Pendaratan di kepulauan Bali buat kali kedua ini aku hanya ingin santai sahaja selepas penat berjalan2 kesuntukan masa sewaktu berada di Jakarta dan Bandung dua hari sebelumnya..Pada hari Rabu bersamaan 23 Jan 2013, aku tiba di Bali melalui penerbangan Lion Air terus menerus dari Kota Bandung..Oleh kerana hampir keseluruhan tempat lawatan populor sudah aku lawati pada kali ini aku cuma mahu santai di Kawasan Kuta sahaja..2 malam sahaja aku tetapkan untuk menginap seawal rancangan aku ke Bali..5 hari sudah cukup bagi ku untuk jelajah 3 tempat..Bajet serendah2 bajet kalau boleh..Ini satu percubaan dan jadi panduan kepada yang lain..hehe.
Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, bali pada pukul 13:05 petang waktu di Bali adalah bersamaan dengan waktu di Kuala Lumpur..Aku memusingkan balik arah jarum jam aku setelah berada 2 hari di Jawa Barat..ketibaan pesawat disambut dengan Bas Lion Air menuju ke ruang Domestik balai ketibaan disini..Agak berpusing juga arah bas yang dipandu dan keadaan Airport yang sedang dalam pembinaan untuk menggantikan yang lama..Penerbangan Domestik seluruh indonesia dikenakan bayaran airport tax sebanyak idr 25,000 sehala untuk seluruh penumpang tidak kira dari luar atau dalm Negara..Untuk penerbangan International dikenakan sebanyak idr 150,000 sehala..Perghh!! jikalau sekeluarga ada seramai 6 orang bayangkanlah cas menghampiri idr 900,000..Mana x boleh bina airport baru di Bali..hahaha..Pelancong kesini x kira waktu..Untung lah...
Keluar dari pemeriksaan kastam, aku disapa oleh seorang pemandu teksi yang berkata tambang average ke Kuta dari Ngurah rai adalah tetap pada idr 100000 sahaja..Aku menolak dengan cara baik..Jalan yang paling selamat adalah pergi ke kaunter teksi yang legal..Perasaan curiga harus ada pada diri kita..Aku hanya membayar cas teksi sebanyak idr 75000 sahaja untuk dihantar ke Hotel penginapan aku di kuta..Untuk cas teksi ke kawasan Seminyak dengan legian aku tidak tahu..Terlupa nak tanya..Jikalau korang pergi cara berkumpulan kira murah lah kan..Aku seorang mana leh tahan..hehe..
Dalam banyak2 Hotel di Kuta, Bali, hotel nih juga jadi pilihan aku..Hwahwa..Sepatutnya kalau orang Tune nih baca boleh bagi aku Diskaun lebih..haaha..Salah satu yang terbaru di Kuta, aku cuma nak tahu lokasi sahaja dan selebihnya sama termasuk sewa menyewa peralatan lain..jadi korang jangan lupa bawa shampoo mandi dengan tuala yer..hahaha..Bilik yang aku sewa amatlah kecil seperti dibawah ini..Yang tidak boleh pakai hanyalah HairDryer dan AirCond manakala Tv boleh pulak pakai dengan Ceiling Fan..Entam saja lah Labu asalkan aku boleh tidur dan terpulang kepada pilihan korang..
Tengok nih keadaan size katil yang kecil kalau nak bergurau senda pun x boleh kan..Sempit..Muat2 2 budak kecil jer..Hehe..Ini baru betol2 bajet untuk 2 malam penginapan hanya myr 120.00 sahaja..kahkah..
Restaurant makanan halal sekarang ini banyak disekitar Kuta..Tidak hairan lah ramai pengunjung muslim kesini..Jangan ragu2 tetapi jikalau nak makan di Rumah Nasi Padang memang lah banyak di tepi jalan sebelum masuk ke Tune pun ada 2 buah..Aku sempat lah menjamu selera disitu sebelum check in Hotel..Harga sepinggan menu dalam idr 30,000 sahaja..
