Kisah ini adalah bersambung dengan kisah aku di Old Quater..Bagi perjalanan kami pada hari kedua ini ialah dengan mengambil pakej lawatan ke lokasi pelancongan yang paling populor di Hanoi iaitu pakej harian ke Ha long Bay yang kami bayar sebanyak 35 usd seorang dewasa sahaja..Pakej ini termasuk dengan pengangkutan dan makan tengah hari diatas Cruise yang membawa kami dari jeti di pelabuhan Ha Long..
Gambar diatas ialah suasana rombongan yang kami sertai dengan pelancong2 dari beberapa negara Eropah dan Amerika termasuk juga dari New Zealand..Jikalau korang x kisah dengan pakej harian yang disertai oleh pelancong dari pelbagai negara maka memang terbaik aar sebab diorang ada juga yang backpacking traveller..Kami berdua enjoy dengan kehadiran mereka bersama2 kami kerana mereka semua peramah dan baik..Jangan segan bebb..Rombongan kami disertai juga oleh pemandu pelancong berbangsa vietnam..Dia boleh berbahasa english dengan baik dan peramah..Sejak kami semua naik Van penumpang seramai 11 orang kesemuanya, dia asyik bercakap tanpa segan silu..hehe..siap menyanyi tuu bebb..
Ini lah salah sebuah pekan di daerah Hai Duong yang kami lalui dan pada ketika ini pemandu kami memberhentikan van seketika kerana mahu memeriksa tayar van yang menurutnya sudah kempis..Wahh..panik lah sekejap sebab apa2 boleh jadi..Kawasan ini amat indah pemandangannya..Pada masa ini padi2 telah pun dituai dan keadaan sawah yang kering kontang..
Kami berhenti rehat selama sejam disebuah hentian rehat ditepi highway sebelum sampai ke pelabuhan yang dituju lebih kurang sejam lagi dengan jarak perjalanan lebih kurang 2 jam setengah..Dihentian rehat ini terdapat sebuah kedai cenderahati yang besar dan korang boleh beli apa saja pun tetapi nasihat aku ialah lebih baik korang beli semasa perjalanan pulang kerana pemandu van akan berhenti juga ditempat ini dan beberapa kedai ditepi jalan yang lain..Pembuatan barangan diorang ini memang terbaik lah..Rugi oooo kalu x sambar walaupun satu..
Gadis2 Vietnam yang berpakaian tradisi mereka yang sempat aku snap untuk dibuat kenangan..hehe..Gatell yerr..Bendera mereka pun sudah oren campur kuning..Kira Cunn gak diorang nih..hahaha..dah mula dah..Di belakang mereka ialah beberapa mini bas yang dinaiki oleh pelancong2..Van yang kami naiki terselit antara mini bas tuh..Pada masa ini kami hanya dapat melihat warga Eropah dengan Amerika sahaja..Maklumlah kan tempat tujuan pun dah macam cerita The Pirates of Carribean..
Kami sampai ke pelabuhan Ha Long pada pukul 11:30 tengahari..Segala urusan tiket Cruise telahpun diuruskan oleh pemandu pelancong kami yang tinggal cuma hanyalah kita perlu mengisi borang yang telah pun disediakan sebagai tujuan keselamatan sahaja..Harga tiket jikalau tidak silap aku ialah 10 usd seorang dewasa..Cruise yang kami naiki akan disertai oleh pelancong2 lain dan anggaran 50 orang kesemuanya dibenarkan bagi setiap Cruise yang ada disitu..
Beberapa pelancong sedang menuruni tangga untuk memasuki Cruise yang disediakan untuk mereka dan kepada yang Cruisenya agak jauh ketengah laut mereka akan ditransitkan menggunakan perahu yang berbumbung seperti yang korang lihat didalam gambar diatas..Ada banyak pakej Ha Long bay cruise ini dan korang boleh pilih sehinggakan bermalam diatas Cruise..Siiiookkk dapat santai atas Cruise ditengah laut sambil menikmati keindahan alam sekeliling..
