Bersambung dari kisah Aku di Ha Long Bay pada hari ketiga lawatan aku ke Hanoi..Pakej lawatan ke tempat pelancongan terkenal di timur Hanoi ini berjumlah 30 usd seorang dewasa sahaja..Kami mengambil agensi dan pemandu pelancong yang sama seperti hari kedua..Jadual perjalanan kami bermula dari Hotel Capital dan dijemput oleh pemandu pelancong seawal jam 8 pagi..Seperti semalamnya kami disertai juga oleh 5 orang pelancong dari 3 buah negara iaiti USA, Sepanyol dengan England..Mereka juga peramah dan baik..Kami semua memperkenalkan diri masing2 seperti yang dikehendaki oleh pemandu pelancong..Kami semua bagaikan saudara baru..hehe..
Perjalanan kami keluar dari kota Hanoi iaitu dari Old Quater dihiasi dengan kesesakkan jalanraya yang begitu ketara sekali..Jumlah motorsikal disini fulllamak tidak boleh nak dianggarkan kerana populasi penduduk di Hanoi pun sudah mencecah jutaan orang ramainya..Disini kebanyakkan jalanraya berdebu dan kami boleh melihat kepada setiap cermin kereta yang lalu boleh dikatakan hampir semuanya kotor dengan debu..Cuaca ketika ini tidak nampak matahari kerana diliputi awan tebal disekelilling Hanoi..
Ewahh!! berposing di depan kedai cenderamata yang terdapat ditepi jalanraya yang menuju ke TamTuc dari Hanoi..Sudah sejam berada dalam kenderaan inilah masanya untuk berehat dan membeli belah..Seperti yang aku katakan pada kisah di Halong Bay barangan cenderamata disini semuanya bagus2 belaka..Malangnya kami x beli satupun sebab masih ada masa lagi untuk hari esok..hehe..
Sepanjang perjalanan melalui kawasan kampung yang menarik perhatian kami semua..Sawah bendang amat luas terbentang dan hasil tanaman yang lain juga terdapat banyak dilaluan kami..Ini adalah tempat persinggahn kedua kami pada kali ini dan persinggahan ini membawa kami ke beberapa kuil bersejarah yang ada dan sememangnya aku malas nak lihat tetapi apakan daya sudah dalam program kami..Panorama pergunungan yang cantik dan tali air yang penuh dengan pokok teratai layu di tasik madu..hahaha..
Terpegun sejenak memerhatikan keindahan alam sekeliling dan anak2 itik yang berenang berbagai formasi ini..
Kami melalui pintu gerbang berbentuk Kuil yang besar..Disini merupakan tapak lama pemerintahan diraja zaman kuno yang lalu..Warga vietnam juga ramai yang hadir disini untuk seisi lawatan sambil belajar dan pelancongan..Sejak dari mula sampailah akhir lawatan kami disini pemandu pelancong tidak berhenti2 memberi info..Aku nih bukanlah seorang yang suka sejarah..hahaha..Lupa lar pulak nak ceritakan sejarah silam disini sebab aku tidak ambil kisah pun..Dapat jenjalan sudah kira bagus..Sebelum sampai ke kawasan diraja kami akan melalui dahulu kawasan gerai2 makanan dan cenderahati..Mereka siap kejar2 kami lagi ..Dah macam di Tangkuban Perahu pulak dah..
Kuda merupakan kenderaan yang utama pada zaman kuno dahulu dan replika batu berbentuk kuda amat banyak disini terutama didalam kawasan kediaman diraja yang bersebelahan dengan kuil mereka..Ukiran disini perghh memang terbaik..Orang dulu apa nak buat x lah macam zaman sekarang asyik nak berchatting dan main game jer..hahaha..
Aku seperti macam terkenal pulak pulak dan pada masa ini kanak2 sekolah semuanya ramah dengan bertanya kepada aku berasal dari negara mana..Mereka cuba belajar bahasa english disitu..Comel betul diorang nih..hehe..