Di kiri kanan Hotel Tune ada beberapa Hotel iaitu FaveHotel di sebelah kanan dan terbaru seperti gambar dibawah ini yang sedang dibina dan hampir siap..Jalan untuk ke Kuta Beach tidak lah terlalu jauh..Tidak payah naik teksi berjalan kaki sudah kerana sepanjang jalan menuju ke Kuta Beach banyak kedai2 pakaian ataupun kedai cenderahati yang memukau mata korang..Gedung Matahari terletak di belakang Tune Hotel sahaja dan korang tidak akan sesat pulang..hwahwa..
Emmm!! jikalau dah sampai x sah x singgah di Hrc ini..Sapa nak gambar sebelah aku yerk..haaha..X kisah lah tuh asalkan diorang bahagia..Di Hard Rock Shop jer aku dah sambar 2 helai baju termasuk Cawan seperti gambar dibawah ini untuk dibuat kenangan...Sejuta gak habis 3 barang..Hari pertama disini aku menghabiskan masa dikawasan ini saja kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan aku untuk berjalan lebih jauh lagi..Menurut warga bali sudah beberapa hari hujan dari petang sampai malam..Waduh!! kena lagi aku..hehe..Makan malam di Mc Cafe santai dengan Ais Krim sekali dan tiba2 ada teman lah pulak..jeng jeng jeng...Lama kitaorang duduk berbual dan lepak bersama..Hari semakin lewat malam..Aku duk santai di live Band sahaja melihat ragam pelancong2..hihi..
Pagi Khamis bersamaan 24 jan 2013, aku bersiar2 di Kedai2 dan bangunan shopping Complex yang berhampiran dari Hotel penginapan..Singgah Mc cafe lagi sekali untuk makan tengahariku..Cuaca yang panas terik di Kuta..Aku hanya window shopping jer..Memang lah x tahan disini berbagai barangan yang branded2 dijual..hwahwa..
Ini adalah bazar jualan pakaian dan cenderahati yang boleh dikatakan murah juga berbanding dengan kedai2 yang berhampiran Gedung Matahari..Boleh lar korang beli baju I love Bali semurah idr 250000 sehelai disini..Tawar jangan x tawar..Kualiti kira utk ole2 tuh kira oke jelah..haha..
Petang hari Khamis pada pukul 05:30 pm...Aku keluar semula untuk santai di Kuta Beach..Korang mesti suka tempat ini..hahaha..Jalan sepanjang Kuta pusing balik ke belakang korang akan berpuashati dengan kemeriahan disini terutama yang kaki shopping dan clubbing..restaurants jangan cerita bersepah2 di kiri kanan jalan..Kepada yang masih bujang tuh enjoy lah korang..Yang dah kahwin tuh ingat2 lah macam aku ini..hehe..
Selekoh jalan utama di Kuta beach ini merupakan jalan sehala sahaja..Di depan ada pintu gerbang itu adalah kawasan pantai..Ramai yang kaki surfing enjoy main papan luncur oleh kerana keadan ombak yang menggulung tinggi dan aku x nampak orang mandi disini..
Duduk bersantai di atas pasir halus apabila melihat ombak menggulung tinggi perghh jadi seram gak dengan bunyi desiran ombak menghempas pantai..Dah macam lagu pulak dah..hehe..Tengok tuh gambar seperti dibawah ini..kaki kiri ku mulai bengkak sedikit kerana banyak berjalan..Sejak turun di Jakarta aku paksa diri ini berjalan terhincut2..Kira berjaya jugalah dapat sampai..
keadaan semacam ini teringat pulak kisah lama..KwangKwang..bercanda di tepian pantai kita berasamara dana...Puyohh..yelah2 masa dah berlalu..Tempat2 mcm ini bagus kalau berbulan madu atau bercouple...Rabak poket xpa kot..Kahkah..Sayu jer bunyinya kan..Hilang segala seketika masalah di pikiran..
