Kisah ini adalah penyambungan Kisah aku di Pattaya, Thailand sempena lawatan aku di negara ini selama 5 hari sahaja..Aku tiba di Terminal Bas Ekamai yang dikenali juga sebagai Eastern Bus Terminal pada pukul 0130 petang waktu tempatan..Dari sini aku menahan teksi untuk ke destinasi aku berikutnya iaitu Khaosan Road..Upah teksi aku bayar sebanyak 120 Baht pada masa itu oleh kerana tambahan jarak dan masa perjalanan yang dikenakan oleh teksi bermeter itu..Kebiasaannya harga sekitar 85 baht sahaja..Kesesakan lalulintas berada dimana2 sahaja dan kerana waktu puncak..Tertidur pulak aku..Keletihan yang amat sangat dan yang hairannya didalam bas ekpress x lah aku mengantuk..Hehe..
Aku sampai di Khaosan Road pada waktu petang yang basah dan hujan dikebanyakan tempat di sekitar kota Bangkok..Jalan ini pada sebelah malamnya adalah tempat Pasar terbuka dimana banyak jualan2 murah disini..Waktu perniagaan di pasar malam ini adalah bermula pada pukul 0600 petang..Jikalau datang pada pukul 0500 petang, teksi atau kenderaan lain tidak boleh memasuki jalan ini dan pengunjung terpaksalah berhenti di persimpangan jalan lain..
Ini dia bilik penginapan aku di D & D inn di bangunan hotel betul2 berhadapan dengan pusat perniagaan dan dekat dengan kawasan pelancongan yang lain..Hotel ini aku tidak menempah awal di website dan hanya menempah secara check in biasa sahaja dengan harga 700 baht semalam..Boleh tahan gak kan..Yang beshnya Hotel ini menyediakan Kolam Renang di bahagian atas dan juga Wifi serta Spa kepada pelanggan Hotel mereka..
Pemandangan pada waktu malam dari tingkat atas Hotel ini sangat indah dengan pemandangan bangunan2 di kawasan berhampiran dengannya..Bangunan Istana Diraja juga boleh dilihat dan kepada yang nak melawat Patung Sleeping Buddha yang besar juga dekat dengan kawasan ini..Naik Tuk2 dan bayar sebanyak 200 baht korang boleh tempah sehingga beberapa jam..
Tempat ini adalah tempat pelancongan terkenal kepada pelancong yang datang dari kebanyakan negara di dunia termasuklah dari negara Eropah..Jikalau korang ke tempat ini perghh dah macam bandar Mat Salleh..Sana sini penuh dengan diorang tuh semua..Kepada mereka ini adalah tempat persinggahan kepada backpacker sebelum meneruskan perjalanan ke negara Indochina yang lain..Waktu malam disini lebih kurang sama dengan suasana malam di Pattaya..Restoran2 ala western dan seafood ala thai banyak disini..Boleh singgah jikalau larat nak memakannya..haha..Harga disini memang lah mahal..Disetiap bahagian lorong ada sahaja nama lorong diberikan dan dibawah gambaran ini adalah antara yang ada..Pusat Spa dan Tatto serta kedai barangan yang lain dibuka dikiri kanan dan jalan Khaosan ini..Meriah Bebb..Jikalau korang nak cari pakaian untuk diniagakan juga banyak..Deal saja dengan diorang..Pandai2llah korang tawar menawar..
Ini dia satu2 Restoran makanan Halal yang aku jumpa di Khaosan Road ini..Nak mencari memang susah sebab aku tidak tahu alamat restoran ini..Jalan2 ikut lorong di sebelah belakang Hotel tiba2 terjumpa dan apalagi perut memang dah keroncong..Nama pemilik Restoran ini ialah Hajjah Aminah..Moyang dia berketurunan dari Jawa Tengah..Dia langsung tidak boleh berbahasa Indonesia atau Melayu..Di dinding restoran, dia gantung gambar2 kenangan keluarga dan moyang dia..Restoran ini juga di uruskan oleh anak2 beliau..Makanan yang dijual perghhh..Dah macam di tempat kita..Beriani Ayam dia memang sedap..Mee Sup beliau juga sedap..Hahaha..Dah lapar memanglah sedapkan..hehe..Harga sepinggan Mee Sup adalah sebanyak 30 baht dan 45 baht untuk sepinggan Nasi Beriani Ayam atau Daging..Murah kan tetapi itu 4 tahun lepas..Huhu..Banyak lagi menu yang beliau jual..Teh Tarik memang sebijik macam di tempat kita..Waktu Operasi adalah dari pukul 0700 pagi sehingga 0900 malam..
