Sabtu, 17 November 2012

Kisah Aku di Phnom Penh, Cambodia..

                                 Lawatan singkat aku pada kali ini ialah di Negara yang suatu masa dahulu terkenal dengan kekejaman pemerintahnya sendiri iaitu Regim Pol Pot..Aku memilih tanggal 16 Oktober 2012 bersamaan hari Isnin sebagai pengembaraan secara Solo..Sememangnya Aku amat biasa dengan pengembaraan ke Luar Negara secara Solo..Itu tidak menjadi masalah buat aku dan seperti biasa sebelum menempah tiket kapalterbang atau pergi ke sesuatu tempat yang belum pernah di lawati aku akan mencari info terlebih dahulu serta membuat perancangan yang teliti..

                     Aku menumpang keluarga muslim ini menaiki Tuk Tuk untuk ke Guest House penginapan aku di Kota Phnom Penh..Mereka dipahamkan menjemput anak mereka yang balik belajar dari Malaysia..Kebetulan aku berjumpa dengan mereka..


                                                                                              

                           Aku berlepas dari LCCT  pada pukul 03:20 pm dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada pukul 04:50 pm..Seperti biasa pelancong yang memasuki negara Cambodia di wajibkan mengisi borang imigrasi berserta sekali borang pengistiharan barangan yang kita bawa masuk ke negara itu..Waktu di Phnom Penh adalah cepat sejam dari Kuala Lumpur dan waktu pagi serta malam di rasakan amat cepat berlalu..Susur keluar ke tempat parkir terdapat banyak kaunter menjual SimKad, Pengurup Wang dan Agensi pelancongan..Mudah sahaja..
                          Selepas habis di periksa oleh pegawai kastam yang meminta aku salinan borang pengistiharan itu aku terus sahaja pergi mencari  Pengurup Wang dan Kaunter menjual SimKad telephone mudah alih..Kedua2 ini amatlah aku inginkan sebab kira2 iya juga sebagai pengganti nyawa aku di kala susah di tempat orang..Hendak di jadikan cerita aku hanya membawa wang US Dollar hanya sebanyak 300 usd sahaja..Ini kira Bajet ciput jerr..Hahaha..Aku menukar duit Usd kepada duit Reil iaitu matawang Cambodia sebanyak 100 usd dan menerima sehingga 380000 reil iaitu 3800 reil bersamaan 1 dollar Amerika..Banyak tuu duit dalam dompet aku nih berkepuk2 tebalnya...Hohoho..
                         Selesai menukar duit aku pergi ke kaunter sebelah pula untuk membeli SimKad berinternet selama 30 hari dan juga boleh melayari internet, fb serta bbm chatting..Oleh kerana aku pengguna  Blackberry memang menjadi keutamaan aku lah mendapatkan servis yang tersedia dengan membayar hanya 13 usd..Kepada pengguna Blackberry korang boleh mencuba menggunakan CellCard..Serahkan phone BB korang kepada jurujual CellCard tersebut dan arahkan dia kemaskini data sehingga bbm dan fb korang tersedia untuk di gunakan sepanjang korang berada di Cambodia..Aku memilih servis internet, fb dan bbm sahaja tidak termasuk sms dan panggilan..Kepada pengguna cellphone yang lain juga boleh menggunakan Cellcard ini..Korang harus Top up credit lebih bergantung kepada jumlah yang korang pikir mencukupi sepanjang masa korang di situ...
                         Gambar2 yang seperti di atas ialah gambaran aku memilih Motorsikal Beroda Empat ini yang hampir sama dengan Tuk Tuk sebagai kenderaan rasmi aku menjelajah tempat2 bersejarah dan menarik di sekitar bandar Phnom penh..Kebetulan aku terjumpa dengan beberapa orang Muslim yang datang ke Lapangan terbang untuk mengambil saudara mereka, aku mengambil kesempatan bertanya arah dan cara yang mudah menaiki kenderaan ke alamat Hotel penginapan aku di bandar Phnom Penh..
                         Aku akhirnya dapat juga menumpang Tuk tuk yang di naiki oleh Keluarga Muslim Cambodia,  setelah pemandu Muslim berketurunan Cambodia memperlawa aku naik sekali dengan bayaran 10000 reil bersamaan hampir 2.5 dollar..Pada mulanya dia mahu aku membayar10 usd dan aku menawar harga kurang dari sepatutnya dengan alasan aku bersama2 orang lain dan bukan seorang..Nasib baik tidak terkena..