Pemandangan biasa yang terdapat di pelabuhan Ha Long..Cruise keluar masuk tetapi perjalanan cruise ini hampir sama sahaja sebab ramai yang memilih pakej sehari jadinya jadual memang amat ketat..Inilah keadaan Cruise yang kami naiki..Diatas bumbung ada tempat istirehat dimana korang boleh berdiri dan duduk sambil melihat alam sekeliling semasa cruise sedang bergerak..Dibawah ialah tempat berteduh dan dewan makan yang akan disediakan sepanjang lawatan korang..Kepada yang takut panas atau fobia air laut boleh duduk melepak dibawah sahaja..Aku pula tidak melepaskan peluang untuk bersantai diatas sejak cruise bergerak lagi..hehe..bukan jakun tetapi inilah sahaja peluang yang ada..
Inilah dia nama Cruise yang kami naiki..Ha Long 36 ditulis..Memang kesemua feri disitu dituliskan dengan nombor2 yang besar dan korang jangan tertukar cruise pula yer..Pemandu pelancong kami memang mengambil berat diatas keselamatan kami sepanjang lawatan kami disini..Aku bagi dia A+ lah sebab dia sanggup menunggu dan mencari ketiadaan kami..
Bot nelayan yang kecil iaitu nelayan luar pantai..Snap jangan x snap..haha..
Ini adalah salah sebuah feri yang besar berserta dengan bot penumpang yang kecil sekali ditunda bersama2 cruise besar tersebut..Aku dipahamkan jikalau pelancong mengambil pakej bermalam diatas cruise maka cruisejenis inilah yang pelancong akan naiki..Jikalau tidak silap aku diatas cruise ini siap ada mini bar dengan pool juga..Ada juga yang disewa secara persendirian berhari2 lamanya..
Tiga orang sahabat dari New Zealand yang aku kenali sepanjang lawatan ke Ha Long Bay ini..Mereka semuanya peramah dan baik dengan kami berdua..Sehingga sekarang masih berhubung lagi..Mungkin lawatan kami ke New Zealand dimasa akan datang kami akan menghubungi salah seorang dari mereka sebagai panduan di negara mereka..
Untuk sampai ke perairan Lanun ini memang mengujakan kami..Perjalanan cruise yang akan melalui pelbagai bentuk pulau2 batu yang tinggi dan berbagai rupa..Amat lah cantik pemandangan disini..Cruise akan melalui celah2 pulau berbatu yang banyak disekeliling perairan lanun ini..Sampai di hanoi harus pergi ke tempat ini..Suatu pengalaman menakjubkan dan diiktiraf oleh Unesco iaitu salah satu tempat yang menarik dan indah di dunia..
Peace Yooo!!.aha sempat juga berphoto dari dalam cruise..Beginilah suasana dari dalam feri yang kami naiki..Jikalau korang pergi berlima memang meja makan itu untuk korang sebab apabila makan tengahari diatas meja itu lah diletakkan menu seafood yang segar terbaik dari perairan lanun..hahaha..Kami kena bercampur makan dengan pelancong dari russia dan britain..aha..x biasa tetapi kena juga biasakan kerana sudah lapar..Menu makan yang disediakan adalah lebih kurang set 7 hidangan kesemuanya..Air mineral sahaja dihidangkan dan jikalau korang mahu memesan air jus atau bikarbonat, korang kena bayar 1usd setiap botol air mineral..Makanan Halal aku tidak nampak sign satu pun tetapi mereka mengatakan disitu tiada daging dan hanyalah makanan laut..Ngapp sahaja lah yer jangan risau2..
Ini adalah tempat persinggahan kami untuk berehat dan makan tengah hari sebelum menuju ke destinasi lain iaitu ke sebuah Gua yang berhampiran dengan tepi pantai..Tempat ini merupakan kawasan perumahan terapung para nelayan2 disitu..Beberapa buah Kelong menternak udang atau ikan juga boleh didapati disitu dan yang menariknya korang boleh membeli hasil laut disitu umtuk dimasak diatas cruise dengan harga yang berpatutan..Lobster pun ada bebb murah2 jer..aha..Terbaik..perhentian disini mengambil masa 30 minit bergantung kepada masa yang ada..
