Sabtu, 25 Mei 2013

Kisah Aku di Phnom Penh ( Trip Kedua )



                                                      Ini adalah kesinambungan dari kisah aku di Siem Reap pada catatan aku sebelum ini iaitu pada hari Selasa ( 26 March 2013 ). Kami sampai di Kota Phnom Penh pada lewat petang dan kami dengan keadaan yang letih bercampur lapar merehatkan diri dahulu mendaftar masuk ke bilik penginapan kami iaitu di Mittapheap Hotel. kadar sewa bilik untuk 2 malam hanya sekadar 50 usd sahaja dan dihantar oleh pemandu Tuk2 dari perhentian bas ekpress. Seperti biasa harga Tuk2 di Kota Phnom penh ini berubah2 mengikut kesukaan pemandu Tuk2 tersebut. Sebagai panduan kadar sewa adalah serendah 2 usd untuk sehala tempat tujuan. Jika mereka meminta setinggi 5 usd jangan terima dengan alasan mahu mencari Tuk2 yang lain.
                                                                       


                                               Lepakking sekejap untuk membersihkan diri dan melelapkan mata seketika sebelum kami keluar mencari makanan disebuah Restoran Halal seperti dibawah ini. Tuan punya Restoran adalah pemilik yang sama terdapat di Siem reap. Ianya terletak betul2 dibelakang Hotel Mitthapheap ini.


                                                 Sii harits nie memesan air Soda Gembira seperti yang terdapat di Indonesia. Jikalau ditempat kita sodanya berwarna putih tetapi disini berwarna hijau. Hahaha x kisah lah asalkan dapat minum. Siap memesan bebereapa gelas lagi. Destinasi seterusnya kami singgah berjalan di Sorya Mall yang berdekatan dengan Wau Restoran ini. Nak berjalan kaki pun boleh. keluar dari restoren ambil sebelah kanan dan membelok ke kiri apabila sampai di penghujung simpang ambil ke kanan lagi korang boleh nampak Sorya Mall yang besar itu dari jauh.



                                                  Selepas jamuan makan malam hari pertama di Phnom penh ini kami meneruskan lawatan menaiki Tuk2 ke kawasan berdekatan sehingga ke Passac River. Aku menempah pemandu Tuk2 yang sama seperti kisah aku di Phnom Penh yang lalu. Brother nie pada mulanya terperanjat sebab tiba2 sahaja aku muncul di Wau Restoran. Dia terus sahaja menyapa dan sememangnya aku mahu mencari dia dari awal rancangan aku ke sini. Hehe shukur kerana dia ( Mat Ly )masih okay.


                                                Kami hanya sempat singgah dan bersantai seketika di Koh Pich City hall ini dan mengambil kesempatan bergambar dan melihat suasana malam di Bandar Phnom Penh ini. Diorang nih memang terkenal dengan hasil ukiran yang unik. Bersebelahan dengan City Hall ini ada sebuah mini zoo yang menempatkan haiwan2 Eksotik seperti ular dan Iguana berserta Arnab sekali.Hati2 jangan terperanjat dengan Tikus2 yang berkeliaran disitu. Hahaha.Jikalau nak singgah di FunFair pun ada x jauh dari situ. 



                                                Hari kedua lawatan kami di Phnom Penh ( 27 March 2013 ) setelah selesai jamuan sarapan pagi di Wau Restoran kami dijemput oleh Mat Ly untuk bersiar2 di bandar Phnom Penh dari waktu yang ditetapkan iaitu 2 peringkat kerana faktor cuaca yang panas dan tempat lawatan yang hanya berdekatan sahaja. Pada kali ini aku tidak membawa mereka ke Penjara seksaan Tuol Sleng dan The Killing Fields dengan alasan tempat itu tidak sesuai untuk mereka.

                                                 Demontrasi jalanan untuk membebaskan seorang aktivis yang dipenjarakan kerana meriuhkan suasana di Phnom Penh dan dianggap merbahaya oleh kerajaan mereka.Sempoi jer kan.





