha padan muka aku. enjoy tetap enjoy walaupun dah basah.
Di hadapan pintu masuk Guandong Folk Arts Museum. Tiket dikenakan dengan harga 10 rmb. Tak tahulah harga sekarang ini. Kawasan hadapan museum amatlah luas dan disini kepada yang suka dengan hasil seni tangan boleh lah lepak kat sini. China memang terkenal dengan hasil seni tangan nih jikalau korang dah sampai Guangzhao jangan lupa datang ke tempat ini yer. Pasti berbaloi. Banyak lagi tempat sejarah dan museum yang ada tetapi ini sahaja pilihan aku kerana ingin pergi melawat ke Canton tower pulak. Bukan nya apa aku dah tak larat kena hambat dengan amoi nih terlalu cepat berjalan. Kasut yang aku pakai tuh memang menyakitkan jadi perjalanan menjadi perlahan dan steady. hehe.
Disini banyak terdapat pokok Bonsai yang cantik2 di pasu2 yang besar. Walaupun bandar guangzhao ini kurang terdapat pokok2 tetapi apabila diorang hias amatlah cantik dan menghijau pulak tuh. Apa baja aar diorang pakai.
Di setiap barang pameran ada tertulis bahasa english untuk pelancong memahami kisah barang yang dipamerkan tersebut. Aku bukan lah pencinta sejarah ataupun seni bina jadi tak dapat nak tulis kerana tak ingat pun. hehe.
Apa sahaja benda diorang buat ukiran dari kayu sampai lah ke tembaga. Sejam juga lah aku lepak kat sini sambil melihat ukiran seni diorang nih. Jikalau korang nak beli barangan cenderahati ada terdapat kedai cenderahati disini dengan harga yang berpatutan. Sediakan duit duit.
Dah mula dah Mamat nih berposing sakan.
Mamat nih dah terkujat ke apa sampai melompat macam orang tak betul. Camera man dah suruh buat camtu emmm ikutkan jelah. Sekali pandang macam nak tergelak gak ada. Kira sesekali buat posing sebegini di Guangzhao pulak tuh kann. Pesanan bawalah bekalan air minuman sekali kerana air miuman tiada dijual disini. Kena cari di luar. Satu lagi jikalau boleh plan lah berkunjung pada bulan february hingga April. Cuaca sedang elok jer. Tak lah panas dan meletihkan.
Ini pun dia saat ku idamkan sudah menjelma. Canton Tower menara setinggi 433.2 meter. Arah ke tempat ini dibawa oleh pemandu pelancong aku melalui berbagai perhentian subway. huhu. Terletak agak ke barat dari hotel penginapan yang aku tinggal. Nak sampai ke tempat ini seeloknya dari pukul 0200 petang hinggalah pukul 1030 malam. Harga tiket bergantung kepada 4 jenis ketinggian yang korang mahukan. macam aku setakat ketinggian 162.8 meter sahaja lah. Harga pun mencecah 50 rmb. Korang nak naik yang lebih tinggi memang boleh bayar lah sebanyak 150 rmb. Cuba lah melawat pada waktu senja ke malam memang cantik. Menara Kuala lumpur camtu lah persamaannya cuma yang ini ada lah lebih sikit iaitu Spider Walk dari ketinggian 168 meter hingga 334 meter. Ader Berann..
Pemandangan dari atas ketinggian 162.8 meter. Gayat dibuatnya kawan.haha. Disetiap ketinggian ada disediakan Mesin minuman dan makanan ringan. Restaurant setahu aku tiada tapi kalau aku silap tolong betulkan kerana aku tak sampai lagi di dua ketinggian Canton Tower ini.
Posing jer tapi tak beli satu pun.
Canton Tower dilihat dari aras bawah.
Aku menaiki Metro subway train pendek untuk sampai ke dataran yang dipanggil Haixinsha Park yang dulunya dibuat acara sukan asia 2010 berharga 2 rmb. Rata2 bayaran untuk tiket subway amatlah murah. Nak ke tempat ini kena bayar tiket masuk berharga 30 rmb. Perhatikan gambar2 di bawah ini. Memang cantik kalau korang berada disini. Letih berjalan belakang kira janji kepuasan hati musti mahu..
Mamt nih asik teruja jer dari tadi. Ialah kan tak pernah sampai. Kalau aku tahu pergi lebih awal lagi bagus. Aku sampai ke tempat ini pun dah petang jadi nya aku terkejar subway train untuk menghantar pemandu pelancong aku pulang ke rumah pukul 0900 malam. huhu. Apa nak buat dah itu perjanjian kami.
Di belakang Bahtera terapung itu adalah deretan bangunan apartment yang mewah 2 dan cantik binaanya. Di kota guangzhao ini memang terkenal dengan apartment2 yang tinggi di merata tempat oleh kerana kepadatan jumlah penduduk dibandar ini.
Posing Encik Abang jangan tak Posing.
Jikalau tak silap Sukan Asia di Beijing baru jer abis pada tahun 2010 dan ini dia mascot2 yang ada ditinggalkan di dataran ini. Masih menawan bebb. Di bawah pula ialah kolam renang bersaiz Olimpik. Bessar tuh.