Deretan Cruise yang parking bersebelahan antara satu sama lain..Hati2 jangna sampai terlupa yang mana satu yer..Disini sambil melihat alam sekeliling para pelancong boleh menyewa kayak ataupun mandi sekali dikawasan yang berhampiran..Jadi kepada yang suka mandi laut apalagi bawalah sekali pakaian mandi bersama..Sewa kayak 5 usd sahaja selama 30 minit..
Pemandangan yang menarik ini hanya boleh dijumpai di negara indochina sahaja daripada jualan pasar terapung iaitu sungai ataupun muara sehinggalah diatas perairan cetek..Mereka menggunakan perahu khas untuk menjual buah-buahan dan sayuran segar yang mereka ambil dari tanah besar..Puluhan penjual diatas perahu menanti kehadiran pelancong kesitu..Untuk satu bakul buah mereka jual dengan harga 1 usd sahaja..
Ukiran kepala Naga disetiap buritan cruise untuk semua cruise seperti yang kami naiki..Jikalau nak duduk atas kepala pun xpa masa sedang belayar..hahaha..Nak mampus jatuh kedalam laut..
Snap jangan x snap..Gadis Russia disebelah isteri aku ini peramah juga..Dia pelajar university di Los Angeles dan melancong bersama2 ibunya..Diorang nih suka Shopping..Sampaikan Udang Galah dengan Lobster mereka shopping sekali untuk dimasak didalam cruise tetapi kedekut gak tuh..Hahaha..Duduk dengan diorang semeja tapi hampas makan berdua jer...Xpalah x hairan pun..Huhu..
Pemandangan yang indah cruise kami belayar dicelah2 batu kapur yang pelbagai bentuk rupa yang cantik dan tinggi..Cuaca pada ketika ini berawan dan panas..
Ini ialah cruise yang dipanggil dengan nama Paloma Cruise..Memang terbaik untuk percutian keluarga ataupun dengan pasangan..Didalamnya juga ada Spa..Mereka menyediakan sekali pakej snorkling, Kayak, berenang dan juga memancing..Segalanya disediakan dengan pakej pilihan bermalam korang..Salah satu cruise tercantik yang aku pernah lihat sewaktu disini..Perghhh..Jikalau korang nak pilih cuba berhubung dengan mereka di web Halongbaytours.com..Macam2 cruise pilihan korang boleh jumpa disitu..Kepada kami berdua cruise harian biasa sahaja yang dipanggil Phoenix day cruise..Cukuplah sekadar dapat berlayar di perairaan lanun dan singgah diperkampungan nelayan serta makan tengahari disediakan..
Cruise2 yang belayar dekat satu sama lain untuk berlabuh..Nak dikatakan dah macam Teksi diatas permukaan laut..Macam2 ragam kita boleh jumpa..Ada antara mereka yang menyewa secara persendirian dan bermalam berhari2 lamanya..Ada yang membuat party diatas cruise..
Jeti di Bai Tu Long yang kecil dimana cruise akan bergilir2 untuk menurunkan penumpang..Mereka akan menunuggu pelancong kembali ke jeti sejam kemudian setelah selesai melawat gua batu kapur yang terindah disitu..
Inilah kawasan gua batu kapur yang dimaksudkan dari banyak2 gua terindah yang boleh dilawati oleh pelancong yang mengambil pakej harian..Pemandu pelancong kami akan mengikuti kami sekali untuk seisi penerangan sambil melawat kawasan gua..Air minuman ada dijual disitu..Dari jeti, kami semua akan menaiki anak tangga yang tinggi juga iaitu lebih kurang 150 meter tinggi untuk sampai ke dalam gua..Berpeluh juga oden..hehe..Sampai ada yang terputus selipar pun ada..
Pemandangan dari dalam gua dan disini boleh dikatakan batu2 kristal yang berwarna-warni masih lagi tersergam indah dan tidak terusik kerana nama pun kepulauan lanun dan diwartakan oleh Unesco jadi kerajaan vietnam akan mendakwa kepada sesiapa yang ditangkap kerana mencuri kristal disitu..Kami dibawa ke sebuah gua sahaja manakala gua2 yang lain kami kesuntukkan masa inipun sudah masuk 4 jam kami berlayar..Waktu petang adalah waktu yang paling sesuai berlayar kesini selepas singgah di perkampungan nelayan dan pulau2 yang lain..