                        Jarak perjalanan aku menaiki Tuk Tuk ini ke tempat penginapan adalah sejauh hampir 40 minit perjalanan melalui jalan raya yang sibuk..Pemandu aku menghantar keluarga muslim Khmer ke Hotel penginapan mereka terlebih dahulu dan meneruskan perjalanan seterusnya ke  Angkhor Mithona seperti yang aku maklumkan kepada dia sejak dari awal..Beliau fasih berbahasa Melayu dan mengaku pernah tinggal di Masai, Johor selama lebih kurang 6 tahun , selepas dia berhenti dari perkhidmatan tentera..Amat bertuah juga aku dapat berjumpa  dan kesempatan itu aku memilih  beliau sebagai Jurupandu sepanjang aku berada di Phnom Penh..Sehari perkhidmatan yang dia berikan termasuk sewa Tuk Tuk adalah 15 usd dari pukul 09:00am sampai 05:00 pm..
                       Gambar2 seperti di atas ialah gambaran di beberapa buah tempat dari lapangan terbang sehingga hotel penginapan aku..Pada waktu ini aku masih belum merasa lapar cuma sedikit dahaga sahaja..Mungkin aku sudah makan berat sebelum naik kapalterbang dan di dalam beg sudah tersedia maggi cup untuk di panaskan..Ini adalah menu segera aku kira2 waktu kecemasan sahaja..


                                   Angkor Mithona Guest House, Phnom Penh..


                         Bilik bajet untuk aku beradu sorang2..Aircond dia punyalah sejuk dan TV-1 RTM pun boleh di lihat termasuk rancangan HBO serta Mtv..Bilik ini tiada tingkap itulah pasal murah..Hahaha..yang penting ada tandas, air panas dan Wifi percuma..Kat bawah Guest House ada cafe dan pool serta TV screen Besar..


                    Ini adalah Broucher yang aku ambil di Lobby Guest House tempat penginapan aku di Phnom Penh..Peta tempat lawatan di sekitar Guest House aku..Berjalan kaki ke tempat2 menarik tersebut tidak berapa jauh hanya beberapa minit perjalanan..Kira aku rekmen lah Angkor Mithona Guest house nih..


                                                                                                    
                                                                                            
                       Gambaran seperti di atas ialah Hotel penginapan aku sepanjang 4 hari berada di Phnom Penh..Aku memilih Angkor Mithona Guest House ini melalui laman Agoda.com..Guest house ini mempunyai beberapa buah jenis bilik dan bilik pilihan aku ialah bilik berhawa dingin tanpa tingkap yang di kenakan bayaran sebanyak 25 usd semalam dan mempunyai katil bersaiz queen beserta dengan kelengkapan air panas, TV, Wifi percuma..Tiada jug kettle dan min bar di sediakan..Berdekatan dengan Guest House ada sebuah Mini Market yang di panggil Panda Mart..keperluan makanan dan minuman ringkas ada di jual di situ dan di buka 24 jam sehari..
                       Guest House ini juga berdekatan dengan tempat lawatan menarik seperti di Royal Palace, Royal park, Sisowath Quay, National Museum, Independence monument, Kandal Market, Chos market, Night market and Soriya Mall..Persisiran Sungai Bassac juga menarik perhatian pelancong kerana di dalam bandar Phnom Penh iya merupakan tarikan utama penduduk di sini untuk bersantai..
                      Ketibaan aku di bandar Phnom penh di sambut pula dengan kesedihan rakyat Khmer setelah Raja kesayangan mereka iaitu Raja Norrodom Sihannouk mangkat di China setelah menghidapi penyakit Tua..Banyak jalan2 utama di tutup kepada lalu lintas dan anggota polis berkawal di jalan2 utama menuju ke Royal Palace..Tempat2 pelancongan seperti biasa di buka dan hanya tempat2 hiburan sahaja di tutup sebagai menghormati kemangkatan Raja mereka..