                                                     Kami singgah di Royal Palace yang amat luas untuk kami berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dinasihatkan sediakan payung dan juga air minuman apabila korang ke tempat ini. Bayaran masuk adalah sebanyak 6.5 usd seorang tanpa had umur ditetapkan yang cuma jarak masa lawatan pelancong2 ke sini adalah sangat terhad iaitu berakhir masa lawatan hanya sehingga pukul 11:30 tengah hari sahaja. Pintu utama telah pun ditutup untuk pelancong2 memasuki kawasan ini dan selebihnya adalah ke kawasan x jauh dari sini iaitu National Muzium.

                                                   Tidak semua bangunan di Royal Palace ini boleh dimasuki dan ada diantaranya kita harus membuka kasut atau selipar barulah kita dibenarkan masuk ke bangunan yang ditetapkan. Kepada kami banyak bahan2 sejarah yang dipamirkan disini dan x perlulah kami singgah lagi di National Muzium. Kamera kecil banyak terdapat disudut2 bangunan yang memerhatikan gerak geri kita. Paham2 lah yer..


                                                   Silver Pagoda yang ada dikawasan Royal palace ini. 

                                                Pintu keluar dari kawasan Royal Palace ini terdapat gerai jualan cenderamata dan juga bilik air. Ruangan tayangan video kisah sejarah Cambodia pun ada dibalai khas tetamu. Sebaik sahaja korang keluar perghh ramai betul mamat Tuk2 sedia menanti diluar. 


                                                Ini dia Air Tebu perasa asli limau yang terdapat di Phnom Penh. Cuba rasa sendiri perghh memang terbaik. Baka tebu nie memang tiada terdapat di tempat kita. Harga satu bungkusan plastik adalah sebanyak 1000 Reil sahaja. Kami membeli banyak tuh siap dibawa ke bilik penginapan lagi. Pada mulanya aku ingat diorang letak perasa akan tetapi bila diperhatikan tiada pulak apa2 tambahan perasa mamat tuh letakkan ke dalam plastik ataupun magkuk tadahan air tebu tuh..emmm. Jikalau di Psar Thmei harganya menjadi 2000 Reil sebungkus. Kira okay aar kan.

                                                Ini lah Psar Thmei yang kami singgah untuk membeli kain sutera dan barangan yang lain. Terletak berdekatan dengan Sorya Mall hanya perlu jalan kaki sahaja. Aku dapat menawar harga kain ela sutera sepanjang 4 meter dengan harga 10 usd sahaja. Memang amat murah jika dibandingkan dengan ditempat kita manakala tenunan sutera tersebut adalah yang berkualiti tinggi. Apalagi isteri aku terus membeli sebanyak 5 pasang. Hahaha belanja untuk baju Hari Raya katanya. Yelah tuh.

                                                Setelah lama berjalan pusing keliling bangunan Psar Thmei ini kami kembali semula ke bilik penginapan kami di Hotel Mittapheap dengan dijemput oleh pamandu Tuk2 kami yang sedia menunggu sejak satu jam lamanya. Cuaca ketika ini amatlah panas sama juga dengan cuaca di Siem Reap pada lawatan kami yang lalu.


                                                    Pada sebelah petangnya lebih kurang pukul 04:00 patang kami dijemput sekali lagi oleh Mat Ly dan dibawa bersiar2 ke kawasa sekitar di bandar Phnom Penh ini. Sekali lagi kami singgah di Koh Pich City Mall. Aha dah tiada tempat lain lagi pemandu aku nih nak bawa kitaorang jenjalan. Aku pula kata x mengapalah sebab kami hanya ingin menghabiskan masa pada hari kedua lawatan kami di Phnom Penh ini sebelum meneruskan perjalanan menaiki bas ekpress ke Ho Chi Minh keesokkan harinya.
                                                    


                                                    Tengok tuh telatah diorang x habis2 nak bergambar. Mereka ceria aku pun tumpang gembira gak. Opss ada pula terselit gambar unsencored. hehe..saja2 jer kan..

                                             Apalah Mamat nih tiada gaya langsung. Hahaha.