Pemandangan bandar Ha Long yang sayup2 kelihatan dari jauh ..Nampak dekat tetapi bila berlayar terasa jauh juga..Berbaloi bebb untuk lawatan kami sepanjang berada di perairan Ha Long ini..Sungguh indah tidak terkata..
Haiii!! sempat juga dia nih berposing..Xpalah cameraman memang camtu..ahaha..
Kami selamat sampai ke pelabuhan Ha Long dengan tanpa kepayahan pun diatas cruise dan sebelum kami naik ke pelabuhan, kami akan diberi sehelai kertas pelancongan setiap seorang bagi menunjukkan komen kami sepanjang pelayaran bersejarah itu..Thumbs up Bro..Puashati...Selama hampir 6 jam keseluruhannya kami berlayar menggunakan cruise Phoenix ini..Kami sampai pada waktu senja dan terus sahaja menaiki Van penumpang yang tersedia menunuggu kami untuk dibawa kembali ke bandar hanoi iaitu di Old Quater...Daripada pelabuhan Ha Long ini jarak kembali semula ke Hanoi mengambil masa selama 2 jam setengan iaitu jarak perjalanan yang sama sewaktu kami datang dan cuma ada kelewatan sedikit kerana perjalanan diwaktu malam..
Hari kedua lawatan kami di Ha Long Bay yang sungguh indah menggamit kenangan yang tidak boleh dilupakan sama sekali dan hanya nukilan di Blog ini sebagai tanda pemergian aku ke sini..Kemungkinan untuk lawatan kali kedua, Aku akan mengambil pakej bermalam bersama2 pelancong yang lain..Sudah lama aku dengar dari kawan2 yang telah pergi dan sampai juga hajat aku kesini dengan perbelanjaan yang tidak terlalu mahal dibandingkan mengikut jadual agensi dari negara kita..
Sebagai panduan kepada korang untuk sampai kesini jikalau mengikut cara aku ialah datang ke Hanoi secara backpacking dan cuba cari pakej pelancongan yang murah di Hanoi..Untuk sampai ke Ha Long Bay setakat 35 usd sahaja untuk seorang..Segala urusan disediakan dan korang harus menyediakan pakaian mandi, air minuman, makanan ringan dan memakai kasut untuk naik anak tangga di Gua batu kapur..Jangan lupa pastikan bateri camera atau handphone korang terisi penuh yer..
Sekian lah sahaja kisah aku di Ha Long Bay ini..Kita berjumpa lagi dicatatan ketiga aku di Tam Tuc pula..Kisah yang menarik juga dan gambaran yang indah..hehe..Terima Kasih kerana sudi membaca..Komen korang amatlah dihargai..
Salam. Nak tanya, kat sana dia guna usd ke dong ye?
BalasPadamMereka sebenarnya preffer usd dari dong.Walaubagaimanapun sediakan lebih duit dong untuk pembelian dengan nilai yang kecil.Hanoi x seperti Ho Chi Minh, kebanyakkan tempat mereka meletakkan tanda harga dgn matawang usd.
PadamOk thanks. Kalau selain cruise, tempat2 melawat yg lain perlukan byk belanja ke tak ye? Contoh kalau nak shopping souvenirs, berapa usd yg awak cadang utk kami bawa ke sana? Dan senang tak nak cari halal food kat sana? Mcm kat krabi kan, ada gerai2 tepi jalan yg kita boleh mkn. Di hanoi pun mcm tu jugak ke? Sorry ye byk tanya pulak. Hehe ;)
BalasPadamCerita pasal Halal Food memang susah nk didapati selain dari Hanoi City. Seafood boleh makan lah tp setakat berkongsi kuali hanya tuhan jer yg tahu..hehe. Nak shopping memang terlalu bagus disini. Saya x tahu apa yg awak nak beli tp setahu saya barangan org perempuan perghhh memang rambang mata. Kalau bawa 10 jari pun boleh abis..haha. Utk lawatan ke tempat lain kena ikut pakej yg ditawarkan. Sorang antara 30 --- 60 usd jer one day trip. X kisah byk tanya. Apa yg pernah saya alami saya akn berkongsi dgn sesiapa yg sudi..