                      Gambar amat kelam sedikit dan gambaran ini permulaan malam pertama rakyat cambodia kehilangan Raja mereka iaitu Raja Norrodom Sihhanouk yang mangkat di China..Bangunan di Raja yang di hiasi dengan Lampu2 di penjuru bumbung..Amatlah cantik pemandangan sebenar di sini..



                               Ini adalah gambaran malam pertama aku di Bandar Phnom Penh ini..Perhatikan pada gambar bangunan di raja terpampang Potret besar mendiang Raja mereka untuk di tatapi oleh rakyat jelata sebelum jenazah di bawa keesokkan harinya dari China untuk di semadikan di sini..Ramai orang Khmer yang datang dan suasana murung di rasai di situ..Mereka membawa sekali kuntuman bunga dan beberapa barang adat untuk di sembahkan di hadapan balai di raja tersebut..
                             Di hadapan Balai di Raja ini amat luas dan pengunjung mengambil kesempatan untuk bersantai bersama keluarga mereka dan merakamkan gambar kenangan..Aku bergerak keluar dari Guest House awal sedikit untuk mengelakkan kesesakkan orang ramai..Restoren makanan laut dan ala barat banyak juga yang masih di buka oleh kerana pelancong barat amat ramai pada ketika itu..
                             Untuk malam pertama aku hanya bersiar2 berjalan kaki di tebing sungai bassac iaitu cabang dari sungai mekong yang menghala ke arah vietnam..Perkhidmatan feri untuk bersiar2 selama sejam dari pelabuhan dan berpatah balik semula di kenakan cas sebanyak usd 30..Melihat gelagat orang Khmer bersantai di waktu malam bersama insan yang tersayang..


                        cehh!! sempat bergambar kenangan di hadapan Royal Museum oh Phnom Penh..



                      Warga Khmer datang menziarahi untuk mengucapkan Takziah kepada keluarga di Raja..Terdapat juga beberapa orang yang aku jumpa menangis terisak2 kerana kemangkatan Raja mereka yang di kasihi..


                         Aku dan Aku x kira apa pun Snap tetap suruh orang snapkan gambar kenangan..hehe..


                    Suruh orang Cambodia untuk snapkan gambar kenangan di hadapan Royal Palace of Phnom Penh..Waktu pagi jam 07:00 sudah terang benderang..Panas lagi tuh..Adoii...


                      Seawal pukul 06:30 am aku di kejutkan oleh bunyi deruman motor dari tingkat 2 bilik penginapan aku..Rasanya masih awal lagi nak kena bangun dan oleh kerana sudah terbangun aku teruskan sahaja niat pada hari kedua lawatan di Phnom Penh dengan bersiar2 terlebih dahulu di depan Royal Palace untuk melihat apa yang berlaku di depan Balai di Raja tersebut sambil merakamkan gambar kenangan sebelum di ambil pemandu pada pukul 09:00 am untuk lawatan sehari..
                     Agak ramai juga orang Khmer datang melawat di Royal Palace ini..Tanpa sarapan pagi aku hanya membeli Air minuman botol untuk menghilangkan dahaga sebelum mencari kedai makan Halal di kawasan berdekatan..Di hadapan Bassac River iaitu berdekatan Di Sisowath Quay ada sebuah kedai makan ala Indian Tandoori berdekatan dengan kedai Frutti Tutti..Ada tanda Halal di papan tanda kedai tersebut..Aku tidak memilih kedai tersebut kerana kurang menggemari menu masakannya..


                         Patung Singa menghadap sebuah Feri penumpang yang membawa pelancong bersiar2 di sepanjang sungai Bassac..Feri ini adalah jenis feri yang mempunyai cabin tidur dan segala pakej lawatan boleh di dapati di agensi2 sekitar bandar ataupun melalui agensi Hotel dan pelancongan..Bayaran adalah serendah 45 usd sehingga 100 usd tertakluk kepada berapa hari kita suka..kemudahan pengangkutan Bas ke   Ho Chin Minh, Vietnam pun tersedia dalam pakej..Amat mudah dan berbaloi..