Disetiap penjuru kawasan istana akan terletak balai pengawal seperti gambar diatas..Korang harus menghormati tempat ini dengan jangan membuat bising atau mencuri barangan yang ada didalam kuil diraja..Tempat masih elok dan diselenggarakan dengan baik..Nak masuk ke kawasan ini pun penuh dengan adat istiadat diraja..Sekali masuk dikenakan bayaran sebanyak 2 usd tetapi urusan pembayaran kami telahpun dibuat oleh pemandu pelancong..
Berposing dihadapan Kuil diraja dan panji2 yang terpacak disitu..Memang kuno betul lah kawasan ini..Sekali pandang hampir persamaan dengan yang terdapat di negara china..
Sudah penat berjalan2 ini lah peluang untuk duduk termenung memikirkan nasib diperantauan..ahaha..Sempat gak aku snap minah saleh nih sedang leka memandang ke tempat lain..Sorang jer ke? siannn...hehe..
Di hadapan kuil diraja terdapat dataran yang luas untuk pengunjung duduk bersantai dan melepak...Tengok tuh awek2 nih syioookkk memerhatikan keadaan sekeliling mereka..Disini kami diberikan pisang sebagai mengalas perut yang lapar maklumlah kami sudah berada hampir sejam setengah disini sebelum meneruskan tujuan kami ke Tam Tuc..
Kami sampai di pekan Tam Tuc ini pada pukul 12:30 tengah hari dan dibawa ke Restaurant yang dipanggil The Long seperti gambar diatas..Kami dihidangkan dengan menu buffet yang agak luar biasa kepada kami maklumlah hampir kesemuanya ada terdapat menu daging yang dihiris2 kecil..Didalam sayur pun ada juga..Kami tolak daging jelah..Ambil nasi + sayur + telor dadar dengan sos..Yummy..hehe..Boleh dikatakan restaurant nih yang terbaik dalam kelasnya disitu..
Selesai makan, kami dibawa ke muara sungai yang dipenuhi oleh para pelancong dan pengayuh sampan yang direka khas untuk menyusuri sungai yang cetek sambil menunggu giliran masing2..Urusan pembayaran sudah dibuat jikalau x silap aku harganya sekitar 5 usd seorang termasuk upah pengayuh sampan..
Kebetulan pada hari itu terdapat jualan pasar terbuka disitu, kami sempatlah meninjau seketika untuk bertanya harga..Ternyata murah gilerr bebb..3 ikat sayur jikalau duit kita 2 myr sahaja..perghh..
Kepada pengunjung yang mahu bermalam disini terdapat juga beberapa motel yang sederhana besar biliknya dengan harga 10 usd semalam..Korang boleh menyewa basikal yang ada disewa dengan harga 2 usd untuk melawat sekitar kampung disitu..Kebanyakkan penduduk disini berkerja sebagai pengayuh sampan dan menjual hasil tanaman mereka..Sampai di Hanoi jangan lupa singgah disini yer..
Basikal jenis ini lah yang korang boleh sewa tetapi tidak termasuk topi petani tuh tauu..hahaha..Jangan x sewa sebab kawasan kampung disitu jalannya amat mudah untuk korang ingati dan kembali semula ke pengkalan..
Ini lah dia jenis sampan yang terdapat di sungai Tam Tuc..Hanya 2 penumpang dewasa diwajibkan menaiki sampan ini bersama2 dengan pengayuh sekali..Mula2 terasa cuakk tetapi selepas dah naik perghh punyalah syiokkkk..
Yang sedang berdiri itu adalah seorang awek yang akan menjadi pengayuh sampan..Yang sedang duduk berkumpulan itu adalah kaum ibu bersantai sambil bermain daun terup..Gerek seihh...Dah tiada pelanggan mereka sabar menanti giliran mereka..Boleh dikatakan hari2 mereka bekerja disitu..Jikalau korang nak bagi tips kepada mereka silakan bagi bebb sebab perjalanan sejauh 3 km pergi dan balik amat meletihkan mereka..