                                                 Ini pula Nagaworld Hotel dan didalamnya terdapat banyak sangat hiburan termasuk lah tempat Kasino yang berbagai2 permainan. Boleh dikatakan 10 dalam 1 banyak perkara yang terdapat disini. Aha agak2 lah yer sediakan duit yang mencukupi. Aku bukan nak mengapi2 tetapi korang pergilah sendiri. Kira tahap 5 bintang lah hotel nih. Jikalau nak murah2 nginap aar jauh sikit sebab pengangkutan x menjadi masalah disini.
                                                 Kami menhabiskan masa bersiar2 sehingga malam dan sebelum kembali ke Hotel penginapan, kami sempat juga mencari kedai Roti Halal yang bernama Sayon Bakery untuk membeli beberapa jenis roti sebagai bekalan kami menaiki bas ekpress ke Ho Chi Minh esok yang dijadualkan sampai dalam masa 6 jam lamanya.
                                                Hanya 2 malam kami peruntukkan masa untuk menginap disini dan ianya menjadi satu pengalaman berguna buat kami sekeluarga sepanjang berada di bandar Phnom Penh dan juga bandar Siem Reap. Perancangan masa menetap yang tidak lama dan inilah cabaran kami sama juga seperti pelancong2 yang lain. Yang penting sekali adalah keluargaku dapat juga merasa keadaan disini dan melihat kehidupan masyarakat Cambodia dari dekat. 
                                               Cabaran kami untuk hari berikutnya adalah jelajah ke Ho Chi Minh dengan menaiki Bas Ekpress ala2 VIP lah katakan..hehe..Tempahan tiket bas sudah pun dibuat awal sejak dari Siem Reap lagi. Kami tidak mahu tertinggal bas kerana perancangan masa menetap di Ho Chi Minh ialah sehingga 30 March 2013. Baiklah setakat ini sahaja yang aku boleh kongsikan bersama2 korang yang sudi membaca Kisah aku ini. Seterusnya kisah Aku di Ho Chi Minh akan aku catatkan tidak lama lagi. Tungguuu.








Sabtu, 4 Mei 2013

Kisah Aku di Siem Reap, Cambodia..



                                                       Kisah aku pada kali ini adalah merupakan kisah perjalanan ke 3 buah tempat bermula destinasi pertama di Siem Reap dan berakhir di Ho Chi Minh..Seperti biasa aku merencanakan perjalanan bersama keluargaku dahulu sebelum mengambil keputusan untuk melakukannya dengan mencari segala maklumat yang ada di website..Agak meletihkan juga kerana perjalanan ini mengambil masa lebih 6 jam dengan menaiki Bas Ekpress dari satu tempat ke satu tempat tetapi kami sekelurga enjoy dengan cara baru kami ini..
                                                      Aku menempah pesawat dari awal lagi dan kos kami berlima adalah hanya RM 950.00 untuk tiket sehala dari LCCT ke Siem Reap International Airport..Sebelum pergi aku telah menghubungi seorang kenalan disana untuk tujuan tempahan bilik penginapan dan pemandu pelancong sepanjang kami berada disana..Pada tarikh 24hb Mac 2013 kami bertolak dari rumah pada pukul 15:30hrs dan seperti yang kami jangka akan berlaku kesesakan lalulintas berhampiran Litar Sepang..Nasib baik kami keluar awal dan sampai di Terminal pada pukul 16:45hrs..Pesawat yang kami naiki berlepas dari Lcct pada pukul 19:00hrs dan seperti yang ada didalam jadual penerbangan mengambil masa selama 2 jam tetapi oleh kerana tercepat sedikit kami sampai di Siem Reap International Airport pada pukul 19:45 waktu Cambodia..
                                                     Urusan di kaunter Imigresen mengambil masa yang agak lama kerana terlalu ramai pelancong dan mereka tidak membenarkan satu keluarga berkumpul di kaunter untuk pengesahan imigresen jadi terpaksalah anak2 aku beratur seorang demi seorang ke kaunter tersebut..Leceh gak lah jikalau di Indonesia diorang nih entam jer boleh sekeluarga di depan mereka..Apa2 pun kita kena menghormati cara mereka dan setiap negara mesti ada kaedah masing2 kan..Selepas selesai pengesahan imigresen aku terus mencari pengurup wang yang berada dilaluan keluar terminal..Pada masa ini aku menukar 100 Usd ke wang Reil Cambodia dengan jumlah sebanyak 370000 Reil..Disini kita bawa Dollar Amerika memang lah Laku..Dimana2 pun mereka terima yang cuma kita rugi dari segi penukaran wang kecil sahaja..Oleh itu harus sediakan duit Reil cambodia juga supaya kita tidak rugi banyak..