PadamOo ok. Kalau kain sepasang tu dlm range berapa usd ye? Kalau awak ingat lagi la. Hehe
BalasPadamJikalau kain ela Sutera saya masih ingat lg lebih kurang 10 hingga 15 usd saja untuk 4 ela panjang..Banyak sangat grade tp yg saya beli tuh kira baik punyer lah..
Padamsy akan ke hanoi-halong bay-sapa ahad ni selama seminggu.
BalasPadamMOOD: tersangat la x sabar! :)
Memang Besh. Jikalau naik sampai Puncak Gunung Fancipan lagi Besh. Anyway enjoy ur trip.
Padamassalam, nak tanya tambang ke vietnam pergi balik berapa rm ye? dan nak tanya penginapan biasanya berapa rm hotel2 murah2 la
BalasPadamAwak boleh refer kepada skyscanner.com. dari sini awak boleh compare harga yang mana lebih murah. Pastikan rancang awal dahulu pemergian ke destinasi yang awak inginkan dan menjadi ahli kepada beberapa syarikat penerbangan untuk mendapatkan info promosi terkini. Saya pernah dapat promosi serendah 100 ringgit sahaja pergi dan balik tetapi sekarang memang sudah tiada lagi. Hotel sampai sahaja di Hanoi ini begitu banyak sekali pilihan yang murah2 tetapi awak boleh menempah di carian Agoda ataupun Booking.com..
PadamAssalamualaikum. .sya akan ke sini mggu hadapan..teruja tgk gambar yg cantik2 tu..ya allah..xsabar :) nak tnya awak ada try @ beli kopi vietnam?
BalasPadamsori lmbt bls. Sy x try Kopi Vietnam kerana memang tidak minat dgn Kopi tp sy terjumpa byk kedai Kopi yang populor di sana.
Padamsaya tak berapa suka jalan sendirian.
BalasPadamada tak group pakej full board ??
harap saudara dapat bantu.
tolong email ke jullyasmara@yahoo.com
terima kasih ye :)
Jalan sendirian ini penuh dengan cabaran dan berisiko tinggi tp yang menariknya mcm sy nih tak berapa suka dengan byk karenah kerana masa itu amat berharga dan harus cepat buat keputusan. Untuk pakej full board jk tak silap sy AirAsia atau Mas Airlines ada menawarkan pakej tersebut di sna nanti semua kemudahan terjamin termasuk pengangkutan cuma harus bayar dengan bayaran berbeza. Sy cri pakej Day Tour melalui agensi di Hotel penginapan sy di Capital Hotel, Old Quater, Hanoi City. Tiada mslh di situ kerana terjamin bagus.
Padamhi...seronok baca pengalaman percutian you...i plan nak pergi july time cuti raya 28 july...masa tersebut ok ke? tq
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamSeronok baca kisah travel encik dan isteri.
Saya teringin sangat nak buat solo trip. Ke halong bay ni ataupun ke seam reap. Tapi lepas baca kisah encik sekeluarga, kena berjalan jauh di angkor, rasa malas pula.. hehe bukan malas berjalan mcm mana, tapi kalau bandingkan dengan halong bay ni pastinya rasa lain sbb tgk pemandangan yg superb.
Agak2 selamat tak ye pelancong perempuan backpack secara solo ke sini? Saya juga teringin nak bermalam di cruise itu.
Pernah ada pengalaman ke korea secara backpack, berdua, bukan solo.
assalam... best nye pie mlancong ke hanoi... teringin pulak nak pergi... maaf nak tanye,,, perjalanan nak ke halong bay tu bahaya tak..maksudnye risiko xcident di jln raya...bkan ape sy bru xcident so skit trauma... saya tanye sebab perjalanan nak ke sana kan mengambil masa 2-3jam kan... ikut higway or jln kampung..... terima kasih .
BalasPadamThanx for the info bro...
BalasPadamInsya Allah, giliran kami ke Hanoi pulak bulan Disember nanti
info banyak...nice....target nak ke sana hujung tahun ni!!
BalasPadaminfo banyak...nice....target nak ke sana hujung tahun ni!!
BalasPadamKalau saya dari ho chi minh berapa lama perjalanan ke halong bay?
BalasPadam