                     Persisiran Sungai Bassac yang berhadapan jalan utama ke Royal Palace, Phnom penh..Kebiasaan waktu petang atau pun malam laluan santai di sini amat sibuk bagi warga khmer dan pelancong2 asing bersiar2..Kelab Hiburan, Restaurant2 dan kedai2 Cenderahati terdapat banyak  di kawasan ini..


                                Burung2 Merpati amatlah banyak pada waktu pagi berterbangan sana sini..Termasuklah di Dataran Royal Palace..



                        The Charming City lah sangat..Kira Ok lah dan berhampiran dengan mercu tanda Phnom penh ini terdapat sebuah kawasan di namakan Night Market dan Pelabuhan di mana Feri ataupun Boat penumpang berlabuh untuk pelancong pergi ke Vietnam atau bersiar2 menyusuri Sungai Bassac selama Sejam..

                 

                      Salah sebuah Tugu yang terdapat di Sisowath Quay..Aku lupa nak tanya orang di situ apakah nama Tugu ini..Haha..


                       Suasana pagi Hari Kedua di Sisowath Quay, Phnom penh..Banyak kedai telah di tutup dan anggota polis berkawal di lalu lintas utama di sepanjang jalan menuju ke Royal Palace..


                    Ini adalah pemandu pelancong aku sepanjang aku berada di bandar Phnom penh..Dia fasih berbahasa Melayu dan nama dia adalah MAT LY..Beliau beragama islam dan pernah menetap di Johor selama lebih 6 tahun dan berniaga ais krim ke taman2 perumahan..Kontak no beliau ialah 097-3307645..Korang boleh hubungi beliau sebelum pergi ke tempat ini..


                 Ini adalah sebuah Restaurant masakan halal melayu yang terdapat di bandar Phnom Penh ini..Ianya di usahakan oleh Rakyat Malaysia yang sekarang mempunyai 2 buah Restaurant di cambodia..Masakannya memang sedap dan menu makanan dan minuman pula hampir sama dengan menu yang terdapat di Malaysia..Cuba lah pergi dan beramah dengan Tuan punya restaurant..


                Restaurant Wau ini terletak di bahagian bawah New York Hotel iaitu di Monivong Blvd road, Phnom Penh..Jikalau korang pergi Siem Reap pun ada terdapat Restaurant Wau yang sama pemiliknya terletak di Angkor Shopping Arcade, National Road..Kontak no Restaurant Wau ini adalah seperti berikut H/P- +855 81887090..Korang juga boleh membuat tempahan hotel sekali dan diskaun bilik penginapan juga di berikan..Bagus tuh..


                  Sorang diri jadi apa saja terlintas di kepala nak snap apa saja pun boleh..Haha..Shiokk juga naik Tuk  Tuk nih dapat ambil gambar sambil melihat persekitaran...


                    Kawasan pembunuhan beramai-ramai oleh Regim PolPot  iaitu lebih kurang 30 minit perjalanan dari bandar Phnom Penh..Choeung Ek Genocidal Centre..Bayaran masuk adalah sebanyak 4 usd..Yang paling menarik adalah tetamu di sediakan peralatan alih bahasa yang mempunyai earphone sekali..Jadi korang x perlu lah mencari pemandu pelancong di dalam kawasan ini..Berbagai bahasa boleh di dapati..Peralatan komunikasi yang mudah di pakai dan di pahami..Tiada cas tambahan di kenakan..Jangan bawa balik sudah..Haha..


                             Monumen bangunan ini terdapat simpanan tengkorak2 manusia yang mati di bunuh secara kejam oleh Regim PolPot..Nak melihat dari dekat atau bergambar korang haruslah menanggalkan kasut atau selipar serta jangan membuat bising sebagai menghormati mangsa2 pembunuhan tersebut..Jarak dari pintu masuk agak jauh juga berjalan..


                     Gambar aku yang ini sudah pasti secara timer push button oleh kerana tiada ramai pelancong pada masa itu..Kesian aku..Haha..Kira2 jadi lah ada juga gambar kenangan di tempat ini..


                   Bermula dari Point No-1 ini aku memulakan tekan button no-1 untuk mendengar apa yang orang khmer bagi info mengenai setiap point yang aku lalui..Jikalau korang x paham2 juga x taulah nak cakap apa lagi..hehe..Tekan saja no iaitu point2 yang ada di setiap petak yang tersedia..