                                                                 
                                                     Menanti dengan penuh kesabaran semasa aku sedang membeli SimKad Cambodia aplikasi BB..Pada masa ini terlalu lama masa diambil untuk konfigurasi data simkad di Bb aku..Adooyaii sedang elok2 tunggu sekian lama, Mamat tuh beritahu x boleh masuk harus tunggu keesokan hari baru boleh..emmmm...Buang masa laarr..Perut dah berbunyi apalagi aku mengarahkan pemandu Tuk2 aku singgah di Restoran Wau seperti dibawah ini untuk makan malam hari pertama kami..hehe..

                                                     Alamat Restoran ini ialah di No-6 Angkor Shopping Arcade, National Road, Siem Reap Cambodia..Dari Airport perjalanan mengambil masa kurang setengah jam untuk sampai kesini..Berbagai Menu makanan dan minuman disediakan dan ruang makan juga ada disediakan ditingkat dua bangunan..Kira2 masuk gak lah dengan citarasa yang sama di Malaysia..ahaha..





                                                      Ini adalah Guest House yamg kami pilih untuk bermalam sepanjang 3 hari kami berada di Siem Reap..Ruang bilik yang agak besar dan mempunyai 2 kayil besar bersaiz queen kira2 okay laar buat kami sekeluarga..Jikalau korang nak yang berstatus Hotel disepanjang jalan dari Guest house kami memang banyak..Cuba cari di Agoda.com..Kepada aku dengan bayaran sebanyak 25 Usd semalam tersangant berbaloi..Breakfast, Lunch dan Dinner semuanya kami singgah di Wau Restoran..hahaha..Hanya itu sahaja yang kami tahu Restoran makanan halal disitu..Malas nak cari..


                                                      Antara kemudahan yang terdapat bersebelahan Rotha Guest yang kami menginap..Spa centre pun ada x jauh dari sini..Jikalau korang penat meneroka Angkor Wat boleh lah singgah pada sebelah malamnya yer..Disini waktu pagi cepat sangat dah terang..Cuaca dari pukul 09:00hrs sudah mulai panas dan pada masa ini memang kami tersalah haribulan pergi ke Cambodia..Panas berangin yang terlampau..


                                                      Pandai gak anak lelaki aku snapkan gambar nih..haha..Kemana2 pun kami menaiki Tuk2 dan dari malam kelmarin sehingga keesokan hari jumlah yang kami harus bayar sewa Tuk2 ini adalah 45 Usd sahaja..Daripada Airport pemandu Tuk2 yang bernama Muslim bersama kami sehingga hari hari terakhir kami di siem reap ini..Dia beragama Muslim keturunan Champa..Pada masa ini kami sedang menuju ke Angkor Wat..

                                                      Dari Rothaguest perjalanan kami mengambil masa 30mins untuk sampai ke kawasan Angkor Wat ini dan harus singgah ke kaunter pembayaran sebelum dibenarkan perjalanan melawat bermacam2 Wat disitu..Bayaran seorang dewasa ialah 20 usddan kanak2 yang lahir dari Jan 2001 tidak dikenakan bayaran tetapi korang haruslah menunjukkan sekali passport mereka untuk dibuat pengesahan..Ada pakej melawat Angkor wat selama 2 hari dan bayaran lebih murah dikenakan iaitu hanya 30 Usd seorang dewasa..Kepada kami sekeluarga cukuplah hanya separuh hari ditempat ini..haha..

