Aku memilih untuk menaiki Kereta Api ke Bandung adalah kerana ingin mencuba kelainan sahaja..Sudah beberapa kali aku ke Bandung tetapi melalui Travel Agensi dengan menaiki Bas Ekpress atau Kereta Mpv..Semangat ingin mencuba itu membuatkan aku merasa puas dan selepas ini jikalau pergi lagi bersama kengkawan atau ahli keluarga, perkhidmatan ini aku lebih utamakan..JIka dibandingkan dengan harga transportasi yang lain berbaloi lah jika gerak secara Solo..Aku sampai di Kota Bandung pada 22 Jan 2013 bersamaan dengan hari Selasa..Hari yang indah dan amat berbaloi bagi aku sepanjang perjalanan ini..
Kereta Api Agro Parahyangan dari Stasiun Gambir sudah pun selamat tiba di Kota Bandung..Untuk sampai ke Stasiun Bandung ini Agro Parahyangan akan berhenti sebentar di dua perhentian kereta api yang lain..Korang tidak perlu risau kerana ini adalah perhentian terakhir dan jikalau korang tertidur pun akan sedar sama ada dikejutkan atau terkejut..hahaha..Aku lena jugalah dalam sejam iaitu permulaan dar Jakarta kerana hujan mulai turun...
Jam gantung menunjukkan pada pukul 12:03 minit waktu Bandung dan waktu ini masih sama lagi dengan waktu di jakarta..Jalan keluar untuk ke Pakir amat lah mudah..Terus sahaja dilaluan jam ini..
Bergambar kenangan dihadapan bangunan Stasiun Kereta Api Bandung..Bangunan yang tidak lah besar seperti di Stasiun Kereta Api Gambir, Jakarta..Ramai pemandu van sapu disini..Aku salah seorang yang terkena dengan bayaran yang tinggi oleh kerana aku tidak dapat melihat sebuah teksi bermeter pun parking disitu..Agak hairan juga dan kebanyakkannya adalah Van penumpang seprti Kijang dan Avanza..Sudah kena serbu apa nak dikata lagi aku bersetuju sahaja dengan bayaran yang dikenakan sebanyak idr 50,000...Bayaran ini adalah lebih mahal berbanding teksi bermeter..Jadi sebagai panduan korang jikalau sampai disini terus lah jalan ke luar jalan raya lebih kurang 100 meter jauhnya untuk mendapatkan teksi bermeter atau kereta angkut...
Aku menaiki van sapu untuk sampai di Hotel Royal Dago ini adalah lebih kurang 20 minit sahaja..Ini merupakan Hotel kedua Royal Dago dan binaannya sudah lama..Masa aku menginap mereka meletakkan aku betol2 hujung ditingkat tiga bangunan..Sunyi jer rasa pada waktu siang..Jikalau waktu malam tuhan saja yang tahu perasaan aku tetapi semua itu aku x pikir sangat..hahaha..Hotel Royal Dago ini terletak di tepi jalan utama Dago Shopping Area..Jikalau datang ke sini pasti orang ramai sudah tahu dan aku pun baru tahu...hehe..Keluar ke kiri dari hotel korang boleh jumpa banyak kedai makan...Keluar dari kiri Hotel korang boleh jumpa banyak kedai2 outlet branded2 oooiii...Agak2 grade apa yer..Aku membayar sebanyak idr 300,000 untuk bermalam disini..Jikalau korang nak murah lagi banyak hotel di kawasan sekitar disini..
Bilik tidur yang sederhana besar bukan masalah bagi aku untuk menyesuaikan diri..Keadaan AirCond versi lama yang buat aku keliru..haha..Family room ada di aras bawah dan juga sesuai untuk keluarga 4 atau 5 orang..Sarapan disediakan seawal jam 06:00 pagi..
Seisi untuk SnapShot tergendala sampai ke malam kerana dari pukul 03:00 petang sampai lah pukul 09:00 malam hujan lebat tidak berhenti..Perghh agak tidak bernasib baik aku di Kota Bandung ini..Aku hanya sempat membeli beberapa helai pakaian di beberapa outlet sahaja..Dari sebuah outlet ke sebuah outlet yang berhampiran sedar x sedar sudah 5 jam aku menghabiskan masa hanya di jalan dago sahaja..hehe..Rancangan ke Paris Van Java dan ke TransBandung terpaksa aku lupakan kerana waktu dan keadaan yang tidak mengizinkan lebih lama disitu...
Ini sahaja Outlet Polo Ralph Lauren yang aku sempat Snap..hehe..Hujan lebat dah lah kaki aku sakit di pergelangan kaki kiri sejak beberapa hari sudah..Camner pun aku kuatkan semangat untuk berjalan2..Jauh tuu nak singgah menyinggah..Jikalau setakat aku lepak di Bandung sahaja sudah pasti x larat nak bawa beg penuh berisi pakaian..hwahwa..
Dalam kehujanan aku pekena Nasi Bumbu Aceh ...lauknya sama seperti Ayam Penyet tanpa kuah..haha..Pedas oooo..Aku mintak sup sebagai ganti kuah..Harga satu set menu ialah sebanyak idr 30000 sahaja..Boleh larr menahan perut yang lapar dan berteduh dari kehujanan..Gambar makanan aku terdelete pulak dah..huhu..