                  Salah sebuah kubur besar yang menempatkan sebanyak 450 mangsa pembunuhan...Kejam ohh kejam...


                   Antara cebisan kain dan baju mangsa pembunuhan yang terdapat semasa penggalian semula..Kanak2 antara yang teramai sekali di bunuh..PolPot sedara mara dia pun dia Bunuh..


                   Sebuah kubur yang menempatkan 100 orang mangsa pembunuhan yang terdiri dari perempuan yang majoritinya telanjang bulat..Adoiss...


                  Antara tulang2 mangsa pembunuhan yang di kumpul sebagai bukti pembunuhan..


                           Menurut pita rakaman apa yang aku dengar di sini lah iaitu di gantung speaker besar di dahan pokok untuk memberitahu mangsa atas suasana sebelum pembunuhan di jalankan..Boleh bayangkan kesengsaraan mangsa sebelum mati di tembak mereka di dengari oleh deruman bunyi yang mengerikan..


             Mat Rambo Malaysia sudah mengganas dapat menembak dengan senapang AK- 47...Memang besh  dapat tunaikan hajat di hati ini..Tambah lagi nak masuk ke kawasan menembak pun terasa takut juga maklumlah sudah lah masuk berseorangan dan di awasi oleh orang Khmer pula..Aku membayar sebanyak 40 usd untuk 30 butir peluru hidup menurut apa yang di terangkan oleh Instructor..Bom tangan pun ada termasuk lah segala macam senapang dan pistol..Kesemuanya dalam harga 40 usd sahaja..


                  Haha..Setelah habis seisi menembak dan sempat bergambar serta berpeluh sakan..Peluh puas campur takut ada juga terasa..Mana lah tahu aku yang jadi mangsa..Bukan main2 nih tembak2..Tidak sedar lagi tuh muka dan tangan aku habis kena minyak dan belerang peluru..Puas sudah..


                  Target sudah mengena..Kira2 sudah pass jadi penembak AK-47 yang mahir..Sssiiiooott jer...Teringat masa menembak dgn pistol di Pattaya, Thailand..Jikalau nak berurusan jual beli pistol aku pun tahu tapi x payahlah nak beriya-iya sangat bawa pulang ke negara kita..Murah jer dan ini setakat suke2 jer..
                 Ada sedikit nasihat aku jikalau korang pergi ke Genocidal Centre tuu cuba jangan terpengaruh untuk membeli barangan cenderahati termasuk lah barangan pakaian kerana apabila diorang tahu kita beragama islam mereka akan memberi salam dan merayu kepada kita supaya membeli barangan mereka..Pengalaman aku berhabis sebanyak 60 usd di sini dan di beritahu pemandu bahawa mereka semua bukan beragama islam,..Adoiiyaii aku pun Bengang!!!.barangan yang aku beli jauh lebih murah dan terdapat di Russian Market...emmm apo nak di kato...Sudah terkena..hehe..
                   The Russian Market di Kota Phnom Penh..Senang jer korang nak pergi..Bayar 1usd dh boleh sampai gunakan Tu Tuk disini..Inilah gambaran dari dalam Pasar Russia..Mula2 aku ingat masa belum sampai Pasar ini mesti gempak dengan barangan dari Russia tetapi hampas habuk pun tiada..Pelbagai barangan seperti biasa dan harganya boleh di katakan murah..Contoh kain sutera aku dpt beli sehelai 10 usd sahaja sepanjang 4 meter..emm kepada kaum ibu n dara mesti lama berkampung disini..hahahaha..



                      Hari kedua yang meletihkan tapi puas lah dpt abiskan beberapa tempat sejarah di Phnom Penh..selepas Russian market aku beralih pula ke Penjara siksaan Tuol Sleng..Bangunan penjara sebanyak 3 blok dan setinggi 3 tingkat ini menyimpan banyak kisah sedih dan trajis kepada warga khmer semasa zaman peralihan kuasa Pol Pot..Aku ini bukan peminat sejarah sebenarnya..Haha oleh kerana tempat menarik untuk di lawati amatlah terhad aku pun masuk juga lah dengan bayaran sebanyak 2 usd setiap seorang dewasa..