Sungai disini separas pinggang dewasa sahaja..Jangan lah korang merasa cuak pulak sebab kepada siapa yang duduk dibahagian depan memang merasa terpesona sekali..Termasuklah aku..Ada 2 bilah dayung kecil didalam sampan..Korang kalau baik hati boleh lah mendayung sekali..Teruja gak aku nak mendayung..hehe..
Perhatikan dengan gambaran diatas punyalah jauh aku rasakan..Kami menyusuri alur sungai yang cetek dengan pemandangan gua batu kapur yang terdapat disitu..Cuaca tidaklah panas dengan suasana yang nyaman jer..Kami akan melewati 2 terowong air dibawah gua batu kapur..Ketinggian sungai paras kepala sahaja dari permukaan batu kapur..Hati2 bila berada disitu dan jikalau boleh bawalah sekali botol minuman atau makanan ringan berserta lampu suluh..Nak bawa baju spare pun xpa manalah tahu korang terjatuh dari sampan..hwahwahwa..
Ini yang aku tidak boleh tahan tengok sebab awek nih mendayung gunakan kedua2 belah kaki..Mungkin dia dah letih tetapi perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan kepada semua pendayung2 disitu..Yang mendayung sampan aku pulak seorang nenek yang masuh steady mendayung..Kuat betul nenek tuh..Mula2 kami terperanjat tetapi bila dia dah mula kayuh, perghh..kalahkan orang dewasa bebb..
Pemerintah disitu menggajikan pekerja untuk meragut rumpai2 air yang menganggu laluan sampan..Mereka dengan selamba jer berjalan didalam sungai nih..Ada yang menjaring dan sebagainya..Tanpa jaket keselamatan pun xpa..Selamat dan terkawal..
Jualan T-Shirt dengan hasil tenunan berserta makanan dan minuman juga ada dijual oleh pendayung sampan jadinya korang kalau dah lapar atau haus bolehlah memanggil mereka yang menunggu dihentian terakhir iaitu dipenghujung sungai..Pergi satu hal dan nak patah balik semula pun satu hal..Aduhai siann betul aku tengok nenek tuh...Apalagi aku bagi jugalah tips kat dia...
Terowong gua batu kapur yang aku maksudkan tadi..Laluan terowong ini amatlah gelap dan sepanjang 30 meter jauhnya..Jikalau ada lampu suluh memang bagus tetapi jangan risau korang x akan berlanggar dan terhantuk kepala kat batu sebab pendayung semuanya expert bebb..Tabik Sprinngg Gue..
Kami selesai menyusuri sungai yang cetek itu hampir 2 jam lamanya..Bayangkan lah jikalau aku yang mendayung sampan tuh, mahu tercabut kepala lutut nih..hahaha..Suatu pengalaman yang terindah disini yang jarang sekali kita boleh jumpa ditempat yang lain..Kami pulang dari sini kembali semula ke Kota Hanoi pada pukul 5 petang dan sepanjang perjalanan kami bertukar2 pandangan satu sama lain..Sampai di Old Quater pada pukul 7:30 malam dan untuk malam terakhir kami berada di Kota Hanoi, kami mengambil keputusan berjalan2 dan membeli belah untuk dibawa ke tanah air..Sempat juga kami singgah makan di Nisa Restaurant yang terdapat di no-32 jalan Hang Tre, Hoan Kiem, Hanoi..Sudah masuk hari ketiga barulah kami menjamah makanan halal disini..hahaha..Kelakar lah..Menu makanan kira okay larr mengikut selera malaysia gitu..
Berakhir lah kunjungan kami di Hanoi ini dengan membawa banyak kenangan indah yang sukar dilupakan..Sebenarnya pemergian kami ini main terjah sahaja tanpa peduli apa2 pun..Perbelanjaan yang tidaklah begitu besar kepada kami cukup memadai dan memuaskan hati kami berdua..Kemungkinan selepas ini kami akan berkunjung ke Ho Chin Minh pula membawa sekali anak2 bersama kami..Kisah ini sudah dipenghujung dan lawatan singkat ini cukup berbaloi..