Cehh!! ini jer baju dari Outlet Episode yang dapat aku sambar..Kata Backpacker mana boleh sambar berhelai2 x larat nak bawa nanti..Untuk santai dimalam hari aku hanya lepak di dago juga..Ramah dengan beberapa orang disitu dan akhirnya dapat kawan..hihi..Selebihnya waktu aku kira sebagai off topik lah yer..Waktu malam memang hidup..
Bergambar kenangan dihadapan Hotel Royal Dago semasa nak menunggu teksi untuk dibawa ke Bandung Airport..Sewaktu ke bandung ada sebuah beg jer tapi sudah jadi dua beg pulak dah..kenapa erkk..Upah teksi bermeter dikenakan sebanyak idr 30000 sahaja dari depan hotel menuju ke airport..Untuk panduan korang cubalah menahan teksi bertulis Gemah Ripah sahaja dengan talian teksi 24 jam iaitu boleh dihubungi di talian +6224217070..Korang boleh panggil terus ke operator..
Gambar pemandangan dari dalam teksi aku snap semasa menuju ke airport..Masa 30 minit diperlukan untuk sampai dari Royal Dago ke airport dan keadaan jalanraya yang tidak begitu sibuk pada waktu ini..Itu kalau tidak silap adalah gambar tempat di Tangkuban Perahu..Daerah pergunungan yang berawan dapat dilihat dari jauh..Ramai Pilot berkata amat susah untuk mendarat di Bandung jika keadaan berawan kerana airport terletak di kawasan bandar..Itu info yang aku dapat dari pemandu teksi..yeke..ahaha..
Sempat bergambar sebelum menaiki pesawat Lion Air maklumlah pertama kali juga aku menaiki pesawat ini..hehe..Keadaan yang penuh sesak di kaunter Tiket kapalterbang..Harga tiket dari bandung ke Medan lebih kurang sama harga dari bandung ke Bali..perghh boleh tahan Lion Air nih..Aku membayar tiket pesawat dengan harga sebanyak myr 145.00 sahaja dengan jarak perjalanan sejauh sejam 45 minit penerbangan..Berbaloi..Selepas ini aku akan cuba trip Medan lepas itu ke Palembang dan turun ke Yogjakarta atau Surabaya..
Sudah sampai waktu untuk aku meninggalkan Kota bandung dan menuju ke destinasi seterusnya iaiti ke Ngurah Rai, Bali..Menggamit kenangan indah 20 jam di Bandung tidak akan dapat aku lupakan..Beginilah keadaannya apabila kita merancang untuk tidak terlalu lama di sesuatu tempat yang kita lawati..Aku merasa puas walaupun hanya semalam di Kota Bandung ini..Sekian sahaja untuk kembara solo di Bandung dan selepas ini catatan di Bali akan muncul..
short trip but nice trip...
BalasPadamThxs..
PadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Thxs 4 ur info..
Padamsalam... nak tanya detail ttg perjalanan dari solo ke bandung naik train berapa lama? selesa tak... tq
BalasPadamDari solo saya x pernah naik train tetapi dari Jakarta ke Bandung hampir 4 jam lamanya.
Padamsalam... nak tanya detail ttg perjalanan dari solo ke bandung naik train berapa lama? selesa tak... tq - Fathiyah Ahmad Faraid. Fb saya fathiyah faraid. boleh tak nak fb boleh nak tanya mcm2 ttg trip ... tq
BalasPadamMemang selesa. Masa perjalanan 3 jam lebih saja. Fb saya dh x active sangat. Awak boleh add saya di account wechat saya ( oshioepet ) jika sudi.
PadamHuuh best sesangat ni... jenjalan tanpa kongkongan.ikut gerak hati...tanpa memudaratkan diri sendiri.... ingin gak nak kembara solo.... ha ha ha ... tak kan tercapat .... ...insya-allah... akan ke Bali 2014 kalau Allah izinkan.... usia penghalang untuk beraksi kembara sola cam kau dik.... selamat berjenjalan...
BalasPadamBoleh Bang. Tak kira siapa pun asal ada keberanian dan wang yang mencukupi. hihi..
Padamtumpang tnya outlet PRL tu kat mana yer..jalan apa..?
BalasPadamDi Jalan Dago.
PadamSalam, sy nk tny so far lion air ni okay tak? Hujung bulan ni (31 january) nk ke bandung tp tiketnya baru skrg terhegeh nk beli. Tgk lion air murah juga tp takut sbb xpernah try lagi. Tq ya.
BalasPadamSalam,
BalasPadamJom pegi bandung murah jer 199rm per person for 3day 2night (included hotel, transport, and entrance fee)
Tentative Program
Day1
*Tiba di airport Bandung
*Pasar Baru trade center
*Lunch Check in Hotel
*Toko Tiga ( Branded Jeans )
*Membeli-belah di Factory Outlet
At Jalan Riau (Heritage,
Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The
Secret )
*Dinner dan kembali ke Hotel
Day2
*Gunung Tangkuban Parahu
*Ciater Hot Spring
*Kebun Strawberry and tea park
*Lunch
*Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
*Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc)
*Dinner & kembali ke Hotel
Day3
*Check out Hotel
*rumah kain sulam kat taman kopo
* cibaduyut-shoes and jacket leather original
*Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
*Airport transfer
Term and condition
*included transportation for 3day2night type kereta 7seater all included
*included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
*included entrance fee tangkuban perahu sahaja
*Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
*minimum 6 pax
*not included ticket flight and airport tax
*we dont need deposit~all payment at last day in bandung
Mohd Tony
Whatapps / call / sms :
+62 858 6137 8328 (fast response)
Email :
Tonytransportbandung@gmail.com