                                                     Ini adalah Tiket untuk memasuki kawasan Angkor iaitu merupakan salah satu tempat keajaiban didunia yang diperlihara rapi..Tiket bergambar tuh..Apa yang perlu korang lakukan ialah bagi 20 usd selepas itu ada sebiji kamera disediakan dan dari dalam jurujual tiket akan mengambil gambar korang..hahaha..Tak payah nak hensem2..jadi lah dibuat kenangan..Bayaran gambar sudah termasuk dengan harga tiket..Selepas mendapatkan tiket kami perlu menaiki Tuk2 semula dengan jarak perjalanan hampir 1 km sebelum sampai betul2 dihadapan Angkor Wat yang besar dan populor itu..


                                                     Nak pergi menaiki Tuk2 dalam keadaan panas berangin satu cerita dan nak masuk ke kawasan Angkor Wat juga satu lagi cerita..Kawasan ini amat luas dan dipagari oleh tasik2 disekelilingnya..Kira2 engineer orang zaman dulukala ini hebat2 belaka..Nasihat aku buat korang yang ingin pergi kalau boleh bawalah payung atau memakai topi serta berlengan panjang untuk memasuki kawasan ini..Jangan lupa bekalan air mineral dan juga tuala kecil..Serius aku cakap memang berpeluh ketiak..hahaha..



                                                     Berjalan kaki menuju ke pintu utama Angkor Wat..Sudahlah jauh berjalan kitaorang ingat setakat tuh jer..Amekkau kena berjalan lagi ke hadapan lebihkurang 500 meter lagi..Adoiiyaii kesian budak2 nih..Jangan harap ada basikal atau kenderaan mini yang lain..Letih Gileer Beb..



                                                      Ini baru sahaja fasa pertama pintu masuk Angkor Wat..masing2 memang teruja nak melihat ukiran dan binaan ajaib nih..dari jauh nampak hambar tetapi dari dekat perghhhh!! memang halus hasil senibina diorang nih..Untuk membuat acuan batu ukiran ini beberapa jenis pasir campuran telah disebatikan..Entah lah aku pun baca info dari Muzium..Korang kalau x paham terpaksalah ambil Tour Guide yang fasih berbahasa english..Kitaorang hanya buat2 paham jer..hahaha..Tumpang2 group lain ada lah juga..Pasang2 telinga..hehe..


                                                       Group nih kira2 mengelat sebab ambil jalan pintas ke sebuah tempat jualan disebelah kiri Angkor Wat..Tandas hanya berada ditempat itu sahaja..Kalau rasa nak terbuang didalam Angkor Wat agak2 lahh yer nanti x boleh tidur pulak dah..hoho..


                                             Bermandi Peluh nampak!!Gaya sensasi nih..haha..


                                                    Entah macam mana diorang nih melukis aku pun tak tahu lah..Daripada sebesar2  batu kepada yang sekecil batu..Agak2 diorang nih dah tiada kerja lain kan kan..Silap2 wajah diorang sendiri pun boleh diorang lukis tanpa tengok salinan..hahaha..Mat salleh kat atas tuh iya2 jerk..


                                                     Ada pulak mambang sesat kat Angkor Wat nih..Siap berkemban tu You..emmm!! dugaan...cubaan..Memang panas pun hari tuh kalau boleh aku pun nak buka baju..Wah wah..


                                                     Aiitttt!! kemana2 jer jalan ada saja Mambang sesat nih..Kah Kah yang ini anatara tangga2 terawal korang akan jumpa dan banyak lagi anak tangga disekeliling Angkor Wat nih..Boleh katakan nak cari jalan balik susah juga lah..kena hafal betul2 kedudukan kita didalam tempat ini..








                                                     Siap sempat beristirehat pelancong2 dari Korea nih dihadapan tempat mandian golongan bangsawan..Ada beberapa buah tempat mandi disitu..Mungkin pada zaman dulukala kawasan ini dipenuhi oleh Air seperti Taman air pancuran..Dasat2 arkitek diorang nih..mengerikan ada juga terasa maklumlah tempat2 macam ini..Ritual keagamaan selalu diadakan disini sebelum pukul 17:00hrs..