                    Di anggarkan beribu2 mangsa siksaan telah terkorban di penjara kejam ini..Masih banyak tengkorak2 mangsa masih lagi ada di penjara ini dan dijadikan bukti kepada semua pengunjung..Jikalau korang takut atau kepada yang mengandung dinasihatkan jangan masuk ke tempat ini kerana kepercayaan mereka masih ada lagi Roh2 yang tidak tenteram disini..Seram gak aku nih..hahaha..


                   Beberapa gambaran dan peralatan untuk menyiksa mangsa yang di soal siasat disini..Boleh dikatakan melihat kepada peralatan tersebut x sanggup aku untuk melihat lama2..memang mereka berkata ramai diantara mereka dibiarkan mati tanpa rawatan sekalipun setelah disiksa secara kejam..Perghhh..Mereka membunuh bangsa mereka sendiri apatah lagi jika berbeza agama dan orang asing diberi tempoh selama 3 hari untuk meninggalkan wilayah Phnom Penh termasuklah Raja mereka yang diselamatkan dan diberi perlindungan drpd negara jiran..


                     Ribuan rakyat khmer berbaris dan duduk menunggu ketibaan jenazah raja kesayangan mereka iaitu Raja Norrodom Sihannouk pada sebelah petang hari kedua lawatan aku ke sini..Pelajar2 sekolah di wajipkan berbaris masa ini..Aku terpaksa berjalan kaki pulang ke Hotel sejauh 1.5km..


                    Duit Reil Cambodia yang aku x boleh tukar pun di Money Changer negara kita..Susah betol nak terima diorang suruh aku simpan dan gunakan balik jer..haha padan muka aku kenapa x habiskan..

                              Dihadapan bangunan Muzium Diraja x jauh dari tempat tinggal aku..Aku rencana ke tempat ini pada hari ketiga sahaja..Kali ini x payah guna pemandu sebab hari kedua aku sudah menghafal jalan yang digunakan pemandu aku..Haha..pandai x aku..Bayaran masuk ke dalam Muzium ini adalah sebanyak 2 usd sahaja..Muzium ini terletak bersebelahan dengan Balai diraja..Kepada yang suka baca sejarah korang boleh lepak kat sini berjam2 lamanya..Hehe..Didalam sediakan duit cambodia yang kecil kerana disuatu sudut korang dikehendaki membeli kuntuman bunga sebagai derma dan memohon hajat diruang yang disediakan..Terserah kepada korang jika tidak mahu mereka tidak paksa..Aku siap mengelak2 lagi..


                            Keluasan empayar angkor pada masa dahulu amat luas sehingga Kuala Selinsing, Perak.


                   Tidak banyak gambar dari dalam muzium aku dapat ambil kerana kawalan yang ketat dari pegawai yang bertugas..Curi2 snap jer nih..

                  Tengok tuh posing cepat2 pakai timer mode..Asal boleh jer dia nih..hehe..


                  Soriya Market satu2nya Plaza iaitu pusat mebeli belah yang terbesar di Kota Phnom penh..Disini banyak barangan berjenama termasuklah gajet2 terkini dijual..Aku diberitahu ramai warga khmer yang x tahu guna pakai iphone..Harga barangan apple disini kira2 puashati jugalah..Jaga2 jangan terpedaya ada juga seperti di Low Yatt..Korang pandai menilai memang menang memakai..
                              Korang cubalah pergi pekena Ice Cream di kedai bonbon nih..Iyanya bersebelahan dengan Soriya Market..pergi jangan x pergi..

                                The Pshar Thmei iaitu pasar yang populor dengan barangan batu permata dan banyak barangan yang lain..Iyanya x jauh berjalan kaki dari Soriya market..Orang perempuan suka lah ke tempat ini..Aku disapa oleh peniaga yang boleh berbahasa melayu..Emmmm..abang abang x layan aku buat bodoh jer..

                     Hari ke 4 sebelum terbang kembali ke tanah airku..Menghabiskan masa berjalan kaki di kawasan sekitar sebelum dijemput oleh pemandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh..