Tengok tuh Rendang Ayam dan Daging..Teringat lagi sampai sekarang..Rindu pulak nak pergi ke Restoran Hajjah Aminah nih..Restoran beliau kecil sahaja tetapi memanjang ke belakang..Dari depan hanya sticker ayat2 suci al-Quran sahaja yang boleh kita kenali sebagai Restoran makanan Halal..Harapan aku semoga dapat berjumpa lagi dengan Hajjah Aminah ini untuk tahun2 yang berikutnya..Amin..Maaf kepada pembaca kerana aku tidak menyalin alamat restoran beliau..Korang cuba berpusing2 di sekitar Khaosan Road ini..Cuma yang aku ingat iainya hanya 2 blok dari tempat aku menginap..
Suasana Malam di Khaosan Road..Meriah sungguh dengan pelancong asing terutama mat2 dan minah2 salleh..Jaga dompet korang kerana macam2 boleh berlaku..Tempat ini merangkumi beberapa jalan yang lain diadakan jualan pasar malam..Letih juga meronda2 tapi puas hati..Jalan kaki sahaja dah mencukupi..Jangan terlupa jalan balik ke Hotel sudah lah yer..Haha..
Waktu pagi hari kedua lawatan aku disini..Aku menaiki Tuk2 yang seperti gambaran diatas sebagai kenderaan aku melawat kawasan pelancongan disini..200 bath sahaja dan boleh muat seramai 3 orang dewasa kira okay lah kan..Besh naik Tuk2 Thailand nih..Motor diorang power tuh siap dengan bunyi ekzos yang bising lagi..hahaha..Bila berhenti di lampu isyarat diorang matikan enjin nak jimat minyak konon..hehe..Dekorasi Tuk2 perghh..Cun dan bersih..Pemandu Tuk2 akan membawa korang ke kedai2 kain ela yang cantik2 dan juga ke beberapa tempat yang lain..Apa yang aku diberitahu mereka ini jikalau pelanggan membeli di kedai2 tersebut akan diberi komisen..Patut lah beriya2 sangat pemandu Tuk2 aku ajak ke tempat tersebut..
Gambaran diatas ialah harga tiket bas dan Bot yang korang boleh bayar untuk menjelajah sampai ke sempadan dan memasuki negara2 jiran..Di Khaosan Road ini juga korang jikalau nak ke airport boleh menempah van penumpang di lobby hotel dan jangan sesekali ambil tiket dengan runner..Harga tiket sudah jadi lain..Perjalanan dari Khaosan Road ke Suvarnabhumi Airport lebih kurang sejam perjalanan itupun jikalau tidak sibuk..Elakkan minit2 terakhir kerana boleh terlepas Kapal Terbang..Aku bayar sebanyak 150 bath sahaja kerana aku naik bersama2 pelancong yang lain..
Suasana dari dalam Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok..Sempat juga bergambar kenangan tuh sebagai mengakhiri siri lawatan aku ke Pattaya dan Bangkok secara Solo..kedua2 tempat lawatan ini ada kenangan pahit dan manis..Yang pahitnya adalah aku terkandas di sebuah Hotel bertaraf 5 bintang di Kota Bangkok dan didatangi oleh Taiko disana..Nasib baik aku dapat berbincang dengan baik dan diberi perkhidmatan yang lain sebagai punca pendapatan mereka..Semuanya salah paham..Adoii..Kalau tidak memang dah berkubur aku nih..Yang manisnya banyak sekali..hahaha..Ada rezeki dilain masa akan aku singgah lagi dikedua2 tempat ini..
Inilah sahaja Kisah Aku di Khaosan Road, Bangkok..Jenjalan sorang2 memang seronok tanpa diganggu..Haha..Kita jumpa lagi dicatatan Kisah2 yang lain samada terbaru atau pun yang lama..