                                                      



                                                    Gambaran diatas ialah satu kawasan deretan kedai2 yang menjual pelbagai barangan cenderahati dan Gerai2 makanan dan minuman pun banyak..Korang x perlu risau kerana masih ada tempat untuk korang santai dan berteduh dari panas..Harga baju2 disini serendah 12 Usd untuk 5 helai baju..Okay x..haha..Ramai penjual akan menyapa korang dan semuanya adalah dari pekerja ataupun Taukeh kedai tersebut..Ramah2 diorang nih..Perhatikan harga betul2 jikalau boleh tawar serendah2nya..


                                                      Masa untuk meninggalkan Angkor Wat dan pengalaman disini berbagai2 dapat dirasakan dari bermandi peluh sehingakan tersesat jalan pun ada..Rimas aku kalau jalan sambil berpeluh nih..Korang tengok gambar pun dah tahu kan..kering kontang kawasan ini..Rumput alahai ciput jer..


                               Gambar terakhir didepan pintu masuk Angkor Wat yang pertama..

                                                       Jenis Tuk2 yang kitaorang naiki sepanjang berada disini..Panas2 dan yang besh nya pemandu Tuk2 aku siap adakan kotak ais untuk dia letakkan air mineral dibelakang kenderaan dia..Dapat lah rasa air sejuk sepanjang Tour ini..Jika mahu melawat sekitar Taman Angkor ini korang perlu dari pagi2 dah sampai ke tempat ini.Memang luas bebb!! Ada berani sewa basikal dan kayuh keliling tempat ini..Kah kah..

                                                    Projek untuk memelihara dan memulihkan Angkor Thom telah dibiayai oleh kerajaan Jepun dan Unesco daripada 2011 hingga ke 2016..Mereka membaiki struktur dan membina laluan yang memudahkan pelancong dan selamat dilalui..Angkor Thom ini jikalau dilihat dari jauh macam memandang kita dengan berbagai cara..Mimik wajah berduka sehinggan tersenyu boleh dilihat..jangan pandang lama2 nanti dia boleh bercakap pulak dah..hahaha..


                                                     Struktur binaan Angkor Thom ini seperti diletak2 batuan antara satu sama lain..Memang unik tapi batuan yang ada wajah aku x pasti..hahaha..



                                                    Pintu keluar dari arah timur..Korang perlu tahu arah mana korang keluar kerana ada 4 arah yang dipanggil North gate, South gate, East gate dan West gate kerana disitulah korang akan dapat berjumpa pemandu2 korang beristirehat menunggu korang selesai melawat..Apa yang terjadi pada aku ialah kami sekeluarga tersalah arah dan pemandu Tuk2 kami seperti gambar dibawah ini menunggu ditempat lain dan salah paham telah berlaku kerana dia ingatkan yang kami akan berjalan kaki ke arah lagi jauh..Perghh!! hampir sejam setengah kitaorang penat mencari dan menunggu..Nasib baik aku ada idea dengan menahan Tuk2 lain dan membayar 1 usd untuk mencari pemandu aku nih..Naya betul lah..Cubaan..kami sekeluarga pulang semula ke Rothaguest pada pukul 14:00hrs dan apalagi sebelum sampai kami cari air minuman dan tidur sampai ke senja..Hahaha..




                                                      Pada sebelah malamnya kami pergi ke Pasar Malam Angkor yang agak populor kepada pelancong2 kerana disitu juga ada Pub Street dan Restoran makanan laut..Tempat ini meriah sungguh dengan para pelancong..Ada juga terselit Ababa Curry House nih siap paparkan bendera Malaysia lagi tuh..Jarak tempat ini dari Rothaguest lebih kurang 15 minit perjalanan..Pemandu Tuk2 sedia membantu..Hahaha..Teksi disini amatlah kurang..Tidak payah susah2 tahan jer Tuk2 tepijalan tuh..
                                                   





                                                       Sebelum aku singgah di Angkor Night Market , aku sempat pergi ke Kedai agensi pelancongan untuk menempah tiket Bas Ekpress ke Phnom Penh seperti gambar diatas ini..Aku membayar sebanyak 14 Usd seorang dan dari sini juga aku menempah Bas Ekpress dari Phnom Penh  ke Ho Chi Minh city dengan bayaran 13 Usd seorang..Mereka akan mengambil alamat tempat tinggal korang dan korang hanya perlu menunggu sejam awal di Lobby Hotel kerana meraka akan menggunakan Van penumpang sebagai Transit ke Bas Ekpress yang lain..