                      Ini adalah pelabuhan ditepi sungai Bassac..Banyak Feri2 penumpang yang berlabuh menunggu masa untuk dinaiki oleh pelancong seperti jadual yang ditetapkan..Kepada yang nak ke Ho Chin minh menaiki Feri ini aku nasihatkan memang berbaloi..Korang boleh mengambil pakej yang disediakan serendah 45 usd terserah berapa hari pakej yang korang mahukan..Makanan dan bilik tidur disediakan sekali..Perjalanan mengambil masa lebih 6 jam menyusuri sungai mekong ini sampai ke sempadan Vietnam..Ramai yang memilih pakej 1 malam menaiki Feri ini..

                 Perghh dah macam Star Cruise pulak dah..Cuma tiada kasino dengan kolam renang jer..hahaha..Untuk dimasa2 akan datang rancangan aku ialah singgah dulu di Siem Reap melawat Angkor Wat dan Bako selepas itu ke arah phnom penh menaiki bas lebih kurang 6-8 jam perjalanan dan seterusnya mengikuti laluan sungai dan menaiki bas yang disediakan sekali untuk ke Kota Ho Chin Minh membawa sekali keluargaku..
                 Inilah serba sedikit gambaran dan tips2 yang ku dapat bagi sepanjang aku berada di Negara Cambodia iaitu di Kota Phnom Penh selama 4 hari..Berbagai pengalaman dan dapat melihat ragam dan tempat orang dari dekat memang sesuatu yang menarik dalam hidup kita..Pernah aku dilempar dengan botol minuman semasa aku duduk berehat di tepi sungai bassac..Diam jelah mungkin orang itu Gila dan pernah juga beg aku cuba dirampas oleh mamat motor dan pemandu aku menyelamatkan aku..Sekian..
                



                      














                                                                                                 

                             

30 ulasan:

  1. salam. pengalaman melancong ke kemboja memang tak dapat saya lupakan. group saya dari uitm baru balik 24/4/2013. kami semua datang sana melalui Seorang Ustaz. al-hamdulillah kami dapat layanan terbaik boleh dikatan 5 star laa. Ustaz ini Fasih bahasa melayu boleh dikatakan 99.99% he he.. Kawan kawan berminat boleh datang melalaui beliau di ustazcambodia@gmail.com call +85517889234 anda boleh tawar menawar dengan beliau.insya allah group kami akan ke Siem reap pula tahun depan. dan melalui Ustaz Yahya Cambodia ini juga....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih keatas Komen dan Info yang Saudara berikan..Saya juga baru balik dari Siem Reap pada Mac 13 lepas dan kali ini saya sekeluarga mengambil masa selama 7 hari untuk perjalanan ke 3 buah destinasi iaitu Siem Reap, Phnom Penh dan Ho Chin Minh menggunakan pengangkutan awam..

      Padam
  2. As Salam Saudara Azmi,

    Memang menarik ulasan tuan. Sy pun plan nk ke sana bln tujuh (5hri 4 mlm). Brp agaknya total kos tuan. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oleh kerana saya pergi secara Solo untuk Jumlah keseluruhan Kos saya selama disana selama 4hari 3malam adalah berjumlah RM 1200 sahaja termasuk Flight Ticket dan Shopping sekali..

      Padam
  3. salam saudara. nak tanya, matawang ape lebih bagus digunakan di sana reil atau usd ye utk pembelian masa shopping nanti

    BalasPadam
  4. Saudara perlu sediakan atleast 100usd untuk ditukarkan kepada duit Reil antara 370000-380000 sahaja..Selebihnya untuk pembelian pakaian atau cenderahati dan juga upah Tuk2 tersebut. Usd lg mudah digunakan. Tempat lawatan populor kebiasaannya mereka mengunakan Usd..

    BalasPadam
  5. time kasih saudara,byk yg dpt saya kongsikan di sini.moga ianya dpt jd panduan sy sept2013

    BalasPadam
  6. Salam bro...kalo kita pi phnom penh, boleh kita bawak makanan segera dlm tin ,nasi impit dan lain2 utk masak di sana (dlm hotel)?takot kat airport phnom penh, barang makanan kene rampas mcm airport new zealand? Kat sana byk melayu islam tak? Selamat tak??bro ckp hampir kene ragut beg?tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak menjadi masalah cuma pilihan Hotel atau guest house yg saudara tinggal itu mempunyai kemudahan memasak.. Disana ramai juga Muslim sebab ada sebuah perkampungan Muslim yg berdekatan dgn bandar Phnom Penh..Memang okay dan selamat..Pasal nak kena ragut tuh cuma kebetulan saja..