Terlepas untuk menyaksikkan pertunjukkan silap mata yang dimainkan oleh Franz Harary dapat bergambar di poster beliau jadilah. Tak sampai sebulan pertunjukkan ini tamat.
Bangunan2 yang cantik seni binaannya. Lihat tuh padang rumput yang menghijau membuatkan aku sejuk jer mata memandang ketika itu.
Patung Kambing Gurun. Aku terlupa kisah yang disebutkan oleh pemandu pelancong aku. Maklum lah cakap dengan dia bagai ayam dengan itik. Suka hati dia lah nak pakai Tab dwi bahasa tuh. Nak cari jurubahasa laintak kat mana piualak nak cari. Ini jer yang ada. Hahaha. Ngutuk ehh sampai banyak tempat gak brother.
Replika rumah Pagoda juga terdapat disini. Merah lagu You.
Disini puas dapat lihat berbagai rekaan bangunan yang cantik2. Sudah 3 tahun aku meninggalkan tempat ini entah apa lagi yang terbaru.
Dari satu perhentian ke satu perhentian subway yang lain aku ikut jer amoi nih. Naik pusink kepala kalau tiada minah nih. Nak belikan minuman dan makanan dia pun tak mahu. Dalam beg dia dah ada bekalan roti sandwich dengan air kosong. Perghh.
Pusing2 ke subway jumpa pula pusat membeli belah bawah tanah yang canggih ini. Memang tabik dengan kemudahan bandar guangzhao ini. Pasaraya basah dan kering juga terletak di bawah tanah. Wa nak pergi lagi kalau adam masa mengizinkan.
Waktu malam sudah menjelma kembali. Aku berjalan di pusat perniagaan yang populor di pusat bandar ini iaitu Shangxiaju Night Market yang dipenuhi dengan deretan rumah kedai yang menjual berbagai2 jenis jualan. Kedai pakaian yang paling populor termasuuk lah restaurant dan seafood.
Di kedai Teh asli china. Cuba merasa Teh herba yang disediakan percuma. Sambil minum sambil lepak sekejap dah lah tuh siap beramah mesra dengan pekerja disitu. Tak beli walau sekotak. Hancuss mamat nih.
Meriah suasana malam di Shangxiaju Night Market ini. Waktu siang pun kedai dibuka sehingga malam. Penuh sesak dengan segala umat manusia. Hati2 jika berjalan disini kerana pencopet berluasa. Itu kata jurupandu aku lah.
Dalam perjalanan balik ke Hotel Haifan aku terjumpa satu lagi kedai makanan halal iaitu nama nya Haja Muslim Restaurant. Terletak di jalan belakang Hotel Haifan sejauh 500 meter dan terjumpa Hotel Long Jiang. Restaurant tersebut berada berhampiran Hotel ini. Lihat lah menu dibawah mahu anda mencubanya. Berbagai menu lagi ada disediakan. Harga ala carte sekitar 35 rmb satu set hidangan.
Ini sahaja yang menu makanan malam aku di hari kedua ini. Esok2 mesti singgah lagi kerana antara Casablanca dengan Haja, aku memilih Haja lagi. Tak kisah jauh berjalan pun. hehe.
Berakhir lah kisah pertama aku dihari kedua ini. Selepas ini banyak lagi kisah menarik yang akan aku catatkan di kisah kedua aku di Guangzhao. Maklumlah sudah 3 tahun aku tidak abadikan kenangan dimana2 catatatan aku dan pada kali ini aku cuba menghuraikan segala yang aku ingati dan harap korang puas hati dengan catatan bergambar yang telah aku buat di blog ini. Terima Kasih dan kita jumpa di kisah kedua Aku. Beberapa Kisah yang aku nak kongsikan disini untuk panduan korang.
1) Ada ke patut diorang asik sapa aku dengan bahasa mandarin. Mana wa tau. hihi.
2) Kena banyak bertanya kepada orang asing yang melancong ke tempat ini jika mahu tahu banyak perkara atau pergi ke pusat pelancongan dan di kaunter Hotel.
3) Harga makanan dan minuman agak mahal gak dari Malaysia walaupun jenama yang serupa.
4) Banyak Hotel terdapat di hadapan Sungai Pearl. Pilih lah mana satu korang suka.
5) Kanak2 kecil pun sudah diajar menjual kad perempuan sosial serta memberi gambar lucah berserta alamat dan nombor telephone agency sekali. Buang jer jangan di layan. Pandai pulak tuh bagi kat aku main sembunyi2.
6) Tak nampak pun anjing liar berkeliaran sana sini.
7) Kebanyakkan kawasan bandar bersih dijaga rapi.
8) Kemudahan pengangkutan amat lah baik.
9) Pegawai Polis dan Penguasa amat lah ramai dan nampak mereka dimana2 sahaja. Korang rasa lebih selamat berjalan kaki seorang diri. Disini hukuman yang menanti kepada perompak atau pencopet amatlah berat.
10) Pasar malam yang moden dan meriah dengan hiasan lampu.
11) Setiap lantai hotel ada petugas sekali. Pengalaman di hotel Xinhua.
12) Hanya perlu bayar 2 rmb untuk menaiki Bas dan Metro subway kemana2 arah disekitar bandar Guangzhao.