                                                       Dari sebuah Hotel ke sebuah Hotel yang lain mereka akan memenuhkan tempat penumpang sehabis2nya..Aku bernasib baik kerana kami orang pertama yang diambil dan sebagai nasihat jikalau boleh korang menempah Bas seawalnya kerana memang ramai pelancong yang mahu ke Phnom Penh menggunakan jalan darat..Kami bertolak pagi Rabu pada 08:00hrs bertarikh 26hb Mac 2013..


                                                     Inilah Bas Ekpress yang aku naik dan seperti biasa bas ini dilengkapi dengan tandas,Tv dan berhawa dingin..Penuh sesak bas ini selagi ada penumpang diorang sumbat jer..haha..Perjalanan dari Terminal bas Seang Naim ke perhentian bas di Phnom Penh mengambil masa selama 6 jam mengikuti National Road..Jangan lupa untuk membeli minuman dan makanan ringan kerana perjalanan yang jauh dan meletihkan juga..Video cerita lama Hong Kong dimainkan adooiiyaaii dah tiada cerita moden pulak dah..Dari awal perjalanan sampai 3 cerita semuanya cerita lama tahun 80 an..



                                                     Perkampungan ditepi jalan sepanjang National road ini, Kediaman mereka semuanya dibina Tiang2 yang tinggi..Takut kena banjir Kot..hehe..Binaannya simple sahaja..

                                                     Pemandu Bas Ekpress akan memberhentikan perjalanan buat seketika untuk jadual Makan Tengah hari di sebuah Restoran di Romloong..Kami sekeluarga tidak mengambil menu makan tengahari yang boleh tempah disitu..Kami hanya membeli Buah potong sahaja dan makanan ringan..Rasanya tak lalu pulak nak makan disini cuma pergi mencari tandas dibelakang restoran..

                                                     Beberapa buah masjid yang terdapat di berhampiran bandar phnom penh..Besar2 juga masjid diorang nih..Bagus2 malah ada beberapa orang Muslim Khmer yang memegang jawatan penting didalam kabinet Hun Sen..



                                                      Tepat jam 16:00hrs Bas Ekpress yang kami naiki sampai di Terminal bas di dalam bandar Phnom penh..Ramai pemandu2 Tuk2 menunggu disitu dan tidak kurang juga kereta sapu..Setakat korang dah tahu Hotel mana yang korang tempah, upah bayaran Tuk2 serendah 3 usd sahaja manakala Upah Tuk2 untuk lawatan sehari dari 20 Usd itupun jika korang boleh tawar menawar..Oleh kerana kami semua keletihan bercampur lapar, kami menyuruh pemandu menghantar kami ke Hotel Mittaphep..Daftar masuk dan berehat seketika membersihkan tubuh masing2..Bayaran penginapan semalam di Mittaphep Hotel ini adalah sebanyak 25 Usd sahaja dan mempunyai 2 katil besar..
                                                      Untuk kisah aku seterusnya adalah disekitar  Bandar Phnom Penh pula dan aku hanya ingin melawat beberapa tempat menarik dan menolak dari pergi ke Penjara Seksaan dan Kubur Besar mangsa2 kekejaman Pol Pot..Kali ini lebih kepada Muzium di Raja dan kawasan Istana...Ikuti Kisah Aku selanjutnya di catatan yang lain selepas ini..Pengalaman sepanjang perjalanan dari Siem reap ke Phnom Penh dengan menaiki Bas Ekpress amat menarik kerana kami dapat melihat kawasan kampung dan juga melihat masyarakat cambodia melakukan rutin harian mereka dari dalam bas.