Beachwalk di Kuta ini pun kira standard gak lah..Kedai2 berjenama memang macam heaven disini..Jauhkan pasangan anda dari tempat ini jikalau tidak mahu tinggal sen sen sahaja di dompet anda..hahaha..Tempat makan pun ada class..Terlampau banyak restaurants yang korang boleh cuba rasa tetapi ongkosnya harus berlebihan dulu..Credit Card ada apalagi seret jelahkan bayar kemudian..Di medan selera Beachwalk iaitu di tingkat paling atas ada disediakan kad debit untuk segala pembelian yang seperti dibawah ini..Eat and eat nama kad tersebut..Korang harus membayar idr 50000 untuk satu kad dan jikalau masih ada baki korang boleh tunaikan...Untuk aku idr 50000 cukup ler tapi kalau nak belanja awek makan kasi debit banyak2 yer..hwahwa...
Hari kelima iaitu pada hari Jumaat bersamaan 25 jan 2013, dari Kuta beach aku menaiki Bali teksi ke bangunan Krishna yang terletak berhampiran Ngurah Rai Airport..teksi bermeter dan cas meter sebanyak idr 25000 sahaja..Sebelum itu ada seseorang yang menaiki motorsikal cuba untuk mengenakan aku bayaran sebanyak idr 30000 tetapi aku menolak dengan alasan mahu jalan2 dulu...Selamat dari kepanasan...hehe..cuba korang lihat nama2 restaurant yang ada di gambar diatas..Warung Miyabi pun ada larr..hahaha..Seksinya makanan disitu dan memberahikan tekak..Lagi satu Bebek tepi sawah...entahlah apa maksudnya..Pelik tapi benar...Gambar dibawah ini pula semasa aku shopping buat kali terakhir untuk ole2 saja..Kacang disco kecak Mama berperisa Pizza lagi tuh...Jadi juga sambar...
Dari kawasan membeli belah Krishna aku menaiki teksi lagi untuk sampai ke Airport..Korang jangan terperanjat ramai pemandu teksi bermeter disini tidak akan menghidupkan meter mereka kerana berbagai alasan..Korang tahan teksi dan cuba tanya pakai meter atau bayaran minimal yang dikenakan iaitu sebanyak idr 25000 sahaja..Ada yang cas melampau sehingga idr 50000..Bangunan krishna ini adalah tempat persinggahan terakhir kepada pelancong untuk membeli belah sebelum sampai ke Airport..Ole2 berjenama bali banayak dijual di bangunan tersebut..Harga agak berpatutan juga, boleh lah jikalau nak menghabiskan duit rupiah...opss jangan lupa untuk sediakan duit airport tax seorang idr 150000..
Sebelum menaiki pesawat aku juga berpeluang makan di Restaurant Ayam Betutu Gilimanuk kerana dari pagi belum bersarapan lagi..Boleh tahan gak aku nih terasa macam berpuasa jer x nak makan..Nasib ada baki duit rupiah sebanyak idr 65000..Dapat juga aku merasa minuman es campur yang lama aku idamkan termasuk menu Ayam Betutu sekali...kakaka..Untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur aku memilih AirAsia Indonesia dengan bayaran sebanyak myr 238.00 sehala dari Ngurah Rai, bali..Pesawat berlepas pada pukul 16:45 petang dan sampai di Lcct pada pukul 19:35 malam..
Selamat sampai kembali ke Tanah Air setelah 5 hari berjalan jauh dengan keadaan kaki kiri yang terhincut2..Pada kali ini lawatan singkat ke beberapa tempat di Indonesia dengan 3 penerbangan yang berbeza termasuk menaiki Kereta Api dari jakarta ke bandung..Apa yang aku dapat kongsi kebanyakkan dari cas teksi dan beberapa info yang lain..Selesailah catatan kembara 5 hari bermula dari Kota Jakarta sampai ke bandung dan terus menuju ke Bali..Semuanya singkat tapi amat mengesankan jiwa ini..Aku menghabiskan duit sebanyak myr 1500 untuk segala kemudahan pada Trip TrioCity ini..Anggaplah itu sebagai satu kenangan muanise..Berjumpa lagi dicatatan akan datang..Terima Kasih kerana sudi membaca Kisah terbaru aku ini..