      Padam
  7. mana lebih baik. tukar duit kt malaysia atau pun sampai kt sana baru tukar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar usd di Malaysia kemudian sebahagian lagi tukar ke duit Reil Cambodia di Phnom Penh ataupun Siem Reap.

      Padam
  8. As salam.kat sana tuan perasan tak kedai cermin mata lama yang jual rayban usa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Russian Market saya ada jumpa banyak kedai yang menjual RayBan lama.

      Padam
  9. Saya berminat nak ke kemboja bersama suami. Saya bercadang nak tempah airasia package+hotel dan berada di sana 4h3m. Apakah saranan tuan untuk tempat lawatan mengikut hari kita berada di sana?

    Contohnya, jika kita sampai di airport pnhnom penh jam 3 ptg, apakah tempat g boleh kita kunjungi pada hari tersebut dan hari seterusnya.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Jikalau Puan mengambil Air Asia package lebih mudah lagi kerana sampai saja di airport ada yang menunggu puan di sana. Jikalau Puan ingin pergi mengikut cara saya pula terutamanya apabila tiba di Phnom Penh pada waktu petang amat singkat juga lawatan puan kerana termasuk dengan waktu daftar masuk ke Hotel.Tempat yang boleh lama Puan kunnjungi adalah bersiar2 di Dataran Royal Palace dan tepian Bassac River.

      Padam
  10. salam...saya ingin bertanya..jika dua org perempuan yg nk bercuti di pnhom penh agak agak selamat tak? safety kt cne mcm mana? n ade tips apa2 tak utk perempuan yg nk bercuti di sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam hidayah,saya pon nak bercuti berdua dengan kwn perempuan saya, nak join x?bila cadang pergi?

      Padam
    2. Teramat selamat di sini buat kesalahan hukuman amat berat. Hati2 juga dengan handbag awak yer. Jangan pilih ke tempat lawatan yang jauh ke pendalaman kg. Jikalau ke tempat kawasan kuburan siksaan tuh kira oke tapi jangan beli cenderahati ataupun pakaian di situ kerana harga mahal.

      Padam
  11. saya akan ke phnom penh pada 28 mei nanti. Group kami seramai 8 orang. Nampak gaya kena ambil 2 tut-tut. Dengar cerita sewa tut tut untuk 1 hari ialah 25 USD. Maklumat di blog ini banyak membantu.

    BalasPadam
  12. tq atas tempat2 menarik yg boleh dilawati.. sy akan ke sane awal tahun depan insyaAllah. tq juga atas nombor2 telefon yg diberi.

    BalasPadam
  13. Salam Azmi
    Pernah ambil bas Phnom Penh - Ho Chi Minh? Sesuai tak utk uni student group 15 orang?

    BalasPadam
  14. Mungkin saya ada di sana ketika Azmi ada di sana. Saya juga pengembara solo. Pengalaman perjalanan yang dapat kita kutip semestinya tak sembahnya dapat diterjemahkan dalam tulisan. Hanya kita yang alaminya sendiri tahu betapa nikmatnya sebuah perjalanan. Syabas. Salam kenal, catatan perjalanan saya di Kemboja ada di sini:

    http://ilzafmenulis.blogspot.com/2013/01/kembara-kemboja-phnom-penh.html?m=1

    BalasPadam
  15. Info terbaik...mei nak pi solo....

    BalasPadam
  16. Perkongsian yang menarik...bermanfaat untuk mereka yang bercadang ke sana...

    BalasPadam
  17. menarik.... rasa2 Mat LV tu boleh contact lagi tak? sebab saya pun bercadang nak pergi ke Phon Phenh

    BalasPadam
  18. Macam mana sy nak dapatkan tut tut pemandu muslim yg fasih cakap melayu

    BalasPadam
  19. Salam pelancongan semuanya,kami Company NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Phnom Penh.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dihidangkan juga enak.
    Sekiranya berminat, mahu ke Phnom Penh Hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.Terima kasih kepada tuan blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

    BalasPadam